Beberapa klip video dimuat naik graduan dari negara barat mencuri tumpuan rakyat Malaysia gara-gara menggunakan lagu rasmi UiTM ketika merakam momen graduasi mereka.
Dua hantaran video telah menjadi sorotan warganet Malaysia kerana lagu kebanggaan universiti itu iaitu ‘UiTM di Hatiku’ digunakan masyarakat di luar negara.
Menerusi akaun @whiteboy_612, dia dilihat menggunakan lagu UiTM sebagai latar videonya sekali gus dihujani komen lucu daripada netizen.
“UITM going international! Hahaha,” komen pula pengguna lain.
Pastinya menambah rasa bangga dalam kalangan bekas graduan universiti itu apabila lagu tersebut mendunia dan digunakan graduan dari universiti luar negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Al-Fatihah dengan bacaan untuk pasangan suami isteri, Nur Ain Kamarulzaman, 25 dan suaminya Mohd Hairawi Mat Rezam, 36 yang maut dirempuh sebuah Myvi.
Dalam kejadian pagi tadi, Nur Ain yang hamil tujuh bersama bayi dalam kandungannya dan suami, maut dalam keadaan menyayat hati selepas motosikal ditunggang mereka dirempuh kereta di Jalan Bukit Merchat, Pulau Sebang, Alor Gajah, hari ini.
Dalam kejadian 7.40 pagi itu, Nur Ain Kamarulzaman, 25, membonceng motosikal ditunggangi suami, Mohd Hairawi Mat Rezam, 36, sebelum kenderaan mereka dirempuh kereta Perodua Myvi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian, pemandu kereta berusia 34 tahun dalam perjalanan dari arah Gadek ke Pulau Sebang, manakala mangsa datang dari arah bertentangan.
"Siasatan mendapati suami isteri itu dalam perjalanan dari Taman Rakyat Kuala Ina, Tampin ke Hospital Melaka untuk menghadiri janji temu dengan pakar perubatan di hospital berkenaan. "Pemandu kereta terbabit dipercayai hilang kawalan hingga menyebabkan kenderaannya berpusing sebelum memasuki laluan bertentangan dan merempuh motosikal mangsa," katanya.
Beliau berkata, akibat perlanggaran itu, kedua-dua mangsa tercampak beberapa meter dari motosikal dan Mohd Hairawi meninggal dunia di lokasi kejadian akibat parah di kepala.
Katanya, jenazah mangsa yang bekerja sebagai tukang masak dibawa ke Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat manakala Nur Ain dibawa ke Hospital Tampin kerana parah di kepala dan badan. "Bagaimanapun, Nur Ain dan kandungannya disahkan meninggal ketika dirawat di hospital itu pada 12 tengah hari.
"Kandungan masih belum dikenal pasti jantinanya itu adalah anak pertama pasangan terbabit dan Mohd Hairawi beralamat di Jalan Klinik Kesihatan Guchil Luar, Kuala Krai, Kelantan manakala Nur Ain berasal dari Taman Rakyat," katanya.
Beliau berkata, siasatan mendapati cuaca ketika kejadian dalam keadaan baik dan punca kejadian dipercayai akibat kegagalan mengawal kenderaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Sumber : HARIAN METRO
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Niat asal seorang pelajar Indonesia bernama Sultan Gustaf Al Ghozali apabila mengumpul koleksi swafoto sendiri yang hampir mencecah 1,000 keping adalah demi mencipta video timelapse buat dirinya sempena hari konvokesyen. Lalu dia telah mengambil swafoto pada setiap hari sejak lima tahun lalu dengan duduk di hadapan komputer.
Sultan Gustaf Al Ghozali . Sumber Foto : CNN Indonesia
Namun setelah pelajar jurusan Sains Komputer dari Semarang ini mengetahui mengenai kelebihan teknologi ‘blockchain’, dia mengambil keputusan untuk memuat naik kesemua foto tersebut ke platform NFT di bawah album berjudul Ghozali Everyday’.
Siapa sangka, perbuatan Sultan itu mendatangkannya durian runtuh setelah hak digital untuk foto-foto itu terjual di NFT pada nilai melebihi USD1 juta atau kira-kira RM4 juta dengan menggunakan wang kripto.
Kata remaja berusia 22 tahun itu, “Pada mulanya, saya hanya meletakkan foto itu pada haga USD3 (RM12) kerana tidak pernah terfikir akan ada orang yang ingin membelinya. Saya fikir agak lucu jika ada individu yang ingin mengumpul foto-foto saya itu.”
Namun, begitulah kata orang rezeki memang tidak pernah salah alamat. Sultan mendapati salah satu fotonya terjual pada nilai 0.247 matawang kripto bersamaan USD806 (RM3,367). Jualannya itu semakin meningkat selepas seorang chef selebriti mempromosikan foto itu di media sosialnya.
Dalam tempoh beberapa hari saja, lebih 400 orang individu lain telah membeli hak milik digital foto remaja itu! Sehingga hujung minggu lalu, nilai koleksi foto Sultan telah mencecah nilai 317 ether bersamaan USD1 juta (RM4 juta).
Begitupun, pelajar yang bercita-cita untuk memiliki studio animasinya sendiri satu hari nanti ini berkata dia masih tidak berani untuk memberitahu ibu bapanya mengenai rezeki ini kerana gusar mereka menjadi hairan dari mana mereka boleh memperolehi wang sebegitu banyak.
Buat masa ini dia akan meneruskan rutinnya mengambil swafoto sehingga hari konvokesyen dan wang yang diterimanya akan dilaburkan ke arah sesuatu yang brmanfaat.
Haa, kalau korang tengah ikat perut di kampus dan kekurangan wang perbelanjaan, tak salah untuk korang mencuba cara Sultan Gustaf Al Ghozali ini. Hehe..
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Itulah luahan perasaan yang dilontarkan pelakon dan usahawan terkenal, Nur Fazura berhubung kes penderaan kanak-kanak di taska yang semakin menjadi ‘barah’, pada masa ini.
Pesan pelakon filem popular Pisau Cukur itu, pemilik taska perlulah lebih berhati perut dan jangan mementingkan keuntungan semata-mata.
“Geram dan sakit hati sebab kebelakangan ini, banyak sangat isu bila ibu bapa hantar anak ke taska tapi, dalam masa singkat, tiga hari atau sebulan, anak-anak cedera kena pukul sampai meninggal dunia apa semua.
“Pesanan untuk semua yang nak bekerja di taska atau nak buka taska dan sebagainya, kalau tak nak jaga anak orang, tak payahlah jaga. Tolonglah. Kita dahlah penat melahirkan dan membesarkan anak. Dan, ada di antara kita yang menunggu zuriat bertahun-tahun. Hantar ke taska dua tiga hari, sampai cedera teruk.
“Baru-baru ini, sampai tempurung kepala cedera, koma dan ada yang meninggal dunia. Terbaharu, kurung anak-anak kecil di dalam bilik sempit tanpa diberikan makanan dan sebagainya,” tuturnya.
Perkara tersebut diluahkan Fazura menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naiknya di platform Tiktok.
Selain itu, ibu kepada seorang cahaya mata itu turut menasihatkan mereka yang terlibat agar tidak mementingkan diri sendiri dan mendapatkan rezeki dengan cara yang halal.
“Nak cari rezeki, tolonglah dengan cara yang berkat dan ikhlas. Kalau tak nak kerja jaga bayi, tolonglah cari kerja lain. Tak tahulah. Saya memang sangat-sangat kecewa dan sakit hati. Sebagai seorang ibu, memang saya sangat sakit hati.
“Jadi, siapa yang nak jadi pengasuh ke apa, ataupun nak buka taska, tolonglah upah orang-orang yang betul-betul ikhlas,” katanya lagi.
Sebelum ini, tular hantaran artikel bergambar yang dimuat naik menerusi akaun Facebook “EL Ameerah” berkaitan kecederaan yang dialami kanak-kanak perempuan berusia satu tahun semasa berada di sebuah taska.
Dedahnya, anaknya yang berusia satu tahun itu diletakkan di dalam bilik kosong yang tidak beralas walaupun telah dibekalkan dengan selimut. Lebih mengejutkan, dia diberitahu pemilik taska bahawa ruangan itu adalah bilik ‘isolasi’ sementara buat kanak-kanak berusia satu hingga dua tahun.
Media turut melaporkan ibu kanak-kanak itu akan mengambil tindakan undang-undang terhadap taska tersebut yang didakwa mengabaikan anaknya yang ditinggalkan bersama beberapa orang kanak-kanak lain di sebuah bilik tanpa pengawasan.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.