Masalah yang selalu dihadapi oleh kaum perempuan adalah bila pertama kali menggunakan produk penjagaan wajah yang baru.
Nak pilih produk yang sesuai dengan kulit kita ni bukan sesuatu yang mudah sebab tak mahu la nanti beri kesan tak baik pada wajah.
Jadi, apa yang perlu korang buat adalah dengan memastikan sama ada produk yang dipakai itu sesuai atau tidak. Macam mana nak tahu? Berikut kami kongsi kan 7 tanda-tanda yang korang boleh rasa jika produk kecantikan tak serasi dengan wajah.
Naik jerawat
Salah satu tanda yang paling ketara ialah apabila muka mula tumbuh jerawat yang luar biasa. Ada yang tumbuh selepas baru sekali memakai produk dan ada juga yang muncul hanya setelah beberapa kali pemakaian produk tersebut.
Mata merah dan berair
Ads
Mata mula merah, pedih dan berair juga adalah tanda-tanda bahawa produk seperti eye shadow, maskara dan eye liner yang korang pakai tu tidak sesuai dengan wajah. Jika berlaku simptom ini, segeralah berhenti mengunakannya sebelum menjadi lebih serius.
Rasa perih dan panas
Jika menggunakan produk kosmetik atau penjagaan kulit wajah dan selepas itu kulit mula terasa panas dan perih, itu merupakan antara tanda-tanda kesan yang tidak sesuai.
Kulit kemerahan
Ads
Apabila kulit berubah menjadi kemerah-merahan, ia juga merupakan salah satu tanda kulit tidak sesuai dengan produk kecantikan tersebut. Jika kulit jadi merah, ini bermakna bahan-bahan yang terkandung dalam produk telah menyebabkan iritasi pada kulit.
Kulit kering
Kulit akan menjadi sangat kering kalau tidak sesuai dengan sesuatu produk itu. Apabila disentuh, ia akan terasa kasar kerana lembapan pada kulit wajah telah hilang. Lebih teruk lagi, kulit akan mengelupas. Wajah juga mudah terasa gatal dan elakkan daripada terus menggaru kalau tak nak jadi lebih teruk.
Keadaan bibir yang pecah-pecah mungkin saja disebabkan oleh kurangnya minum air putih. Tapi, bibir kering dan mengelupas juga adalah salah satu tanda produk yang digunakan tidak sesuai dengan kulit korang.
Gatal-gatal
Jika produk yang digunakan itu membuatkan kulit korang rasa selesa selepas memakainya, ini bermakna ia sesuai bagi kulit wajah. Namun, apabila korang berasa gatal dan selalu rasa nak garu kulit wajah, hati-hati mungkin ia tidak sesuai dengan kulit.
Kalau memang korang pernah rasa tanda-tanda ini semasa menggunakan produk kecantikan, lebih baik berhenti segera dan dapatkan rawatan daripada pakar kulit untuk memulihkan kembali kulit wajah korang.
Untuk lepasan ijazah yang baru dapat kerja tu tahniah diucapkan. Penat lelah korang belajar akhirnya berbaloi. Tulah nikmat paling bahagia penat mengadap buku bila dapat gaji pertamakan.
Ada orang mulakan kerjaya lebih awal, dari SPM atau diploma. Pendek kata rezeki setiap orang tu berbeza. Tak kisah berapa gaji yang korang dapat, lompat dari satu keje ke satu kerja lain, paling penting berkat.
Tapi di sebalik keghairahan untuk menunjukkan skill di tempat kerja, silalah elak satu perkara ini. Sebabnya kali pertama buat, seronok. Dua kali buat makin seronok dan lama-kelamaan, dah jadi darah daging. Walaupun kadang ada rasa takut sebab takut kena serbu…
Ada nama Papa happy? pix giphy
Keinginan untuk hidup mewah dengan cara paling mudah ini sebenarnya satu barah yang terlalu susah hendak dihapuskan sama sekali. Isu beberapa pegawai imigresen yang ditangkap akibat pembolosan buruh Bangladesh di KLIA yang dilaporkan akhbar beberapa hari lalu nyata bukti, rasuah satu keseronokan yang akhirnya memakan diri.
Rasuah bukan saja menjadi barah dalam diri tetapi mampu merosakkan negara kerana dunia pun boleh tergadai jika rasuah berleluasa. Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi pernah menyuarakan agar pemberi rasuah juga diberi perhatian kerana kegiatan ini tak mungkin terjadi jika tiada orang yang memulakannya.
Di sebalik isu rasuah yang dilaporkan di akhbar, korang nak tahu tak, kerjaya apa yang paling terdedah kepada gejala rasuah.
Kenyataan ini dinyatakan oleh Presiden Transparency International Malaysia, Datuk Akhbar Satar dalam laman web Tranparency Internasional Malaysia pada April 2017 lalu.
Presiden Transparency International Malaysia (TI-M)
Barometer Rasuah Global – Asia Pasifik 2017
April lalu, Transparency International-Malaysia (TI-M) melancarkan Barometer Rasuah Global (GCB) – Asia Pasifik 2017 untuk meninjau persepsi rasuah dan keberkesanan kerajaan dalam mengatasi rasuah.
GCB juga meninjau pengalaman dan pandangan orang ramai tentang rasuah dan kesediaan mereka untuk membanteras isu tersebut.
21,861 orang di 16 negara di Rantau Asia Pasifik dari Julai 2015 hingga Januari 2017 menyertai tinjauan ini. Negara-negara yang ditinjau adalah: Australia, Korea, Jepun, Kemboja, Indonesia, Thailand, Vietnam, Taiwan, Hong Kong, China, India, Pakistan, Myanmar, Sri Lanka, Malaysia dan Mongolia.
Temubual telah dijalankan di seluruh 13 negeri di Malaysia menggunakan persampelan secara rawak. Sejumlah 1009 responden telah ditemuramah antara September 2016 dan Disember 2016 dan taburan jantina adalah 50% lelaki dan 50% perempuan.
Berkenaan dengan tahap rasuah yang dirasakan, hasil GCB mendapati bahawa 60% responden merasakan tahap korupsi meningkat dan hanya 11% mengatakan bahawa korupsi telah menurun sedikit.
Rasuah menjadi barah kepada negara dan dunia
Bagi kaji selidik GCB 2013, 39% responden merasakan rasuah meningkat. 54% rakyat Malaysia merasakan bahawa pengurusan ekonomi adalah masalah paling penting yang perlu ditangani oleh kerajaan.
62% rakyat Malaysia merasakan bahawa kerajaan sekarang sedang mengendalikan perjuangan menentang rasuah dengan teruk.
41% rakyat Malaysia mengatakan bahawa ketidakcekapan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam memerangi rasuah. Juga, 53% rakyat Malaysia merasakan bahawa Kerajaan tidak berkesan dalam menangani perjuangan menentang rasuah.
Hukuman penjara lama sesuai bagi penerima rasuah, juga pemberinya
Siapa paling mudah terima rasuah?
Kerjaya sebagai anggota keselamatan iaitu Polis (57%) menduduki carta utama paling mudah terdedah dengan rasuah. Diikuti Kerajaan Tempatan dan Ahli Majlis (48%), Pegawai Cukai (48%), Eksekutif Perniagaan (46%), Pegawai Kerajaan (45%), Wakil Badan Perundangan (41%), Perdana Menteri dan para pegawainya (41%), Hakim dan Majistret (33%), dan terakhir pemimpin agama (31%).
Polis telah diperhatikan sebagai mempunyai risiko rasuah yang tertinggi dan secara seriusnya akan menjejaskan kualiti dan keadilan institusi penguatkuasaan undang-undang.
Kajian GCB juga menyentuh tentang pengalaman beberapa orang dalam mengakses perkhidmatan kerajaan seperti berikut: – pendidikan, perkhidmatan perubatan / penjagaan kesihatan, pendaftaran / permit / perkhidmatan identiti, perkhidmatan utiliti, polis dan mahkamah.
Barang kemas sering menjadi barang rampasan selepas kes rasuah dibongkar
Tiga perkhidmatan awam utama yang diwawancara yang dibayar boleh dirasuah di Malaysia polis (13%), perkhidmatan pendaftaran / permit / identiti (10%) dan perubatan / penjagaan kesihatan (10%).
Kadar rasuah: 23% responden di Malaysia mengakui telah membayar rasuah untuk membolehkan mereka mengakses ke perkhidmatan awam dengan mudah. Didapati 39% pembayar rasuah berusia 35 tahun ke bawah. Kadar rasuah juga berbeza-beza antara negara-negara di Rantau Asia Pasifik.
Negara paling tinggi kadar rasuah?
Negara-negara dengan kadar rasuah tertinggi (30% dan lebih tinggi) adalah Indonesia (32%), Kemboja (40%), Pakistan (40%), Myanmar (40% Thailand (41%), Vietnam (65%), India (69%).
Di Malaysia, tindakan yang paling berkesan untuk membantu memerangi rasuah ialah dengan cara “jangan membayar rasuah”, “mengundi calon-calon yang menentang rasuah” dan “melaporkan kejadian rasuah” (17 peratus, 14 peratus dan 12 peratus).
Takut untuk membuat laporan
Laporan ini turut menyebut, kebimbingan untuk melaporkan rasuah ialah setinggi 15 peratus. Ini menunjukkan ketakutan terhadap tindak balas atau tindak balas negatif (seperti kehilangan kerja seseorang) adalah penghalang utama kepada lebih ramai orang tampil menangani isu rasuah.
Inilah sebab utama diberikan oleh rakyat Malaysia mengenai isu rasuah. Alasan kedua yang paling biasa dinyatakan ialah orang tidak tahu di mana melaporkan korupsi (12%).
Ini skandal rasuah paling gempar pernah dilaporkan di Malaysia
Skandal rasuah terbesar negara melibat Jabatan Air Negeri Sabah
Oktober tahun lalu, pengarah jabatan Jabatan Air Sabah Negeri Sabah, Awang Mohd Tahir Mohd Talib, 54, telah ditahan oleh pihak SPRM.
Semasa penggeledahan dilakukan di pejabatnya, wang tunai sebanyak RM45 juta ditemui berkepuk di dalam laci sehingga memaksa SPRM terpaksa mengambil masa panjang mengira jumlah wang tunai yang terlampau banyak.
Turut ditahan dalam skandal rasual berkenaan ialah Timbalan pengarahnya, Teo Chee Kong. Wang tunai RM7 juta turut ditemui bersamanya.
Duit mampu menggelapkan mata dan hati penerima rasuah
Ekoran wang tunai terlampau banyak ini, penggeledahan SPRM turut menemui barangan kemas, wang tunai di dalam beberapa akaun di luar negara serta geran-geran tanah yang keseluruhannya bernilai kira-kira RM180 juta termasuk wang tunai.
Lebih setahun senyap tanpa khabar berita, minggu ini bekas Timbalan Pengarah Jabatan Air Sabah itu telah didakwa di mahkamah terhadap 146 pertuduhan melibatkan pengubahan wang haram berjumlah lebih RM32 juta.
Chee Kong, 52, bagaimana pun mengaku tidak bersalah selepas kesemua pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Nixon Kennedy Kumbong.
Hadapi 146 pertuduhan penggubahan wang haram
Menurut kertas pendakwaan, 78 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001 iaitu kesalahan memiliki 70 bidang tanah hasil aktiviti haram melalui 78 transaksi bernilai RM12,705,203.
Sejumlah 68 pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATPUAA) 2001 iaitu enam kesalahan memiliki wang tunai hasil aktiviti haram berjumlah RM7,930,810 dan 62 kesalahan memiliki wang dalam akaun bank hasil aktiviti haram di lapan institusi kewangan berjumlah RM12,287,240.
Tertuduh didakwa melakukan pengubahan wang haram melalui penerimaan wang rasuah yang melibatkan projek di Jabatan Air Negeri Sabah sejak 2010 hingga 2016.
Pendakwaan dilakukan timbalan pendakwa raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Mohd Hafiz Hashim manakala tertuduh diwakili peguam Roland Cheng dan Hamid Ismail.
Terdahulu, semasa berhujah, Tengku Amir meminta mahkamah menetapkan nilai jaminan RM10 juta sebagai syarat pembebasan tertuduh, bagaimanapun perkara tersebut dibantah oleh pihak pembelaan.
Nixon kemudiannya memerintahkan tertuduh diikat jamin RM1.5 juta dengan dua penjamin tempatan manakala pasportnya diserahkan kepada mahkamah serta menetapkan tarikh pengurusan kes pada 16 Januari tahun depan.Sumber BERNAMA.
Kes ini jadi perhatian kerana libatkan jumlah wang terlampau banyak
Apa pun, duit haram tetap haram hukumnya. Kita tak akan boleh mencuci darah jika selalu makan duit haram sebaliknya perlu mencuci hati untuk ada rasa takut kepada Allah.
Bagi yang mula kerja tu, ingatlah, kerjalah dengan penuh keberkatan walau gaji tak banyak mana.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usaha baik pulih udara yang dicemari gas beracun methana di Pasir Gudang Johor masih diteruskan hingga ke hari ini.
Pelbagai andaian telah dibuat untuk mengetahui siapakah punca di sebalik pencemaran ini, berapa lamakah ia akan berterusan dan sejauh mana mangsa akan pulih 100 peratus dalam masa terdekat.
Namun, pendedahan terhadap bahan kimia yang ada tersenarai sebagai bahan buangan di Sungai Kim-Kim, Johor itu membuatkan kami sedikit terjejut. Ini kerana ada di kalangannya yang terkandung dalam asap sebatang rokok.
Antaranya termasuklah..
01
Acrylonitrile
Sejenis cecair toksik yang digunakan dalam pembuatan polimer dan fiber artifisial. Jika terdedah kepadanya, mangsa akan mengalami simptom pening-pening, badan lemah dan sakit kepala.
02
Hydrogen Chloride
Selalu gunakan kertas dan bleach untuk pakaian kan? Itulah antara produk yang mengandungi Hydrogen Chloride. Bahan kimia berasid ini mengakibatkan sesak nafas, radang hidung, batuk dan sakit tekak.
03
Ethyl Benzene
Bersifat mudah terbakar, bahan kimia ini mempunyai bau sama seakan gasolin. Jika menghidu secara berterusan, mangsa akan mengalami simptom gangguan darah badan. Selain itu, ia mengancam kesihatan hati, buah pinggang dan jantung.
04
Toluene
Sejenis hydrocarbon aromatik yang juga dikenali sebagai toluol. Apabila menghidunya (seakan bau cat thinner) secara obsesif, ia boleh mengakibatkan kerosakan buah pinggang dan hati. Bagi ibu mengandung pula, kesan menghidu Toluene setiap hari menaikkan risiko bayi cacat fizikal, mental dan penumbesaran.
05
Xylene
Ia selalu digunakan di dalam makmal perubatan sebagai bahan solvent. Namun, pendedahan terhadap gas Xylene secara berterusan boleh mengancam sistem saraf sentral dan membawa kepada simptom sakit kepala, loya dan muntah-muntah.
06
Acrolein
Ini juga merupakan bahan kimia yang mudah terbakar dan merupakan punca kepada sesak nafas.
***
REMAJA berharap agar keadaan & kadar kesihatan sekeliling di Pasir Gudang akan pulih seperti sedia ada. Bagi yang merokok, fikir-fikirkanlah..
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika dahulu freckles dianggap sebagai satu tanda cacat-cela pada wajah seseorang. Namun sekarang, freckles adalah satu trend yang semakin digilai remaja seluruh dunia.
Bukanlah bermaksud korang perlu berjemur di tengah panas untuk mendapatkan kesan tersebut pada kulit wajah. Apa yang boleh dilakukan adalah menggunakan item solekan bagi mendapat efek yang mirip dengan freckles.
Terbaru, anggota Blackpink, Lisa telahpun mempopularkan kembali trend ini menerusi poster single Blackpink & Selena Gomez yang akan dilancarkan pada hari Jumaat ini berjudul Ice Cream.
Cantik kan! Cuba korang sendiri cipta look seperti ini.
FRECK Faux Freckle Cosmetics Neutral
Bersifat buildable dan mampu tahan lama, item solekan ini membuatkan freckles korang kelihatan realistik dan natural. Ia juga bebas daripada paraben dan phthalate.
LIME CRIME Freckle Pen RM80
Didatangkan dengan felt tip seperti pen, ia memberikan efek yang lebih natural apabila diaplikasikan pada hidung dan pipi. Ia didatangkan dalam 2 warna berbeza untuk kesesuaian kulit cerah dan sawo matang.
LOTTIE LONDON Freckle Tint RM38.50
Mempunyai aplicator seperti bentuk berus, freckle tint ini bersifat vegan dan bebas daripada sebarang kandungan gluten. Dapatkan impak terbaik dengan meratakan (set) translucent powder pada wajah.
MARC JACOBS Highliner Matte Gel Eye Crayon Eyeliner RM124
Sekiranya korang enggan membeli produk baru untuk mencipta freckles, gunakan saja penggaris mata korang dalam tona coklat ataupun perang.
*
Jika korang mempunyai kulit yang sensitif dan tidak boleh mengikut trend seperti ini, hhm mungkin korang ingin tahu sekiranya diri sendiri mempunyai isu sama yang dihadapi oleh pelakon dan finalis Dewi Remaja 2009/10, Izara Aishah.