Sebentar tadi, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam perutusan pengumuman Perlaksaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah ditukar ke Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) telah mengumumkan beberapa berita gembira buat rakyat Malaysia yang sudah tiga bulan mematuhi PKPB.
Mulai 10 Jun 2020 sehingga 31 Ogos 2020, rakyat Malaysia sudah boleh merentas negeri dan perlu mengikut segala SOP yang telah ditetapkan seperti menggunakan hand sanitizer, memakai penutup mulut, menjauhi tempat sesak dan lain lagi.
Malah mulai 10 Jun itu lagi, sudah banyak aktiviti dibenarkan termasuk perkhidmatan gunting rambut, perniagaan pasar malam, pasar pagi, bazaria, medan selera, food truck dan gerai makan juga sudah dibenarkan dibuka.
Ads
Selain itu aktiviti komersial yang melibatkan urus niaga juaan dan pemasaran bukan dalam premis perniagaan juga dibenarkan . Ini termasuklah lawatan ke Muzium, indoor busking, dobi layan diri, aktiviti perikanan reaksi termasuk kolam pancing komersial dan penggambaran filem. Mesyuarat dan bengkel juga dibenarkan dengan syarat mematuhi sepenuhnya protokol kesihatan dan mengoptimumkan ruang.
Dalam aktiviti sukan dan reakrasi, semuanya sudah dibenarkan dilakukan kecuali pertandingan sukan atau permainan yang melibatkan perhimpunan penyokong atau penonton yang ramai seperti di dalam stadium, sukan renang, kolam renang awam dan sukan bersentuhan seperti gusti, rugby, tinju, bola sepak, bola keranjang dan hoki.
Ads
Begitu juga sambutan aidilfitri dibenarkan di mana orang ramai boleh meraikannya di kampung halaman masing-masing.
Menurut Perdana Menteri dalam perutusan tadi juga, walaupun beliau memberikan banyak kelonggaran, ini tidak bermakna tiada apa-apa lagi sekatan yang akan dilaksanakan oleh kerajaan untuk mengawal penularan COVID-19.
Beberapa aktiviti atau sektor masih dilarang. Ini termasuk pub, kelab malam, pusat hiburan, pusat refleksologi, pusat karaoke, taman tema, perarakan keagamaan dalam jumlah yang ramai, kenduri kendara, rumah terbuka dan apa-apa aktiviti yang melibatkan kehadiran orang ramai yang bersesak di suatu tempat sehingga menyukarkan amalan penjarakan sosial dan pematuhan kepada SOP.
So ingat ya, ada beberapa hal masih dilarang dan tidak dibuka sepenuhnya kerana kita kena ingat penawar COVID-19 masih belum ditemui.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saat-saat mendebarkan terjadi apabila satu rakaman telah dimuatnaik oleh pengguna Twitter menunjukkan enjin sebuah kapal terbang sedang terbakar ketika masih berada di udara. Pengguna tersebut merupakan anak kepada salah seorang penumpang di dalam penerbangan terbabit.
Walaupun berlaku insiden yang tidak diingini, kesemua 231 penumpang dan 10 kru berjaya mendarat dengan selamat biarpun satu enjin sudah terbakar teruk. Pesawat United 328 tersebut dikatakan dalam perjalanan dari Denver menuju ke Hawaii namun berpatah kembali apabila kebakaran terjadi.
Serpihan enjin tersebut telah jatuh berdekatan kawasan perumahan dan hampir terkena rumah salah seorang penduduk selain banyak lagi serpihan bertebaran di kawasan jalanraya dan juga padang.
Menurut laporan Metro Uk, Tyler Thal yang tinggal dikawasan berdekatan memberi tahu The Associated Press yang dia sedang bersiar-siar bersama keluarganya sebelum dia menyedari sebuah kapal terbang terbang dalam keadaan yang rendah dari kebiasaan. Ketika itu di menyaksikan enjin kapal terbang tersebut meletup dan serpihan mula jatuh ke tanah.
Tiada yang lebih meruntun jiwa selain melihat seorang anak kecil terpaksa berdepan kehilangan insan paling disayangi. Dalam sekelip mata, dunia yang sebelum ini terasa lengkap bertukar kosong tanpa amaran.
Itulah detik yang terpaksa disaksikan seorang guru apabila murid Tahun Empat di bawah jagaannya diuji dengan pemergian ibu tercinta.
Menerusi perkongsian di akaun Threads miliknya, Threads @fajaraliefah, guru berkenaan menceritakan pengalaman paling berat sepanjang bergelar pendidik apabila menerima berita bahawa ibu kepada salah seorang muridnya telah meninggal dunia.
Menurutnya, murid lelaki itu masih duduk tenang di tempatnya, langsung tidak mengetahui bahawa hidupnya bakal berubah dalam sekelip mata.
“Saya panggil dia perlahan, ‘Nadeem, kemas beg ya. Cikgu hantar balik.’ Dia angguk saja,” kongsinya.
Sepanjang perjalanan pulang, kanak-kanak berusia 10 tahun itu lebih banyak berdiam diri, seolah-olah dapat merasakan sesuatu yang tidak kena.
Setibanya di rumah, suasana sudah dipenuhi orang ramai yang sedang membaca surah Yasin. Murid tersebut mula memandang gurunya seperti mengharapkan jawapan. Namun apabila seorang ahli keluarga memeluknya sambil menangis, barulah dia memahami hakikat sebenar.
Tangisannya tidak kuat, tetapi cukup untuk membuat hati sesiapa sahaja luruh. Dalam perkongsian sama, guru berkenaan turut meluahkan bahawa sebagai seorang anak, kehilangan ibu diibaratkan seperti hilangnya sebelah sayap, hilang doa dan kasih sayang yang selama ini menjadi pelindung.
Detik itu juga mengimbau pengalaman kehilangan yang pernah dilaluinya sendiri, sekali gus menjadi peringatan besar tentang pentingnya menghargai ibu bapa selagi mereka masih ada.
Beliau turut mengingatkan orang ramai agar mempelajari solat jenazah dan tidak mengambil ringan soal pengurusan kematian.
Perkongsian tersebut nyata menyentuh hati ramai apabila ruangan komen dibanjiri reaksi sebak warga maya. Seorang pengguna turut meluahkan kebimbangan sebagai pesakit kanser tentang masa depan anak-anaknya sekiranya sesuatu berlaku ke atas dirinya.
Pemilik akaun berkenaan kemudian membalas dengan doa agar wanita tersebut diberikan kesembuhan dan dipermudahkan segala urusan.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pada satu minggu yang lalu, 6 April 2021, kempen kesedaran “Save Ralph” telah tular di laman media sosial baru-baru ini dan telah mendapat banyak perhatian daripada warga netizen di Youtube, Twitter dan Instagram. Video animasi berbentuk dokumentari pendek yang dihasilkan oleh The Humane Society of United States yang berdurasi sepanjang 4 minit ini menceritakan tentang seekor arnab bernama “Ralph” yang telah dijadikan sebagai bahan ujikaji produk kosmetik dan kecantikan diseluruh dunia dan ianya menunjukkan nasib hidupnya sebagai seekor arnab yang “bekerja” di makmal ujikaji. Video ini juga menampilkan antara pelakon terkenal seperti Zac Efron, Taika Waititi, Olivia Munn dan ramai lagi.
Apa yang lagi menyentuh hati semua warga netizen adalah apabila video tersebut menampilkan beberapa ekor arnab lain yang juga merupakan watak sampingan didalam video animasi ini. Video ini mengisahkan tentang seekor arnab bernama Ralph yang telah ditemubual tentang pekerjaannya sebagai bahan ujikaji makmal, dan dia menceritakan keperitan hidupnya sebagai seekor arnab yang telah digunakan sebagai bahan ujikaji dimana dia hanya dapat mendengar dengan sebelah telinga dan melihat menggunakan hanya sebelah mata, dan badannya yang telah melecur kerana dicurah dengan asid kimia, Ralph telah menceritakan kesengsaraannya kerana “pekerjaannya”
Video kempen kesedaran ini telah mencecah lebih kurang 6 juta views di Youtube dan ianya makin tular di laman media sosial yang lain juga dan ianya telah membuat ramai netizen berasa sayu dan sedih mengenangkan nasib haiwan-haiwan lain diluar sana yang tidak bersalah dan dijadikan sebagai bahan ujikaji makmal.
Kempen ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua orang diluar sana agar lebih bijak didalam memilih produk kosmetik dan cuba untuk mengelakkan produk yang menjalankan ujian keatas haiwan. Walaupun ratusan dan mungkin juga ribuan kempen kesedaran telah dianjurkan, namun masih ada lagi produk-produk kosmetik diluar sana yang masih menjalankan ujian keatas haiwan. Salah satu cara untuk kita menghentikannya hanyalah dengan berhenti menggunakan atau membeli produk sebegini. Sayangilah haiwan, kerana mereka juga ciptaan Tuhan seperti kita..
Saksikan video penuh disini:
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...