Bagi generasi lahir 90-an pasti masih ingat Wawasan 2020 yang diilhamkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir ketika menjadi Perdana Menteri ke empat dahulu. Dalam Wawasan 2020 ini Malaysia akan mencapai negara maju. Biar beberapa bulan lagi angka tahun 2020 ini akan dicapai, namun nampaknya ia belum menjadi kenyataan.
Apa ada lagi pada tahun 2020? Sesuatu yang cukup unik dan tidak pernah terfikir ialah pada tahun 2020, umur setiap orang di dunia ini akan sama! Maksudnya apa?
Yeah, kalau korang nak tahu dan nak try keunikan ini, cuba kira tahun kelahiran korang dicampurkan dengan usia pada tahun tersebut.
Ads
Sebagai contoh korang lahir tahun 1999 dan pastinya korang akan mencapai usia 21 tahun ketika itu.
Ads
Cuba buat kiraan ini 1999 + 21 = 2020.
Ads
REMAJA sendiri tidak pasti dari mana fenomena ini datang tetapi ternyatapakar ilmiah dan pakar Matematik sendiri bingung dengan fenomena ini kerana ia sangat unik dan memberi makna setiap orang di dunia ini akan berumur sama iaitu 2020 selepas ditambah seperti dinyatakan kiraanya.Tak kira sama ada masih bayo,kanak-kanak, remaja mahupun orang dewasa, umur semua orang akan sama iaitu 2020.
Tak percaya, try lah. Pasti jawapanya 2020. Dan lebih rare fenomena ini hadir 1000 tahun sekali. Apa pun semua ini kekuasaan Allah taala yang mencipta dunia ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Video seorang lelaki yang menampar seorang perempuan hanya disebabkan dia tidak berhijab di kawasan awam telah menular di internet sejak minggu lalu.
Malah, kejadian tidak masuk akal itu dilaporkan oleh portal dari United Kingdom iaitu dailymail.com
Di dalam kejadian tersebut yang dipercayai berlaku di Pulau Pinang, lelaki itu dilihat menarik keluar perempuan yang sedang duduk di sebuah perhentian bas.
Dia kemudiannya menanya secara kuat tentang agamanya iaitu Islam dan mempersoalkan cara dia berpakaian secara terbuka tanpa menghiraukan aib perempuan tersebut.
Setelah cuba untuk tak menghiraukan teguran kasar lelaki itu dan cuba untuk menelefon seseorang, lelaki itu secara tiba-tiba menampar muka menggunakan bahagian belakang tangan.
Orang ramai yang berada di situ mengambil keputsan untuk mencampur tangan dengan meleraikan kedua-dua orang tersebut agar tiada laku perlakuan ganas dilakukannya.
Hal ini bukan saja dipercakapkan di serata dunia dek kerana perkongsian yang dilakukan oleh dailymail.com. Ia juga mendapat perhatian selebriti, Noor Neelofa mengenai bagaimana Islam tidak sesekali membolehkan perlakuan tersebut di khalayak ramai, walaupun dengan niat untuk mengajar.
“Inikah cara kita untuk memperlihatkan agama Islam dan negara Malaysia di mata negara bukan Islam?
“Kita ingin semua orang tahu yang Islam adalah agama yang cantik dan bersikap menghormati di antara semua insan. Apabila perkara ini terjadi, secara tak langsung agama kita yang akan mendapat reputasi teruk.
“Lelaki seharusnya melindungi wanita, bukannya menggunakan kekasaran terutamanya seperti ini. Ada cara yang lebih molek untuk mengajar dan perbuatan memukul orang sesuka hati BUKANLAH CARANYA,” simpul Neelofa dalam post yang dimuat naik di Instagram.
Apa yang diperkatakan oleh Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia itu ada kebenarannya. Islam memang menyuruh agar umatnya menutup aurat dan di dalam hal ini, berhijab menutupi rambut.
Namun, pendekatan yang diambil oleh pemangsa dilihat tidak bersesuaian, sekalipun jika dia mempunyai pertalian darah daging dengan perempuan tersebut.
Penulis berharap agar kejadian seperti ini tidak lagi terjadi. Islam itu mudah dan kita sebagai umatnya harus memperlihatkan sisi positif agama terutamanya kepada orang luar yang bukan beragama Islam.
#WorldHijabDay
#StrongInHijab
#WonderHijab
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Ada kala kita memandang jenama sebelum membeli suatu barangan. Ramai melihat lebih gah jenama ia lebih berkualiti. Tapi pandangan itu mungkin meleset kerana seorang vlogger muda dari Russia berasa “tertipu” selepas membeli kereta berjenama Mercedes bernilai RM696,000 dengan beranggapan ia berkualiti sebaliknya kereta barunya itu kerap keluar masuk bengkel tidak sampai setahun dipakainya.
Marah dengan jenama terkenal yang dibelinya sering rosak menyebabkan vlogger Rusia ini sengaja membakar kereta itu hingga rentung.
Tindakan nekad Mikhail Litvin itu membakar kereta Mercedes-AMG G63 yang dibelinya Disember tahun lalu kini ditonton 11 juta pelayar menerusi saluran YouTube rasminya. Media Rusia melaporkan, vlogger muda itu membeli kereta mewah itu dengan harga 13 juta rubel (kira-kira RM696,000).
Untuk wang sebanyak itu, dia mengharapkan prestasi dan ketahanan kereta mewah itu seperti apa yang diidamkan namun Litvin mendakwa sangkaannya meleset sama sekali. Katanya, kereta itu hanya digunakan dengan jarak perbatuan 15,000 kilometer tetapi dia mendakwa kenderaan itu sering 'keluar masuk' bengkel sejak 10 bulan lalu.
Kesal dengan masalah yang tidak selesai itu termasuk mendakwa pengeluar kereta itu enggan bertanggungjawab, Litzin memutuskan cara terbaik untuk menyelesaikan masalah itu adalah membakarnya sehingga rentung.
Menurut laporan media tempatan, kereta Litvin dihantar di pusat servis Mercedes sebanyak empat kali, sejak dia membelinya dan pengedar jenama mewah itu enggan menanggung kos membaikinya.
Vlogger itu mendakwa, pengedar menolak untuk membaiki keretanya menyebabkan dia menghantar ke bengkel rakan.
Bosan terpaksa mengeluarkan wang untuk membaiki dengan kos mahal bagi sebuah kereta mewah baharu, Litvin memutuskan untuk memusnahkan Mercedes-AMG G63 itu dengan harapan akan menarik perhatian ramai.
Awal bulan ini, vlogger muda itu memandu kereta itu ke tengah ladang, menyimbah bahagian luar dan dalam kereta itu dengan petrol sebelum menyalakan api. Dia kemudian pulang ke rumah dengan memandu sebuah kereta lama. Sumber : Harian Metro
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kewujudan laman sosial seperti facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain aplikasi antara ketagihan alaf baru yang wujud masa kini. Lebih ramai “follower”, bermakna diri lebih glamor.
Minggu lalu, Remaja ada menyiarkan kisah seorang instafamous yang sanggup berhutang bank dan pernah ada perasaan ingin membunuh diri kerana kurang mendapat like dari pengikutnya. Masa yang sama, instafamous ini perlu berbelanja besar demi memperlihatkan dirinya begitu sempurna di mata pengikutnya. Beli baju atau barang mesti dari jenama terkenal, makan di mana pun nak up, lepak di hotel juga muat turun, itu belum lagi perlu ke luar negara demi nak nampak glamor.
Seolah menjadi trend, jika instafamous sanggup berhutang bank dalam satu jumlah besar, nampaknya trend mengejar glamor ini turut terpalit di kalangan pelajar sekolah menengah yang sanggup membeli Instagram rakan-rakan mereka yang mempunyai ramai pengikut semata-mata mahu kelihatan glamor di kalangan rakan sebaya.
Kalau ini satu bisnes berapa Neelofa boleh dapat? Tapi dia memang menjadi artis kesayangan ramai!
Hal ini didedahkan oleh seorang ibu yang memaklumkan anaknya yang merupakan pelajar sebuah sekolah menengah di Shah Alam memberitahu ada rakannya yang sanggup membayar RM100 demi mendapatkan 1000 pengikut di Instagram milik rakan mereka.
“Biasanya mereka sanggup membayar lebih dari itu. Selepas proses pembelian berlaku, gambar pemilik insta lama akan dibuang dan digantikan dengan pemilik baru dengan jumlah pengikut kekal.
“Apa yang pelajar inginkan hanyalah jumlah pengikut kerana mereka ada perasaan ingin glamor,” kata ibu pelajar yang memaklumkan, trend ini mulai tular kerana remaja ini tumbuh dengan satu perasaan ingin menonjol berbanding rakan sendiri.
Keinginan untuk mengecap glamor antara sebab mengapa hal ini mendorong pelajar berfikiran sedemikian. Lebih ramai pengikut, lebih mahal yang perlu dibayar oleh pelajar yang mahukannya.
Bayangkan dalam usia semuda itu, pelajar sudah diajar tentang “nilai kemasyhuran” dan menuntut berbelanja lebih. Mungkin sesetengah ibu bapa tidak menyedari soal ini. Bila anak minta duit, memberi tanpa banyak menyoal sedangkan wang dibazirkan hanya kerana mahu dilihat ramai pengikut.
Hal ini turut terungkai apabila cari Remaja di Instagram Media Hiburan mendapati ada individu yang mahu menjual “pagenya” dengan iklan berbunyi seperti berikut.
Hi Salam. Saya ada jual followers dan likes. Berminat nak cuba tak? Saya boleh bagi test likes. Boss nak naikkan followes dengan likes tak? Banyak model dan designer yang dah buat servis dengan saya sebab kalau tak lambat dapat job katanya. Saya boleh naikkan likes dan followers boss. Sekarang kami tgh buat promo.
Pelbagai jualan ada di instagram dan bisnes likes dan followers pun wujud!!!
Ternyata, menjual likes dan followers ini bukan hanya tular di kalangan pelajar sekolah tetapi sudah menjadi satu bisnes kepada individu yang “nampak peluang” buat duit dengan kegilaan ini. Pendek kata, money is very empowering. Ada duit semua boleh jadi.
Remaja mendapatkan penjelasan dari Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Siti Fatahiyah Mahamood yang juga seorang penyelidik teknologi dan remaja masa kini mengenai trend ini.
Menurutnya, keinginan untuk nampak hebat di mata kawan-kawan dan masyarakat mengakibatkan “penjualan” ini wujud.
“Sebagai remaja, mereka ada keinginan tinggi. Mahu lebih berbanding biasa. Seharusnya ibu bapa perlu membuat pemantauan jika kelihatan anak-anak terjurus ke arah ini. Walaupun bukan satu kesalahan tetapi ibu bapa harus bermain tarik tali dalam melentur anak-anak yang terlibat.
“Jangan sesekali berkata tidak kerana mereka tidak mahu mendengar teguran sebegitu sebaliknya mesti ada pendekatan berbeza ketika menasihati. Walaupun bukan satu penyakit kejiwaan tetapi trend ini boleh mewujudkan kesan atau gangguan psikologi kepada pelajar sekiranya perkara ini tidak dibendung atau dikawal oleh ibu bapa atau penjaga. Dikhuatiri pelajar yang tidak mempunyai ramai followers seperti rakan-rakan yang lain dan berkemungkinan akan mengganggu fokus pembelajarannya.
Siti Fatahiyah Mahamood
Dalam pada itu, Ustazah Fatahiyah berkata, walau pun trend ini dilihat kurang baik tetapi menurutnya, apabila sampai satu peringkat umur beralih ke dewasa, remaja akan memahami dan dapat membezakan apa yang betul dan apa yang salah.
“Tapi hal ini berbeza dengan orang terlibat dalam dunia perniagaan, kerjaya dan sebagainya kerana ia satu taktik untuk membuat orang lain percaya bahawa mereka orang yang mempunyai ramai pengikut,” katanya ketika dihubungi.
Isunya di sini, kalau semuanya boleh dijual, semuanya boleh dibeli, adakah pengikut-pengikut instafamous ini mendapat keuntungan? Tepuk dada, tanya selera. Nak nak dikejar hanya soal duniawi sahaja pun…
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!