Lagu Raya sudah diputar berulang kali di corong-corong radio. Hari Raya Aidilfitri sudah semakin hampir dengan kita. Kemeriahan perayaan setahun sekali kini makin dirasai.
Ke mana sahaja kita pergi sekarang pasti isi bualannya berkisar tentang persiapan hari raya. Sama ada tentang bagaimana nak balik kampung, baju raya, kuih raya dan juga misi mengumpul duit raya!
Ads
Dan satu perkara yang sering dinantikan kita semua ialah iklan-iklan Hari Raya daripada pelbagai syarikat korporat dan juga badan kerajaan. Kalau dulu iklan Raya sinonim dengan Petronas yang sentiasa menghidangkan pelbagai kisah penuh suka duka yang menambah ‘kemanisan’ sambutan Hari Raya.
Ads
Tahun ini juga tidak kurangnya! Semua syarikat berlumba-lumba menghasilkan iklan Raya yang dengan penuh kreatif. Antara iklan Raya yang paling menarik bagi Remaja ialah dari TNB, DBKL, Astro Gempak dan Traveloka. Yang lain-lain juga tak kurang hebatnya. Jom sama-sama kita tonton iklan Raya di bawah!
Media sosial perlu berubah mengikut peredaran zaman dan tabiat pengguna. Ada Sahaja content menarik yang mereka buat untuk kebaikan netizen!
Terbaru, menurut Twitter, mereka sedang menguji ciri baharu yang bertujuan mengehadkan perkongsian artikel oleh pengguna yang belum membacanya.
Ciri terbabit yang menanyakan kepada pengguna adakah mereka telah membaca artikel sebelum mereka tweet semula, ia bertujuan untuk melambatkan penyebaran maklumat yang tidak disahkan dan tidak sahih.
Oleh tu Twitter pagi ini mengumumkan ujian yang membenarkan ciapan semula (retweet) sesebuah artikel hanya selepas ianya dibaca.
Sharing an article can spark conversation, so you may want to read it before you Tweet it.
To help promote informed discussion, we’re testing a new prompt on Android –– when you Retweet an article that you haven’t opened on Twitter, we may ask if you’d like to open it first.
Ujian akan diberikan secara rawak kepada pengguna aplikasi Android pada waktu ini. Twitter akan dapat mengesan pautan telah ditekan di dalam aplikasi terlebih dahulu. Selepas ini dilakukan barulah pengguna dibenarkan untuk menciap semula ciapan asal.
Sebelum ini Twitter buat pertama kalinya memberikan amaran ciapan Donald Trump mengandungi maklumat yang salah. Sesuatu yang tidak berani mereka lakukan sebelum ini.
Jika dahulu media sosial menjadi medan merapatkan silaturahim ia kini menjadi alat yang mencincangnya semula kerana pendapat yang berbeza. Ujian yang dilakukan ini adalah menarik tetapi mungkin akan melecehkan proses menciap semula. Adakah ia perlu demi kebaikan bersama? Ini ialah soalan falsafah yang tak mampu kami jawab.
So korang sokong tak perubahan yang ingin Twitter lakukan ini?
Suatu ketika dahulu kita cukup berbangga dengan menara berkembar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) yang diiktiraf sebagai menara tertinggi di dunia sebelum dipintas oleh Burj Khalifa, Dubai dan Taipei 101.
Kekaguman orang luar untuk melihat bangunan ikonik itu meletakkan Malaysia antara destinasi pelancongan popular dalam dan luar negara.
Terkini, Malaysia bakal menjadi sebutan dengan kehadiran bangunan Merdeka 118 yang juga dikenali sebagai PNB 118. Ia dimiliki dan dibangunkan oleh syarikat pengurusan aset terbesar negara kita, PNB (Permodalan Nasional Berhad) sekali gus menjadikan bangunan kedua tertinggi dunia selepas Burj Khalifa, Dubai.
Perkongsian di twitter atas nama Skyscraphers MY berkongsi bebenang mengenai mercu tanda yang bakal membanggakan Malaysia kerana memiliki bangunan kedua tertinggi dunia.
Jom kenali Merdeka 118.
Bangunan ni nama rasminya ialah, Merdeka 118. Juga dikenali sebagai PNB 118. Ia dimiliki dan dibangunkan oleh syarikat pengurusan aset terbesar negara kita, PNB (Permodalan Nasional Berhad).
Sebelum tu, walaupun bangunan ni sama warna biru dengan Menara Tun Razak Exchange (TRX), bangunan ni takde kaitan langsung dengan TRX. Korang jangan keliru pula. Menara TRX (kiri) dah siap dibina tahun 2019. Sedangkan Merdeka 118 (kanan) baru nak siap tahun depan, 2021.
Nama bangunan ni, Merdeka 118 adalah sempena lokasinya yang terletak di antara Stadium Merdeka & Stadium Negara. 118 tu pula merujuk kepada bilangan tingkat bangunan ni, 118 tingkat.
Rekaannya pula bukan biasa-biasa. Ia adalah berdasarkan “silhouette” imej Tunku Abdul Rahman (TAR) sewaktu beliau mengangkat tangan melaungkan “Merdeka!” pada 31 Ogos 1957.
Jadi, spire (tiang) dekat puncak menara ni bukan saja-saja pacak tau, tapi sebab ia melambangkan tangan TAR.
Bangunan ni dari bawah, sampai ke tiang puncaknya, dilitupi dengan kaca yang membentuk seperti kristal. Tapak asas menara ni yang berbentuk diamond adalah dari motif Songket Melayu.
Bentuk-bentuk segi tiga pelbagai saiz pada permukaannya pula melambangkan kepelbagaian budaya di Malaysia.
Keseluruhan kompleks Merdeka 118 ni dibangunkan dalam 3 fasa.
Fasa 1, menara 118 tingkat tu sendiri. Fasa 2, mall & taman rekreasi. Fasa 3, tiga buah menara kediaman kat sekeliling menara utama.
Fasa 1 & 2 akan siap pada 2021, manakala fasa 3 siap pada 2024.
Menara Merdeka 118 tu sendiri terdiri dari 3 bahagian; pejabat gred-A, hotel Park Hyatt & anjung tinjau.
Pejabat terdiri dari 83 tingkat, hotel 17 tingkat, manakala 18 selebihnya untuk ameniti seperti anjung tinjau, sky lobby, restoran, ruang VIP, dll.
Empat tingkat teratas menara ni menempatkan anjung tinjau & restoran. Anjung tinjau tu ada teropong macam kat Menara KL tu. Jadi, kita boleh tengok pemandangan bandaraya KL daripada paras ketinggian 500m. Anjung tinjau Merdeka 118 ni juga adalah yang TERTINGGI DI ASIA TENGGARA!
Kalau korang nak tau, lif tu juga adalah lif panel kaca yang TERTINGGI DI DUNIA! Nak naik dari tingkat 1 ke tingkat 118 ambil masa hanya 65 saat.
Selain tu, kat bawah menara ni pula ada shopping mall 7 tingkat.
Nun jauh ke hujung taman tu pula, disediakan platform untuk orang ramai ambil gambar. Platform ni berdekatan dengan stesen monorel Maharajalela. Kalau turun monorel tu, boleh terus jalan kaki ke sini.
Pada waktu malam, menara Merdeka 118 akan dinyalakan dengan light strip yang bercahaya & bergerak dari bucu ke bucu. Ia akan memberi pencahayaan yang berbeza dan futuristik jika dibandingkan dengan bangunan-bangunan lain di Kuala Lumpur.
Arkitek kepada Merdeka 118 ini adalah Fender Katsalidis yang berasal dari Australia. Diorang ni terkenal dengan Eureka Tower yang pernah menjadi bangunan tertinggi di Australia.
Setakat Ogos 2020, teras menara Merdeka 118 dah pun berjaya cecah tingkat tertingginya iaitu pada tingkat 118. Bangunan ni dirancang seawal tahun 2009, kemudian mula dibina pada 2014. Start dari 2018, menara ni slow2 naik sampailah sekarang dah ke paras terakhir.
Merdeka 118 bakal siap dan dibuka kepada umum pada tahun 2021. Ketinggiannya yang mencapai 635 meter menjadikannya sebagai bangunan tertinggi di Malaysia, tertinggi di Asia Tenggara & KEDUA TERTINGGI DI DUNIA.
Namun, ada ura-ura yg mengatakan ketinggiannya akan ditingkatkan sehingga mencapai 678.9 meter. Yang itu, sama-sama kita nantikan.
Apa pun, sebagai rakyat Malaysia, inilah bangunan kebanggaan kita semua.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei telah pun menerima anugerah Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan sempena Istiadat Konvokesyen Ke-58 Universiti Sains Malaysia (USM).
Canselor USM Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat menyempurnakan penganugerahan ijazah itu di Istana Arau.
Menurut Naib Canselor USM, Prof Dr Faisal Rafiq Mahamd Adikan berkata ijazah kehormat dianugerahkan kepada Lee Chong Wei di atas jasa baktinya dalam mengharumkan nama negara sebagai pemenang pingat perak sebanyak tiga kali di Sukan Olimpik, selain merupakan Tokoh Sukan Negara.
Tuanku Syed Sirajuddin turut berkenan menganugerahkan Pingat Emas Canselor (Pelajar Terbaik Segala Lapangan) kepada Khaw Teng Kang, graduan daripada Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik yang mencapai Purata Nilaian Gred Keseluruhan (PNGK) 3.97.
Datuk Lee Chong Wei ketika ditemubual menzahirkan rasa besar hati atas pengiktirafan ini dan sentiasa terbuka untuk bekerjasama dengan USM dalam memajukan bidang Sains Sukan.
“Pertama kali saya mendapat anugerah seperti ini dan saya akan melihat bagaimana saya boleh gunakan pengalaman saya dalam bidang sukan ini untuk membantu pihak universiti pada masa akan datang,” ujar Chong Wei.
Tahniah buat lagenda badminton nombor satu negara, Datuk Lee Chong Wei!
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Penyanyi yang juga juara Big Stage 2023, Nadeera Zaini, meluahkan rasa syukur apabila penampilannya sering menerima pujian daripada peminat yang menyifatkan dirinya kini kelihatan...