Masak lemak cili api antara masakan yang paling mudah untuk dihasilkan. Bahan-bahan yang diperlukan tidak renyah dan sangat ringkas. Kalau makan bersama nasi panas mesti membangkitkan selera.
Ikuti perkongsian resipi yang sangat menarik ini. Jantung pisang digandingkan bersama pucuk ubi kayu bagaikan match made in heaven, sedap sangat!
BAHAN-BAHAN
Ads
Jantung Pisang
Pucuk Ubi Kayu
Cili Padi (ditumbuk)
Kunyit Hidup (ditumbuk)
Ikan Bilis
Asam Keping
1 ½ Biji Kelapa Parut (Perah dan ambil pati santan sahaja)
Garam
CARA MEMASAK
Masukkan santan, ikan bilis, cili padi, kunyit hidup ke dalam kuali. Masak sehingga mendidih
Masukkan jantung pisang dan biarkan sehingga lembut.
Kemudian masukkan pucuk ibu kayu dan kacau selama beberapa minit.
Perasakan dengan garam secukupnya. Siap untuk dihidang.
Resipi ini sangat sesuai dimakan bersama ikan goreng garing atau ikan masin.
Ads
Untuk pemilihan jantung pisang, lebih enak jika menggunakan jantung dari pisang nipah kerana rasanya yang tidak pahit dan tidak kelat.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sheikh Muszaphar Bangga Lepaskan Anak ke Universiti Oxford
Angkasawan Negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie Sheikh Mustapha sekali lagi menjadi perhatian apabila berkongsi berita membanggakan mengenai anak keduanya, Sophea Natasha, 12, yang berlepas ke Universiti Oxford, United Kingdom bagi menyertai program kepimpinan selama seminggu.
Detik Sheikh Muszaphar bangga lepaskan anak ke Universiti Oxford ini memperlihatkan sokongan penuh seorang bapa terhadap perjalanan pendidikan anaknya sejak usia muda, sekali gus menjadi inspirasi kepada ramai ibu bapa dan remaja di Malaysia.
Pertemuan Singkat Di KLIA Penuh Makna
Menerusi satu hantaran di Instagram, Dr Sheikh Muszaphar memuat naik rakaman video serta luahan perasaan ketika menghantar anaknya di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Lebih menyentuh perasaan, beliau baru sahaja tiba dari Sukan SEA Thailand selaku pengurus skuad taekwondo negara sebelum terus bergegas ke Pintu C22 demi memastikan sempat bertemu anaknya sebelum berlepas.
Dr Sheikh Muszaphar turut menitipkan doa dan harapan agar pengalaman di universiti terkemuka dunia itu mampu menjadi inspirasi buat anaknya untuk terus memasang impian yang tinggi.
Walaupun masa yang ada sangat singkat, pertemuan ringkas itu cukup bermakna buat seorang ayah. Dalam kesibukan tugasan negara, Sheikh Muszaphar tetap memastikan kehadirannya dirasai oleh anak pada saat penting tersebut.
“Hari ini Tasha berlepas ke Universiti Oxford, United Kingdom untuk menyertai program kepimpinan selama seminggu. Syukur, sempat juga berjumpa di lapangan terbang,” tulis beliau.
Pendedahan Awal Dunia Kepimpinan Global
Penyertaan Sophea Natasha dalam program kepimpinan di universiti terkemuka dunia ini memberikan pendedahan awal tentang suasana akademik antarabangsa. Program ini bukan sahaja menekankan aspek kepimpinan, malah membantu peserta membina keyakinan diri, kemahiran komunikasi serta keberanian untuk berfikir secara kritis.
Bagi Sheikh Muszaphar bangga lepaskan anak ke Universiti Oxford, pengalaman sebegini dilihat sebagai satu langkah awal yang penting untuk membentuk jati diri dan wawasan global dalam diri anaknya sejak usia muda.
Doa Dan Harapan Seorang Ayah
Dalam perkongsian sama, Dr Sheikh Muszaphar turut menitipkan doa agar pengalaman di Oxford menjadi titik permulaan buat anaknya untuk terus memasang impian besar dalam kehidupan.
“Semoga Oxford menjadi sumber inspirasi buatnya agar suatu hari nanti belajar di sana, berani memasang impian yang tinggi, terbang setinggi-tingginya menuju kecemerlangan dan kejayaan di dunia serta di akhirat. Aamiin,” katanya.
Luahan ini jelas memperlihatkan nilai yang sering ditekankan oleh beliau, iaitu kepentingan ilmu, disiplin diri serta keberanian untuk menetapkan matlamat hidup sejak usia muda.
Bangga Namun Tetap Sayu
Walaupun bangga dengan pencapaian anaknya, Sheikh Muszaphar mengakui perasaannya tetap dilanda rasa sebak apabila terpaksa melepaskan anak pergi jauh buat sementara waktu.
“PS: Rasa sebak pula melepaskannya,” tulis beliau ringkas.
Perasaan ini mencerminkan realiti yang dilalui ramai ibu bapa apabila anak-anak mula melangkah keluar dari zon selesa demi mengejar ilmu dan pengalaman baharu.
Inspirasi Buat Remaja Malaysia
Kisah Sheikh Muszaphar bangga lepaskan anak ke Universiti Oxford ini menjadi inspirasi buat remaja Malaysia bahawa impian besar boleh bermula daripada langkah kecil. Penyertaan dalam program kepimpinan antarabangsa bukan sekadar pengalaman akademik, malah membentuk kematangan, keyakinan diri dan perspektif global.
Sokongan keluarga, disiplin diri serta keberanian mencuba perkara baharu merupakan kunci utama untuk melangkah lebih jauh. Kisah ini membuktikan bahawa setiap remaja berpotensi mencipta laluan kejayaan sendiri jika berani bermimpi dan berusaha merealisasikannya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Satu berita baik telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad bahawa solat sunat Tarawih dibenarkan dilaksanakan di masjid dan surau di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan ini.
Jelas Idris lagi, SOP nanti akan agak longgar bergantung kepada keadaan semasa dan mengikut nasihat daripada KKM. SOP yang akan dikeluarkan nanti akan dibincangkan bersama pihak berkuasa agama Islam negeri untuk tindakan selanjutnya mengikut negeri masing-masing.
“Insya Allah imarah masjid tahun ini akan berjalan. Kita doa kepada Allah SWT supaya COVID-19 (penularan) tidak serius. Kalau semakin teruk, kita akan ikut nasihat KKM dan bila sudah ada SOP baharu, kita akan jaga elok-elok,” jelasnya lagi.
Alhamdulillah, semoga Ramadan tahun ini lebih bermakna buat rakyat Islam di Malaysia dan marilah sama-sama kita berdoa agar pandemik COVID-19 ini berakhir segera.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Walaupun agama Islam dahulunya kurang dikenali di negara Jepun, kini keadaan itu semakin berubah. Dalam tempoh sedekad lalu, dianggarkan antara 112,000 hingga 230,000 penduduk Jepun telah memeluk Islam dan angka kini kian bertambah, menurut laporan portal Republika.
Perkembangan ini disifatkan sebagai sesuatu yang sangat positif dan membanggakan oleh pelbagai pihak. Malah, pertumbuhan pesat jumlah mualaf di Jepun ini sebenarnya dipengaruhi oleh beberapa faktor utama.
Antaranya termasuklah perkahwinan antara mualaf dan pasangan mereka, yang secara tidak langsung menyumbang kepada kelahiran generasi Muslim seterusnya di negara tersebut.
Bukan itu sahaja, kedatangan imigran Muslim dari negara seperti Iran, Indonesia, Pakistan dan Bangladesh juga memainkan peranan besar dalam perubahan ini. Dengan kehadiran mereka, jumlah masjid di Jepun turut meningkat, menjadikan ia sebagai tempat interaksi yang penting antara komuniti Muslim dan masyarakat setempat.
“Apabila bertambahnya Rumah Allah, ia merupakan kesempatan penduduk lokal bersosialisasi dan belajar tentang Islam.
“Sentimen Islamofobia juga membuatkan mereka ingin tahu adakah Islam memicu kepada kekerasan atau sebaliknya? Maka, masjid menjadi tempat rujukan,” lapor Republika.
Selain itu, kadar perpindahan agama yang sangat rendah dalam kalangan Muslim di Jepun turut menjadi penyumbang kepada kestabilan jumlah penganut agama Islam di negara itu. Mereka yang lahir dalam keluarga Muslim kebiasaannya kekal dengan agama yang dianuti sejak kecil.
Semua ini jelas menunjukkan bagaimana Jepun kini lebih terbuka dalam menerima, memahami dan menghormati Islam, satu agama yang sebelum ini sering disalah tafsir oleh sesetengah pihak.
Bagaimanapun, menurut laporan The Economist, masih ada satu cabaran utama yang dihadapi oleh komuniti Muslim di sana iaitu isu tanah perkuburan.
Ini kerana, hampir 99 peratus rakyat Jepun memilih untuk dibakar selepas kematian, sedangkan Islam dengan tegas melarang amalan tersebut.
Namun begitu, dengan peningkatan kesedaran dan penerimaan terhadap Islam, diharapkan lebih banyak penyelesaian akan ditemui bagi memenuhi keperluan komuniti Muslim di Jepun.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!