
Masih belum terlewat lagi untuk Remaja ucapkan tahniah buat Tengku Mahkota Kelantan & Che Puan Mahkota atas kehadiran cahaya mata sulung!
Tengku Mahkota Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Faiz Petra dan Che Puan Mahkota Kelantan, Sofie Louise Johansson Petra menamakan putera sulung baginda dengan nama Johan, yang dilahirkan pada 17 Julai lalu.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan Sofie Louise Johansson menerusi hantaran di platform Instagram miliknya malam tadi yang turut memuat naik foto cahaya matanya itu.
ARTIKEL BERKAITAN : Genap Tujuh Hari, Aishah Al Iman Pilihan Nama Cahaya Mata Sulung Wany Hasrita & Suami

Terdahulu, Sofie Louise Johansson selamat melahirkan anakanda pertama di Hospital Universiti Sains Malaysia Malaysia (Hospital USM), pada 17 Julai lalu.
Unit Media Pejabat Sultan Kelantan dalam satu kenyataan berkata, Che Puan Mahkota Kelantan bersama anakandanya berada dalam keadaan selamat dan sihat walafiat.

Sekadar informasi, Dr. Tengku Muhammad Faiz dan Sofie Louise Johansson melangsungkan perkahwinan pada tanggal 19 April 2019.
Istiadat akad nikah pasangan itu diadakan di Istana Balai Besar yang disempurnakan Ketua Hakim Syarie Kelantan, Datuk Daud Muhammad.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: Instagram Che Puan Mahkota
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Thailand Bakal Terima Pelancong Yang Sudah Divaksin Tanpa Perlu Kuarantin Wajib

Nampaknya Thailand antara negara Asia terawal yang bakal menerima pelancong asing dengan pengecualian kuarantin wajib bagi meningkatkan sektor pelancongan di negara tersebut. Thailand bercadang untuk mengecualikan kuarantin wajib kepada pelancong asing yang sudah divaksin apabila tiba di pulau peranginan Phuket bermula 1 Julai ini.
Menurut BERNAMA, Menteri Pelancongan dan Sukan Thailand Phiphat Ratchakitprakarn berkata sekurang-kurangnya 70 peratus daripada penduduk di pulau itu akan diberikan suntikan vaksin.

‘Phuket Tourism Sandbox’ merupakan pembukaan pertama untuk pelancong yang divaksin sebelum memperluaskan ke destinasi pelancongan lain seperti Koh Samui, Pattaya, Chiang Mai dan Krabi.
Menurut Perdana Menteri Thailand, pelancong yang divaksin dan diuji negatif COVID-19 boleh mengunjungi Phuket tanpa perlu menjalani kuarantin wajib. Inisiatif ‘Phuket Tourism Sandbox’ ini kini sedang menunggu persetujuan kabinet.
Jika diluluskan, pulau peranginan itu akan dibuka semula tiga bulan awal berbanding wilayah lain. Thailand merancang untuk membuka semula pintu sempadan kepada pelancong asing yang sudah divaksin tanpa perlu kuarantin pada Oktober ini.

Wah, kalau macam ni mesti ramai yang tak sabar nak terima suntikan vaksin kan? Hiks!
Sumber: BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Koleksi Baju Raya Pelik Yang Pernah Viral, Mana Satu Paling Rare?

Baju raya digambarkan dengan rekaan yang sopan dan manis, tetapi sejak beberapa tahun lalu ada pelbagai rekaan sehinggakan ia nampak pelik di mata masyarakat.
Satu ketika dahulu pernah viral beberapa baju raya yang menjadi sebutan netizen. Jom kita lihat antara koleksi baju raya pelik yang pernah ada satu ketika dahulu.
Jubah sado

Kita throwback sikit dengan rekaan jubah sado yang hangat diperkatakan beberapa tahun lepas. Bukan nak menghina tapi korang rasa cantik ke jika digayakan sebegitu rupa?
Rasanya cik abang-cik abang semua akan nampak lebih manis jika menyarung jubah Pak Arab daripada jubah sado tu kan? Hehe
Baju Melayu Hipster

Tak terkecuali dengan trend fesyen baju Melayu hipster. Nak kata buruk sangat tu tidak juga tetapi masih nampak sedikit pelik dan macam kurang sesuai digayakan pada pagi raya.
Potongan seluar sendat dan senteng menjadikan baju tradisi Melayu lelaki menjadi pelik dan kurang auranya tatkala digayakan di pagi raya. Walaupun tak banyak bezanya kerana baju Melayu tersebut turut dipadankan bersama samping, namun kalau korang perasan ia tetap nampak ada yang tak kena kan?
Baju raya Hello Kitty

Sanggup ke pagi raya pakai baju Hello Kitty? Hiks!
Kalau kanak-kanak yang pakai kita fahamlah, tapi kalau orang dewasa yang pakai rasanya nak tergelak juga bila tengok ada yang datang beraya di rumah memakai baju seperti itu.
Baju Melayu Swimsuit

“Nak tanya, ni baju Melayu ke swim ke sarung nangka? Aduhai rekaan baju Melayu trend sekarang,” luah seorang netizen.
Baju Melayu lengan pendek


Pelakon Erry Putra juga pernah mencetukan kontroversi apabila menghasilkan rekaan Baju Melayu yang agak pelik. Ada yang berlengan pendek dan ada juga yang mempunyai ‘sayap’ di bahagian belakang baju.
Baju Melayu ‘Lip Lap’

Meriahnya baju. Baju rekaan pereka tempatan ini viral tahun lalu. Rasanya ada ke yang sanggup pakai? Hehe!
Mujur sekarang sudah tidak ada lagi rekaan-rekaan pelik seperti ini. Mungkin dulu hanya tujuan untuk viral je kot. Hm!
Apa-apa pun selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua masyarakat Malaysia. Walaupun beraya dalam waktu pandemik dan PKP pula tu, janganlah bersedih kerana Aidilfitri tetap perlu diraikan selepas sebulan berpuasa.
Sambut raya bersederhanalah kita tahun ini ya.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak Sabah ‘Mendonia’! Jenama F&B Tempatan, Chunk & Dunk Tembusi Pasaran Filipina April Ini

Francais kafe pemanis mulut terkenal di Sabah, Chunk & Dunk mengesahkan pembukaan cawangan antarabangsa pertamanya di Filipina pada April ini.
Perkembangan tersebut menandakan satu lagi pencapaian besar buat jenama F&B tempatan yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pencinta manisan, khususnya di Sabah.
Dikenali dengan sajian ikonik croffle (atau croissant-waffle), Chunk & Dunk terlebih dahulu membina reputasi kukuh di Sabah melalui pembukaan lima buah cawangan dan sebuah lagi di Kuching, Sarawak sebelum memulakan langkah menembusi pasaran Asia Tenggara.

Filipina Jadi Pilihan
Bercakap mengenai perkembangan positif ini, pengasasnya Adam Shamil menyifatkan langkah ke peringkat antarabangsa ini bukan sahaja satu kebanggaan besar buat pasukannya yang selama ini bertungkus-lumus membangunkan jenama tersebut.
Menurutnya, pembukaan cawangan di Eastwood Mall, Quezon City ini bukan sekadar menjadi pencapaian peribadi, malah mencerminkan bahawa jenama tempatan dari Sabah mampu menembusi pasaran antarabangsa.
Tambahan pula, ia merupakan jenama pertama yang dimiliki oleh anak Sabah untuk berbuat sedemikian.
Secara tidak langsung, ia membuka ruang dan inspirasi kepada lebih banyak usahawan tempatan di Sabah untuk mengejar impian mereka dalam dunia perniagaan.

“Saya kira tuah menyebelahi saya apabila rakan perniagaan yang berasal dari Filipina berkunjung ke salah sebuah cawangan Chunk & Dunk di Sabah.
“Mula dia beli satu kotak croffle, kemudian jumlah itu bertambah sehingga empat kotak. Memang dia sukakan menu kami dan segera menawarkan peluang untuk membuka francais pertama di sana,” kongsinya ketika dihubungi REMAJA.
“Empat bulan berlalu dan kami tidak berhubung lagi selepas itu. Kebetulan pula, Chunk & Dunk membuka sebuah central kitchen bagi meningkatkan produktiviti croissants kami.
“Video mengenai pembukaan ini menjadi tular di Filipina dan sekali lagi, rakan perniagaan saya menghubungi saya semula untuk bertanya jika saya berminat dengan tawaran dahulu.
“Tentulah, saya katanya ya!” kata Adam.
Konsep Unik Jadi Tarikan
Jika diikutkan, terdapat banyak kafe yang menawarkan menu pemanis mulut. Namun, apa yang membuatkan Chunk & Dunk tampil berbeza adalah disebabkan imej dan konsepnya yang unik.
Kafe ini menampilkan tata hias bubble-gum pink yang diinspirasi daripada gaya diner era 50-an sekaligus memberikan suasana ceria dan Instagrammable kepada pengunjung.



Selain visual yang menarik, pelbagai pilihan croffle toppings seperti Bueno Bueno, Lotus Biscoff dan Callebaut 823 Milk Chocolate; Chunk & Dunk turut menjadi daya penarik utama.
Chunk & Dunk turut menyajikan menu ‘shaved ice’ (mirip ABC) dengan pelbagai perisa menarik termasuklah coklat, avocado, Thai Tea, laici dan lain-lain.
Kedua-dua menu ini dijangka ada dalam senarai menu yang ditawarkan di cawangan Filipinan kelak.



Perasmian Di Kota Kinabalu
Selaras dengan pembukaan di Filipina, Chunk & Dunk bakal melakukan majlis menandatangani perjanjian rasmi secara umum di The Oval, Imago Shopping Mall, Kota Kinabalu pada 22 Mac 2026 bermula jam 12 tengah hari.
Acara berkenaan bakal dimeriahkan dengan kehadiran selebriti popular seperti Stacy dan suaminya, Akim; Yazmin Aziz, Elica Paujin, Dabra Sia dan dihoskan oleh Daphne Iking.

Perancangan Ke Semenanjung Malaysia?
Bagi pelancong dari Semenanjung Malaysia yang pernah berkunjung ke mana-mana cawangan Chunk & Dunk, mereka pasti mengharapkan pembukaan cawangan pertama di ibu negara bakal terjadi tidak lama lagi.
Akan tetapi, perancangan tersebut perlu ditangguhkan buat sementara waktu disebabkan ketiadaan pusat pemprosesan utama di sini selain fokus syarikat untuk menstabilkan operasi perniagaan di Sabah terlebih dahulu.

Bagaimanapun, langkah Chunk & Dunk Sabah menembusi Filipina dilihat sebagai strategi penting untuk memperkenalkan jenama tersebut kepada pasaran yang lebih luas di rantau Asia Tenggara.
“Chunk & Dunk telah berada dalam pasaran selama 22 bulan. Kurang dari dua tahun, kami telahpun membuka beberapa cawangan di Sabah, Sarawak dan tidak lama lagi di Filipina. Kami turut mempunyai hampir 100 orang pekerja setakat ini terdiri daripada warga Borneo.
“Tentulah, saya teringin sekali untuk membuka cawangan di Kuala Lumpur. Doakan ya.”
Tahniah REMAJA ucapkan kepada Adam Shamil dan pasukan Chunk & Dunk yang membuktikan tiada impian yang mustahil untuk dicapai sekiranya berusaha keras serta dilakukan dengan penuh minat dan keazaman.
FOTO: Chunk & Dunk dan Adam Shamil
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!

