Februari lalu penulis pernah membuat liputan mengenai kemenangan wanita berusia 27 tahun ini. Engfa Waraha merupakan seorang peserta pertandingan realiti nyanyian The Voice sebelum berjaya mengungguli dunia ratu cantik apabila dinobatkan sebagai Miss Grand Krung Thep Maha Nakhon @ Bangkok 2022.
Nampaknya rezeki memihak kepada dirinya sekali lagi apabila dia diangkat sebagai juara baharu Miss Grand Thailand 2022. Dalam acara yang berlangsung meriah di SHOW DC Hall di Bangkok pada Sabtu, Engfa berjaya mengalahkan 76 peserta lain.
Engfa bersama Nawat yang merupakan pengasas Miss Grand International.
Sejurus selepas dimahkotakan, wanita bersuara merdu ini membuat dedikasi khas di laman Instagram. Ujarnya, “Saya sangat bangga dengan diri saya kerana akhirnya berjaya menghadiahkan mahkota emas ini kepada ibu. Terima kasih juga kepada En. Nawat kerana percaya dengan diri ini. Anda melihat potensi yang mana ramai tidak mampu melihatnya.
“Saya tidak akan berhenti memajukan diri dan saya akan melakukan yang terbaik sebagai Miss Grand Thailand 2022. Terima kasih juga kepada peminat yang sentiasa menyokong saya. Akhir sekali terima kasih kepada keluarga kerana menjadi sumber kekuatan dan juga memberi energi positif setiap masa.”
Menjadikan kemenangannya lebih manis, tahun ini merupakan tahun kesepuluh pertandingan itu diadakan dan ia disambut dalam suasana penuh gemilang. Pada malam itu dia dimahkotakan oleh Miss Grand Thailand 2021, Indy Johnson. Seiring dengan kemenangannya, Engfa bakal mewakili negara gajah putih itu di peringkat antarabangsa yang bakal mengambil tempat di Bali, Indonesia
Ads
Berdiri dengan ketinggian 170 cm, dia kini berada di tahun keempat pengajian ijazah Sarjana Muda di Universiti Valaya Alongkorn Rajabhat. Wanita anggun ini menonjolkan gabungan bakat, kecantikan dan keanggunan, yang menjadikannya perwakilan yang kuat untuk Thailand di platform antarabangsa.
Bersama rakan-rakan seperjuangan yang berjaya ke peringkat top 10 di Miss Grand Thailand 2022.
Sepanjang pertandingan berlangsung, Engfa bukan sahaja memenangi gelaran utama, bahkan dia juga menjadi pemenang kepada dua gelaran kecil yang lain iaitu Miss Photogenic dan Best Skin Award.
Ads
Selain dirinya, empat lagi peserta yang berjaya berada di kedudukan lima terbaik ialah Amanda Jensen, Thanawan Wigg, Nesa Mahmoodi dan Suphatra Kilangprom. Mereka masing-masing berada di kedudukan kedua, ketiga, keempat dan kelima.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penggunaan stokin lazimnya disarung sebelum seseorang individu itu memakai kasut untuk melindungi kaki daripada melecet, berbau atau pun bagi seorang Muslimah, ia adalah kewajipan untuk menutup aurat.
Stokin bukan hanya digunakan untuk memakai kasut, tetapi ia juga sangat berguna ketika musim sejuk dan ada yang memakai stokin sewaktu tidur.
Pendek kata, sebenarnya banyak kegunaan stokin untuk kehidupan harian kita. Jadi, tidak hairan jika ada individu yang ‘gila’ bershopping stoking untuk koleksi peribadinya.
Bagi anak muda, sudah tentu korang suka rekaan stokin yang comel pada harga berbaloi kan? Berikut adalah perkongsian daripada Iman Abdul Rahim tentang stokin cute yang korang boleh beli di Shopee dengan harga bawah RM5.
1. Strawberi dan tembikai berharga RM2.85 sepasang
Baru-baru ini, jenama aksesori Speculum telah mendapat kritikan oleh peminat dari kumpulan K-Pop terkenal, Seventeen apabila acara ‘fan meeting’ bersama model jenama tersebut iaitu Jeonghan dan The8 tidak seperti yang diharapkan.
Difahamkan jenama Speculum telah mengadakan acara beramah mesra tersebut secara terbuka untuk 50 pelanggan bertuah yang bakal bertemu dengan dua anggota Seventeen itu. Namun, menurut peminat ianya tidak dilaksanakan dengan baik dan Speculum juga telah menghindari segala keluhan atau maklum balas yang diberikan oleh mereka.
Sebelumnya, dilaporkan bahawa bagi pelanggan atau peminat yang membeli barangan dari jenama tersebut dari 9-10 September 2024 akan berpeluang memenangi hadiah menarik. Salah seorang dari pemenang menyatakan dia telah menghabiskan lebih kurang 63 juta Korea Won (RM 62,415) kerana dengan pembelian lebih banyak, lebih tinggi peluang untuk menang.
Walau bagaimanapun, semasa acara tersebut berlangsung, kebanyakan dari pemenang meluahkan rasa kesal kerana waktu untuk mengambil gambar bersama kedua idola K-Pop itu kurang memuaskan ditambah pemandangan kabur.
Selain itu, video khas yang sepatutnya ditayangkan istimewa untuk para pemenang juga tidak ditayangkan serta kedua artis tersebut hanya tampil selama 9 minit sahaja.
Dalam pada itu, meskipun acara tersebut seharusnya disertai oleh 50 pemenang sahaja. Speculum juga diduga telah menambah pelanggan dari China ke dalam senarai pemenang, bahkan mengundang para pempengaruh yang menerima lebih banyak waktu daripada para pemenang.
Susulan itu, menurut peminat (Carat), Speculum sebelum ini mengakui kekurangan profesionalisme mereka dalam mengendalikan acara tersebut dan berjanji untuk menebus semula kekurangan itu kepada ganjaran lain tetapi sehingga kini jenama berkenaan masih belum memberikan sebarang maklum balas mengenainya kepada pemenang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dua penyokong fanatik sukan badminton tanah air baru-baru ini mendapat perhatian apabila sanggup menempuh perjalanan jauh dan hadir ke Porte De La Chapelle Arena untuk memberikan sokongan padu kepada kem badminton negara di Sukan Olimpik Paris 2024.
Bukan sekadar memberi sokongan, malah mereka juga hadir dengan gaya dan penampilan unik apabila tampil mengenakan pakaian kreatif yang direka khas menggunakan bulu tangkis.
Menerusi satu video temubual bersama wartawan Astro Arena, dua penyokong fanatik memberitahu bahawa proses menyiapkan pakaian istimewa yang direka sendiri itu mengambil masa selama dua bulan untuk disiapkan.
Kredit: Astro Arena
“Kalau dikira bermula dengan saya beli bulu tangkis, baju jaket dan seluar ini mengambil masa kira-kira dua bulan untuk disiapkan. Sebab kami mulakan dengan fikir tentang rekaan dahulu, nak potong bulu tangkis dan kemudian perlu dijahit”
“Semuanya saya buat sendiri bersama sahabat saya. Apa yang paling penting adalah tulisan Malaysia dibahagian belakang jaket!”
Dalam pada itu, mereka juga meletakkan harapan kehadiran mereka di Paris dapat menyaksikan detik sejarah atlet Malaysia merangkul pingat emas pertama negara dalam temasya berprestij itu.
Kredit: Astro Arena
“Kami berada di sini untuk beri sokongan pada Malaysia, Olimpik hanya empat tahun sekali dan saya sangat sukakan badminton. Saya harap Malaysia boleh merangkul pingat emas!”
Sekadar info, skuad badminton negara mencipta magis apabila mengekalkan momentum positif di temasya Sukan Olimpik 2024 Paris. Kemenangan dicipta apabila beregu wanita negara Pearly Tan-M. Thinaah berjaya melayakkan peluang mereka ke suku akhir Sukan Olimpik 2024 selepas menumpaskan pasangan keenam dunia Mayu Matsumoto-Wakana Nagahara dari Jepun pada aksi Kumpulan A.
Sumber: Astro Arena
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!