Sebut sahaja jenama restoran francais KFC, tentunya bau, rupa dan rasa ayam goreng ikonik mereka terbayang di kepala dan pada lidah semua rakyat Malaysia.
Pejam celik, rupanya KFC telahpun berada di Malaysia selama 49 tahun. Tidak kiralah muda atau tua, dari seluruh komuniti dan apa jua status, tidak keterlaluan jika REMAJA rasakan bahawa ‘cinta’ kita semua terhadap KFC telah mengeratkan hubungan kita semua sebagai rakyat Malaysia selama ini.
Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tipulah jika kami katakan KFC tidak menerima aduan daripada pelanggan setianya terutama dalam bab saiz serta rasa ayam goreng. Ada yang berpendapat ia terlalu kecil, dan tidak kurang juga yang merasakan rasanya kadangkala berbeza bergantung kepada francais di lokasi berlainan.
Demi mengatasi masalah ini, pada minggu ini KFC khabarnya telah melancarkan polisi ‘Rasa Berkualiti Terjamin’.
Apa yang menarik tentang polisi ini adalah ia membolehkan pelanggan menukar ayam yang dianggap tidak memuaskan dan tidak berkualiti di kaunter!
Ads
Apa yang pelanggan perlu lakukan cuma mengimbas kod QR unik yang disediakan di restoran, isi dan ‘submit’ borang penukaran. Kemudian, tunjukkan skrin halaman
‘thank you’ di kaunter untuk mendapatkan gantian.
Barulah rasa puas korang di restoran KFC lebih terjamin selepas ini.
Pada majlis pelancaran yang dihadiri REMAJA itu, KFC turut berkongsi satu lagi berita gembira. Secara rasminya, mereka telah melancarkan promosi Jimat Siang untuk waktu terhad sekarang.
Ads
Promosi Jimat Siang ini menawarkan kombo makan tengah dengan harga diskaun eksklusif dari Isnin hingga Khamis, 12 tengah hari – 2 petang dari harga serendah RM7.99.
Ia mengandungi menu sajian utama dan sampingan ikonik KFC dan boleh terdapat 6 variasi kombo untuk korang pilih sendiri. Ini termasuklah :
(1) Kombo Snack Plate pada RM12.99 (harga biasa: RM15.49),
(2) Kombo Dinner Plate pada RM16.99 (harga biasa: RM19.60),
(3) Kombo Rice Plate 1-ketul pada RM8.99 (harga biasa: RM10.49),
(4) Kombo Rice Plate 2-ketul pada RM12.99 (harga biasa: RM15.49)
(5) Kombo Zinger Klasik, pada RM10.99 (harga biasa: RM13.99 dan
(6) Kombo Burger Kolonel Klasik pada RM7.99 (harga biasa: RM9.49)
Ads
Rata-rata warganet Malaysia menyambut baik promosi yang diperkenalkan ini. Malah ada juga mencadangkan agar ia diteruskan untuk tempoh waktu yang lebih lama demi memastikan mereka terus ke KFC setiap kali tibanya masa makan tengah hari.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sepanjang minggu ini, kita semua tidak boleh move on daripada momen bersejarah dalam kehidupan penyanyi terkenal, Taylor Swift yang baru-baru ini diberikan penghormatan oleh New York University untuk menerima Ijazah Kedoktoran Terhormat.
Dalam ucapan Taylor – ahem – Dr. Taylor, banyak quotes menarik yang dapat kita petik dan pelajari. Jom lihat 5 quotes pilihan REMAJA yang amat bertepatan dengan korang yang baru saja bergelar graduan dan seterusnya bakal melangkah ke alam pekerjaan.
Lets face it, life is not a stroll in the garden..
*
“Anda tidak selalu akan mendapat semua benda yang anda telah piliih daripada ‘servis delivery’, itulah hidup. Anda akan dapat apa yang telah ditentukan dan anda patut berbangga dengan apa yang anda telah lakukan untuk mendapatkannya.”
“Hidup boleh menjadi terbeban jika anda cuba memikul semua benda sekaligus. Ketahuilah apa yang perlu disimpan dan apa yang perlu dibuang. Tentukan apa yang sepatutnya menjadi hak milik anda dan biarkanlah yang selebihnya ‘pergi’,
“Jangan pernah malu untuk mencuba. ‘Effortless’ itu adalah satu mitos. Teruskan mencuba dalam hidup.”
“Ingat, anda ada kuasa untuk memilih perkara yang wajar diberikan masa dan ruang dalam kehidupan anda. (Sebagai contoh, masa untuk keluarga, ruang untuk rehatkan minda). Jadilah arif dalam menentukannya.”
“Kita mempunyai budaya ‘unbothered ambivalence’ (Umpamanya, tidak kisah apa yang berlaku dalam hidup kita. Tanpa misi, ramai yang memilih untuk ‘go with the flow’ sahaja.) Ini menimbulkan stigma salah terhadap mereka yang ada misi, mereka yang ingin mencapai kejayaan. Ibaratnya, mereka ini tidak ‘cool’. That is wrong, make eagerness to succeed cool again.”
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Anak perempuan kepada pereka fesyen terkenal Rizman Nordin, iaitu Rizqaa, berjaya mencuri perhatian ramai apabila dilihat begitu bijak membuat keputusan dalam soal pemilihan pakaian seawal usia lima tahun.
Menerusi satu video yang dikongsikan di akaun TikTok milik Rizman, pereka fesyen di sebalik jenama mewah Rizman Ruzaini itu berkongsi rutin hariannya dalam menyiapkan serta menggayakan anak perempuannya itu.
Dalam video tersebut, Rizman dilihat menyediakan beberapa pilihan pakaian lengkap dengan kasut, aksesori rambut dan beg tangan untuk Rizqaa.
Namun, yang menarik perhatian ramai ialah cara Rizqaa membuat pilihan fesyen mengikut kehendaknya sendiri tanpa perlu diajar.
“Seperti yang dijanjikan, saya berkongsi cara menyiapkan puteri saya Rizqaa dan ia bukan tugas yang mudah!
“Dia pasti tahu apa yang dia mahu!” tulis Rizman dalam kapsyen video tersebut.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa kagum terhadap cara Rizman membesarkan anak perempuannya itu.
Ramai yang memuji sikap Rizman yang menghormati perasaan Rizqaa dengan memberi ruang untuk anak kecil itu membuat keputusan sendiri.
“Pretty, dia appreciate daddy dia punya handbag instead of more expensive brand… so cute,” tulis seorang pengguna.
“Mummy and daddy pandai melawakan anaknya sesuaian dengan umur anak… tak perlu make up pun dah comel,” komen seorang lagi.
“So lucky Rizqaa you have wonderfull father, MasyaAllah anak ayah ini,” komen pengguna yang lain.
Netizen turut memuji penampilan comel Rizqaa yang sentiasa kelihatan bergaya namun sesuai dengan usianya.
Tak hairanlah jika anak kepada pereka fesyen ternama ini mewarisi minat dan cita rasa tinggi dalam dunia fesyen sejak kecil lagi!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: TikTok Rizman Nordin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Masuk hari sudah 11 hari kita berpuasa, pasti pelbagai juadah sudah anda rasai. Salah satu makanan yang wajib ada pada bulan ini semestinya bubur lambuk. Selalunya resipi ini dimasak dalam kuantiti yang banyak, namun kalau boleh buat sendiri apa salahnya kan?
Jom kita cuba resipi yang dikongsikan oleh Qasih Jue Aisya ini. Ia sangat senang untuk dibuat dan bahan-bahan yang disenaraikan pun mudah diperolehi.
BAHAN-BAHAN
2 cawan beras ( rendam dlm 20min).
500 gram Daging (campur dengan bahagian berlemak).
1 bungkus kecil Rempah Sup
250ml Santan
3 sudu besar Lada Hitam
3 biji Bawang Merah (dikisar)
8 Ulas Bawang Putih (dikisar)
2 jari Halia (dikisar)
Kentang
Lobak merah
Daun Sup
Bawang Goreng
CARA MEMASAK
Tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga wangi dan agak garing
Masukkan rempah sup dan tumis sehingga rempah masak
Masukkan daging, gaul sebati. Kemudian masukkan beras yang sudah direndam tadi.
Tumis bahan-bahan di atas seketika dan apabila semua sudah sebati, masukkan air mengikut kesesuaian kepekatan yang diingini.
Rebus kesemua bahan sehingga lembut dan masukkan santan.
Masukan lada hitam dan haram secukup rasa.
Akhir sekali masukkan kentang dan lobak merah.
Apabila kesemua bahan masak sekata, taburkan daun sup dan bawang goreng.
Siap untuk dinikmati.
*Jika anda bukan penggemar daging, boleh gantikan dengan ayam atau udang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Spekulasi mengenai hari bahagia pelakon dan penyanyi, Bella Astillah bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini semakin hangat diperkatakan di media...