Yang Amat Mulia Tengku Ahmad Ismail Muad’zam Shah bin Tengku Abdullah merupakan anakanda kepada Seri Paduka baginda Yang Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong. Diputerakan pada 11 September 2000, kini Tengku Ahmad Ismail sudah berusia 22 tahun.
Merupakan saudara kembar kepada Yang Amat Mulia Tengku Afzan Aminah Hafidzatullah, baginda kini dilaporkan sedang menjalani latihan ketenteraan di Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst.
Kredit foto: Instagram House of Pahang
Dalam hantaran di Instagram House of Pahang, dimaklumkan kepada umum yang Tengku Ahmad Ismail yang juga bergelar Tengku Panglima Perang Pahang sudah dua bulan berangkat untuk menjalani latihan di sana.
“Sedar tak sedar, sudah dua bulan lebih YAM Tengku Panglima Perang berangkat ke Akademi Ketenteraan Diraja Sandhurst di United Kingdom. Kami di House of Pahang mendoakan agar Yang Amat Mulia dipermudahkan segala urusan dan sihat selalu. Aaamiin Yaa Rabb,” tulis kapsyen di hantaran tersebut.
Ads
Menariknya terdapat balasan daripada akaun dipercayai akaun Instagram bonda baginda, Tunku Azizah Iskandar yang menitip pesan, “Balik nanti, join the army and serve Malaysia.”
Bukan calang-calang individu, Tengku Ahmad Ismail yang mendapat pendidikan awal di Sekolah kebangsaan St. Thomas, Kuantan, Pahang merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Kriminologi dan Sosiologi dari Royal Holloway, University of London.
Untuk pengetahuan pembaca REMAJA, selain Tengku Ahmad Ismail yang kini mendapat latihan di akademi tersebut, ayahandanya, Al-Sultan Abdullah dan juga dua kekandanya, Tengku Hassanal Ibrahim dan Tengku Amer Nassir terlebih dahulu telah menjalani latihan dan merupakan alumni akademi tentera berprestij itu.
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Aksi hari keempat skuad terjun negara di Hanoi, Vietnam sempena Sukan SEA 2022 menepati ramalan dan harapan rakyat Malaysia apabila mereka menyambar bersih pingat emas menerusi dua acara terakhir.
Atlet terjun lelaki kebangsaan, Muhammad Syafiq Puteh menampilkan persembahan kemas lalu menyumbangkan pingat emas terbaru negara apabila mengungguli acara 3 meter (m) papan anjal individu.
Dengan pungutan 381.35 mata, Muhammad Syafiq sekaligys mengatasi rakan senegara, Gabriel Gilbert Daim yang memenangi pingat perak dengan 357.30 mata.
Pada sebelah petangnya pula, Nur Dhabitah Sabri bersama rakan sepasukan, Pandelela Rinong telah mengungguli acara 10 meter platform seirama wanita.
Duo tersebut mengumpul 242.14 mata selepas lima terjunan sekaligus menghadiahkan pingat emas kesembilan Malaysia di Hanoi. Pingat perak menjadi milik gandingan pasangan kembar dari Singapura, Ong Sze En-Ong Rei En manakala gandingan Vietnam, Bui Thị Hong Giang-Mai Hong Hanh berpuas hati dengan kutipan 185.25 mata.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kata pinjaman sememangnya telah lama wujud dalam bahasa Melayu disebabkan oleh beberapa faktor seperti penjajahan, penyebaran agama, perdagangan dan pelancongan. Perkataan-perkataan ini telah melekat di hati pengguna bahasa Melayu. Hal ini demikian kerana sebahagian perkataan-perkataan Arab sudah sebati dengan kehidupan masyarakat kita.
Kesebatian ini menjadikan mereka hampir tidak menyedari bahawa mereka sering mendengar dan menuturkan bahasa tersebut setiap hari. Kata pinjaman bahasa Arab terpaksa digunakan dalam bahasa Melayu kerana kekurangan perbendaharaan kata serta keperluan untuk mencipta atau mencari perkataan untuk objek dan konsep yang baharu.
Peminjaman adalah lebih mudah daripada mencipta yang baru. Ayat berikut mungkin boleh menjadi contoh. “Wakil rakyat Perlis membahaskan masalah dan hal ehwal masyarakat di Dewan Rakyat setiap hari Selasa.” Sebenarnya, kebanyakan perkataan dalam ayat tersebut merupakan bahasa Arab. Bahasa Arab juga sangat sebati dengan orang Melayu kerana bahasa Arab ialah bahasa al-Quran. Kebanyakan orang Melayu ialah penganut agama Islam.
Contoh-contoh perkataan bahasa Arab dalam bahasa Melayu
Impian meneruskan pelajaran di luar negara merupakan keinginan yang diidamkan oleh ramai pelajar di Malaysia. Ada yang bermimpi untuk ke Eropah, ada juga yang mahu ke negara Timur Asia dan juga di tanah Arab.
Baru-baru ini, seorang pelajar Muhammad Asyraf Muhammad Abdul Aziz yang berasal dari Perak telah membuat sejarah dengan menjadi pelajar Malaysia pertama yang berjaya menerima Ijazah Sarjana (MA) dalam bidang Hadis Kuliah Ulum Islamiah dari Universiti Al-Azhar dengan pangkat Mumtaz (Cemerlang).
Kredit: FB Pejabat Atase Agama Kaherah
Pengiktirafan ini dikongsi menerusi Facebook rasmi Pejabat Atase Agama Kaherah dan pihak mereka mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Asyraf kerana pencapaian itu bukan hanya menjadi kebanggaan buat Muhammad Asyraf secara peribadi, tetapi juga bagi negara Malaysia.
Kredit: FB Pejabat Atase Agama Kaherah
Difahamkan, bidang Kuliah Ulum Islamiah itu dibuka kepada pelajar antarabangsa dan perjanjian termeterai bersama kerajaan Malaysia sejak 2008.
Dalam pada itu, menurut Asyraf dia memanfaatkan masa hampir 2 tahun 6 bulan bagi menyiapkan hasil kajiannya dalam bidang ini. Kejayaannya bukan hanya hasil daripada ketekunan dan komitmennya sendiri, tetapi juga sokongan daripada keluarga, rakan-rakan, dan kerajaan Malaysia.
Kredit: FB Pejabat Atase Agama Kaherah
Prestasi Muhammad Asyraf adalah bukti yang jelas bahawa dengan semangat belajar dan peluang yang betul, pelajar Malaysia mempunyai potensi untuk bersinar di peringkat antarabangsa. Ini juga menunjukkan betapa pentingnya kerjasama antara Malaysia dan Mesir dalam bidang pendidikan, yang terus membuka pintu bagi generasi muda untuk mengejar impian mereka di tanah Mesir yang subur dengan ilmu pengetahuan.
Syabas diucapkan kepada Muhammad Asyraf di atas pencapaian yang membanggakan ini!
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!