Meskipun sudah ada yang menjadi mangsa, namun pihak berkuasa masih menganggap keadaan tetap terkawal buat masa ini.
Kira-kira jam 5 petang tadi, pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia menerima panggilan kecemasan di mana 15 orang pelajar mula mengalami simptom muntah-muntah dan sesak nafas akibat pencemaran udara.
Kesemua mereka kini sedang dirawat di Hospital Sultan Ismail Johor Bahru.
Bercakap dengan rakan media di BERNAMA mengenai punca sebenar insiden tersebut, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihaknya kini mensyaki ia disebabkan gas beracun.
Ads
“Simptom ini kelihatan mirip gas beracun atau gas organik yang mudah meruap seperti insiden di Sungai Kim Kim (juga di Pasir Gudang, Johor),” kata beliau.
Masih terlalu awal untuk sebarang penutupan sekolah yang terlibat. Apa yang penting sekarang bagi beliau adalah untuk melihat maklumat seperti jenis ketoksikan dan tahap pendedahan pencemaran.
Ads
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kebudayaan Johor iaitu YB Muhd Huzair Abu Bakar pula berkata kerajaan negeri Johor sedang terus memantau keadaan di Pasir Gudang agar berada pada tahap stabil.
Kualiti udara di sini dianggap masih baik. Masih belum ada keperluan untuk membuka bilik gerakan (seperti yang berlaku ketika kes pencemaran udara di Sungai Kim Kim awal tahun ini) kerana jumlah mangsa masih terkawal.
“Saya berharap agar penduduk di Pasir Gudang tidak panik kerana pihak berkuasa tempatan, JAS dan BOMBA sentiasa memantau keadaan semasa udara di sini.”
Pada Mac lalu, pencemaran toksik di Sungai Kim Kim telah menyebabkan penutupan 111 buah sekolah di Pasir Gudang setelah 4,000 orang didapati jatuh sakit akibat pencemaran.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru ini tular di media sosial gambar-gambar hotel yang dijadikan tempat stesen kuarantin bagi mereka yang baru pulang dari luar negara. Ini kerana setiap penumpang perlu disaring dan dikuarantin selama 14 hari sebelum boleh menuju ke destinasi masing-masing seandainya disahkan bebas dari COVID-19. Bagi mereka yang positif akan dibawa ke hospital untuk rawatan.
Masa yang sama, kita juga dipaparkan dengan berita rayuan dari warganegara kita yang terkandas di India. Mereka merayu kerajaan membawa pulang mereka keadaan kuarantin yang agak teruk. Bilik berdebu dan hanya diberi satu tilam dan selimut untuk tidur. Namun disebabkan India sudah mengenakan lockdown, kesukaran membawa balik warganegara ini membuatkan ia masih tertangguh.
Ekoran dari itu, Pegawai Daerah Kuala Langat, Jusni Hashim yang dilantik sebagai Ketua Penyelaras Stesen Kuarantin berkongsi warkah buat rakyat Malaysia di fbnya mengenai situasi stesen kuarantin di negara kita dan juga di India.
WARKAH BUAT RAKYAT MALAYSIA
Saya terdetik menulis catatan ini apabila melihat video bagaimana kerajaan India mengendalikan warganegara Malaysia di ‘stesen kuarantin’ negara India.
Mereka yang positif Covid-19 ditempatkan di Hospital Sg Buloh sebagai Pusat Kuarantin. Mereka yang negatif pula dikehendaki kuarantin 14 hari di Stesen Kuarantin yang telah diwartakan oleh kerajaan. Mereka ini dikenali sebagai person under surveillance (PUS).
Asalnya, saya dan team diarahkan untuk mengoperasikan satu stesen kuarantin di dalam daerah sendiri. Kemudiannya, diarah pula ke daerah bersebelahan. Di kedua-dua stesen ini, kami telah set up full preparation dan simulasi supaya semua agensi faham peranan masing-masing.
Namun, akhirnya, kami diarah untuk mengoperasikan sebuah hotel yang telah ditetapkan sebagai Stesen Kuarantin di luar daerah sendiri setelah kerajaan membuat keputusan untuk menempatkan mereka yang pulang daripada luar negara untuk dikuarantinkan di hotel.
Dengan arahan tersebut, kami mobilise semua agensi dalam daerah ke lokasi hotel berkenaan bagi memberikan perhatian kepadsa semua PUS di hotel dan dalam masa yang sama, PKD perlu juga memberi perhatian kepada beberapa Klinik Kesihatan dalam daerah sendiri.
Hotel-hotel ini majoritinya terletak di Selangor dan Kuala Lumpur. Secara tak langsung, kami perlu incharge sekurang-kurangnya 1 hotel sebagai Stesen Kuarantin masing-masing. Ada rakan setugas yang incharge sampai 3 Stesen Kuarantin.
Sebagai Ketua Penyelaras Stesen Kuarantin, saya perlu menyelaraskan peranan semua agensi yang terlibat iaitu Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Pusat Kesihatan Daerah (PKD) dan PDRM.
Melihat kepada video kuarantin kerajaan India tersebut, ini pemerhatian saya :
Rakyat Malaysia berkenaan tidak diberitahu hal sebenar yang mereka akan dimasukkan dalam ‘stesen kuarantin’ di sana sehinggakan luggage mereka ditinggalkan sahaja di dalam bilik hotel di mana mereka menginap sebelumnya. Rakyat Malaysia tersebut tinggal sehelai sepinggang di stesen kuarantin
Stesen kuarantin mereka juga menggunakan bangunan sekolah. Oleh itu, sudah pastinya tandas terletak di luar dan berkongsi dengan orang lain yang memungkinkan jangkitan virus.
Mereka tidur di atas lantai yang kotor dan berdebu beralaskan tilam nipis sahaja dan diberikan sehelai kain putih sebagai selimut. Bilik tersebut dikongsi oleh 6 orang . Tidur mereka dihurungi nyamuk pada malamnya.
Makanan tidak disediakan secara teratur. Itupun tidak pasti samada mereka dapat makan atau tidak. Jika mereka mahukan makanan, mereka perlu beratur antara 2-3 jam dan perlu tunjukkan passport. Makanan yang dihidangkan pula dikhuatiri basi.
Mereka belum lagi dibuat ujian walaupun telah berjam-jam dimasukkan ke dalam stesen kuarantin.
Bagaimana pula keadaan Stesen Kuarantin di Malaysia? Ini yang team saya buat :
1. Sebaik tiba di Malaysia dan selesai urusan ujian di lapangan terbang, semua PUS akan menaiki bas yang disediakan ke hotel yang dijadikan Stesen Kuarantin.
2. Setiba di hotel, mereka disambut oleh team PKD yang membuat pendaftaran. Team ini berpakaian PPE. Segala butiran diri diambil untuk rekod. Akhir sekali, diserahkan kad akses ke bilik hotel masing-masing.
3. Melangkah masuk ke bilik hotel, PUS dilengkapkan dengan Welcome Kit yang disediakan oleh JKM terlebih dahulu antaranya biskut dan hygiene kit, selain sachet gula,creamer,kopi, teh serta cerek yang disediakan oleh pihak hotel.
4. Hanya 1 org PUS sahaja setiap bilik dan tidak berkongsi. Tandas individu dalam bilik hotel. Lengkap dengan aircond , television dan siaran astro. Tidak lupa juga wifi yang boleh digunakan oleh setiap PUS pada bila-bila masa.
5. Makanan disediakan 3 kali sehari. Dihantar oleh petugas APM yang berpakaian PPE. PUS hanya tunggu di bilik sahaja dan bila makanan tersebut telah diletakkan di atas kerusi di depan bilik, petugas APM akan mengetuk pintu sebagai tanda makanan telah pun sampai.
PUS disediakan 2 set pakaian hospital untuk digunakan setiap hari. Pakaian hospital harian ini serta bekas makanan yang dianggap sebagai sisa klinikal perlu diletakkan dalam plastic kuning yang disediakan dan akan dikutip oleh petugas klinikal keesokan harinya. Ini adalah rutin harian bagi memastikan kebersihan PUS sentiasa terjaga.
Pegawasi Kesihatan akan menelefon semua PUS yang berkaitan untuk bertanyakan tahap kesihatan mereka dan jika perlu akan dibawa ke bilik saringan yang disediakan di dalam hotel.
Sekiranya PUS didapati positif atau mempunyai symptom dan dihantar ke Hospital Sg Buluh, bilik yang ditinggalkan akan dibuat terminal cleaning terlebih dahulu sebelum dimasukkan PUS yang baru.
Kesemua PUS dimasukkan dalam satu Whatsapp Grup yang mana mereka boleh membuat aduan atau pertanyaan berkaitan kebajikan mereka 24 jam dan tindakan segera akan diambil.
Tuan/puan,
Saya boleh katakan yang kemudahan diberikan oleh kerajaan Malaysia adalah bertaraf A+ dan berpuluh kali lebih baik daripada negara lain.
Kami bekerja 24jam dan tidak lekang dengan handphone untuk melihat arahan terkini Bilik Gerakan Negeri atau apa-apa perkara terkini yang berkaitan dengan PUS dan Stesen Kuarantin kami. Dan secara tiba-tiba sahaja, and ada banyak Whatsapp Grup di handphone kami disebabkan tugasan pengoperasian Stesen Kuarantin ini.
Marilah kita bersama-sama berganding bahu menyahut seruan kerajaan untuk #dudukrumah dan putuskan rantaian penyebaran Covid-19 ini.
Memang betul duduk rumah lama-lama ni kadang-kadang membosankan. Namun saya tetap terhibur dengan segala video kreatif yang dibuat olah rakyat Malaysia sambil-sambil saya melaksanakan tugasan bersama team saya.
Saya berbangga berkhidmat untuk negara dan untuk rakyat Malaysia dalam menghadapi pandemik ini.
Minta maaf kerana saya tidak boleh memaparkan gambar berkaitan tugas kami. Ucapan terima kasih dan penghargaan juga kepada PUS yang menghargai penat lelah kami bekerja 24 jam melalui wasap yang dikirimkan.
I am proud to be Malaysian!
Sila SHARE sebagai tanda sokongan anda kepada kami.
***
Owh yer… dalam kesibukan harian saya ini, saya masih lagi mengetuai satu projek kebajikan yang juga memerlukan perhatian rakyat Malaysia. Sila klik https://kafaistiqomahbangi.virtualniaga.com
JUSNI HASHIM
Pegawai Daerah Kuala Langat
@ Ketua Penyelaras Stesen Kuarantin
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ekoran daripada pertambahan kes positif COVID-19, Ahli Parlimen DAP Klang, Charles Santiago berkata kerajaan perlu bertindak segera sebelum terlambat untuk mengisytihar darurat supaya masyarakat tidak keluar rumah, melainkan untuk membeli keperluan penting seperti makanan, ubat-ubatan mahupun sewaktu dalam kecemasan.
Menurut Ahli Parlimen itu, sesetengah negara seperti Sepanyol sudah menggiatkan sistem lockdown di negara mereka, sementara kanada telah mengumumkan pakej rangsangan untuk membantu warganya mengatasi perbelanjaan yang semakin meningkat. Tambahnya lagi, Singapura juga sudah menyeru untuk menghentikan solat Jumaat di masjid.
“Kami tidak melihat kenyataan dasar yang jelas dari Perikatan Nasional, selain kerajaan yang menggesa orang ramai untuk tidak berkumpul dalam banyak orang. Tetapi itu tidak menghalang orang daripada berbuat demikian kerana ia tidak wajib,”
“Kami memerlukan tindakan yang lebih keras yang akan membantu membendung kadar jangkitan dengan lebih cepat atau mungkin masyarakat akan melihat peningkatan drastik kes-kes positif COVID-19 pada minggu-minggu akan datang,” jelas beliau.
Sehingga semalam (15 Mac 2020), Malaysia mencatatkan 190 kes baru menjadikan jumlah tersebut menjadi 428. Menurut Santiago lagi, jumlah kes sudah meningkat namun masyarakat dilihat masih menjalankan perniagaan seperti biasa dan kita boleh lihat ramai yang masih berlegar-legar di restoran, kafe, pawagam dan pasar malam.
“Kita perlu memerhatikan bagaimana Itali mempunyai 200 kes tiga minggu lalu dan kini lebih daripada 20,000 jangkitan,” kata Santiago lagi.
What say you guys? Dah bersedia ke kalau Malaysia isytihar lockdown? Apa-apa pun, stay safe!
Tatkala ramai yang mengambil kesempatan cuti sambutan tahun baru pada 1 Januari lalu dengan melakukan pelbagai jenis aktiviti, model dan pelakon Alicia Amin pula mengambil langkah berbeza. Dia memilih untuk mengimbas kembali tahun 2017 dan melihatnya dari perspektif yang agak personal.
Dalam posting yang dimuat naik di Instagram, Alicia, 23 menampilkan imejnya semasa mengembara ke Pulau Tenggol. Normal.
Namun apa yang menarik perhatian REMAJA serta 134,000 followers Alicia adalah caption yang menuruti posting tersebut.
Foto: Bibo Aswan.
Dia menceritakan mengenai pengalaman terjaga di dalam wad psikiatri dan terpaksa menetap di sana untuk tempoh seminggu. Ini berikutan percubaannya untuk mengancam nyawa sendiri tetapi gagal.
Ini merupakan kali pertama Alicia bercakap secara terbuka mengenai hal ini.
Finalis program TV Asia’s Next Top Model (AsNTM) itu berkata, perasaan ingin bunuh diri itu mencanak selepas tamat sesi rakaman untuk program tersebut. Namun, seperti yang dijelaskan olehnya tadi, tiada siapa yang mengetahui mengenai perasaannya itu.
“Ini berlaku sebelum saya habis berpindah rumah dari Melbourne. Sebelum saya sedar bahawa apabila saya merasa yakin dengan diri dan aspirasi sendiri, saya sebenarnya mampu memberi inspirasi kepada ramai orang yang melalui momen gelap yang pernah saya lalui,” kata Alicia.
Tidak semua perkara akan berlaku mengikut kemahuan atau perancangan kita 100 peratus. Itulah hidup namanya, ia tidak boleh diramal.
Alicia dan REMAJA merasakan semua orang perlu menerima hakikat bahawa pasti ada kepayahan hidup yang mendatang. Kadangkala, pada masa yang kita sendiri pun tidak tersangka.
Namun dalam melalui kepayahan fizikal dan emosi, kami seru agar korang menguatkan mentaliti untuk bertahan. It is okay to make a few mistakes guys, tiada siapa yang bersifat maksum kecuali para Nabi utusanNya.
“Say yes to all the love before you even think of giving up. You will be surprised how much a little faith, forgiveness and kindness from yourself – to yourself will help everthing get better,”simpul Alicia di dalam posting tersebut.
Antara comment yang diterima Alicia Amin di Instagram-nya.
Sekiranya korang mengenali kenalan rapat yang mempunyai simptom emosi tidak stabil, ataupun kamu sendiri merasakan diri memerlukan bantuan pakar, jangan teragak-agak untuk menghubungi pihak yang boleh membantu. Antaranya ialah mereka di Befrienders Kuala Lumpur yang sentiasa boleh dihubungi dalam apa jua situasi.
Hubungi nombor 03-79568145 untuk mendapatkan bantuan.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!