Setelah berkecimpung dalam industri kreatif selama tiga dekad lebih, kini KRU mengembangkan sayapnya dengan memperkenalkan taman tema yang dinamakan sebagai Wetland Studios Putrajaya.

Wetland Studios Putrajaya merupakan kerjasama diantara Perbadanan Putrajaya dan KRU Studios Sdn Bhd dimana KRU dilantik sebagai rakan kerjasama bagi pengoperasian Wetland Studios Putrajaya.

Terletak di Taman Wetland Putrajaya, iaitu ‘wetland’ air tawar buatan manusia terbesar di kawasan tropika, Wetland Studios Putrajaya merupakan sebuah taman tema didik-hibur dalaman (berhawa dingin) berteraskan teknologi melalui kerjasama strategik KRU bersama anak syarikatnya, Wetland Studios Sdn Bhd.

Tarikan Terbaharu Di Putrajaya!  Bertemakan Didik-Hibur Dalaman, Wetland Studios Putrajaya Kini Dibuka

Wetland Studios Putrajaya menawarkan tarikan dan kandungan bertemakan pemuliharaan alam sekitar dan perlindungan hidupan liar selain menonjolkan peranan Taman Wetland Putrajaya kepada masyarakat setempat, serta flora dan faunanya.

Melalui pengalaman hibrid secara maya dan fizikal, para pengunjung akan mendalami tentang sejarah bumi, peranan penting air serta ekosistem pelbagai hidupan seperti mamalia, reptilia, amfibia, ikan, serangga, pokok, bunga dan lain-lain.

Pengalaman ‘Immersive Reality’ di Wetland Studios Putrajaya merangkumi aset fizikal seperti animatronik, replika dan hiasan berkonsepkan alam semula jadi; teknologi seperti hologram, Augmented Reality (AR) serta Virtual Reality (VR), dan juga kandungan digital yang menampilkan pelbagai watak animasi termasuk Zan Orangutan (filem animasi terbitan KRU dan Astro Shaw yang bakal menemui penonton pada tahun 2024) dan KiKaKo Kids (keriasama bersama Universal Music) yang kini didalam proses penerbitan sebagai siri televisyen.

Tarikan Terbaharu Di Putrajaya!  Bertemakan Didik-Hibur Dalaman, Wetland Studios Putrajaya Kini Dibuka

IKLAN

Bagi fasa pertama, 12 ruangan kini dibuka iaitu Insectopia, Dinosaur Encounter, Stegodon Big Break, Caventure, Jungle Jive, Sky Sanctuary, Flamingo Parade, Sky Dreams VR, Artopia, Aviary Archive, EduPlay Centre dan Migration in Motion.

Wetland Studios Putrajaya bakal dilancarkan secara rasminya pada bulan September 2023 dengan pembukaan kesemua 15 ruangan termasuk tarikan tambahan Panorama, Lakes & Rivers dan Majestic Ocean.

Tarikan Terbaharu Di Putrajaya!  Bertemakan Didik-Hibur Dalaman, Wetland Studios Putrajaya Kini Dibuka

Sepanjang tempoh pra-pelancaran, Wetland Studios Putrajaya menawarkan harga istimewa kepada pengunjung:

IKLAN

Warganegara Malaysia Dewasa (13 hingga 64 Tahun) : RM 25

Warga Asing : RM 40

Warga Emas (65 Tahun Ke Atas) : RM 15

Warga Asing : RM 20

IKLAN

Kanak-Kanak (4 hingga 12 Tahun) : RM 15

Warga Asing : RM 20

OKU Dewasa (13 Hingga 64 Tahun) : RM 12

Warga Asing : RM 16

Kanak-Kanak (3 Tahun Ke Bawah) : Percuma

Pengunjung boleh mendapatkan tiket di kaunter tiket Wetland Studios Putrajaya. Pembelian tiket dalam talian akan disediakan di laman sesawang www.wetlandstudios-putrajaya.com mulai 1hb Jun 2023

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.


Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI