Menjadi anak muda Malaysia yang berjaya di pentas antarabangsa bukanlah sesuatu yang mudah, tetapi Umar Zulkefli, 23, telah membuktikan bahawa dengan usaha gigih dan semangat yang tidak pernah luntur, tiada apa yang mustahil.
Pada Majlis Graduasi University of York, United Kingdom baru-baru ini, Umar telah diberi penghormatan besar untuk menyampaikan ucapan sebagai wakil graduan di hadapan lebih 1,200 tetamu. Satu momen luar biasa yang mengharumkan nama negara.
Graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Ekonomi ini bukan hanya dikenali sebagai pelajar cemerlang, tetapi juga aktif dalam pelbagai aktiviti kampus sepanjang pengajiannya. Beliau juga merupakan penerima biasiswa Majlis Amanah Rakyat (MARA), dan dalam ucapannya, Umar turut merakamkan penghargaan kepada MARA yang banyak menyokong perjalanan akademiknya sejak bangku sekolah lagi.
Dari Pelajar ‘Clearing’ Ke Pentas Utama
Apa yang menjadikan kisah Umar lebih menyentuh hati adalah latar belakangnya yang bermula sebagai pelajar ‘clearing’ ,hadir ke University of York tanpa perancangan awal. Namun dengan tekad dan dedikasi, beliau berjaya membuktikan bahawa setiap jalan yang kita pilih akan membawa makna jika dilalui dengan bersungguh-sungguh.
Ads
Pemilihan Umar sebagai penyampai ucapan graduan bukanlah secara rawak. Ia adalah pengiktirafan atas pencapaian cemerlangnya bukan sahaja dalam akademik, tetapi juga kerana keterlibatannya sebagai Naib Presiden Persatuan Sarjana Muda Ekonomi Malaysia, duta pelajar universiti, pengajar rakan sebaya, penulis komuniti ekonomi dan banyak lagi.
Pengorbanan Ibu Bapa Jadi Pendorong
Anak jati Shah Alam ini turut berkongsi sisi peribadinya yang cukup menyentuh hati. Sebagai anak tunggal, Umar mengimbas kembali kisah kelahirannya yang mencabar, apabila ibunya terpaksa melalui pembedahan kecemasan demi menyelamatkan nyawanya. Kehadiran kedua ibu bapa menyaksikan majlis konvokesyennya di UK merupakan satu saat penuh emosi buat Umar, dan jelas terpancar rasa syukurnya atas segala pengorbanan mereka.
Ads
“Semua kejayaan ini adalah milik mereka,” katanya dengan nada sebak, mengenang kasih dan pengorbanan ibu bapanya.
Langkah Seterusnya: Dunia Profesional & Impian Sarjana
Kini, Umar sedang bersiap sedia untuk memulakan kerjaya sebagai pelatih siswazah pelaburan di sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bermula Oktober ini. Dalam masa yang sama, beliau turut memasang impian untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana dalam bidang ekonomi, sekiranya diberi peluang dan tawaran biasiswa.
Majalah Remaja mengucapkan setinggi-tinggi tahniah buat Umar atas pencapaian membanggakan ini. Semoga kisah beliau menjadi pencetus inspirasi kepada lebih ramai remaja Malaysia untuk terus berani bermimpi besar dan membawa nama negara ke persada dunia.
Budaya ‘Fear of Missing Out’ (FOMO) dan ‘You Only Live Once’ (YOLO) kini menjadi punca utama golongan muda di Malaysia terjebak dalam masalah kewangan.
Berikutan itu, dengan lebih 53,000 individu di bawah umur 30 tahun menanggung hutang terkumpul sebanyak RM1.9 bilion.
Pakar kewangan, Profesor Dr. Mohamad Fazli Sabri, memaklumkan bahawa situasi berkenaan amat membimbangkan.
Beliau menjelaskan bahawa ramai remaja mengambil keputusan untuk meminjam wang bagi membeli barang keperluan harian seperti makanan, sewa rumah, dan kereta.
“Dalam pengurusan kewangan, kita tidak sepatutnya berhutang untuk kelangsungan hidup,” tegasnya.
Selain itu, beliau turut menambah, kebanyakan remaja berani berhutang untuk mendapatkan gajet terkini dan mengikuti trend semasa tanpa memikirkan kemampuan kewangan mereka.
“Ramai yang sanggup meminjam hanya untuk membeli telefon bimbit terkini, dan ini adalah satu perkara yang sangat serius,” katanya lagi.
Menurut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), 28% daripada rakyat Malaysia yang bekerja juga meminjam wang untuk membeli barangan keperluan.
Dengan kemudahan pinjaman yang mudah diakses, seperti sistem ‘beli sekarang, bayar kemudian’, banyak pelajar kini terjebak dalam kitaran hutang.
Oleh itu, Profesor Mohamad Fazli menasihatkan agar remaja perlu menilai kembali kewangan mereka dan membezakan antara keperluan dan kehendak sebelum membuat keputusan untuk meminjam.
“Hutang bukanlah sesuatu yang boleh dianggap remeh, dan penting untuk kita bijak mengurus kewangan,” ujarnya.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Berita Harian, Foto Google
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usahawan Ridzuan Ridzokumura berkongsi rasa syukur apabila dikurniakan seorang anak lelaki yang sentiasa mengutamakan kewajipan sebagai seorang Muslim.
Menerusi satu posting di Instagram, Ridzuan memuat naik momen indah anaknya, Sky Taizo Okumura, sedang menunaikan solat.
Menurutnya, Sky tidak pernah sekalipun meninggalkan solat walau dalam apa keadaan.
“Alhamdulillah, walaupun Sky balik lambat dari sekolah, dia tak pernah sekali pun tinggalkan solatnya.
“Lima waktu penuh, tak pernah kurang, setiap hari dia tunaikan dengan penuh tertib.
“Hati saya rasa begitu syukur dan gembira memiliki anak sebaik ini, anak yang betul-betul bertuah,”tulis Ridzuan.
Dalam pada itu, dia yakin putera tunggalnya itu tidak pernah lupa untuk menyelitkan doa buat arwah ibunya, Allahyarhamah Akiko Okumura, setiap kali selepas solat.
“Setiap kali selesai solat, saya tahu, dalam doanya pasti ada nama ibunya.
Dia tak pernah lupa untuk mendoakan arwah ibunya,” katanya lagi.
Terdahulu, Akiko dilaporkan meninggal dunia pada 28 Februari lalu selepas terjatuh dari tingkat empat sebuah kondominium di Subang Jaya, Selangor.
Ridzuan dan Akiko mendirikan rumah tangga pada Februari 2009 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Sky Taizo Okumura.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Membesar sebagai orang yang sempuna pun sudah banyak cabaran yang perlu dilalui inikan pula jika dilahirkan sebagai individu yang memiliki kekurangan dari segi keupayaan. Namun adakah kekurangan ini menjadi alasan untuk tidak berjaya?
Perkara ini tidak menjadi halangan buat gadis cantik berusia 17 tahun yang cantik berhijab ini. Putri Ariani atau nama sebenarnya Ariani Nisma Putri membesar sebagai gadis yang memiliki kecacatan penglihatan.
Dilahirkan pada 31 Disember 2005, Putri Ariani yang merupakan anak sulung dari tiga beradik ini merupakan juara Indonesia Got Talent musim pertama ketika berusia hanya 8 tahun. Bersaing dengan peserta lain yang jauh lebih dewasa, ternyata rakyat Indonesia memilih dia sebagai juara.
Kemerduan suara dan juga teknik vokal yang dimiliki cukup membuai rasa dan menyentuh perasaan. Usai pertandingan tersebut Putri Arini yang masih lagi kecil menjadi tumpuan ramai dengan melakukan pelbagai jenis persembahan di khalayak umum.
Pada tahun 2018, anak jadi kelahiran Riau, Indonesia ini terpilih sebagai penyanyi lagu rasmi Asian Para Games 2018 dan dia turut membuat persembahan menyanyikan lagu tersebut ketika pembukaan acara sukan berprestij itu. Kemudiannya pada 2022, dia menyumbang suara emasnya pada Asian Para Games dengan menyanyikan lagu Indonesia Raya.
“Cari apa yang anda suka dan terus jika kita sudah jumpa apa yang kita suka pasti kita akan enjoy apa yang dilakukan. Do what you like and what you love, kemudiannya ubah rasa insecure agar jadi orang yang bersyukur.
Yang terakhir, kurangkan overthingking dan perbanyakkan positive thinking. Kerana akar kepada insecure adalah sikap overthinking. Kalau kita amalkan perkara ini pasti kita mampu menjalani hidup yang gembira,” kongsi gadis manis berhijab ini tentang nilai positif dalam hidup saat ditemu bual dalam sebuah rancangan bual biacara di Trans TV.
Putri Ariani yang juga pernah bergelar finalis The Voice Kids Indonesia kini telah menghasilkan lagu-lagu single yang cukup menarik untuk menjadi hawa telinga peminatnya. Seperti yang disangka, video klip single terbarunya yang berjudul Tak Mampu Lupa ditonton hampir 6 juta kali di laman YouTube.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah meluahkan rasa terharu selepas menyedari tunangnya, Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sentiasa memakai tali leher yang...