Bagaikan mimpi jadi kenyataan apabila anak didikan Kim Pan-gon berjaya membawa Malaysia ke kejohanan Piala Asia 2023 selepas membenam cabaran Bangladesh 4-1 malam tadi.

ARTIKEL BERKAITAN : ‘Kerusi Panas’ Ketua Jurulatih Harimau Malaya Diisi Kim Pan-gon, Ini 5 Fakta Tentang Pemilihannya

“Sejarah Tercipta Buat Malaysia!”, PM Ucap Tahniah Buat Harimau Malaya
Foto : FAM

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memuji dan mengucapkan tahniah kepada skuad Harimau Malaya yang layak ke Piala Asia 2023 sekali gus menamatkan penantian selama 43 tahun untuk beraksi dalam saingan itu.

Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri melahirkan rasa bangga dengan barisan pemain kebangsaan yang berjuang hingga ke tiupan wisel terakhir apabila membenam Bangladesh 4-1 dalam aksi terakhir Kumpulan E Kelayakan Piala Asia 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini.

“Sejarah Tercipta Buat Malaysia!”, PM Ucap Tahniah Buat Harimau Malaya

“Sejarah tercipta buat Malaysia! Tahniah juga kepada para penyokong yang menyokong pasukan kita tanpa berbelah bagi. Kita teruskan perjuangan di Piala Asia 2023!,” kata Perdana Menteri.

IKLAN

Ismail Sabri yang turut hadir menyaksikan perlawanan itu turut memberikan kata-kata semangat apabila Malaysia menjaringkan gol.

Perdana Menteri turut menyifatkan persembahan skuad Harimau Malaya bimbingan Kim Pan Gon pada malam ini sangat baik dan membanggakan.

“Sejarah Tercipta Buat Malaysia!”, PM Ucap Tahniah Buat Harimau Malaya

IKLAN

Skuad Harimau Malaya tampil dengan aksi penuh bertenaga dan menekan pihak lawan malam semalam. Tidak berdiam diri dan mahu memastikan misi ke Piala Asia tidak kecundang begitu sahaja, para pemain di atas padang terus memberikan seratus peratus dan mendapat hasilnya.

Gegak gempita seluruh stadium selepas itu meraikan kejayaan negara mara beraksi di pentas Piala Asia buat kali keempat, kali terakhir secara merit adalah pada 1980. Pada 2007, Malaysia turut tampil dalam kejohanan tersebut, namun selaku tuan rumah.

Tahniah Harimau Malaya, anda kebanggaan kami semua.

IKLAN

Sumber : Facebook Ismail Sabri, Berita Harian

**

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

https://www.youtube.com/watch?v=c_utOMz9V4o&list=PL_R6hQ5tkODLdU7Obr3safbIdpJ8caa5Z&index=7&t=2s

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI