Kasih hingga ke liang lahat. Ternyata kemalangan yang menimpa pasangan suami isteri yang tular pagi tadi menjadi berita sedih apabila anak dalam kandungan yang berusia 5 bulan turut terkorban dalam tragedi amat tragis ini.
Dilaporkan PBB Mohamad Ikraam Bin Ab. Azit (B 1948) yang bertugas di Balai Bomba & Penyelamat Tumpat dan isteri, Nur Syafikah Jaafar, 22 maut selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kereta di Lubok Jong, Pasir Mas jam 8 pagi tadi.
Mohd Ikraam Ab Azit, 22 meninggal pada jam 10.50 pagi dan begitu juga isterinya yang sedang mengandung lima bulan dilaporkan pecah perut akibat nahas tragik meninggal di tempat kemalangan.
Kemalangan yang berlaku ini meragut nyawa pasangan suami isteri serta anak dalam kandungan yang berusia 5 bulan
Ads
Motosikal ditunggang Mohd Ikraam remuk akibat pertembungan itu sekaligus mengorbankan nyawa mereka suami isteri
Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Superintendan Abdullah Mohammad Piah, berkata Nur Syafiqah tercampak kira-kira tujuh meter sehingga janin dalam kandungannya turut terkeluar.
Ketika kejadian, katanya, motosikal ditunggang Mohd Ikraam dalam perjalanan dari arah Pasir Mas menghala Rantau Panjang, manakala Perodua Myvi dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun pula dari arah bertentangan.
“Sebaik tiba di lokasi, pemandu kereta Myvi cuba memotong kenderaan lain namun gagal sebelum bertembung motosikal jenis Yamaha LC dinaiki pasangan suami isteri berkenaan.
Ads
“Akibat pertembungan itu, mangsa wanita tercampak sehingga tujuh meter menyebabkan janin dalam kandungannya terkeluar,” katanya ketika ditemui di Hospital Pasir Mas (HPM), di sini sebentar tadi.
PBB Mohamad Ikraam Bin Ab. Azit (B 1948) yang bertugas di Balai Bomba & Penyelamat TumpatViral kisah pasangan ini pagi tadi sebelum identiti dikenal pasti.Gambar Mohd Ikraam yang dikongsikan oleh fb Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di page mereka
Abdullah berkata, Mohd Ikraam berasal dari Kampung Berangan, Tumpat, manakala isterinya pula berasal dari Jeli.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Kemalangan ini sangat tragis dan menyedihkan. Saya nasihatkan pengguna jalan raya supaya berhati-hati dan memastikan jarak selamat sebelum memotong kendaraan di hadapan,”katanya.
Sumber : SINAR HARIAN
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hanya disebabkan jaringan pasukan Mexico pada minit ke 35′ oleh Hirving Lozano, gempa bumi kecil dikesan berlaku di Mexico City, Mexico.
Perlawanan di antara Mexico dan pasukan pilihan Jerman semalam di Stadium Luzhniki diramalkan memihak kepada Jerman kerana status mereka selaku juara bertahan Piala Dunia 2014.
Namun, skuad bimbingan Joachim Loew itu seakan hilang rentak dan serba tak kena apabila satu demi satu serangan di hadapan pintu gol Mexico gagal disudahkan.
Mexico mengambil peluang itu untuk menghukum Jerman apabila bola di kaki Hirving Lozano meledak masuk ke dalam gawang.
Seluruh Stadium Luzhniki bergegar, namun gegarannya tak sehebat gegaran di Mexico City apabila pemantau geologikal Mexico mengesan tercetusnya gempa bumi ‘tak semulajadi’ akibat sorakan netizen Mexico sewaktu jaringan tersebut. Wow!
Catatan gempa yang direkodkan semalam.
Menurut laporan goal.com, dua pengimbas di Mexico City mengesan gempa semasa perlawanan itu berlangsung. Tak mustahil gempa berlaku akibat sorakan penduduk kerana bandar tersebut merupakan bandar paling padat di Amerika Utara dengan sejumlah 8.9 juta penduduk dan rata-rata memang ‘gila bola’.
Hhm, kalaulah Mexico menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA yang akan datang, nervous juga nak ke stadium mereka nanti!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bahang pilihanraya yang lalu kini semakin pudar dan kerajaan baharu yang dibentuk pula dilihat semakin memberi pembaharuan yang agak progresif.
Sebelum ini isu tentang penurunan had umur bagi kelayakan mengundi telah pun diuar-uarkan oleh beberapa individu dan antara yang paling lantang ialah pemimpin termuda dalam kabinet kerajaan iaitu Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.
Dengan bermula sebagai cadangan kini ia telah pun dipersetujui oleh kabinet untuk diturunkan daripada usia 21 tahun kepada 18 tahun. Pengumuman tersebut yang dilakukan oleh Syed Saddiq semalam menerusi laman media Instagram dilihat sebagai satu lagi pembaharuan yang dilakukan oleh kerajaan baru negara.
Dalam posting yang cukup membawa erti besar kepada golongan remaja dan belia tanah air, Syed Saddiq berkata, “anak muda kini bukan sahaja pemerhati politik. Kini, mereka di hadapan. Penggerak dan pencorak masa hadapan negara tercinta. I have been waiting for this moment. Program ilmiah, pendidikan politik akan dirancakkan. Saya komited dalam melahirkan lebih banyak beli berwawasan”. Dan diakhiri dengan hashtag #YouthPower.
Difahamkan kabinet kerajaan telahpun meluluskan cadangan ini akan tetap ia akan dibentangkan pada persidangan Dewan Rakyat akan datang. Ramai yang yakin pindaan tersebut dapat dilaksanakan sebelum pilihan raya yang seterusnya.
Bagi REMAJA, ini merupakan satu langkah yang sangat baik dan memberi belia lebih banyak suara dalam menentukan hala tuju serta masa depan negara. Sebagai pewaris yang akan mewarisi Malaysia, orang-orang muda haruslah diberi pendedahan dan kepercayaan pada usia muda.
Kalau pada usia 17 tahun boleh dibenarkan mengambil lesen memandu kereta kenapa tidak untuk mengundi pada usia 18 tahun.
Isu ini juga hangat diperkatakan oleh netizen di laman media sosial. Seperti biasa pasti ada yang bersetuju dan tidak bersetuju. Tetapi REMAJA melihat tidak ada sebarang sebab untuk menghalang cadangan menurunkan had usia mengundi kepada 18 tahun.
Semoga suara anak muda akan menjadi terus lantang dan didengari!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Seorang jurutera dan jutawan teknologi, Elon Musk telah menarik perhatian masyarakat dunia apabila beliau menamakan anaknya dengan satu nama unik iaitu X Æ A-12 Musk.
Menurut Harian Metro, Elon Musk dan pasangannya, seorang penyanyi dari Kanada, Grimes sepakat memilih X Æ A-12 Musk sebagai nama bayi lelaki mereka.
Musk menjelaskan, X membawa maksud ‘pemboleh ubah yang tidak diketahui’ manakala Æ pula adalah Elven yang disebut AI singkatan kepada teknologi Kecerdasan Buatan (AI) yang turut diterjemahkan dalam beberapa bahasa termasuk Jepun sebagai ‘kasih sayang’.
Grimes pula berkata, sebahagian daripada nama anak mereka itu diilhamkan dari rujukan pesawat kegemaran mereka, “A-12 = prekursor kepada SR-17.
Selain itu, Grimes merumuskan pendedahan berkenaan dengan menggambarkan A sebagai Archangel yang menjadi lagu kegemarannya.
Namun begitu, seorang pengguna di Twitter turut menjelaskan maksud sebenar nama anak Elon Musk ini dengan formula berikut:
Hm, agak-agaknya betul ke sebutannya sebagai Kyle? Kita tunggu kenyataan daripada Elon Musk sendiri nanti. Hiks!