
Bak kata pepatah nak seribu daya, tak hendak seibu dalih. Itulah perumpamaan yang dsesuai digambarkan kepada wanita berusia 94 tahun ini. Dikenali sebagai Grace Lee McLure Smith, dia menerima sijil diploma sekolah tinggi dari Sekolah Tinggi Hazel Green pada Rabu lalu.
Dengan musim graduasi yang semakin menghampiri ke penghujung, pihak pengurusan sekolah-sekolah bahagian Madison County mahu memberi penghormatan kepada wanita yang banyak berjasa kepada komuniti ini.
79 tahun lalu ketika berusia 16 tahun Grace terpaksa meninggalkan Sekolah Tinggi Hazel Green sebelum sempat menghabiskan pengajian kerana berkahwin dengan suaminya yang kemudian dihantar untuk menyertai perang dunia ke-2.

Walaupun tidak sempat menghabiskan pengajian di sini tepat pada waktunya, dia tidak berada jauh dari sistem pendidikan di Madison County. untuk 30 tahun selepas itu dia bekerja sebagai pemandu bas sekolah yang mengambil dan menghantar para pelajar Sekolah Tinggi Hazel Green dengan selamat.
Menurut cucunya yang kini merupakan seorang guru sekolah, “Nenek merupakan seorang yang dijadikan individu contoh dalam masyarakat terutamanya kepada kanak-kanak dan dia selalu bercerita tentang perkara itu.”
Sumber: WHNT
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak Malaysia Diangkat Ke Pentas Utama Konvokesyen UK

Menjadi anak muda Malaysia yang berjaya di pentas antarabangsa bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi Umar Zulkefli, 23, telah membuktikan bahawa dengan usaha gigih dan semangat yang tidak pernah luntur, tiada apa yang mustahil.
Pada Majlis Graduasi University of York, United Kingdom baru-baru ini, Umar telah diberi penghormatan besar untuk menyampaikan ucapan sebagai wakil graduan di hadapan lebih 1,200 tetamu. Satu momen luar biasa yang mengharumkan nama negara.

Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi ini bukan hanya dikenali sebagai pelajar cemerlang, tetapi juga aktif dalam pelbagai aktiviti kampus sepanjang pengajiannya. Beliau juga merupakan penerima biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan dalam ucapannya, Umar turut merakamkan penghargaan kepada MARA yang banyak menyokong perjalanan akademiknya sejak bangku sekolah lagi.
Dari Pelajar ‘Clearing’ Ke Pentas Utama
Apa yang menjadikan kisah Umar lebih menyentuh hati adalah latar belakangnya yang bermula sebagai pelajar ‘clearing’ ,hadir ke University of York tanpa perancangan awal. Namun dengan tekad dan dedikasi, beliau berjaya membuktikan bahawa setiap jalan yang kita pilih akan membawa makna jika dilalui dengan bersungguh-sungguh.
Pemilihan Umar sebagai penyampai ucapan graduan bukanlah secara rawak. Ia adalah pengiktirafan atas pencapaian cemerlangnya bukan sahaja dalam akademik, tetapi juga kerana keterlibatannya sebagai Naib Presiden Persatuan Sarjana Muda Ekonomi Malaysia, duta pelajar universiti, pengajar rakan sebaya, penulis komuniti ekonomi dan banyak lagi.
Pengorbanan Ibu Bapa Jadi Pendorong

Anak jati Shah Alam ini turut berkongsi sisi peribadinya yang cukup menyentuh hati. Sebagai anak tunggal, Umar mengimbas kembali kisah kelahirannya yang mencabar, apabila ibunya terpaksa melalui pembedahan kecemasan demi menyelamatkan nyawanya. Kehadiran kedua ibu bapa menyaksikan majlis konvokesyennya di UK merupakan satu saat penuh emosi buat Umar, dan jelas terpancar rasa syukurnya atas segala pengorbanan mereka.
“Semua kejayaan ini adalah milik mereka,” katanya dengan nada sebak, mengenang kasih dan pengorbanan ibu bapanya.
Langkah Seterusnya: Dunia Profesional & Impian Sarjana
Kini, Umar sedang bersiap sedia untuk memulakan kerjaya sebagai pelatih siswazah pelaburan di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bermula Oktober ini. Dalam masa yang sama, beliau turut memasang impian untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang ekonomi, sekiranya diberi peluang dan tawaran biasiswa.

Majalah Remaja mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Umar atas pencapaian membanggakan ini. Semoga kisah beliau menjadi pencetus inspirasi kepada lebih ramai remaja Malaysia untuk terus berani bermimpi besar dan membawa nama negara ke persada dunia.
BACA LAGI : Pelajar Pedalaman Bukti Mampu Berjaya, Tersenarai Antara Pelajar Terbaik Dunia
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mahu Yakin Bergambar Di Pagi Raya? Jom Ikut Tips Ini Untuk Kurus Semasa Berpuasa Di Bulan Ramadan!

Bagi umat Islam di seluruh dunia, bulan suci Ramadan adalah masa yang dinanti-nantikan untuk bermuhasabah dan belajar bersyukur akan setiap rezeki. Tambahan lagi, amalan berpuasa turut memberi 1001 manfaat terhadap kesihatan tubuh badan kita.
ARTIKEL BERKAITAN: 3 Makanan Wajib Ambil Masa Sahur, Kenyang Lama Ketika Puasa & Boleh Kurus!

Namun ada kalanya kita terleka dengan godaan nafsu terutama ketika waktu berbuka. Impian untuk bergaya dan memuat naik gambar OOTD (Outfit of the Day) di pagi raya berkemungkinan akan hancur sekiranya tidak menjaga pengambilan makanan sebaiknya.
Jika anda ingin menggunakan peluang berpuasa sekaligus untuk menurunkan beberapa kilo berat badan, berikut adalah beberapa petua yang boleh dilakukan:

Jangan tinggal sahur
Pada bulan Ramadhan, sahur menggantikan sarapan pagi kita. Maka, melewatkan sahur adalah pilihan yang berisiko kerana anda akan cenderung lapar sepanjang hari. Hal ini akan mengakibatkan anda untuk makan secara berlebihan semasa berbuka puasa. Bukan sahaja tidak bagus untuk kesihatan, anda juga akan cenderung untuk bermalas-malasan ke masjid untuk terawih. Haa kan dah terlepas pahala solat terawih.

Kurangkan pengambilan gula
Satu lagi sebab utama kenaikan berat badan semasa Ramadan ialah pengambilan gula sepanjang bulan. Lihat sahajalah lambakan makanan dan minuman yang kaya dengan kandungan gula di bazar Ramadan. Dari aneka kuih muih, kek sehinggalah ke barisan air balang yang cukup menggiurkan.
Jika anda berhasrat untuk menurunkan berat badan semasa Ramadan, say bye-bye kepada gula yang berlebihan. Sebaiknya gantikan ia dengan makan makanan yang kaya dengan gula semulajadi seperti buah-buahan dan madu.

Elakkan makanan bergoreng
Tahukah anda bahawa faktor utama yang menjadi punca semua kenaikan berat badan semasa Ramadan adalah makanan berminyak? Perlulah kita ketahui bahawa makanan bergoreng mengandungi kalori yang tinggi dan nutrien yang rendah.
Juadah kegemaran seperti pisang goreng, popiah goreng dan ayam goreng berempah sebaiknya haruslah dielakkan. Sebaiknya cari pilihan yang lebih sihat untuk juadah berbuka berbanding makanan bergoreng yang sudah lazim dinikmati.
Adalah penting untuk anda fahami bahawa gaya hidup sihat bukan sahaja akan memberikan anda peluang untuk bergaya di pagi raya, namun ianya langkah terbaik dalam menjalani kehidupan bebas penyakit.
BACA LAGI: Mata Sukar Nak Lelap? Cuba Tips Ini Untuk Tidur Yang Lena
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Taufulou, FoodPanda, Muslimahclothing, Rujukan Niaga, Pexels, Tribun Wiki
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Johan Pilihan Nama Buat Putera Sulung Tengku Mahkota Kelantan & Che Puan Mahkota

Masih belum terlewat lagi untuk Remaja ucapkan tahniah buat Tengku Mahkota Kelantan & Che Puan Mahkota atas kehadiran cahaya mata sulung!
Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra dan Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson Petra menamakan putera sulung baginda dengan nama Johan, yang dilahirkan pada 17 Julai lalu.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan Sofie Louise Johansson menerusi hantaran di platform Instagram miliknya malam tadi yang turut memuat naik foto cahaya matanya itu.
ARTIKEL BERKAITAN : Genap Tujuh Hari, Aishah Al Iman Pilihan Nama Cahaya Mata Sulung Wany Hasrita & Suami

Terdahulu, Sofie Louise Johansson selamat melahirkan anakanda pertama di Hospital Universiti Sains Malaysia Malaysia (Hospital USM), pada 17 Julai lalu.
Unit Media Pejabat Sultan Kelantan dalam satu kenyataan berkata, Che Puan Mahkota Kelantan bersama anakandanya berada dalam keadaan selamat dan sihat walafiat.

Sekadar informasi, Dr. Tengku Muhammad Faiz dan Sofie Louise Johansson melangsungkan perkahwinan pada tanggal 19 April 2019.
Istiadat akad nikah pasangan itu diadakan di Istana Balai Besar yang disempurnakan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Che Puan Mahkota
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

