Dikenali sebagai ikon wanita moden dan usahawan berjaya, Datin Vivy Yusof mengejutkan ramai apabila mendedahkan bahawa beliau kini berdepan ujian kesihatan yang berat iaitu hidap penyakit autoimun lupus, atau nama perubatannya Systemic Lupus Erythematosus (SLE).
Berita itu dikongsikan sendiri oleh Vivy menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, di mana beliau menceritakan bagaimana tubuhnya mula memberi ‘isyarat’ yang tidak mampu lagi diabaikan.
“Saya bersyukur akhirnya dapat diagnosis, jadi saya tahu bagaimana untuk rawatnya. Tapi saya masih terus mencari rawatan jangka panjang yang bukan berasaskan steroid,” jelasnya.

Penyakit Senyap
Lupus merupakan penyakit bersifat kronik dan seumur hidup. Ia boleh menyerang pelbagai organ dalaman termasuk kulit, sendi, buah pinggang dan sistem saraf tanpa disedari. Malah, nama “lupus” sendiri yang membawa maksud serigala menggambarkan betapa ‘menakutkan’ sifat penyakit ini.
Simptom-simptomnya sering disalah anggap sebagai perkara biasa seperti keletihan, ruam, dan sakit sendi. Namun, bagi Vivy, isyarat tubuh yang berterusan telah mendorongnya untuk menjalani pemeriksaan lanjut.

“Ianya mengoyakkan tubuh dari dalam tanpa disedari,” ujar beliau penuh emosi.
Dalam perkongsiannya, Vivy meluahkan rasa syukur kerana penyakit ini dikenal pasti pada peringkat yang masih terkawal. Ini membolehkan beliau mendapatkan rawatan awal termasuk alternatif yang tidak bergantung kepada steroid iaitu sejenis ubat yang lazim digunakan untuk merawat lupus tetapi boleh memberi kesan jangka panjang jika diambil berterusan.
Stres: Punca Yang Tak Dijangka
Antara perkara paling menyentuh hati dalam perkongsian tersebut ialah kesedaran Vivy terhadap peranan tekanan emosi dalam mencetuskan penyakit ini.
“Stres adalah musuh paling besar,” tegasnya.
Sebagai usahawan yang mengendalikan empayar perniagaan, Vivy mengakui bahawa selama ini beliau menyangka dirinya berjaya menguruskan stres dengan baik. Namun, hakikatnya, tubuhnya telah mula ‘mengalah’ dari dalam.
“Saya sangka saya dapat kawal stres dengan baik sebagai seorang usahawan, saya jarang sakit dan sentiasa bersikap optimis. Tapi saya tak tahu badan saya sebenarnya give up dari dalam,” luahnya jujur.
Walaupun lupus merupakan penyakit sepanjang hayat, Vivy reda dengan hakikat itu. Baginya, menerima kenyataan adalah langkah pertama ke arah pemulihan mental dan emosi.
Bagi remaja yang sibuk mengejar cita-cita, kisah Vivy menjadi peringatan bahawa kesihatan dalaman adalah keutamaan tidak kira betapa ‘baik’ kita rasa luaran kita nampak.
Remaja Kata:
Penyakit lupus mungkin tidak kelihatan pada zahir, tetapi kesannya boleh menghancurkan perlahan-lahan dari dalam. Mari ambil iktibar dari kisah Vivy bahawa kesihatan mental dan fizikal bukan sesuatu yang boleh dikompromi. Sayangi diri, urus stres dengan bijak dan jangan takut untuk mendapatkan bantuan jika perlu.
Anda mungkin berminat dengan
BACA LAGI : “Lepas Ni Tak Tahu Nak Hunting Tudung Apa…” – Kedai ‘dUCk’ Milik Vivy Yusof Tutup Sepenuhnya!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Terbaru, Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, Sungai Petani, Kedah mencuri perhatian apabila mencipta nama selepas muncul sebagai antara sekolah terbaik yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di pentas dunia.
Menerusi sebuah perkongsian di Facebook Sekolah Menengah Sains Sultan Mohamad Jiwa, tiga pelajar Tingkatan 5 sekolah berasrama penuh tersebut berjaya merangkul tempat keempat dalam kategori Kejuruteraan Alam Sekitar di pertandingan berprestij Regeneron International Science and Engineering Fair (ISEF) 2025 yang berlangsung di Ohio, Amerika Syarikat.
Dalam pada itu, kejayaan ini diraih menerusi projek inovatif dinamakan “Mush N Pack” yang dibangunkan oleh Muhammad Naufal Mu’az Mohd Shahneezam, Muhammad Airil Wafri Mohd Khairi, dan Nabil Fadhil Nor Faizal, iaitu sebuah produk pembungkusan mesra alam yang diperbuat daripada sisa buangan cendawan.

Menurut wakil waris kepada salah seorang peserta, Nor Faizal Othman berkata, pertandingan tersebut menghimpunkan lebih 1,600 finalis daripada 60 buah negara dengan tawaran hadiah keseluruhan berjumlah AS$9 juta termasuk biasiswa dan anugerah khas.
“Pasukan ini berjaya mewakili negara selepas menjadi juara dalam Pertandingan Inovasi, Sains, Teknologi dan Kejuruteraan Kebangsaan (PISTEK) 2024. Mereka merupakan salah satu daripada enam pasukan Malaysia ke ISEF termasuk dari MCKK dan Sekolah Sultan Alam Shah,” ujarnya.
Pasukan pelajar ini juga mendapat bimbingan guru, Mohd Nafis Md Soleh dan menerima hadiah wang tunai bernilai AS$600 serta mencatatkan penyertaan ketiga berturut-turut ke ISEF selepas tahun 2022 dan 2023.

Pada masa yang sama, Nor Faizal menyifatkan kejayaan ini bukan sahaja membanggakan ibu bapa, malah memberi inspirasi kepada pelajar lain untuk terus berinovasi demi masa depan lestari. Selain itu, projek “Mush N Pack” dilihat mampu menggantikan pembungkusan plastik yang mencemar alam.
Sementara itu, bagi menunjukkan tanda sokongan, Persatuan Alumni SM Sains Sultan Mohamad Jiwa (ASSAK) turut menyerahkan sumbangan RM3,000 hasil kutipan ahli alumni bagi membantu kos persiapan dan logistik ke AS.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Pakaian warna putih memang cantik digayakan namun tidak semua gemar untuk memilih warna ini kerana ia mudah lusuh dan cepat kotor.
Baju putih sememangnya agak sukar dijaga dengan baik tetapi untuk mengekalkan warna putih itu, ada cara yang korang boleh buat dengan mudah. Selain daripada menggunakan petua-petua orang zaman dulu, cara paling mudah adalah dengan menggunakan serbuk pencuci yang terdapat di pasaran.
Korang boleh cari serbuk vanish kerana ramai yang berkongsi tentang keberkesanannya untuk mengekalkan warna putih pada pakaian yang dicuci. Caranya bagaimana? Jom kita lihat perkongsian yang telah dibuat oleh seorang pengguna Facebook yang dikenali sebagai Hasnan Hasbi.
1. Tuang vanish dalam kuali air mendidih

2. Kacau seperti masak dadih, nanti akan menjadi buih

3. Kemudian, masukkan baju putih

4. Kacau sehingga rata pada semua permukaan baju

5. Korang boleh lihat perbezaannya, kesan kuning pada baju mula tanggal

6. Kemudian, sidaikan baju di bawah cahaya matahari

Korang boleh lihat sendiri kesannya, memang terbaik. Tidak memerlukan kos yang tinggi, baju putih boleh bertukar menjadi seakan baju baharu. Hiks! Selamat mencuba!
Sumber: (1)
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞
Aktor tampan, Ikmal Amry, berkongsi pengalaman bermain bola sepak di Stadium Nasional Hassanal Bolkiah, Brunei, semasa perlawanan Celebrity Football Fun Match 2025.
Ikmal turut memberikan penghargaan kepada Yang Teramat Mulia Pengiran Muda Abdul Muntaqim yang turut meluangkan masa untuk hadir dan menyaksikan perlawanan tersebut.
BACA LAGI: “In Real Life, Saya Tetap Romantik…” – Tiada Isu Cemburu, Ikmal Amry Bersyukur Isteri Memahami Kariernya Sebagai Pelakon

Keterujaan pelakon tersebut dapat dilihat melalui hantaran ringkas di ruangan kapsyen Instagram miliknya.
“Terima kasih warga Brunei! What a magical night! Semoga berjumpa lagi inshaAllah.
“Terima kasih YTM Pengiran Muda Abdul Muntaqim sudi meluangkan masa,” coret Ikmal di ruangan kapsyen.

Difahamkan, perlawanan yang penuh kemeriahan itu disaksikan oleh lebih 13,000 penonton yang membanjiri stadium berkenaan, menjadikan suasana semakin meriah.
Stadium Nasional Hassanal Bolkiah di Brunei turut menyaksikan kehadiran pelbagai personaliti terkenal dan para peminat yang turut tidak melepaskan peluang untuk menyaksikan perlawanan tersebut.

Sekadar info, Pengiran Muda Abdul Muntaqim, yang kini berusia 18 tahun, merupakan anakanda sulung kepada DYTM Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, yang merupakan pewaris tahta Sultan Brunei.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Instagram Ikmal Amry
∞