Syukur bumi Malaysia tiada gunung berapi. Belum lagi Covid-19 mengundurkan diri. Tonga atau lebih dikenal dengan Kerajaan tonga merupakan sebuah kepulauan di selatan Samoa kini sedang depan dengan letusan gunung berapi bawah laut yang bahaya.
Semalam, gelombang ombak besar setinggi 1.2 meter dikesan di ibu negara Nuku’alofa pada jam 3.30 petang Sabtu waktu tempatan menurut Biro Meteorologi Australia.
Malah, tular juga beberapa rakaman video yang dimuat naik di sosial menunjukkan penduduk bergegas menyelamatkan diri ke kawasan tinggi susulan letusan gunung berapi Hunga Tonga-Hunga Ha’apai.
No #tsunami threat to Australia from volcanic eruption near TONGA ISLANDS. A 1.2 metre tsunami wave has been obsereved at Nuku Alofa in Tonga at 3:30 PM AEDT. We will continue to monitor the situation. Latest advice at https://t.co/Tynv3ZQpEq. pic.twitter.com/HZLFBNRwZk
Mungkin jarang didengari tentang gunung berapi bawah laut meletus. Tapi rupanya ia benar-benar wujud dan paling menakutkan ada beberapa lagi yang sedang menunggu masa untuk meletus dan impaknya mungkin akan lebih teruk dari gunung berapi di Tonga.
1. Gunung berapi West Mata
Gambar Via Imgur
Terletak di Lautan Pasifik antara Kepulauan Fiji dan Samoa, gunung berapi ini merupakan salah satu gunung berapi bawah laut paling aktif di dunia. Menurut Smithsonian Institution, para saintis dilaporkan mula mengesan tanda-tanda letusan di West Mata pada tahun 2008 apabila kepulan partikel dikenal pasti di 175 meter di atas puncak gunung berapi.
Ia terletak pada kedalaman 1.2 kilometer di bawah paras laut dengan keluasan kira-kira 6 kilometer.
Pada 4 Julai 2009, letusan gunung berapi bawah air paling dalam telah berhasil direkodkan oleh kapal selam robotik Amerika Syarikat. Setelah menunggu selama 25 tahun para saintis akhirnya berjaya merakam letusan gunung berapi bawah laut itu. Robot kapal selam itu bukan sahaja berhasil mendekati gunung berapi West Mata, bahkan dapat mengambil sampel cecair gunung berapi berkenaan.
Ads
2. Gunung berapi Loihi
Gambar Via SOEST Hawaii
Loihi bermaksud ‘panjang’ atau ‘tinggi’ dalam bahasa Hawaii dan bersesuaian dengan namanya, gunung itu kelihatan menonjol seperti taji jika dilihat dari Pulau Besar Hawaii yang berada kira-kira 20 batu dari pantai selatan.
Kepulauan Hawaii sendiri terbentuk apabila bahagian besar dasar lautan melalui titik panas di bawah kerak bumi yang menembusi dasar lautan sehingga mewujudkan gunung berapi yang memuntahkan batu cair.
Loihi dikatakan terletak pada kedalaman 914.4 meter di Lautan Pasifik dan turut dikenali sebagai ‘gunung berapi termuda’ dalam rantaian Hawaii. Di sekelilingnya, terdapat gunung berapi yang lebih ‘tua’ iaitu Mauna Loa, lapor Soest Hawaii.
Sebelum tahun 1970-an, Loihi tidak dikesan sebagai gunung berapi yang aktif, sebaliknya ia dianggap sebagai gunung berapi bawah laut biasa dari jenisnya yang mengelilingi pulau Hawaii.
Namun, selepas itu para pengkaji mendedahkan bahawa Loihi adalah gunung berapi yang masih muda dan aktif, bukannya gunung laut mati yang sudah tua. Ia dipenuhi dengan aliran lava dan secara aktif mengeluarkan cecair hidroterma di puncaknya.
Ads
3. Gunung berapi Seamount X
Gambar Via Global Volcanism Program
Gunung berapi Seamount X terletak di bawah laut Kepulauan Mariana, Amerika Syarikat. Aktiviti hidroterma pertama kali telah dikesan semasa ekspedisi NOAA 2003 di gunung berapi itu, kira-kira 70 km sebelah barat Guam.
Puncak gunung berapi, yang disebut sebagai Seamount X itu terletak 1,230 meter di bawah paras laut.
Gambar Via Global Volcanism Program
4. Gunung berapi Kick ‘Em, Jenny
Gunung berapi ini berketinggian 1,300 meter yang dari bawah permukaan laut dan ia terletak di 8 km di pantai utara Grenada, sebuah negara kepulauan di Karibia. Kick ‘Em, Jenny ialah salah satu gunung berapi paling aktif di timur Caribbean dan satu-satunya gunung berapi dasar laut aktif yang diketahui di rantau ini.
Menurut Geology.com, dalam tempoh pemantauan yang terhad, gunung berapi itu dikesan menghasilkan letupan dan efusi kecil. Ia juga menyokong sejumlah besar kewujudan hidroterma yang menghasilkan air panas dan gas.
Ads
Terdapat banyak sejarah letusan yang dihasilkan oleh gunung ini sejak tahun 1939. Ketika itu, awan letusan dikatakan telah naik hingga 275 meter di atas permukaan laut.
Berada di Laut Tyrrhenian iaitu kira-kira 175 kilometer di selatan Naples, Marsili adalah salah satu gunung berapi terbesar di Eropah dengan panjang 70 km dan lebar 30 km. Gunung ini telah ditemui pada tahun 1920 dan dinamakan sempena tokoh Itali, Luigi Ferdinando Marsili dan kajian meluas tentangnya hanya dijalankan bermula awal tahun 2000.
Ketinggian gunung ini ialah kira-kira 3,000 meter dari dasar laut manakala puncak dan kawah mencapai 450 meter di bawah permukaan air. Gunung berapi ini mempunyai potensi untuk meletus lagi pada masa hadapan.
Moga, ditahun 2022 ini kita dilindungi dari bencana dan malapetaka.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Kira-kira dua minggu lalu, warga netizen di Malaysia khususnya telah kecoh memperkatakan tentang kisah tular juri Masterchef UK yang memberikan komen rendang ayam tak crispy terhadap pesertanya yang berasal dari Malaysia.
Malah reaksi tular itu bukan sahaja tertumpu di kalangan rakyat Malaysia tetapi turut diperkatakan oleh warga Indonesia, Singapura, Brunei dan penggemar rendang ayam di seluruh dunia. Rata-rata mereka tidak bersetuju dan menempelak kenyataan juri tersebut terhadap masakan kebanggaan kita dan masyarakat Nusantara.
Dua juri Masterchef UK, John Torode dan Gregg Wallace yang telah menimbulkan kemarahan warga Nusantara.
Sehubungan kes yang tular ini banyak syarikat dan jenama terkenal turut join the bandwagon sambil mempromosikan produk mereka dengan promosi catchy dan mencuit hati.
Salah satunya Ikea yang memperkenalkan produk kualinya, Tolerant yang menggunakan kapsyen, “Tolerates everything. Except ‘crispy’ Rendang”. Posting tersebut di Facebook mendapat jumlah likes melebihi 11 ribu dan share melebihi 10 ribu kali.
Hari ini, Ikea Singapura telah memperkenalkan hidangan terbaru, Rendang Chicken Wings. Ia merupakan hidangan ayam goreng yang dilauti dengan kuah rendang dan ia sekaligus menjadikan crispy rendang chicken menjadi kenyataan!
Rata-rata netizen dari negara jiran begitu tercuit hati dengan hidangan yang diperkenalkan oleh Ikea Singapura ini.
Talk about viral marketing become reality!
Menurut mereka, hidangan istimewa ini boleh didapati di Ikea Restaurants (Singapura) bermula hari ini 13 April sehingga 30 April 2018 pada harga SGD9 (6 ketul).
Kepada korang yang rasa nak cuba hidangan errrr…. yang pelik ini bolehlah menyeberangi tambak Johor dengan seberapa pantas.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Biasa kita dengar cerita remaja hamil di luar nikah. Pergaulan bebas dan percayakan kekasih antara punca kehamilan terjadi. Namun perkongsian dari pengasas rumah perlindungan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat iaitu Baitul Fiqh, Haliza Abdul Halim boleh dijadikan pengajaran.
Sejak dulu lagi, Haliza atau mesra disapa Kak Liza berkata, dia biasa menerima kes-kes remaja hamil anak luar nikah. Namun satu kes ini benar-benar diingatinya kerana ia bukan melibatkan remaja sebaliknya ibu anak lima. Ibu ini dihantar ke Baitul Fiqh oleh anak sulungnya berusia 19 tahun yang mahu ibunya benar-benar bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan lalu.
“Dalam pertemuan itu, di hadapan saya, anak ini meminta ibunya bertaubat bersungguh-sungguh dengan Allah kerana sebagai anak dia malu dengan perbuatan ibunya. Dia juga minta ibunya agar jangan mengulangi kesilapan lalu. Belajar bersolat dan sebagainya,” katanya Kak Liza ketika dihubungi.
Kak Liza yang juga pengasas rumah perlindungan Baitul Fiqh yang menempatkan remaja hamil, bermasalah dan lain lagi
Kongsinya lagi, hasil temubual dengan remaja ini dan ibunya yang berusia 37 tahun itu, ibunya menjalin hubungan terlarang dengan seorang lelaki bujang yang muda sedikit dari usia ibunya.
“Kedua ibu bapanya sudah bercerai. Dia anak sulung dan belajar di salah sebuah UiTM. Adik keduanya akan duduki SPM manakala yang ketiga ada autisme. Yang ke empat dan kelima, masih sekolah rendah dan menengah. Bapa sudah lama menghilang.
“Semasa emaknya duduk dua minggu di Baitul Fiqh ini, adik yang nak ambil SPM inilah yang jagakan adik-adik termasuk yang autisme ini. Dua minggu maknya di sini sebelum melahirkan seorang bayi lelaki.
“Dalam pertemuan itu, remaja ini mahu maknya bertaubat di hadapan Allah. Taubat sungguh-sungguh. Dia memang malu dengan perbuatan ibunya. Lebih kurang dua minggu emaknya duduk berpantang di sini sebelum kembali ke pangkuan keluarga,”katanya sambil menambah, emak remaja ini seorang yang tidak bekerja.
“Lepas kena cerai, mak dia ada kenal-kenal orang di facebook. Dari situ emaknya mula berkenalan dengan lelaki ini. Masa yang sama, emaknya memang pandai buat kuih. Kemudian emaknya mula bekerja kilang. Dari sini emaknya semakin ligat dating dan sebagainya. Tahu-tahu sudah sarat mengandung,” kata Kak Liza sambil menambah, apa yang mengejutkan pendedahan dari remaja ini, ibunya dan seluruh ahli keluarga ibunya tidak pernah bersolat biarpun masing-masing memakai tudung dan antaranya labuh.
“Dia beritahu saya, seluruh ahli keluarga ibunya tak pernah solat. Pakai tudung saja. Dia sendiri solat ketika duduk di asrama di UiTM. Dari situ dia mula belajar tentang solat dan dia ajarkan adik-adiknya solat.
“Sebab itulah dia amat malu bila emaknya mengandung dan mahu maknya bertaubat. Saya dapat tahu, buat masa ini emaknya menjaga bayi dilahirkannya dan terkini khabarnya emaknya mahu berkahwin dengan lelaki bujang tersebut,’ katanya yang sudah sekian lama terlibat dengan kerja kemanusiaan iaitu membuka rumah perlindungan Baitul Fiqh yang menempatkan ramai remaja mengandung termasuk yang terlalu sosial.
Remaja hamil terlalu ramai dan hal ini sudah dianggap seperti tabu dalam masyarakat
Menceritakan pengalamannya, kata Kak Liza, ada antara remaja yang pernah dibantunya dan kini berada di bumi Scotland melanjut pengajian dalam bidang perakaunan.
“Ada dua orang di Scotland. Seorang dah balik dan sudah berkahwin, sementara seorang lagi masih di sana,”katanya menjelaskan hubungannya dan keluarga mereka yang pernah tinggal di rumah perlindungan ini amat baik dan saling menghubungi.
Dalam pada itu, Kak Liza menjelaskan, dalam sehari dia menerima 7-8 panggilan dari mereka yang mengandung dan mahu masuk ke rumah perlindungan ini.
“Jumlah ini terlalu tinggi. Dalam seminggu juga lebih kurang 10 keluarga akan dipanggil untuk sesi kaunseling,” katanya yang banyak menolak permohonan khususnya dari bukan warganegara yang menghubunginya.
“Dari 7-8 panggilan setiap hari itu, ia banyak melibatkan warga asing. Orang Pakistan, India dan beberapa negara lain. Tapi dalam kes ini saya suruh rujuk ke Kedutaan masing-masing.
“Lagipun anak mereka ini kalau diambil sebagai anak angkat prosesnya amat rumit kerana Malaysia tidak memberikan taraf warganegara. Jadi susah untuk sekolah dan urusan-urusan lain,’ katanya memaklumkan remaja paling muda pernah dia menjaganya berusia 13 tahun yang mengandung kerana menjalin hubungan dengan kekasih.
“Kini di Baitul Fiqh hanya ada lima orang sahaja. Bukan kes mengandung tetapi kes sosial lain seperti lesbian, terlalu liar dan sebagainya,’ katanya yang mendoakan remaja-remaja yang terjebak dengan salah laku ini tidak mengulangi lagi kesilapan lalu.
“Buat masa ini belum pernah ada yang mengulang kes. Cuma saya pernah uruskan seorang remaja yang mengandung dua kali hasil hubungan haram. Mengandung kali kedua ini dia duduk dengan saya. Sejarahnya terbongkar bila doktor yang buat pemeriksaan perut memaklumkan ada kesan pembedahan di perutnya,” katanya berkongsi kisah.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ini, pastinya korang perasan cuaca di negara kita terasa sangat panas dan bahang. Ya kebiasaannya di awal tahun, Malaysia berada dalam ‘musim panas’ sehinggakan pada waktu malam ketika tidur pun kita berasa tidak selesa dengan cuaca yang agak bahang.
Gambar hiasan
Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) telah memuat naik kenyataan di Twitter, cuaca panas yang dialami pada ketika ini adalah satu fenomena biasa sepanjang tempoh Februari hingga April setiap tahun. Sehingga kini, suhu tertinggi bagi bulan 2021 adalah 36.2 darjah Celsius, manakala pada tahun 2020 adalah 37.4 darjah Celsius yang dicerap di Stesen Meteorologi Kuala Kangsar, Perak.
Gambar hiasan
Malaysia kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga pertengahan Mac 2021. Dalam tempoh ini, taburan hujan adalah agak rendah di Semenanjung Malaysia, terutamanya di utara Semenanjung.
Taburan hujan yang rendah dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan cuaca agak panas, terutamanya pada waktu malam apabila terdapatnya litupan awan.
Justeru itu, masyarakat dinasihatkan agar mengambil langkah penjimatan dalam penggunaan air dan mengelakkan aktiviti pembakaran terbuka. Korang juga dinasihati supaya mengurangkan aktiviti-aktiviti luar dan minum air secukupnya.
Gambar hiasan
Waktu-waktu pandemik seperti ini, memang sebaiknya korang duduk sahaja di rumah jika tidak ada urusan penting di luar sana. Lagi pun, dalam keadaan cuaca panas sekarang ini, risau pula jika ada yang jatuh sakit. Jangan lupa banyakkan minum air kosong ya?
JALEN Star Chef 2 menyaksikan wakil UiTM Puncak Alam berdepan tekanan besar untuk meneruskan legasi kejayaan universiti sambil memburu tempat ke peringkat akhir menerusi semangat berpasukan dan persediaan rapi.