Kes penderaan kanak-kanak kurang upaya sindrom down, Bella sememangnya mendapat perhatian ramai. Tidak kira bangsa dan agama, semuanya prihatin dan tidak jemu berkongsi perkembangan kes ini agar tidak dilupakan.
Setelah terbongkarnya keadaan Bella yang berada dalam jagaan Rumah Bonda yang kini telah disita, nasib kanak-kanak malang itu kini semakin baik dalam jagaan rumah kebajikan Taman Sinar Harapan Tuanku Ampuan Najihah, Seremban, Negeri Sembilan.
Terbaharu kemaskini mengenai anak syurga itu, seperti yang dimuat naik oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, keadaan kanak-kanak berusia 13 tahun itu semakin baik. Dia yang berkunjung ke rumah kebajikan tersebut meluangkan masa melawat Bella dan juga penghuni yang lain pada hari raya keempat.
“Hari ini masuk hari keempat kita berhari raya. Saya meraikan hari raya keempat hari ini bersama Bella dan rakan-rakan. Bella manis dan ceria berbaju tema ungu menikmati juadah yang dihidangkan. Saya turut membawa nasi goreng kegemaran Bella yang saya masak sendiri dari rumah.
“Selain KFC, Bella memang suka nasi goreng ‘no pedas’, berselera sungguh dia menikmati hidangan-hidangan yang saya bawa. Saya juga membawa nasi impit, lemang, rendang, ayam goreng kek dan kuih muih khas buat Bella dan rakan-rakan,” kongsinya mengenai juadah yang dibawa ketika membuat lawatan.
Ujarnya lagi, “Terima kasih kepada warga kerja pusat pelindungan kanak-kanak ini yang tanpa jemu menjaga dan melindungi kanak-kanak yang ditempatkan di tempat selamat ini setiap hari. Alhamdulillah mereka dijaga dengan baik dan sempurna dari sudut keperluan fizikal dan emosi.”
Sekadar informasi mengenai Kes Bella yang mana tertuduh Siti Bainun Ahd Razali ketika ini sedang didakwa di mahkamah. Tunku Mahkota Johor dan isteri, Che Puan Besar Khaleeda Bustamam bulan lalu telah menyuarakan kekesalan mengenai situasi penderaan yang dialami kanak-kanak malang itu.
Kedua-dua baginda mengikuti rapat kes tersebut dan menghantar peguam sebagai pemerhati kepada kes ini. Dengan adanya sokongan dari Istana, masyarakat menjadi lebih cakna dan tidak membiarkan kes ini sekadar di angin lalu. Kebenaran harus ditegakkan dan mereka yang bersalah harus dihukum.
Ads
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Bakal menjadi Ratu Norway kedua selepas Ratu Margaret yang menjadi pemerintah wanita pertama dari 1387 sehingga 1412. Si cantik manis Puteri Ingrid Alexandra merupakan anak pertama Putera Mahkota Haakon dan Puteri Mahkota Mette-Marit.
Baru menyambut hari kelahirannya yang ke-18 tahun pada 21 Januari yang lepas, ia juga merupakan tahun bermakna bagi rakyat di Norway kerana puteri mereka telah dewasa secara rasmi.
Ramai di antara kita apabila bercakap tentang kehidupan di dalam istana, mesti teruja lagi-lagi bila membayangkan betapa kayanya kerabat dan keluarga diraja selaian kecantikan yang dimiliki si tuan puteri.
Menariknya pada hari lahir Puteri Norway ini, ada beberapa keping gambar baharu Ingrid yang berlegar di media sosial. Ada yang menunjukkan dia memakai dress hitam anggun, dan yang lain mengenakan suit menyerlahkan lagi penampilan yang sofistikated dan profesional.
Tidak keterlaluan dan sesuai dengan usiannya, Puteri Ingrid dilihat hanya bertata rias serba ringkas dengan solekan warna tanah sesuai dengan rambut coklat gelapnya dan aksesori anting-anting.
Ingrid mendapat pelajaran bersama abang tirinya di sebuah sekolah rendah tempatan di Oslo, dengan ibu bapanya berharap dia akan menjalani kehidupan biasa. Ketika berusia 15 tahun, dia telah memberi Duchess of Cambridge lawatan ke taman arca yang dinamakan sempena namanya pada 2018.
Foto Via newmyroyalsFoto Via newmyroyals
Dia terkenal sebagai seorang peluncur, pernah memenangi pingat emas dalam kejohanan kebangsaan pada 2020 serta pemain kickboxer dan pemain ski.
Puteri Ingrid dilahirkan pada 21 Januari 2004 di Oslo, Norway. Dia kini menjadi pewaris takhta kedua selepas bapanya, mendahului adik lelakinya, Putera Sverre Magnus selepas penggubalan undang-undang pewarisan pada 1990.
Fuh, memang pakej lengkap Ingrid ni, cantik, kaya, bijak dan aktif bersukan.
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bagaikan trend sekarang, semua orang berlumba-lumba membeli emas.Harga emas yang sedang rendah sekarang di stor barangan kemas membuatkan ini adalah masa terbaik untuk korang membeli emas sebagai pelaburan dan hiasan badan.
Emas juga dianggap sebagai satu pelaburan jangka panjang yang berkesan dan stabil. Rata-rata sejarah pelaburan emas bagi 20 tahun yang lalu menunjukkan emas sebagai aset yang tidak mudah turun harganya.
Sumber Gambar : The Star
Bagus sebenarnya menyimpan emas ni, namun sekarang ramai juga yang membeli emas secara atas talian disebabkan penawaran yang lebih baik dan kekangan masa ke kedai emas.
Tapi awas ye, sebab orang nak menipu dan scam ni macam-macam taktik boleh digunakankan. Lagilah harga emas bukan seringgit dua.
Menurut infografik dikongsikan Bernama, penipuan barangan tidak wujud pada 3 bulan pertama 2021 catat kes paling tinggi sejak 2019. Dengan 37 kes dilaporkan, sebanyak RM239,530 kerugian yang dialami sejak Januari sehingga Mac 2021.
Walaupun begitu, orang ramai boleh mengelakkan daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian dengan membuat semakan terlebih dahulu. Seperti yang dikongsikan Bernama, orang ramai boleh menyemak ketulenan transaksi dan pastikan urusan pembelian dilakukan melalui perjanjian dan kaedah yang diperakui.
Orang ramai boleh menggunakan pautan di bawah untuk semak akaun dan talian telefon digunakan penjual sebelum membuat transaksi.
Setelah melayari pautan ini, pengguna hanya perlu masukkan nombor akaun bank atau nombor telefon penjual untuk membuat semakan.
Menghampiri penghujung tahun 2022, pastinya ramai yang sedang berkira-kira untuk menghabiskan baki cuti yang masih ada. Bagi yang menantikan cuti semester to finally kick in, korang tentu sudah mempunyai perancangan destinasi yang ingin dituju bersama rakan-rakan mahupun keluarga.
Salah satu destinasi pilihan ramai tidak lain tidak bukan ialah negara jiran, Singapura. Majoriti tempoh dua tahun lalu yang diluangkan dalam keadaan pandemik memaksa sempadan Malaysia-Singapura ditutup. Kini tiba sudah masa sempurna untuk kita mengubat rindu terhadap pelbagai jenis tarikan yang ada di Singapura.
Nilai Ringgit kini dilaporkan berada pada paras terendahnya berbanding Dolar Singapura dalam sejarah iaitu sekitar RM3.32 hingga RM3.35 bagi setiap satu Dolar. Ia jauh lebih rendah berbanding ketika krisis kewangan Asia pada tahun 1997 di mana nilai terendah Ringgit dicatatkan sekitar RM2.737 bagi setiap satu Dolar.
Aduh, mahu kena fikir sepuluh kali sebelum hendak merancang percutian di Singapura.
Jelas Dr Yeah Kim Leng yang merupakan seorang Profesor Ekonomi di Universiti Sunway, sebahagian besar faktor kelemahan Ringgit kini adalah disebabkan oleh Dolar Amerika Syarikat (AS) yang bertambah kukuh setelah Rizab Persekutuan negara itu (FED) menaikkan kadar faedah untuk menangani inflasi yang memuncak sehingga menjejaskan ekonomi di AS.
Seperti yang dilaporkan BHarian, yang berhubung dengan Profesor Ekonomi itu, pergerakan Dolar Singapura pula akan sejajar dengan Dolar AS memandangkan AS adalah rakan dagang terbesar Singapura. Jika Dolar AS kukuh, maka begitu jugalah kedudukan Dolar Singapura. Dan dengan kenaikan nilai secara agresif kini, Dolar AS kemungkinan besar akan berada pada kedudukan paling stabil sejak awal 2000-an berbanding beberapa nilai mata wang utama lain.
Nilai Ringgit dijangka akan bertambah lemah berbanding Dolar Singapura berdasarkan situasi ekonomi sekarang. Ada juga yang meramalkan Ringgit boleh menjunam sehingga RM4.90 bagi setiap satu Dolar AS pada akhir 2022 dan RM5.00 bagi satu Dolar AS pada suku pertama 2023.
Ini secara tidak langsung membuatkan nilai Dolar Singapura akan terus menjadi faktor utama pelancong Malaysia akan berfikir banyak kali sebelum ke sana.
Mungkin sekali sekarang bukanlah waktu yang sesuai untuk korang melancong ke luar negara. Apa kata nikmati sahaja keindahan yang kita ada di dalam negara pada akhir tahun ini. #SapotLokal
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Arif Aiman sah bergelar suami dalam majlis akad nikah penuh emosi di Johor Bahru. Momen sebak pemain JDT itu turut meraih perhatian ramai di media sosial.