Malaysia bakal beralih ke fasa peralihan endemik bermula 1 April iaitu hari ini.

Bagi mengelakkan rakyat keliru, hanya anya satu SOP ditetapkan sepanjang fasa peralihan ke endemik dan dijangka akan memudahkan rakyat Malaysia berbanding 181 SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN) sebelumnya.

Bermula Fasa Endemik Di Malaysia, Senarai Lengkap Kelonggaran SOP Yang Anda Perlu Tahu
Picture by Hari Anggara

BACA: 11 Kit Ujian Kendiri COVID-19 Yang Diluluskan MDA, Check Dulu Sebelum Beli

SOP yang dilaksanakan di bawah Akta 342 ini merangkumi 10 keperluan yang kebanyakannya sudah biasa diamalkan dan menjadi sebahagian dari norma rakyat Malaysia sejak pandemik COVID-19 melanda negara.

IKLAN
  1. Memakai pelitup muka ketika berada di tempat awam, menjaga kebersihan tangan serta memastikan penjarakan fizikal satu meter.
  2. Di samping itu, individu perlu menggunakan MySejahtera dan MySJTrace untuk pendaftaran kemasukan dan mematuhi keperluan vaksinasi untuk aktiviti tertentu.
  3. Dalam fasa ini, premis perlu memastikan kebersihan premis, pengudaraan dan sistem ventilasi yang baik serta mematuhi waktu operasi mengikut lesen atau permit.
  4. Had waktu operasi perniagaan dimansuhkan, di mana pemilik premis boleh beroperasi mengikut waktu operasi sedia kala.
  5. Premis yang menetapkan waktu operasi 24 jam seperti sesetengah restoran dan kedai serbaneka kini boleh beroperasi mengikut waktu yang ditetapkan sebelumnya.
  6. Aktiviti solat jemaah di masjid serta surau atau upacara di rumah ibadat selain agama Islam juga kini boleh dilaksanakan tanpa penjarakan fizikal di beberapa negeri.

Sebanyak sembilan negeri termasuk Wilayah Persekutuan, Terengganu, Sarawak, Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah, Selangor dan Melaka, mengumumkan pelaksanaan solat tanpa penjarakan fizikal mulai 1 April.

Bermula Fasa Endemik Di Malaysia, Senarai Lengkap Kelonggaran SOP Yang Anda Perlu Tahu
Foto: YouTube

Pembukaan sempadan negara

IKLAN
  • Ekoran fasa peralihan ke endemik, sempadan negara juga akan dibuka semula bermula 1 April setelah mengenakan sekatan keluar masuk sejak Mac 2020.
  • Malaysia akan mula menerima semua pelancong dan pengembara yang mempunyai dokumen lengkap tanpa perlu memohon MyTravel Pass.
  • Sembilan garis panduan tidak akan dikuatkuasakan
    Bagi menangani wabak COVID-19, ujian pengesanan perlu dilakukan berdasarkan National Testing Strategy serta menguruskan kes yang disyaki atau disahkan mengikut garis panduan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

BACA: Enam Item Wajib Ada Bagi Pesakit Covid-19 Yang Kuarantin Di Rumah

Diharap pencerahan dan maklumat ini cukup jelas. Walaupun garis panduan sebelum ini tidak akan dikuatkuasakan, namun rakyat Malaysia sangat digalakkan untuk mematuhinya sebagai langkah mengekang penularan. Senarai sembilan garis panduan boleh dirujuk di pautan ini.

IKLAN

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Sumber: Portal COVID-19 KKMBernama

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI