Ramai yang mengambil peluang membayar saman polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sejurus pengumuman pengurangan bayaran saman dibuat sehingga 80 peratus. Memang tinggi juga diskaun yang diberikan ini, maka tidak hairanlah ramai yang berpusu-pusu ingin melunaskan saman tertunggak mereka.
Sebelum ini, kaunter pengurangan bayaran saman dibuka di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan ia telah mengundang kesesakan akibat ramai orang tertumpu di sana bagi menyelesaikan urusan pembayaran ini.
Namun begitu, sebenarnya urusan bayaran saman ini juga boleh dilakukan di mesin ATM. Lebih mudah dan jimat masa kan?
Menurut info yang dikongsi oleh Ely Arief, setakat ini hanya mesin ATM Maybank sahaja yang boleh membuat urusan pembayaran saman polis dengan mudah.
Jom kita lihat bagaimana caranya.
1. Pilih urusniaga ‘PAYBILLS’
IKLAN
2. Tekan ‘TERUSKAN’
3. Kemudian, tekan ‘PEMBAYARAN SAMAN PDRM’
IKLAN
4. Masukkan nombor kad pengenalan korang
5. Lihat butiran saman dan terus buat pembayaran
IKLAN
Dan siap! Mudah sahaja kan? Jangan lupa simpan resit untuk rujukan ya. Nah, selepas ini tak perlu lagi bersusah payah beratur panjang untuk membayar saman. Gunakan kemudahan mesin ATM ini dengan sebaiknya.
Berita baik juga untuk korang, tempoh pembayaran saman trafik dengan diskaun sehingga 80 peratus akan dilanjutkan sehingga 31 Disember ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Perkara yang dinantikan oleh masyarakat Malaysia nampaknya kian berakhir kerana vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech dijadualkan tiba di negara kita pada Ahad ini. Oleh yang demikian, pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan mula dilancarkan secara berfasa mulai 26 Februari 2021.
Menurut BERNAMA, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menerima suntikan vaksin tersebut pada hari pelaksanaan program imunisasi itu bersama-sama petugas barisan hadapan. Fasa pertama dijadualkan berlangsung sehingga April dan diikuti fasa kedua bermula April sehingga Ogos yang melibatkan kumpulan berisiko tinggi.
Manakala, fasa ketiga akan melibatkan golongan dewasa berumur 18 tahun ke atas bermula Mei tahun ini hingga Februari 2022.
Program imunisasi menyeluruh ini adalah untuk memastikan imuniti kelompok dapat dibentuk di dalam komuniti agar dapat memutuskan rantaian penularan jangkitan COVID-19, sekali gus diharap dapat menamatkan situasi pandemik ini.
Tan Sri Muhyiddin Yassin juga menjelaskan bahawa vaksin amat penting untuk bukan sahaja melindungi diri sendiri, tetapi juga orang tersayang iaitu ahli keluarga, rakan sekerja, jiran sekeliling dan seluruh komuniti.
Gambar hiasan
Perdana Menteri juga berkata apabila semua orang telah dilindungi dan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan ini berjaya dilaksanakan, ia akan memberikan impak positif dan membolehkan sektor ekonomi serta pelancongan dibuka semula.
Aamiin..
Sama-samalah kita terus berdoa agar vaksin ini berjaya membendung penularan virus pandemic COVID-19. Rindu rasanya nak hidup seperti dahulu tanpa perlu risau akan virus berjangkit ini. Kami juga percaya ramai diantara kita yang sudah merindui aktiviti melancong ke luar negara kan?
Setiap tahun, Times Higher Education (THE) akan mengeluarkan senarai-senarai universiti terbaik di seluruh Asia. Dan kedudukan yang telah dikeluarkan semalam menyaksikan Universiti Malaya (UM) menduduki tangga ke-46 dan ia merupakan pencapaian terbaik universiti dari Malaysia di dalam carta ini.
Berbanding tahun lalu, UM hanya menduduki tangga ke-59. Ini menunjukkan penngkatan sebanyak 13 anak tangga dan ia bolehlah dikatakan sebagai penanda aras untuk intitusi pengajian tinggi di Malaysia berdasarkan kedudukan dan status semasanya.
Jelas Naib Canselor UM, Datuk Ir (Dr) Abdul Rahim Hashim, sistem penarafan itu merupakan satu penanda aras baru buat intistusi pengajian tinggi negara. Ia juga amat penting buat UM untuk terus menambah baik dalam bidang kebolehgajian graduan, jaringan dan kerjasama dengan pelbagai industri serta perkongsian strategik antarabangsa.
Peningkatan ini juga merupakan bukti kepada pelaburan dan inisiatif yang telah diambil UM sejak beberapa tahun bagi menambah prestasi mereka.
Ia merupakan tahun kedua UM tersenarai dalam ranking THE. Bagaimana pula dengan universiti terbaik di Asia? Menurut carta yang dikeluarkan THE, National University of Singapore menduduki tangga pertama.
Mereka telah mempertahankan kedudukan tersebut selama tiga tahun berturut-turut. Dengan pelbagai peningkatan dari segi pengajaran dan kajian, National University of Singapore mendapat kedudukan tertinggi tanpa digugat universiti lain.
Berikut merupakan fakta menarik Asia University Rankings 2018
– Tsinghua University mengambil alih tempat Peking University sebagai universiti terbaik dari China
– Sebanyak 9 buah universiti dari Malaysia yang tersenarai dalam carta dikeluarka pada tahun ini
– Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR) menduduki tempat ke-99 & ke-2 dari Malaysia
– Jepun merupakan negara yang paling banyak universiti tersenarai dengan sebanyak 89 buah universiti
– Tahun ini merupakan kali pertama institusi pengajian tinggi Malaysia berjaya masuk ke senarai Top 50
Top 10 Asia University Ranking 2018
Kedudukan Universiti Dari Malaysia Dalam Asia University Ranking 2018
Pernah panas dengan isu vaksin, kali ini bekas penyanyi nasyid kumpulan In Team, Suhaimi Saad sekali lagi menerima kecaman dari orang ramai. Tindakannya yang membuang ubat ke dalam tong sampah selepas penyakitnya berjaya di diagnos oleh doktor di Hospital Raja Perempuan Zainab, Kota Bharu gara-gara menderita sakit apabila menarik nafas turut menerima teguran dari seorang doktor iaitu Dr Ahmad Zakimi Abdulllah aka Dr Zek yang bertugas di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).
Tindakan Suhaimi Saad yang membuang ubat bukan saja dikecam ramai netizen malah ramai yang ternyata kurang senang dengan tindakannya yang menganggap perbuatan itu “sebagai satu kebenaran” kerana dia kemudiannya dilihat memakan minyak zaitun bagi mengubati masalah penyakit dihidapinya.
Kecaman isu membuang ubat ke dalam tong sampah ini bermula apabila Suhaimi Saad menulis di wallnya.
Ternyata tindakannya itu tidak disenangi ramai netizen yang menganggap ianya satu pembaziran secara jelas. Baca luahan doktor ini yang nyata terkilan dengan tindakan penyanyi tersebut kerana katanya setiap kos ubat itu adalah dari duit pembayar cukai dan subsidi dari kerajaan kepada rakyat.
SURAT TERBUKA BUAT SAUDARA SUHAIMI SAAD
Kehadapan saudara SS buang ubat, saya adalah seperti nama dalam profile facebook selaku doktor yang merawat pesakit di negara Malaysia ingin memberi satu peringatan secara terbuka.
Sesungguhnya kami sebagai perawat dan juga rakyat Malaysia terkilan dengan tindakan kurang sihat saudara SS.
Dalam status facebook saudara mengatakan pergi ke hospital hanya untuk mendapatkan diagnosis dari doktor. Setelah dapat slip ubat atau preskripsi dari doktor, anda ambil ubat tersebut kemudian buang dalam ‘dust bean’ itu adalah satu perbuatan yang menjengkelkan.
Anda membuang masa pihak hospital untuk merawat pesakit lain yang betul-betul atau ingin mendapatkan rawatan. Mereka terpaksa menunggu perbuatan saudara. Jika saudara sangat-sangat anti pada perubatan moden hospital saya sarankan tak perlu datang terus pun.
Saudara kufur nikmat.
Dengan hanya membayar RM 1 ringgit bukan bermakna rawatan dan ubat yang saudara dapat itu bernilai RM 1 tapi ratusan ringgi malah ribuan ringgit. Tahukah saudara, segala pembelanjaan tersebut adalah dari kerajaan untuk rakyat Malaysia dan juga dari duit pembayar cukai rakyat Malaysia termasuk saya. Tak perlu ambil pun jika takmau. Sememangnya hidup saudara membazirkan. Apa saudara mahu jawab dalam kubur?
Saudara kufur nikmat.
Jangan bangga dengan kelakuan tak cerdik dan menjengkelkan dengan memberitahu semua orang di facebook. Tindakan saudara memalukan seluruh umat Islam di negara ini.
Dalam satu hadis Rasulullah S.A.W bersabda: “Berubatlah wahai hamba-hamba Allah, sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit, melainkan meletakkan untuknya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ibn Majah).
Satu lagi hadis Rasulullah S.A.W bersabda, “Bagi setiap penyakit ada ubatnya. Apabila betul ubatnya, maka sembuhlah dengan izin Allah.” (Riwayat Muslim)
Suhaimi turut membalas kenyataan bila ada yang memberi teguran kepadanya mengenai isu buang ubat ini
Saudara ‘jahil’ tentang konsep tawakkal dengan hanya berdoa tanpa berusaha mengambil ubat. Menurut Imam Ibn Qayyim, orang yang menolak untuk berubat sebenarnya bercanggah dengan konsep tawakkal. Tawakkal tanpa ikhtiar bukan konsep sebenar tawakkal. Maka ubat yang kita berikan itu adalah ikhtiar untuk merawat di sampingkan dengan berdoa. InsyaAllah akan diberi kesembuhan.
Semoga surat terbuka dari saya dapat membuka hati saudara SS ex-inteam, artis suam-suam kuku yang buang ubat supaya sedar dan memberi pengajaran juga kepada seluruh netizen.
Bagi Remaja, jika benar tidak mahu memakan ubatan hospital, lebih baik tidak diambil dari dibuang begitu saja ke dalam tong sampah. Apa kata korang mengenai isu ini.