Garam bukan hanya penambah rasa masakan tetapi bahan ini juga bagus dalam aspek kesihatan dan kecantikan.
Tidak semua produk yang dijual di pasaran itu memberi kesan yang baik kepada kita. Kadang-kala, bahan semula jadi memberi kesan yang lebih baik daripada produk yang mengandungi banyak bahan kimia. Tak percaya? Jom terus baca!
Kumur dengan air garam boleh menyembuhkan radang tekak secara semulajadi. Selain itu, kumur dengan air garam hanya bisa mengatasi gejala radang ringan seperti rasa gatal di tekak.Tetapi, jika tekak anda dalam situasi yang krinok, anda haruslah mengambil ubat-batan yang disyorkan oleh doktor.
Ads
2. Merawat masalah sinus dan pernafasan
Mengumur dengan air garam membantu mengurangkan jangkitan pada saluran pernafasan dan dapat merawat masalah sinus. jangkitan boleh disebabkan oleh selsema. Apabila kumur dengan air garam, ia dapat mengurangkan masalah di atas.
3. Mengurankan masalah ‘ulcer’
Menyakitkan tapi berkesan! ‘Ulcer’ yang berlaku disebabkan luka yang tumbuh dalam bahagian mulut seperti lidah, gusi dan lelangit. Apabila kita rajin berkumur dengan air garam, ia boleh menghilangkan rasa sakit dan luka ‘ulcer’.
Ads
4. Menjaga kesihatan gigi dan gusi
Berkumur dengan air garam dapat mengeluarkan bakteri yang ada di celah-celah gusi atau gigi. Manfaat berkumur dengan air garam ternyata bisa mencegah radang gusi, menghilangkan masalah plak dan gigi berlubang dan ia mampu menurunkan jumlah bakteria yang berbahaya di dalam air liur.
5. Mengurangkan masalah elergi
Alergi yang datang daripada haiwan mahupun makanan menjadikan tubuh badan kurang rasa selesa. Untuk menghilangkan rasa tidak selesa itu, anda boleh berkumur dengan air garam yang mampu untuk meringankan maslaah elergi tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
KREDIT FOTO/ARTIKEL: Instagram ONE, Johan Ghazali
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ternyata pandemik COVID-19 bukan saja mengakibatkan jangkitan masalah kesihatan serius tetapi juga membawa kesan ekonomi yang berpanjangan apabila banyak kawalan pergerakan terhad dilakukan di seluruh dunia.
Jika sebelum ini , di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama banyak syarikat besar mahupun mengalami kerugian dan ‘gulur tikar’. Kini PKP 2.0 menyaksikan dua syarikat automotif dunia, Toyota Motor (Toyota) dan Honda Motor (Honda) menutup sementara operasi di beberapa kilang di Malaysia susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi membendung penularan COVID-19.
Sumber Gambar : Autonews.com
Melalui laporan Nikkei Asia, Toyota menghentikan dua kilang pemasangan pada Khamis lalu manakala Honda pula menangguhkan pengeluaran kenderaan membabitkan dua kilang pada Rabu lalu.
“Keputusan untuk membuka semula kilang Toyota akan diputuskan kemudian.
“Bagi kilang Honda pula, sebuah kilang membuat kenderaan dua roda manakala kilang lain menghasilkan kenderaan empat roda dan kilang itu merancang untuk menangguhkan operasi sehinga 26 Januari depan,” lapor portal berita berkenaan pada Jumaat.
Sumber Gambar : Autofreaks.com
Untuk info, Malaysia merupakan pengeluar kenderaan ketiga terbesar di Asia Tenggara, berada di belakang Thailand dan Indonesia. Kadar pengeluaran kenderaan bagi tempoh Januari-November tahun lalu turun sebanyak 19 peratus kepada kira-kira 430,000 kenderaan.
Hm, boleh tahan mencabar juga tahun 2021 walaupun baru bermula, tapi ingatlah satu perkara yang rezeki semua di tangan Tuhan. Selagi kita berusaha dan yakin akan pertolonganNya, insyaAllah ada rezeki buat kita nanti. Macam mana la nasib pekerja Honda dan Toyota ni…huhu
Ada hadiah hari jadi yang dibeli dengan wang, tetapi ada juga hadiah paling bermakna yang hadir dalam bentuk kenangan seumur hidup.
Itulah yang dirasai seorang pramugari apabila berpeluang bertugas dalam penerbangan yang sama bersama bapa dan abangnya yang kedua-duanya merupakan juruterbang, sekali gus mencuri perhatian ramai di media sosial.
Impian Terbang Bersama Keluarga Jadi Kenyataan
Menerusi perkongsian pengguna Threads, @aliailysha, wanita itu meluahkan rasa syukur apabila impiannya untuk berkhidmat bersama dua insan paling disayanginya akhirnya menjadi kenyataan, lebih-lebih lagi sempena sambutan hari jadinya.
“Bertuahnya dapat terbang dengan ayah dan abang sempena hari jadi saya. Memang satu kenangan indah. Alhamdulillah, syukur! Perjalanan kali ini dihabiskan sebaiknya,” katanya.
Perkongsian tersebut segera mendapat perhatian warga maya yang menyifatkan pengalaman itu sebagai satu momen yang cukup istimewa dan sukar dilupakan.
Ayah Luah Rasa Bangga Lihat Anak Ikut Jejak Langkah
Dalam hantaran berasingan, bapa kepada wanita berkenaan yang merupakan seorang kapten turut berkongsi rasa bangga apabila kedua-dua anaknya memilih bidang penerbangan sebagai kerjaya.
Menurutnya, kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil usaha dan kerja keras mereka sendiri.
“Alhamdulillah. Satu detik membanggakan untuk setiap ayah. Mereka berdua bekerja keras untuk mencapai tahap ini. Ingat, kejayaan tidak datang tanpa kegagalan. Tetap berpijak di bumi nyata dan terus capai impian,” katanya.
Rupanya Ibu Juga Bekas Pramugari
Dalam pada itu, perkongsian berkenaan turut mengundang pelbagai persoalan daripada netizen yang ingin mengetahui sama ada ibu mereka juga mempunyai latar belakang dalam industri penerbangan.
Menjawab pertanyaan tersebut, wanita itu mendedahkan ibunya pernah berkhidmat sebagai pramugari selama 15 tahun sekitar era 1990-an dan pernah beberapa kali bertugas bersama ahli keluarganya.
“Ibu juga seorang pramugari selama 15 tahun sekitar tahun 90-an. Sudah banyak kali beliau terbang bersama keluarga. Saya pasti dia okay,” katanya.
Raih Hampir Jutaan Tontonan
Perkongsian menyentuh hati itu berjaya meraih hampir jutaan tontonan di Threads, selain dihujani pelbagai reaksi positif daripada netizen.
Rata-rata meluahkan rasa kagum melihat tiga beranak dapat bertugas dalam penerbangan yang sama, malah ramai menyifatkan momen tersebut sebagai satu kenangan yang cukup bermakna serta membuktikan minat terhadap dunia penerbangan boleh diwarisi dalam sesebuah keluarga.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermula dari kedatangan British ke Tanah Melayu suatu masa dahulu, Bahasa Inggeris sudah banyak dikuasai oleh rakyat Malaysia. Zaman berzaman, Bahasa Inggeris semakin sebati dengan rakyat Malaysia kini.
12 Perkataan Inggeris Dengan Asal-Usul Bahasa Melayu
1. Gingham
Gingham
Merupakan sejenis kain kapas yang biasanya ditenun menggunakan dua warna benang menjadi corak dam (checkered) atau berjalur (striped).
Penggunaan ‘gingham’ dipercayai pertama kali diguna pada tahun 1615, yang diambil daripada ‘gingang’ dalam Belanda dan berasal dari ‘genggang’ bahasa Melayu.
Mungkin tidak biasa didengari, perkataan ‘genggang kuih’ turut digunakan bagi nama lain kuih lapis.
2. Cooties
Sejenis serangga yang membiak di rambut manusia, ‘cooties’ diubah suai daripada perkataan ‘kutu’.
Penggunaan pertama kali yang diketahui adalah pada 1917 dan dipopularkan oleh askar British ketika Perang Dunia Pertama.
3. Compound
Kumpulan bangunan kediaman yang tertutup kebiasaannya di kawasan yang berpagar atau berdinding. Dipercayai pertama kali digunakan pada 1679, ‘compound’ diambil daripada ‘campo’ Portugis dan ‘kampoeng’ Belanda.
Menurut Singapura Stories, perkataan ‘kampung‘ dijadikan sebahagian daripada bahasa Portugis dan Belanda sekitar 1600-an dengan pelbagai ejaan, sebelum digunakan dalam bahasa Inggeris seperti berikut:
4. Caladium
Caladium
Sejenis pokok tropika Amerika Selatan dari keluarga arum, namanya dipinjam daripada perkataan ‘keladi’ dalam bahasa Melayu.
Perkataan ‘caladium’ dipercayai pertama kali digunakan pada tahun 1881.
5. Bamboo
Pertama kali digunakan pada tahun 1586, ‘bamboo’ adalah rumput berkayu gergasi yang tumbuh di kawasan tropika.
Nama tersebut berasal daripada perkataan ‘bamboes’ dalam bahasa Belanda yang berdasarkan kepada ‘semambu’.
Untuk info, semambu merupakan sejenis tumbuhan rotan yang digunakan untuk membuat tongkat jalan. Ada juga yang mendakwa ia berasal daripada perkataan ‘bambu’ yang menyerupai bunyi dihasilkan oleh pokok bambu apabila meletup ketika dibakar.
6. Attap
Jerami yang diperbuat daripada pelepah pokok palma di negara-negara Asia Tenggara. Perkataan ini dipinjam daripada bahasa Melayu ‘atap’.
Di Malaysia, jenis atap ini kebiasaannya diperbuat daripada pelepah pokok nipah atau sagu.
7. Cockatoo
Mungkin kedengaran seperti ‘kekatu’, namun ‘cockatoo’ merujuk kepada sejenis burung nuri jambul Australasia.
Nama ‘cockatoo’ yang digunakan sejak 1634 diambil daripada ‘kaketoe’ dalam bahasa Belanda yang berasal daripada ‘kakaktua’ dalam Melayu.
8. Amok
Seseorang yang di luar kawalan, dengan kelakuan liar, tidak terkawal atau merosakkan harta benda, yakni seperti seorang yang sedang mengamuk.
Diambil daripada perkataan ‘amouco’ Perancis yang berasal daripada ‘amuk’ dalam bahasa Melayu.
9. Paddy
Padi
Tumbuhan yang diproses menjadi makanan ruji bagi rakyat Malaysia ini dikenali sebagai ‘paddy’ dalam bahasa Inggeris.
Sudah tentulah ia dipinjam daripada perkataan ‘padi’ dan dipercayai pertama kali digunakan pada tahun 1623.
10. Pangolin
Pangolin
Sejenis mamalia yang mempunyai sisik keras dan muncung panjang bagi membantunya memakan semut dan anai-anai.
Nama ‘pangolin’ pertama kali digunakan pada 1774 dan diambil daripada bahasa Melayu ‘pengguling’ kerana ia akan menggulingkan badannya apabila terancam. Haiwan itu juga dikenali sebagai penggulung dan tenggiling.
Di Malaysia, tenggiling Sunda (manis javanica) diklasifikasikan sebagai haiwan terancam kritikal di bawah IUCN Red List of Threatened Species. Ia juga dilindungi sepenuhnya di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
11. Orangutan
Orang Hutan
Hanya mendiami hutan di Borneo dan Sumatera, nama ‘orangutan’ pertama kali digunakan pada tahun 1691. Ia berasal daripada perkataan Melayu ‘orang’ dan ‘hutan’. Orangutan Borneo juga diklasifikasikan sebagai haiwan terancam kritikal dan dilindungi sepenuhnya di Malaysia.
12. Gong
Gong
Merupakan alat perkusi yang mula terkenal di Tanah Sunda ketika zaman pemerintahan Kerajaan Langkasuka, gong merupakan tulang belakang dalam persembahan gamelan.
Peralatan muzik ini turut digelar ‘gong’ dalam bahasa Inggeris yang mula digunakan pada tahun 1590.
Menurut laman web Dictionary, 80% daripada bahasa Inggeris sebenarnya disumbangkan daripada 350 bahasa lain dan dikenali sebagai ‘loanwords‘. Berikut merupakan 10 bahasa yang paling berpengaruh terhadap Inggeris:
Latin
Perancis
Jerman
Itali
Sepanyol
Belanda
Scandinavia
Jepun
Arab
Portugis
Untuk pengetahuan anda, bahasa Melayu pula berada di kedudukan ke-17. Jadi boleh dikatakan agak banyak perkataan dalam bahasa Melayu yang dipinjam oleh bahasa Inggeris!