Rasanya, sudah lama tiada filem Malaysia yang mampu mengumpulkan penonton hingga penuh pawagam.
Nampaknya, Hantu Kak Limah yang mulai ditayangkan sejak Khamis lalu berjaya untuk mengubah senario tersebut. Pada hari pembukaannya saja, filem tersebut meraih kutipan berjumlah RM1.8 juta.
Serius lawak, tetapi ini 5 babak yang kami rasakan akan stuck di dalam kepada penonton.
01

Pada permulaan, Nayan (Ropie) menghantar Kak Limah (Delimawati) balik ke rumah. Tanpa disedari, rupa-rupanya yang dihantar olehnya ialah hantu Kak Limah.
Semasa Nayan melihat jenazah Kak Limah, lalu dia menjerit, “Oh My God, I’m speechless! OMG!”
02

Yeh Sekupang (Allahyarham Rab Khalid) telah dinaikkan pangkat sebagai Ketua Penerangan Kampung Pisang. Dia digambarkan sebagai seorang lelaki yang mengalami masalah nafsu syahwat. Sampaikan bila melihat hantu Kak Limah pun boleh naik stim!
Paling lawak apabila Datuk Seri Vida membuat kemunculan cameo sebagai pari-pari. Katanya, “Dengan hantu Kak Limah pun aku stim, dengan yang ni pun aku stim. Ahh! Teruk dah ni, nak kena berubat aku ni!”
Haippp, DSV pun masih hot okay.
03

Apabila hantu Kak Limah menggila dan mengganas di Kampung Pisang. Habis Nayan, Encik Solihin (Zul Arifin) dan Khuda (TJ Isa) dikejar oleh hantu Kak Limah.
04

Unsur politik juga sempat dimasukkan tapi tanpa dialog klise. Apabila Husin (Awie) mengajak Sharwani menceritakan kepada Khuda yang isterinya Kak Limah, hakikatnya ialah hantu.
Kata Husin dengan serius, “Kita perlu bercakap man to man. A man-o to A man-o.”
Balas Sharwani, “Eh, kau bukan Pas ke?”
05

Of course lah dialog “Per..Per..” dan “Per..Du” yang sudah viral!
Serius penulis tak terfikir ia singkatan kepada Perkara Pertama & Perkara Kedua.
Anda mungkin berminat dengan
Haa, nak tahu bila dialog tersebut muncul, kenalah tonton sendiri filem Hantu Kak Limah di pawagam.

Kini ditayangkan di 133 buah pawagam di Malaysia dan Brunei, filem sequel kali ini dibintangi oleh Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie dan ramai lagi!
Mesti gelak terbahak punya.

∞
Sejuk perut ibu yang mengandungkan Nor Farhatul Fairuzah Panut, bukan saja ayu raut wajahnya namun kelunakan suara mengalunkan surah-surah Al-Quran dengan taranum cukup memukau sipa yang mendengarnya.
Juara Qariah Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut baru-baru ini berjaya menamatkan pelajaran tingkatan enam di Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan.

.
Berita gembira tersebut dikongsi oleh remaja berusia 19 tahun itu di laman Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa posting sempena majlis graduasi baru-baru ini.Dan kejayaan hebatnya pastinya mampu memberi inspirasi dalam kalangan remaja mencintai agar al-Quran.

.
Rutin Harian Baca Al-Quran Selepas Solat
Farhatul turut mengamalkan rutin harian membaca Al Quran selepas selesai solat fardu, selain tidak mengambil minuman berais untuk menjaga suara. Selain latihan bersama ibunya, Jaliah Simin, Nor Farhatul Fairuzah sanggup menjelajah ke seluruh negeri untuk menimba ilmu bacaan al-Quran dan taranum daripada mantan johan tilawah al-Quran peringkat antarabangsa di Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Kelantan.
“Saya akan manfaatkan ilmu itu untuk panduan hidup. Saya sentiasa bersedia berkongsi ilmu itu supaya memberi inspirasi kepada remaja lain.
“Cuma saya harapkan, lebih ramai anak muda gunakan ilmu ini sebagai terapi diri, kerjaya dan panduan hidup. Seperti saya, rasa kosong tanpa membaca al-Quran. Bacalah ilmu ini selagi ada masa,” katanya.
Dibanjiri Ucapan Tahniah
Mempunyai hampir 290,000 pengikut di Instagram, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk memberi ucapan tahniah atas kejayaan tersebut. Untuk makluman, Farhatul merupakan anak kepada bekas qari dan qariah, Allahyarham Haji Panut Markum dan Hajah Jaliah Simin.

.

Sebahagian ucapan tahniah..
Ternyata, Nor Farhatul Fairuzah mencetus fenomena baharu dalam dunia remaja Islam di negara ini yang mendorong lebih ramai anak muda mengenali seni membaca ayat suci, termasuk menonton tilawah al-Quran.
Tahniah buat Qariah negara kita ni, moga Nor Farhatul Fairuzah Panut terus maju dalam apa yang diceburi dan mampu memberi inspirasi kepada semua remaja diluar sana untuk terus mencintai Al-Quran.
Sumber : Instagram Farhatul Fairuzah
∞
Satu kelainan untuk Anugerah Juara Lagu 33 pada malam ini apabila semakin ramai peminat muzik tempatan yang menyuarakan sokongan masing-masing melalui – yes – medley videos!
Jika pada tahun-tahun lalu, kita sekadar memuat naik video, foto, status ataupun menghadiri malam finale AJL untuk memberikan sokongan kepada 12 buah lagu yang bertanding.
Tahun ini, nampaknya ramai yang semakin ‘gigih’ merekod video nyanyian medley mereka untuk menaikkan hype AJL.
Cer korang tonton 4 buah video medley pilihan REMAJA ini. Semuanya best!
SHALMA AINA & WAN IMAR IZZAT
BAHIYYA HANEESA
AEPOL ROZA & LEEZ ROSLI
Ramai lagi sebenarnya yang telah memuat naik video Medley mirip ini seperti Shiha Zikir & Kay Khydir serta penyanyi daripada XENO Entertainment. Dan kesemuanya SEDAP okay. It is just that, we like these three the most.
Tonton video penuh mereka di YouTube!
∞
Pelakon popular, Kamal Adli akhirnya muncul di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada pagi tadi dan mengakui tidak menyangka rumah tangga yang dibina bersama Uqasha Senrose selama empat tahun kini diuji.
Menerusi laporan media tempatan, Kamal memberitahu walaupun isterinya berhasrat untuk bercerai, dia tetap mahu mempertahankan hubungan mereka dan berusaha menyelamatkan perkahwinan tersebut.

“Macam hari itu, saya tak dapat nak datang ke mahkamah sebab saya ada masalah sikit. Saya ada kerja.
“Jadi hari ini saya datang untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami, seorang ayah. Insya-Allah, doa baik-baik saja. Saya gementar sebenarnya. Saya tak pernah sampai tempat-tempat macam ini.
“Jadi saya cuba untuk tanggani perkara ini. Hal ini sangat tak menyeronokkan untuk saya. Saya tak gembira pun untuk sampai sini (mahkamah) sebenarnya. Saya nak selamatkan rumah tangga saya,” katanya kepada pihak media.
Kamal turut menjelaskan bahawa ini merupakan kali pertama dirinya berdepan situasi sebegitu dan kehadirannya ke mahkamah hanyalah untuk menunaikan tanggungjawab terhadap keluarga kecilnya.

Untuk info, prosiding pertama perceraian pasangan selebriti ini yang sepatutnya berlangsung pada 22 Oktober lalu terpaksa ditangguhkan kerana Kamal tidak dapat hadir berikutan komitmen kerja penggambaran.
Sebelum ini, beberapa hantaran berunsur luahan hati yang dimuat naik oleh Uqasha Senrose di media sosial turut mencetuskan pelbagai spekulasi dalam kalangan warganet mengenai status hubungan mereka.
Sebagai rekod, pasangan ini disatukan sebagai suami isteri pada 4 November 2021 dalam majlis tertutup di Janda Baik, Pahang. Hasil perkongsian hidup tersebut, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

∞