Setelah dua tahun rakyat Malaysia ‘terpaksa’ akur dengan keadaan semasa pandemik di negara kita, nampak gayanya perayaan Aidilfitri tahun ini mungkin sekali akan menerima nasib yang sama seperti tahun lalu.
Apatah lagi dengan penambahan jumlah kes sejak beberapa hari lalu, kami merasakan peluang untuk pulang ke kampung halaman kelihatan semakin suram.
TAPI, itu tidak bermakna Aidilfitri yang bakal menjelang tidak boleh sakan diraikan oleh kita semua.
Mungkin ada sesetengah dalam kalangan korang yang tidak begitu ‘berselera’ untuk menyarungkan pakaian tradisional seperti Baju Melayu dan Baju Kurung kerana tidak dapat meraikan lebaran bersama sanak-saudara yang berlainan negeri.
Begitupun, korang masih boleh kelihatan ceria dan bersemangat dengan 4 jenama ini yang baru saja melancarkan koleksi Aidilfitri dan Ramadan masing-masing!
LEVI’S Ramadan 2021
Koleksi khas Ramadan pada tahun ini mementingkan keselesaan dan keceriaan pada si pemakai.
Untuk pilihan baju dan seluar yang ada, ia rata-rata mempunyai warna lembut, pastel dan yang paling penting, selesa. Ini kerana fabrik campuran Cottonized Hemp dan Tencel yang digunakan mempunyai teknologi sejuk baharu bagi memastikan pakaian korang ‘breathable dan menyerap peluh dengan pantas agar korang akan kekal segar sepanjang hari.
Menariknya, ada juga fabrik jenis Sorbtrek Repreve digunakan. Ia merupakan bahan yang dikitar semula daripada botol air!
Koleksi ini boleh didapati di LAMAN WEB LEVI’S dan di butik seluruh negara.
.
.
MONKI
Jenama pakaian dari Sweden ini juga tidak mahu melepaskan peluang untuk memperkenalkan koleksi Ramadan pertama mereka. Biarpun tampil kontemporari dan tidak mengikut arus tradisional, semangat vibran jelas dapat dirasakan pada pilihan pakaian oleh MONKI pada kali ini.
Blaus Berit RM75 & Seluar Aria RM110 .
Ads
Blaus Berit RM75 & Seluar Aria RM110
Menariknya, koleksi ini hanya boleh didapati di stor Monki di Saudi Aabia, UAE, Kuwait dan Malaysia saja tau! Jadi korang adalah di antara pemilik pakaian MONKI edisi terhad di seluruh dunia.
Penulis akan memilih koleksi Aidilfitri terbaru daripada LILIT yang baru saja melancarkan koleksi LILIT. Tetangga baru-baru ini. Ia menggabungkan busana feminin, serba klasik dengan sentuhan moden agar korang dapatlah memuat naik OOTD Raya nanti.
Pelitup muka Tetangga, RM39 & Kak Sarimah, RM289.
Bukan itu saja, LILIT juga telah berkolaborasi bersama jenama susu tempatan, Farm Fresh untuk satu lagi koleksi Raya! Ia direka khas dengan menerapkan gaya busana longgar untuk memberi keselesaan di samping memuatkan elemen Farm Fresh padanya. Memang lain daripada yang lain.
Kak Seroja, RM269 & Kak Latifah, RM299.
Kak Rohani, RM289 & Kak Dayang, RM299.
Kak Zaharah, RM289 & Kak Zainon RM289.
Koleksi RAYA oleh LILIT ini boleh didapati secara atas talian di FashionValet dan di stor FashionValet dan LILIT bermula semalam
*
Terdahulu, REMAJA pernah melaporkan mengenai koleksi istimewa Aidilfitri yang mengambil inspirasi daripada gadis Ampang.
Organisasi Miss Universe Malaysia (MUMO) mendengar suara hati rakyat & pencinta dunia ratu cantik apabila hari ini mengumumkan syarat-syarat penyertaan baru untuk pertandingan Miss Universe Malaysia 2024.
Eleen Yong, Pengarah Nasional baru MUMO mengumumkan pemansuhan had umur maksimum dan penerimaan wanita yang berkahwin, bergelar ibu dan yang sudah bercerai ke dalam pertandingan ini.
Peraturan terdahulu mengehadkan penyertaan kepada wanita bujang yang belum berkahwin dan berusia 28 tahun ke bawah sahaja.
Dengan perubahan ini, organisasi bergarap agar pertandingan berkenaan akan berada satu langkah ke hadapan menjadi lebih inklusif kepada gadis-gadis & wanita-wanita di Malaysia.
Sewaktu ditemui pada sidang media pengenalan Eleen sebagai peneraju baru MUMO pada Khamis, beliau teruja bagi memikul tanggungjawab baharu untuk menaikkan prestij pertandingan ini ke tahap yang lebih tinggi.
Jika dahulu Eleen bergelar jurulatih peragaan model dan ratu cantik sahaja, kini beliau sudah bersedia untuk menggilap potensi wanita di Malaysia untuk menjadi ratu cantik yang berpakej lengkap.
Pengarah nasional terbaru organisasi Miss Universe Malaysia 2024, Eleen Yong.
“Visi kami adalah untuk memperkasakan dan meraikan wanita-wanita luar biasa di Malaysia, mempamerkan bakat, kecerdasan, dan kecantikan mereka di pentas global. Kami percaya pada kekuatan platform ini untuk mengubah kehidupan dan memberi inspirasi kepada generasi masa depan.”
Pendaftaran secara dalam talian telahpun dibuka & pihak MUMO turut akan mengadakan uji bakat secara fizikal tidak lama lagi.
Sekiranya korang merupakan wanita berusia 18 tahun ke atas dengan ketinggian minimum 169cm, mempunyai daya intelek yang bagus, berkarisma dan berpersonaliti menarik, platform ini wajar dicuba sebagai pengalaman sekali seumur hidup.
Pemenang Miss Universe Malaysia 2024 akan dimahkotakan pada bulan September kelak oleh Miss Universe Malaysia 2022, Lesley Cheam.
Miss Universe Malaysia 2022, Lesley Cheam.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahi lalat atau sebenarnya kulat pada pakaian ini muncul disebabkan kelembapan pada kain. Jika tidak mahu pakaian bertahi lalat pastikan helaian kain atau pakaian betul-betul kering terlebih dahulu sebelum dilipat dan disimpan dalam almari.
Kulat ini juga sering terkena pada helaian telekung, telekung yang lembap kemudian terus dilipat atau disimpan akan mengundang tahi lalat. Selalu mengalami tahi lalat adalah di bahagian dagu.
Bagi memastikan tahi lalat ini hilang dan kembali bersih boleh gunakan dua cara berikut;
1. Guna sabun kuning
Sediakan sabun kuning Ganso dari kedai Eco. Kemudian gosok bahagian bertahi lalat dengan sabun tersebut. Sental dengan berus.
Seterusnya bilas, dan jemur. Sekiranya tahi lalat masih ada, boleh boleh ulang cara yang sama. Penggunaan sabun ini juga tak menjejaskan fabrik.
2. Guna cuka dan lemon
Tuang air panas dalam besen, campurkan cuka (lebih kurang satu cawan) kemudian rendam lebih kurang satu jam.
Kemudian keluarkan baju dari air rendaman cuka. Potong lemon dan perah pada bahagian baju yang ada tahi lalat tadi. Boleh guna gosok hirisan lemon tadi.
Selepas itu sental dengan berus. Insya-Allah akan tahi lalat hilang selepas diberus. Jika tahi lalat banyak guna lebih sikit cuka dan lemon tadi.
Artikel ini diambil diolah dari VK.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Masalah yang selalu dihadapi oleh kaum perempuan adalah bila pertama kali menggunakan produk penjagaan wajah yang baru.
Nak pilih produk yang sesuai dengan kulit kita ni bukan sesuatu yang mudah sebab tak mahu la nanti beri kesan tak baik pada wajah.
Jadi, apa yang perlu korang buat adalah dengan memastikan sama ada produk yang dipakai itu sesuai atau tidak. Macam mana nak tahu? Berikut kami kongsi kan 7 tanda-tanda yang korang boleh rasa jika produk kecantikan tak serasi dengan wajah.
Naik jerawat
Salah satu tanda yang paling ketara ialah apabila muka mula tumbuh jerawat yang luar biasa. Ada yang tumbuh selepas baru sekali memakai produk dan ada juga yang muncul hanya setelah beberapa kali pemakaian produk tersebut.
Mata merah dan berair
Mata mula merah, pedih dan berair juga adalah tanda-tanda bahawa produk seperti eye shadow, maskara dan eye liner yang korang pakai tu tidak sesuai dengan wajah. Jika berlaku simptom ini, segeralah berhenti mengunakannya sebelum menjadi lebih serius.
Rasa perih dan panas
Jika menggunakan produk kosmetik atau penjagaan kulit wajah dan selepas itu kulit mula terasa panas dan perih, itu merupakan antara tanda-tanda kesan yang tidak sesuai.
Kulit kemerahan
Apabila kulit berubah menjadi kemerah-merahan, ia juga merupakan salah satu tanda kulit tidak sesuai dengan produk kecantikan tersebut. Jika kulit jadi merah, ini bermakna bahan-bahan yang terkandung dalam produk telah menyebabkan iritasi pada kulit.
Kulit kering
Kulit akan menjadi sangat kering kalau tidak sesuai dengan sesuatu produk itu. Apabila disentuh, ia akan terasa kasar kerana lembapan pada kulit wajah telah hilang. Lebih teruk lagi, kulit akan mengelupas. Wajah juga mudah terasa gatal dan elakkan daripada terus menggaru kalau tak nak jadi lebih teruk.
Bibir pecah-pecah
Keadaan bibir yang pecah-pecah mungkin saja disebabkan oleh kurangnya minum air putih. Tapi, bibir kering dan mengelupas juga adalah salah satu tanda produk yang digunakan tidak sesuai dengan kulit korang.
Gatal-gatal
Jika produk yang digunakan itu membuatkan kulit korang rasa selesa selepas memakainya, ini bermakna ia sesuai bagi kulit wajah. Namun, apabila korang berasa gatal dan selalu rasa nak garu kulit wajah, hati-hati mungkin ia tidak sesuai dengan kulit.
Kalau memang korang pernah rasa tanda-tanda ini semasa menggunakan produk kecantikan, lebih baik berhenti segera dan dapatkan rawatan daripada pakar kulit untuk memulihkan kembali kulit wajah korang.
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...