Beliau yang teruja kerana dapat melihat sendiri proses bersalin tersebut jelas terharu dengan pengorbanan isterinya yang sanggup bertarung nyawa demi melahirkan cahaya mata mereka.
Pelakon filem Romeo Kota itu juga turut berkesempatan untuk berkongsi dengan pengikut Instagramnya momen-momen tidak ternilai di dalam bilik pembedahan tersebut semalam.
“Akhirnya gugur air mata seorang suami apabila melihat pengorbanan seorang isteri melahirkan anak,
Ads
“Takkan terbalas sampai bila-bila jasa seorang isteri yang berjuang berkorban melahirkan seorang anak,” kongsinya menerusi video klip ringkas tersebut.
Pelakon berusia 37 tahun itu juga berpeluang memotong tali pusat anak perempuan keduanya itu ketika di dalam bilik pembedahan tersebut.
Ads
“Ya Allah, aku terima amanah darimu dengan gembira dan penuh tanggungjawab, inshaAllah,” jelasnya lagi.
Beliau juga sempat menzahirkan rasa syukurnya kepada Doktor Kamsiah dan juga pihak Hospital Andorra kerana memberikannya satu pengalaman yang sangat berharga dan takkan boleh dilupakan sampai bila-bila.
Sekadar info, Fizo sah bergelar suami kepada bekas pramugari, Fazeera Nazri pada 21 Oktober 2021 di Bidaisari Resort, Janda Baik, Pahang.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Baru-baru ini, salah seorang anggota Dolla, Sabronzo menepis dakwaan mengenai dirinya menjalin hubungan dengan seorang ahli politik Malaysia.
Sabronzo atau nama sebenar, Wan Sabrina Wan Rusli (29) berkata, tuduhan yang tular di media sosial memaparkan seorang wanita mirip dirinya memasuki sebuah premis dengan individu terbabit adalah tidak benar.
Menurut Sabronzo, dia tidak pernah kenal atau mendekati mana-mana individu bergelar ahli politik di negara ini.
“Maaf, saya tak kenal siapa individu yang dimaksudkan itu. Saya pun tak tengok video yang viral itu”
Katanya yang ditemui oleh media selepas Konsert Jiwa Malaysia 2024 di Stadium Hoki, Bukit Jalil pada 8 September, “Itu bukan saya, saya tidak ada hubungan dengan mana-mana ahli politik di Malaysia. 100% itu bukan saya.”
Dalam pada itu, jejaka yang didakwa ahli politik dikatakan pernah mengikat tali pertunangan dengan seorang selebriti popular, namun berakhir dengan perpisahan.
Sabronzo juga berkata dirinya terkait mungkin disebabkan wanita dalam rakaman video berkenaan mirip dirinya.
“Saya tidak tahu nak respons apa. Mungkin orang kaitkan sebab perempuan dalam video itu seperti saya, sama gaya tetapi memang bukan saya. Lagipun pengguna internet sekarang kreatif,” tambahnya lagi.
Kredit: IG Sabronzo
Sementara itu, Sabronzo menjelaskan bahawa kini dia hanya memberi tumpuan terhadap kerjaya nyanyian. Namun, dirinya turut bersedia untuk memberi pengumuman rasmi kepada peminat sekiranya dia sudah menjalin hubungan cinta dengan mana-mana lelaki pilihan pada masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mula berlakon pada tahun 2014 sehingga kini, 25 tahun bukanlah satu masa yang singkat.
Mungkin disebabkan terlalu lama dalam industri, selebriti yang kini bergelar usahawan dan ahli politik, Datuk Hans Isaac membuat pengumuman bahawa dia ingin mengundurkan diri dari industri hiburan kerana tidak lagi mempunyai minat.
Menerusi posting yang dimuatnaik di Instagram, bekas juri tetap Pencarian Hero Remaja 2020 ini akui semua perkara baik akan ada pengakhirannya.
“Seperti yang mereka katakan, semua perkara yang baik akan ada pengakhiran. Dan selepas 25 tahun sebagai PELAKON, itu bukan perjalanan yang terlalu buruk bukan? Saya telah direstui. Saya benar-benar direstui dan akan sentiasa bersyukur”-Hans Isaac
Antara filem yang dibintanginya selain Ringgit Kasorrga adalah Layar Lara, Amok, Gemilang, Buli, Cinta Luar Biasa, Baik Punya Cilok, filem Filipina berjudul Miss You Like Crazy serta City Sharks (Singapura).
Bahkan dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik menerusi filem Layar Lara dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dalam Buli Balik.
All the best and good luck Datuk!
Gambar: Instagram @hansisaac
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Peminat K-pop sememangnya dimanjakan betul sepanjang bulan Julai hingga Ogos tahun ini!
Sabtu lalu, EXO telah berkunjung ke Axiata Arena Bukit Jalil untuk konsert The Elyxion in Kuala Lumpur dan sambutan memang hangat.
Tak lama lagi ada beberapa lagi konsert K-pop yang akan ke Malaysia seperti Wanna One, Twice dan tentunya K-Wave 3 Music Festivals yang dibawakan oleh Mcalls! Bakal dilansungkan di Stadium Melawati Shah Alam, seramai tujuh act akan menjayakannya edisi ketiga ini dan mereka bukanlah calang-calang penyanyi.
Konsert K-Wave kembali lagi ke Malaysia!
Sebelum menonton secara LIVE nanti, better korang tahu sikit-sikit tentang lagu mereka.
01
Monsta X : Hero
Sudah menjadi kebiasaan apabila grup K-pop baru masa ini wujud daripada program realiti seperti No.Mercy. Begitu juga dengan Monsta X yang telahpun melancarkan 3 EPs dan 2 album penuh walaupun secara teknikalnya, mereka masih baru (debut pada 2015).
Mereka mempunyai beberapa lagu hit yang lebih terkini seperti Fighter, Shine Forever dan Jealousy. Namun kita semua tahu adalah sukar untuk kita melupakan single pertama sesebuah grup, kan kan.
Disebabkan itu, kami memilih Hero sebagai single wajib untuk korang dengari.
02
EXID : Ah Yeah
EXID adalah antara grup perempuan K-pop yang begitu pandai untuk mengenakan imej innocent dan daring pada masa yang sama. Mungkin itulah antara kualiti yang membuatkan ramai peminat masih setia dengan mereka sejak tahun 2012.
Walaupun single Up & Down terlebih dahulu menempah viraliti di YouTube dengan 26 juta tontonan, Ah Yeah adalah antara single rancak yang mudah diingati.
03
Jeong Sewoon : Just You
Ada sesuatu mengenai ‘produk-produk’ rancangan bersiri Produce 101 yang begitu dekat dengan kami! Hehe.
Jeong Sewoon juga melakukan debut selepas tamat musim kedua program tersebut pada Julai tahun lalu. Berbanding beberapa penyanyi solo semuda Sewoon, dia dikira sebagai antara yang berjaya apabila kebanyakan single yang dikeluarkannya berjaya mendaki carta.
Antara favourite kami ialah Baby It’s U. Sewoon juga bakal kembali dengan single baru bertajuk Another. Haih, tak sabarnya!
04
Boyfriend : Obsession
Ya, Boyfriend mencapai populariti awal ketika muncul sekitar tahun 2011-2013. Pelbagai jenis anugerah yang disertai mereka berenam pasti akan dimenangi. Obsession mempunyai beat yang rancak dan mudah dihadam oleh pendengar.
05
WJSN : Dreams Come True
WJSN atau lebih dikenali sebagai Cosmic Girl adalah antara kumpulan junior yang mendapat perhatian kerana muzik mereka yang kedengaran retro ala disko 80-an serta penampilan ahli grup seperti pelajar sekolah.
Dreams Come True adalah single terbaru yang kami rasakan menunjukkan sisi WJSN yang lebih matang, memang sedap kalau dengar walaupun berulang kali.
06
F.T. Island : Pretty Girl
Selepas senyap lebih dari setahun daripada dunia muzik K-pop, F.T Island kembali melakukan comeback pada bulan Jun lepas. Tentunya, peminat tegar mereka menantikan comeback ini selepas kali terakhir mengeluarkan album ulang tahun Over 10 Years pada Jun 2017.
F.T. Island hadir dengan single terbaru Pretty Girl yang akan dilancarkan pada 22 Ogos akan datang. Kami meramalkan ia akan diperdengarkan pada K-Wave 3 nanti!
Buat masa ini, why not korang tonton dulu video teaser ini.
07
AOA : Bing Bing & Excuse Me
Ini juga merupakan satu lagi grup yang melakukan comeback pada Jun lalu. Perjalanan karier AOA terhenti secara tiba-tiba selepas salah seorang ahli mereka, Park Cho-a tiba-tiba keluar daripada grup atas sebab insomnia dan depresi.
AOA kembali dengan fan meeting pertama dalam tempoh 3 tahun di Universiti Sungkyukkwan berjudul T(W)0 Elvis dan ia disambut hangat. Tak mustahil kemunculan AOA di K-Wave 3 ini juga akan mencuri tumpuan peminat K-pop sedunia.
Kali terakhir mereka mengeluarkan single Bing Bing dan Excuse Me, ia adalah pada bulan Januari 2017. Huh, lamanya.
Namun disebabkan beat-nya yang catchy, kami pasti ia akan dinyanyikan AOA nanti. Hafal lirik cepat!
Bestkan! Belum terlambat lagi untuk korang dapatkan tiket. Layari saja ke laman web Mcalls Asia atau hubungi nombor talian WhatsApp seperti yang tertera di poster utama (atas)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!