PEMPENGARUH dan usahawan dikenali sebagai Bella Park juga pernah alami wajah ‘breakout’!
Bila muka dah breakout, pasti keyakinan diri untuk berdepan dengan orang ramai juga merundum. Persoalanya, masih bolehkah mengenakan solekan untuk menutupi segala cela apabila kulit muka sudah rosak? Bella Park sebagai jurusolek memberi pandangan tentang perkara ini.
Wanita dan solekan memang sukar untuk dipisahkan. Malah, solekan merupakan antara perkara yang membantu kaum hawa diluar sana bukan sahaja tampil cantik. Namun, dalam keghairahan wanita mengenakan solekan. Ada impak buruk yang memberi kesan pada kulit wajah, jika produk solekan yang digunakan tidak sesuai dengan kulit atau jika solekan berkenaan tidak dibersihkan dengan baik ia bakal membuatkan muka anda mengalami masalah ‘breakout’.
Bergelar Jurusolek, Pernah Tak Bella Alami Masalah Kulit?
Pernah.. Orang kalau main alat solek ni mesti orang kata merasa juga hadapi kulit breakout ni, sebab kita bersolek kan. Jadi liang pori senang nak tersumbat apa semua.
Bella sendiri pun kulit muka pernah breakout, tambah lagi sewaktu Bella berbadan besar dahulu, lagilah mengalami pelbagai masalah kulit sebab orang kata ia berkait rapat dengan masalah berat badan Bella pada masa itu, dengan masalah hormon lagi.
Ads
Apakah Masalah Utama Kulit Bella?
Bella banyak masalah dengan jerawat, sebab Bella ni kulit berminyak jadi memang senang naik jerawat berbanding mereka yang mempunyai masalah kulit kering.
Cara Bella Tangani Masalah Kulit Breakout?
Bella jadikan rutin skincare ni perkara WAJIB tak boleh tinggal, terutamanya untuk orang yang sering mengenakan solekan. Walaupun Bella dulu rasa malas-malas. Satu lagi Bella rasa untuk orang yang sering bersolek ni, satu benda yang memang tak boleh tinggal langsung adalah ‘double cleansing’.
Ads
Setiap malam, Bella memang akan buat ‘Double Cleansing’ pakai cleansing oil dulu, atau cleansing balm atau apa sahaja yang mempunyai kandungan minyak. Kerana minyak ini membantu menyingkirkan segala kesan solekan terutamanya foundation kita. Dia akan cairkan solekan. Lepas tu baru kita bersihkan betul-betul muka kita dengan menggunakan pencuci muka atau cleanser.
Lepas tu baru mulakan rutin macam biasa, Bella akan apply toner dulu, kemudian serum dan pelembap.
Bila Muka Breakout, Boleh Bersolek Ke?
Boleh bersolek, tapi paling penting sebelum kita nak mengenakan solekan atau membeli alat solek, kita kena kenalpasti jenis kulit (Skin Type).
Ads
Ada orang jenis kulit kering, jenis kulit berminyak, jadi kita kena pilih alat solek yang sesuai dengan jenis dan keadaan kulit kita. Barulah kulit kita tu boleh terima dan tak ‘reject’ produk yang hampa gunakan.
Contohnya, kulit berminyak pakai solekan yang dikhususkan untuk kulit berminyak. Dan kalau kulit kering, gunakan alat solek yang mempunyai kandungan yang membantu moisturize kulit anda. Bila dah bersolek tadi, jangan lupa wajib double cleanse!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi individu yang berdarah O mungkin ini berita baik untuk korang kerana kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Universiti British Columbia dan Hospital Besar Vancouver, Kanada menjelaskan bahawa darah jenis O didapati kurang berisiko dijangkiti COVID-19.
Jika dijangkiti sekali pun, individu berdarah O dikatakan mungkin tidak akan berada dalam keadaan kritikal. Kajian ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa jenis atau kumpulan darah berperanan dalam tahap kerentanan seseorang terhadap jangkitan.
Kredit foto: cdn.i-scmp.com
Namun begitu, menurut pakar lebih banyak penyelidikan perlu dilakukan sebelum membuat sebarang andaian. Kajian mendapati daripada 7,422 individu positif COVID-19, hanya 38.4 peratus adalah daripada kalangan mereka yang memiliki darah jenis O, manakala 44.4 peratus pula daripada jenis A.
Kredit foto: oncologynews.com.au
Walau bagaimanapun, doktor unit rawatan intensif di Hospital Besar Vancouver yang juga penolong professor klinikal di Bahagian Perubatan Penjagaan Kritikal dan Jabatan Perubatan di Universiti British Columbia juga tidak menafikan hal ini juga mungkin dipengaruhi oleh faktor risiko lain seperti usia dan tahap kesihatan.
Jelas beliau lagi, jika korang dalam kumpulan darah A tidak perlu panik dan bagi korang yang dalam golongan darah O juga tidak bermakna korang terselamat daripada jangkitan COVID-19 ini.
Meskipun terdapat beberapa teori, para penyelidik belum mengenal pasti mekanisme yang dapat menjelaskan kaitan diantara kumpulan darah dan COVID-19.
Fuh baru nak tarik nafas lega tapi rupanya masih banyak lagi kajian perlu dilakukan bagi mengesahkan kenyataan ini. Hiks!
Apa-apa pun, tak kisah la korang tergolong dalam kumpulan darah mana-mana sekalipun, jaga diri dan patuhi SOP.
Penampilan Izara Aishah selepas bertudung sering mendapat perhatian ramai kerana keayuan dan kelembutan yang terpancar pada wajah manis selebriti itu. Ramai yang memuji perubahan yang dilakukan oleh Izara daripada segi penampilan dan cara dia menutup aurat dengan sempurna.
Malah, dek kerana kecantikannya itu, ada pula si suami yang meminta agar Izara berkongsi tutorial tudung kerana isterinya ingin bergaya seperti selebriti itu di hari raya nanti. Tweet yang dibuat itu berjaya mendapat perhatian pelakon utama Ombak Rindu ini.
Dengan ‘sporting’, Izara memuat naik video tutorial tudung di laman TikToknya dan berharap agar tutorial itu dilihat oleh lelaki tersebut. Tambahnya lagi, dia bukanlah seorang yang suka berkongsi video tutorial kerana menganggap dirinya juga masih belajar untuk menggayakan tudung, namun Izara berasa lembut hati kerana permintaan ini dibuat oleh seorang suami yang ingin menggembirakan hati isterinya.
Namun begitu, lain pula jadinya apabila ramai warganet yang tertarik dengan kelembutan Izara bertutur dan rata-ratanya memuji kecomelan yang dimiliki pelakon ini.
Semoga dengan perkongsian tutorial tudung ini dapat memberi gaya baharu kepada kaum wanita di pagi raya nanti. Hiks!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dalam sesebuah majlis perkahwinan, antara elemen penting yang menjadi perhatian adalah busana yang digayakan oleh ratu sehari. Penampilan yang berseri cantik dipandang menjadi tumpuan dalam majlis yang dianjur secara gemilang.
Semalam, Sweet Qismina yang sudahpun mengikat tali pernikahan bergelar isteri kepada Adam Lee. Dia tampil anggun bak sang puteri dalam persalinan sedondon dengan suaminya itu. Busana yang digayakannya merupakan hasil rekaan daripada pereka fesyen terkenal Malaysia, Rizman Ruzaini.
Wanita berusia 25 tahun ini memiliki figura tubuh kecil molek, walaupun begitu dia tetap nampak menawan dalam busana ballgown kembang penuh yang dihasilkan daripada kain songket. Menjadikan busana tersebut lebih dramatik, rekaan pada bahagian lengan diberikan efek puff.
Menyerlahkan lagi keanggunan dan juga nilai esksklusif, busana tersebut dihias sarat dengan tatahan jemeki dan juga sulaman mewah. Tidak lengkap jika tidak mengenakan perhiasan kemas, Sweet hanya mengenakan rantai, anting-anting dan juga tiara kecil.
Wajah ratu sehari ini telah ditatarias oleh jurusolek terkenal, Sheila Mohamad manakala rambutnya pula didandan oleh hairstylist terkenal, Ckay Liow.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!