Sebagai sebuah negara yang majmuk dan terdiri dari pelbagai kaum, Malaysia merupakan sebuah negara yang bertuah. Sikap saling memahami dan saling menyokong antara satu sama lain membentuk persekitaran yang positif. Tidak kiralah dari segi sukan, hiburan sehinggalah dunia ratu cantik kita meraikan seadanya dan memberi sokongan yang padu.
Tahun 2021 merupakan tahun yang boleh dikatakan cemerlang untuk arena ratu cantik Malaysia apabila ratu-ratu yang dipilih untuk mewakili negara berjaya mencapai kedudukan yang membanggakan sekaligus memahat nama tanah air agar lebih dikenali. Ini adalah empat sosok wanita yang mengibar tinggi bendera Malaysia dengan kecantIkan dan juga kebijaksanaan mereka.
Lavanya Sivaji, MISS WORLD MALAYSIA 2021
Doktor perubatan yang merupakan graduan Universiti Pertahanan Malaysia ini membanggakan negara apabila dari 97 peserta yang bertanding, dia tersenarai sebagai 40 peserta terbaik yang disenarai pendek untuk meneruskan perjuangan dalam pertandingan itu yang sebelum ini ditangguhkan. Dia akan kembali semula ke Puerto Rico pada Mac ini bagi meneruskan perjuangan! Semoga Dr. Lavanya berjaya mendapatkan mahkota biru yang diidamkan semua itu.
Antara peserta popular dalam edisi Miss Grand International yang diadakan di Thailand. Lishalliny berjaya menggondol anugerah Kostum Nasional Terbaik dan juga bergelar semifinalis. Kejayaannya ini melakar kejayaan dua tahun berturut-turut Malaysia berjaya bergelar semifinalis setelah Jasebel Robert berjaya menjadi peserta top 10 pada edisi 2020.
Poorani Rajoo, MISS INTERCONTINENTAL MALAYSIA 2021
Wanita berusia 25 tahun ini pada mulanya merupakan salah seorang finalis dalam pertandingan Miss Grand Malaysia 2021, biarpun dia tidak berjaya menggenggam mahkota pertandingan tersebut namun dek kecemerlangannya dia dipilih untuk mewakili Malaysia dalam pertandingan Miss Intercontinental 2021 yang diadakan di Mesir.
Dengan rupa paras yang menawan serta personaliti yang menarik, Poorani berja menembus ke jajaran semifinalis yang mana ia merupakan kelompok yang terbaik dalam kalangan terbaik. Biarpun kandas di peringkat ini namun apa yang pasti dia sudah memahat nama negara di pentas dunia.
Malveen merupakan naib juara Miss Grand Malaysia 2021, dia yang menunjukkan potensi cemerlang telah dipilih untuk mewakili negara di pentas Miss Globe 2021 yang diadakan di Albania. Dalam pertandingan yang disertai oleh 50 peserta dari seluruh negara itu, Malveen telah diumumkan sebagai semifinalis top 15, biarpun dia tidak berjaya meneruskan ke pusingan top 5, Malveen membanggakan Malaysia apabila dia dinobatkan sebagai pemenang Head-to-Head Challenge dalam pertandingan itu.
Wah, nampaknya tahun 2021 merupakan tahun yang wanita Malaysia keturunan India menjadi wajah wakilan terbaik untuk membawa nama negara. Sama-sama kita nantkan untuk tahun 2022 siapakah pula yang akan membawa nama negara ke tahap lebih tinggi.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Sekali kalah dalam sesuatu perjuangan tidak bererti tewas selama-lamanya. Ungkapan ini sesuai digambarkan dengan situasi yang dilalui gadis cantik Bernama Maxine Formosa ini.
Dia yang berusia 21 tahun merupakan seorang pembantu undang-undang di sebuah firma guaman merupakan pemenang tempat ketiga dalam pertandingan Miss Universe Malta 2021.
Nasibnya berubah apabila dia telah dilantik oleh organisasi Miss Universe Malta untuk menyandang gelaran Miss Universe Malta 2022 sekaligus mendapat hak untuk mewakili negaranya di pentas antarabangsa.
Dalam majlis yang diadakan penuh eksklusif itu, Maxine telah dimahkotakan oleh Jade Cini yang merupakan Miss Universe Malta 2021. Dia menerima mahkota rona biru yang direka penuh ekstravaganza dan juga selempang untuk digayakan sepanjang dia memegang gelaran untuk menjalankan tugas.
Menurut satu hantaran di laman Instagram peribadinya, gadis yang berasal dari daerah St Julian’s ini berkata, “Saya sangat bersyukur kerana organisasi Miss Universe Malta memberi peluang berharga ini untuk mewakili negara di pentas Miss Universe. Saya berjanji akan membuat Malta bangga nanti.”
Sebagai persiapan untuk mewakili negara, Maxine akan dihantar ke Texas, Amerika Syarikat untuk menjalani latihan di Miss Academy. Akademi tersebut merupakan milik Crystal Stewart yang merupakan Miss USA 2008 dan juga top 10 di Miss Universe 2008.
Di sana dia akan diajar dari segala segi tentang seorang ratu cantik. Bermula dengan gaya pemakaian, pembawakan diri, cara bertutur, solekan dan dandanan sehinggalah cara untuk berjalan di atas pentas.
Setakat ini Malta belum pernah berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir dalam pertandingan Miss Universe. Namun perkara ini bukanlah menjadi penghalang untuk wakilan negara itu membawa tinggi nama negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penjagaan kulit wajah sangat penting supaya seseorang individu kelihatan lebih bersih, menarik dan juga segar. Wajah yang tampan ataupun cantik bukan bergantung kepada warna kulit, tetapi lebih kepada kesihatan kulit yang nampak sihat tanpa noda. Cerah, gelap, kuning langsat atau sawo matang, setiap jenis warna kulit ini mempunyai kelebihan sendiri. Betul tak?
Tapi bukan hanya penjagaan kulit, pelan data internet kelajuan tinggi juga penting juga buat remaja zaman sekarang kan?
Servis muka, servis pelan sekali!
Okay ada berita baik untuk korang semua, korang boleh dapatkan SIM Yoodo PERCUMA dengan pembelian Safi skincare bernilai RM15 dalam satu resit di mana-mana cawangan Econsave, Mydin & Guardian.
Promosi ini adalah kerjasama khas antara Yoodo – syarikat telekomunikasi boleh ubah suai sepenuhnya dan 100% digital pertama di Malaysia – dan Safi, jenama penjagaan kulit Halal yang terkenal dan dipercayai di Malaysia. Korang yang membeli pencuci muka Safi, air micellar atau essences, perhatikan jalur merah salmon yang terdapat pada bungkusan untuk mendapatkan kad SIM Yoodo secara percuma dengan data kelajuan tinggi sebanyak 5GB!
Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo, berkongsi bahawa langkah strategik tersebut memberi peluang kepada setiap pelanggan Safi untuk merasai pengalaman penyesuaian dan sentiasa berhubung dengan Yoodo.
Kami kini menawarkan ketersambungan, fleksibiliti dan kepuasan pelanggan kepada segmen populasi yang lebih luas berbanding sebelum ini, seperti mereka merasai sendiri yang terbaik dalam bidang kecantikan Halal.
Para pelanggan yang membeli mana-mana produk penjagaan kulit Safi bernilai RM15 dan ke atas dalam satu bil akan menerima kad SIM Yoodo secara percuma. Promosi ini boleh didapati di semua cawangan Mydin bermula hari ini dan juga mulai 1 Februari 2022 di semua cawangan Econsave dan Guardian.
Promosi istimewa daripada Yoodo dan Safi ini akan berlangsung sehingga 31 Mac 2022 di semua cawangan Mydin dan sehingga 20 April 2022 di semua cawangan Econsave dan Guardian di seluruh negara, sementara stok masih ada. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://www.yoodo.com.my/safi/ atau Facebook Safi Malaysia.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagi individu yang ingin menurunkan berat badan, salah satu usaha yang mereka akan amalkan adalah dengan melakukan detoks.
Detoks merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan daripada tubuh badan. Badan manusia mempunyai sistem detoks sendiri iaitu hati dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detoks semulajadi. Detoks dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu, ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.
Biasanya, minuman detoks ini diperbuat daripada sumber sayuran dan buahan seperti tomato, timun, epal hijau, lemon dan banyak lagi. Minuman ini baik untuk tubuh badan sekiranya ia dibuat sendiri oleh kita.
Namun begitu, ada yang mengambil langkah mudah kerana ingin kesan yang cepat dengan mengamalkan produk detoks yang menyebabkan mereka kerap ke tandas untuk ‘membuang’ segala kalori makanan.
Menurtu Public Health Malaysia, jika korang mengamalkan pengambilan produk detoks ini, fikirkan semula kerana ini (gambar) mungkin merupakan keadaan usus korang sekiranya amalan pengambilan produk yang mempunyai kesan pelawas secara berpanjangan.
Usus yang pada asalnya berwarna kuning kemerahan bertukar menjadi hitam akibat sel-sel yang telah mati. Keadaan yang dinamakan sebagai Melanosis Coli ini akan menyebabkan risiko kanser usus meningkat berkali ganda.
Oleh itu, sekiranya korang ingin menurunkan berat badan, elakkan mengambil produk detoks yang berada di pasaran. Jangan ambil jalan mudah kerana buat apa badan kurus tetapi akhirnya mengundang bahaya kan?
Sebaliknya, amalkan cara detoks semula jadi yang korang boleh dapatkan daripada sumber sayur-sayuran dan buah-buahan. Lebih sihat dan terjamin. Apa-apa pun sumber semula jadi adalah yang paling baik dan yang penting, amalkan pemakanan sihat dan diet seimbang.