Lebih dua bulan sudah pelakon dan penyanyi, Elizabeth Tan, 28 mendirikan rumah tangga dalam sebuah majlis tertutup bersama jejaka pilihannya, Ding Siew Jim, 30.
Keputusan untuk menamatkan zaman bujang itu diambil tanpa menghebahkan kepada khalayak mahupun penggiat media; lalu mengejutkan ramai pihak.
Tidak banyak yang kita ketahui mengenai peribadi Siew Jim atau bagaimanakah kehidupan Lizzy sendiri setelah berkahwin.
Lalu, menerusi satu hantaran video di Instagram semalam, Lizzy dan suaminya telah menjawab 15 soalan cepumas yang selalu diajukan oleh para peminat Lizzy.
Antaranya termasuklah kisah bagaimana mereka bertemu buat kali pertama di sebuah bar pada tahun 2014 setelah diperkenalkan oleh rakan ‘mutual’. Hanya setelah tiga tahun berlalu, Lizzy dan Siew Jim bertaut semula menerusi Facebook.
Sebelum mendirikan rumah tangga Mac lalu, mereka terlebih dahulu saling mengenali hati budi masing-masing semasa Siew Jim masih bertugas di Sabah. Kongsi Lizzy, “Kami mudah berbual mengenai falsafah, personaliti.. dan dari situlah ia bermula.
“Dia menerima Lizzy seadanya termasuk kelemahan saya dan itulah makna cinta. Saya boleh menjadi diri sendiri di sisinya. Kadangkala adalah juga perkara yang dia tegur, tapi semua itu untuk menjadikan saya seorang yang lebih baik.”
Ads
Sambung Lizzy, kehidupan selepas mendirikan rumah tangga tidak banyak bezanya dengan sebelum ini. Buat masa ini, mereka tidak menetap di sebuah kediaman yang sama dan hanya bertemu sekerap satu ke dua kali seminggu. Ini kerana Lizzy dn Siew Jim masing-masing menetap bersama ibu sendiri.
“Kami pendiam dan ringkas orangnya. Majlis perkahwinan pun dilakukan seringkas mungkin kerana itulah diri kami dan of course, disebabkan kekangan Covid-19. Hanya keluarga dan kawan rapat saja yang ada. Why do you need so many people at your wedding?” ujarnya.
Tidak Mudah Cemburu
Menerusi akaun Instagram, Elizabeth Tan seperti mempunyai tarikan magnet terhadapa followers dalam kalangan lelaki.
Ads
Tidak kisahlah apa saja muat naik sama ada foto mahupun video masakan sekalipun, pastinya akan muncul segerombolan komen-komen berbaur lucah daripada lelaki. Lebih mengejutkan apabila ada yang hadir daripada yang sudah bergelar suami orang!
Biarpun tidak manis melihat komen sebegitu mengaburi content yang dimuat naik oleh Lizzy, Siew Jim mengakui dia tidak kisah dengan komen sebegitu rupa.
“Saya bagi saja korang untuk komen apa saja, lucah ke.. saya tak kisah (ketawa).
“Jujurnya, 0 peratus (tidak cemburu langsung). Jika korang rasakan lelak-lelaki itu tidak sensitif (kerana Lizzy sudah bergelar isteri), kami lagilah tidak sensitif.
Ads
“Kadangkala kami mengatakan perkara-perkara yang lebih ‘jahat’ kepada diri masing-masing. (ketawa).
“Saya pun bukanlah seorang yang mudah cemburu. Berlandaskan pengalaman lampau, saya rasakan perasaan cemburu hanya akan membawakan aura negativiti,” ulas doktor yang sedang berehat sebelum menyambung semula tugasannya akhir tahun ini.”
Perkara itu dipersetujui oleh Lizzy yang turut sama tidak terkesan dengan komen-komen lucah tersebut.
“Apa yang Lizzy utamakan adalah korang masih menyokong dan mengikuti kerjaya Lizzy dalam apa-apa bentuk. Tapi kadangkala, Lizzy pun harapkan Jim adalah sedikit perasaan cemburu (ketawa),” katanya.
Bertempat di sebuah majlis akad nikah tertutup pada Jumaat lalu, penerjun muda negara, Nur Dhabitah Sabri telahpun selamat bergelar isteri kepada pelawak dan pelakon, Jiggy Masin.
Jiggy, 33 atau nama sebenarnya, Mohamad Aizat Ahmad Nazri memperisterikan Dhabitah, 23 dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri oleh kira-kira 150 orang keluarga dan kenalan rapat.
Jiggy Masin (kiri) dan Dhabitah Sabri kini bergelar suami isteri biarpun mempunyai jarak usia 10 tahun di antara mereka.
Maklum beliau dan isteri, bukan niat mereka untuk merahsiakan pernikahan tersebut. Sebaliknya, mereka menunggu masa bersesuaian untuk berkongsi perkhabaran gembira ini.
Tambahan pula, jadual latihan dan pertandingan yang bakal dilalui Dhabitah selepas sambutan Aidilfitri tahun ini amatlah ketat termasuklah kejohanan Sukan SEA 2023 bulan ini dan latihan Dhabitah di China selama sebulan, tidak lama lagi.
Ini memandangkan Dhabitah ialah salah seorang atlet harapan pingat emas di Sukan Olimpik Paris 2024 menerusi projek Road to Gold (RTG).
Lantas, keputusan untuk melakukan majlis secara sederhana dan menangguhkan majlis resepsi serta perancangan berbulan madu adalah lebih molek.
Kongsi Jiggy kepada Utusan Malaysia, hubungan mereka berdua tidak dihebahkan selama ini atas dasar sepakat selagi mereka berdua tiada hubungan yang sah.
Begitupun, Jiggy mula merapati penerjun negara itu sejak mereka menjalani satu sesi fotografi pada tahun 2022.
“Dhabitah ini walaupun kecil molek tetapi tegas dalam membuat keputusan. Pemikirannya matang dan sentiasa terbuka untuk berbincang apabila berdepan satu-satu masalah.
“Walaupun muda, dia tahu setiap keputusan dan tindak-tanduk boleh membawa keburukan jika tidak difikirkan secara rasional terlebih dahulu. (Dia) juga rajin bertanya dan berborak,” katanya.
Pelamin akad nikah Jiggy dan Dhabitah pula telah mendapat sentuhan By Dream Dais.
Untuk pengetahuan korang, Jiggy sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan pengacara, Elly Arrifin pada tahun 2016. Namun jodoh mereka tidak panjang dan meleraikan hubungan pada awal 2020 tanpa dikurniakan cahaya mata.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berbekalkan populariti, sopan dalam pertuturan dan wajah yang tampan; mana-mana gadis yang mengenali pelakon, Aniq Suhair tentunya boleh mudah ‘cair’ dengan pakej yang dia miliki.
Tidak hairanlah apabila Aniq, 24 kini sedang hangat digosipkan dengan seorang gadis yang masih dirahsiakan identitinya. Setelah hampir satu tahun setengah mengambil keputusan untuk berehat sebentar daripada dunia lakonan, rupa-rupanya hati Aniq sudah berbunga!
Aniq Suhair.
“Kami baru saling mengenali untuk lima ke enam bulan. Nantilah kalau sampai masa, kalau ada jodoh, kalau sudah rasmi (perhubungan) saya akan beritahu.
“Saya bukanlah ingin berahsia, cuma saya takut benda itu tak jadi kalau saya kongsikan terlalu awal. Buat masa ini, biarlah (identiti gadis tersebut) dibiarkan rahsia dahulu. Apabila sudah rasmi nanti, saya beritahu,” kata bekas finalis pencarian Hero Remaja 2020 itu ketika ditemui baru-baru ini.
Khabarnya juga, gadis berkenaan juga merupakan rakan seindustri Aniq namun belum pernah berkesempatan untuk berlakon bersama dalam satu set penggambaran.
Apabila diajukan pertanyaan sama ada Aniq kini bersedia untuk melangkah ke gerbang perkahwinan sekiranya sudah tiba jodoh yang tepat, Aniq sekadar menganggukkan kepala dan berkata sudah bersedia.
“InsyaAllah kalau ada jodoh, mengapa tidak (ke fasa yang lebih serius). Tidak tahu rezeki Allah macam mana tapi (buat masa ini) kami berkawan macam biasa.
“Keluarga saya pun tidak tahu lagi (mengenai kewujudan si dia). Cuma buat masa ini, saya positif dengan kehadirannya (dalam hidup Aniq),” ulasnya lagi.
Dalam pada itu, Aniq kini sudah bersedia sepenuhnya untuk melakukan comeback sebagai pelakon dengan energi baharu.
Terbaru, Aniq muncul dalam sebuah siri mini di bawah terbitan VIU Malaysia berjudul 100 Days To Ask Your Crush Out di samping dua pelakon lain, Harissa Adlynn Halim dan Aiman Tino.
Welcome back, Aniq!
“Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
REMAJA pasti ramai di kalangan kita yang selalu terfikir untuk tidak lagi mengikuti akaun Instagram rakan kita sendiri setelah persahabatan di antara kali sudah tidak lagi seperti dahulu.
Bagaimanapun disebabkan oleh rasa ‘kasihan’ dan ingin menjaga hati mereka, kita tidak tergamak untuk unfollow mereka ini.
Well, not Kylie Jenner!
Laporan daripada portal E-News baru-baru ini berkata Kylie telahpun bertindak untuk unfollow sebilangan besar selebriti dan personaliti popular yang sebelum ini dikaitkan dengannya.
Apa sebenarnya kisah di sebalik ‘social media purge’ yang dilakukan oleh Kylie ini?
Ramai yang berpendapat bahawa Kylie mungkin sekali ingin melakukan azam baharu bagi tahun 2021 dan ingin mengecilkan skala orang yang dipercayai olehnya.
Maklumlah, apabila seseorang menjadi sepopular Kylie dengan nilai aset berjuta-juta dolar, tentunya ramai saja pihak yang ingin mengambil kesempatan ke atasnya. Apa yang mengejutkan adalah apabila Kylie tidak lagi mengikuti kira-kira 28 akaun Instagram rakannya.
Ini termasuklah Sofia Richie (personaliti media sosial dan teman wanita Scott Disick), Victoria Villarroel (bekas pembantu peribadi Kylie Jenner dari 2015 hingga 2020), Hailey Bieber, Yris Palmer (pemilik jenama popular StarLashextensions) dan Fai Khadra (rakan karib Kendall Jenner yang menemani model itu ke perkahwinan Justin Bieber).
Kylie bersama Sofia Richie.
Kylie bersama Fai Khadra.
Selain itu, antara nama lain yang ‘tidak bernasib baik’ dan dibuang daripada senarai following Kylie ialah Harry Hudson (penyanyi), Rosalia (penyanyi) dan Ariel Tejada (jurusolek Kylie Jenner).
Walaupun masih tiada sebab kukuh di sebalik tindakan ini, ia sama sekali tidak berkaitan dengan apa-apa drama atau pergaduhan. Seperti yang penulis sebutkan tadi, mungkin sekali Kylie ingin mengecilkan senarai following-nya kepada jenama miliknya, ahli keluarga dan akaun peminat pilihannya.
Ini bukanlah kali pertama Kylie unfollow secara besar-besaran. Kali terakhir dia bertindak sedemikian adalah pada tahun 2019 apabila bekas rakan baiknya, Jordyn Woods mengaku telah mencium teman lelaki Khloe Kardashian pada waktu itu iatu Tristan Thompson.
Kylie lebih banyak menghabiskan masa bersama anaknya, Stormy berbanding rakan karibnya.
Tak apalah Kylie. Lebih kecil kumpulan yang kita percayai, lebih bagus kan?
Miss Universe Malaysia 2026, Eunice Wong sah tidak ke Puerto Rico bersama lima wakil negara Asia Tenggara lain susulan kontroversi melibatkan MGI dan organisasi Miss Universe.