Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Sekali kalah dalam sesuatu perjuangan tidak bererti tewas selama-lamanya. Ungkapan ini sesuai digambarkan dengan situasi yang dilalui gadis cantik Bernama Maxine Formosa ini.
Dia yang berusia 21 tahun merupakan seorang pembantu undang-undang di sebuah firma guaman merupakan pemenang tempat ketiga dalam pertandingan Miss Universe Malta 2021.
Nasibnya berubah apabila dia telah dilantik oleh organisasi Miss Universe Malta untuk menyandang gelaran Miss Universe Malta 2022 sekaligus mendapat hak untuk mewakili negaranya di pentas antarabangsa.
Dalam majlis yang diadakan penuh eksklusif itu, Maxine telah dimahkotakan oleh Jade Cini yang merupakan Miss Universe Malta 2021. Dia menerima mahkota rona biru yang direka penuh ekstravaganza dan juga selempang untuk digayakan sepanjang dia memegang gelaran untuk menjalankan tugas.
Menurut satu hantaran di laman Instagram peribadinya, gadis yang berasal dari daerah St Julian’s ini berkata, “Saya sangat bersyukur kerana organisasi Miss Universe Malta memberi peluang berharga ini untuk mewakili negara di pentas Miss Universe. Saya berjanji akan membuat Malta bangga nanti.”
Sebagai persiapan untuk mewakili negara, Maxine akan dihantar ke Texas, Amerika Syarikat untuk menjalani latihan di Miss Academy. Akademi tersebut merupakan milik Crystal Stewart yang merupakan Miss USA 2008 dan juga top 10 di Miss Universe 2008.
Ads
Di sana dia akan diajar dari segala segi tentang seorang ratu cantik. Bermula dengan gaya pemakaian, pembawakan diri, cara bertutur, solekan dan dandanan sehinggalah cara untuk berjalan di atas pentas.
Setakat ini Malta belum pernah berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir dalam pertandingan Miss Universe. Namun perkara ini bukanlah menjadi penghalang untuk wakilan negara itu membawa tinggi nama negara.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Malam pengiktirafan buat pengkarya layar kaca, Anugerah Emmy kembali untuk edisi 2022 dengan pelbagai gaya serta stail selebriti di karpet merahnya, pagi ini. Bezanya pada tahun ini, Emmy’s 2022 dilangsungkan pada malam Isnin (waktu tempatan di Amerika Syarikat) berbanding waktu biasa pada malam Ahad.
Kali ini, Emmy’s dinominasi oleh program-program televisyen dan siri penstriman popular dunia seperti Squid Game, Stranger Things, Yellowjackets, Euphoria, Abbott Elementary dan banyak lagi.
Nah, ini 10 gaya selebriti pilihan remaja di karpet merah Emmy’s 2022. Di antara bintang Squid Game, Jung Hoyeon dan Zendaya yang mewakili siri Euphoria, stail mana menjadi pilihan korang?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Solekan sudah menjadi satu kewajipan di dalam kehidupan seorang wanita, tidak kiralah sebagai orang terkenal ataupun tidak. Solekan sebenarnya membantu seseorang untuk tampil lebih yakin dan nampak menarik. Namun begitu, kalau solekan yang dikenakan terlalu tebal dan keterlaluan pun boleh menjadi satu perkara yang pelik kerana tidak lagi menonjolkan keaslian sebenar wajah.
Ketika ini pertandingan Miss Universe 2021 sedang dijalankan di Eilat, Israel. Menariknya dalam salah satu aktiviti yang dijalankan, lapan orang peserta telah dipilih untuk tampil dalam sebuah penggambaran wajah tanpa solekan. Bagi sesetengah orang mungkin perkara yang menakutkan, tidak bagi mereka. Apa pun setiap seorang dari mereka tetap cantik dan segar biarpun tanpa bantuan solekan.
Jom kita lihat wajah-wajah ratu cantik ini saat mereka dinobatkan sebagai wakil negara masing-masing dan juga foto mereka tanpa sebarang solekan.
Mereka semua tampil cantik walaupun tanpa sebarang solekan. Penggambaran ini membuktikan bahawa seseorang harus tetap yakin dengan diri sendiri dan kecantikan semula jadi merupakan satu perkara yang perlu dibanggakan.
Tahun ini menyaksikan seramai 80 peserta menyertai pertandingan Miss Universe 2021. Walaubagaimanapun Malaysia tidak menghantar wakil tahun ini atas alasan pandemik Covid-19.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Trend sekarang, golongan muda remaja terutamanya suka mewarna dan meluruskan rambut. Style tu memang la style tapi korang pernah terfikir tak berapa banyak bahan kimia yang terkandung dalam ubat rambut tu?
Bahan asas di dalam pewarna rambut dan meluruskan rambut kebiasaannya adalah hidrogen peroksida dan ammonia. Kandungan hidrogen peroksida di dalam sediaan pewarna rambut akan menentukan jenis pewarna rambut tersebut.
Tapi paling menakutkan, kajian telah membuktikan golongan yang selalu menggunakan bahan pewarna atau meluruskan rambut bakal berdepan dengan risiko penyakit kanser payudara.
Satu kajian di Institut Kesihatan Nasional, Amerika Syarikat mendapati lebih 50,000 orang menggunakan bahan-bahan tersebut melebihi lapan tahun.
Golongan wanita dilaporkan menggunakan pewarna rambut secara kekal bakal berdepan dengan risiko penyakit kanser lebih sembilan peratus berbanding mereka yang tidak menggunakannya.
Manakala wanita yang menggunakan bahan meluruskan rambut yang mempunyai kandungan kimia selama lima hingga lapan minggu berdepan dengan risiko lebih tinggi dengan 30 peratus.
Pasukan pengkaji memberi amaran bahawa bahan kimia tersebut boleh menyerap ke bahagian kulit kepala.
Kajian juga mendedahkan, golongan wanita hanya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser payu dara ini dengan hanya mengurangkan penggunaan bahan-bahan kimia tersebut
Untuk info, terdapat lebih 5,000 bahan kimia yang digunakan dalam satu produk pewarna rambut. Wow!
Jadi sungguh jelas membuktikan bahawa mewarna atau meluruskan rambut ini secara kerap boleh membahayakan kesihatan. Tapi pada pandangan penulis la kan, korang lagi cantik dengan warna rambut yang semulajadi. So pilih nak cantik ke nak sakit?Hiks..
Sumber : Mstar
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!