
Satu berita baik telah diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad bahawa solat sunat Tarawih dibenarkan dilaksanakan di masjid dan surau di seluruh negara sepanjang bulan Ramadan ini.
BACA: Masjid Tawar Ganjaran Basikal Kepada Kanak-Kanak Yang Hadir Solat Subuh Berjemaah
Pelaksanaan solat Tarawih akan dilaksanakan berpandukan prosedur operasi standard (SOP) lebih longgar yang akan diumumkan kelak.

Jelas Idris lagi, SOP nanti akan agak longgar bergantung kepada keadaan semasa dan mengikut nasihat daripada KKM. SOP yang akan dikeluarkan nanti akan dibincangkan bersama pihak berkuasa agama Islam negeri untuk tindakan selanjutnya mengikut negeri masing-masing.
“Insya Allah imarah masjid tahun ini akan berjalan. Kita doa kepada Allah SWT supaya COVID-19 (penularan) tidak serius. Kalau semakin teruk, kita akan ikut nasihat KKM dan bila sudah ada SOP baharu, kita akan jaga elok-elok,” jelasnya lagi.
BACA: 40 Hari Solat Subuh & Isyak Berjemaah, Masjid Tawar Hadiah Motosikal Pula
Alhamdulillah, semoga Ramadan tahun ini lebih bermakna buat rakyat Islam di Malaysia dan marilah sama-sama kita berdoa agar pandemik COVID-19 ini berakhir segera.

**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Sumber: (1)
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Berhenti Guna 7 Produk Mengandungi ‘Kapur Barus’ Pada Kanak-Kanak, Boleh Jadi Sawan

Sebelum ini terdapat banyak produk kosmetik yang diharamkan penjualannya kerana mengandungi racun berbahaya. Terbaru, perkongsian seorang doktor dilaman sosialnya ini mengejutkan masyarakat.
Manakan tidak, ‘camphor’ atau kapur barus merupakan bahan yang banyak digunakan dalam produk sapuan yang selalu kita gunakan sejak dari kecil lagi. Bahan ini berfungsi baik untuk melegakan kesakitan, gatal, batuk dan selesema.

Namun, tahu tak sebenarnya produk yang mengandungi kapur barus ini dilaporkan TIDAK SESUAI digunakan untuk kanak-kanak yang berusia 2 tahun ke bawah.
Selain itu menurut perkongsian dari Public Health Malaysia menunjukkan, produk sebegini boleh mengakibatkan sawan dan bahaya untuk si kecil. Bahan dari kapur barus boleh menyerap masuk ke darah dengan pantas dan menyebabkan kesan toksik.

Menurut kajian penyelidik dari Kolej Perubatan Albert Einstein Universiti Yeshiva, kanak-kanak sangat terdedah pada kesan toksik kapur barus sebab ia mudah meresap melalui kulit dan membran mukus (mata, bibir, bahagian dalam hidung).
Antara produk yang mengandungi kapur barus adalah seperti berikut:
- Minyak Cap Kapak


2. VapoRub

3. Mentholatum

4. Tiger Balm

5. Salonpas

6. Yoko Yoko

7. Minyak Angin Cap Lang

Apa pun produk yang diguna pada anak, biasakan diri untuk baca label. Dah besar baru tahu Camphor tu kapur barus rupanya…huhu
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Solat & Berbuka Di Kawasan Tinggi, Perlu Tambah Minit? Ini Jawapannya..

Setiap kali Ramadan, pasti ada yang tertanya-tanya, kalau berada di bangunan pencakar langit atau kawasan tanah tinggi, adakah waktu Maghrib dan berbuka puasa sama seperti di tanah rendah?
Persoalan ini sebenarnya masih lagi mengelirukan ramai.

Penentuan Waktu Solat Berdasarkan Kedudukan Individu
Mengulas isu tersebut, Mufti Pulau Pinang, Mohd Sukki Othman berkata, penentuan waktu solat adalah berdasarkan pada kedudukan semasa individu.
Menurut beliau, penentuan tersebut adalah berdasarkan ilmu falak yang disebut dan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bilangan 1 Tahun 2022 yang bersidang pada 16 dan 17 Februari tahun tersebut.
Tambah Mohd Sukki, solat atau waktu berbuka puasa berbeza apabila seseorang itu berada dalam bangunan tinggi seperti Komtar dan Bukit Bendera di Pulau Pinang atau Menara 118, Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur.
“Ketentuan solat ini ditetapkan oleh Allah swt yang mana, seseorang itu wajib menunaikan solat pada waktunya.
“Jadi, berdasarkan pada kedudukan semasa individu, penambahan (perlu) bagi solat Maghrib dan pengurangan lebih awal pada waktu syuruk,” ujarnya menerusi segmen Dari Meja Mufti di laman Facebook Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.

Penentuan Waktu Solat Berdasarkan Kedudukan Individu
Mengulas isu tersebut, Mufti Pulau Pinang, Mohd Sukki Othman berkata, penentuan waktu solat adalah berdasarkan pada kedudukan semasa individu.
Menurut beliau, penentuan tersebut adalah berdasarkan ilmu falak yang disebut dan dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bilangan 1 Tahun 2022 yang bersidang pada 16 dan 17 Februari tahun tersebut.
Tambah Mohd Sukki, solat atau waktu berbuka puasa berbeza apabila seseorang itu berada dalam bangunan tinggi seperti Komtar dan Bukit Bendera di Pulau Pinang atau Menara 118, Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur.
“Ketentuan solat ini ditetapkan oleh Allah swt yang mana, seseorang itu wajib menunaikan solat pada waktunya.
“Jadi, berdasarkan pada kedudukan semasa individu, penambahan (perlu) bagi solat Maghrib dan pengurangan lebih awal pada waktu syuruk,” ujarnya menerusi segmen Dari Meja Mufti di laman Facebook Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang.

Tambahan Minit Ikut Ketinggian
Menjelaskan lanjut, beliau berkata individu yang berada pada ketinggian 100 meter (m) hingga 200m perlu menambah satu minit daripada waktu Maghrib yang ditetapkan di kawasannya.
Bagi ketinggian 200m hingga 400m pula, tempoh dua minit perlu ditambah.
“Jika ketinggian 500m sampai 800m, tiga minit perlu ditambah manakala pada ketinggian 800m hingga 1000m pula adalah empat minit.
“Contohnya, berbuka puasa berkaitan dengan waktu Maghrib, kalau dia berada di Komtar, tengok dia berada di tingkat berapa dan berapa ketinggiannya.
“Jika berada pada ketinggian 400m atau 200m, atau 300m maka dia berbuka puasa lewat dua minit daripada biasa,” jelas beliau.Bukan Isu Baharu
Untuk pengetahuan anda, perkara ini bukanlah baharu. Perbezaan waktu berbuka turut direkodkan di Gunung Jerai walaupun berada dalam daerah Yan, Kedah dan Bukit Larut juga lebih lewat berbanding bandar Taiping, Perak.
Perbezaan tersebut disebabkan kedudukan yang lebih tinggi menyebabkan matahari terbenam lebih lambat di puncak berbanding kawasan tanah rendah.
Formula Kiraan Waktu Maghrib & Berbuka Puasa Di Kawasan Tinggi
Sebagai panduan, berikut adalah formula kiraan waktu Maghrib dan berbuka puasa di kawasan tinggi:
1. Tambah 1 minit: 100m hingga 200m
2. Tambah 2 minit: 200m hingga 400m
3. Tambah 3 minit: 500m hingga 800m
4. Tambah 4 minit: 800m hingga 1000m
Jadi selepas ini, kalau berbuka di bangunan tinggi atau kawasan tanah tinggi, pastikan semak dahulu ketinggian lokasi anda. Jangan tersilap waktu ya!

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kehebatan Datuk Misbun Sidek Menarik Perhatian Kelab India, Langkah Baharu Legenda Badminton

Kehebatan Datuk Misbun Sidek sebagai jurulatih badminton bertaraf dunia terus mendapat pengiktirafan apabila legenda negara itu kini berada di India bagi memulakan tugas kejurulatihannya bersama Hatsun Badminton Centre di Thiruthangal, Tamil Nadu.
Pelantikan ini sekali gus menandakan langkah antarabangsa pertamanya di luar Malaysia.
Kehadiran Misbun Sidek di India bukan sekadar simbol kepercayaan, malah mencerminkan reputasi serta kredibilitinya dalam membentuk pemain bertaraf dunia, hasil rekod cemerlang beliau bersama beberapa pemain terbaik Malaysia sebelum ini.
Pusat latihan yang terletak kira-kira 70 kilometer dari Madurai itu dilengkapi fasiliti moden termasuk gelanggang latihan lengkap serta trek larian di kawasan seluas 10 ekar.
Kemudahan bertaraf tinggi ini menjadi platform terbaik buat Misbun mencurahkan pengalaman dan kepakaran beliau kepada bakat muda India yang sedang meningkat naik.
Keputusan untuk menerima tawaran tersebut dibuat selepas Misbun melihat sendiri kesungguhan dan komitmen tinggi pihak pengurusan kelab, selain tertarik dengan jumlah besar pemain muda yang aktif menyertai kejohanan antarabangsa.
Kesungguhan Kelab India Jadi Faktor Penentu
Menurut Misbun, pihak pengurusan kelab telah beberapa kali menyatakan hasrat mereka untuk mendapatkan khidmat beliau, sekali gus membuktikan kehebatan Datuk Misbun Sidek terus ditagih di luar negara.
“Mereka sudah bertanya banyak kali, jadi saya membuat keputusan untuk pergi dan berkongsi ilmu badminton yang saya ada bersama mereka,” katanya dalam satu video yang dimuat naik di laman Facebook Nusa Mahsuri.
Misbun Sidek di India melihat potensi besar dalam kalangan pemain muda kelab yang aktif menyertai kejohanan antarabangsa, walaupun kebanyakan mereka bukan daripada skuad kebangsaan.
Beliau menjelaskan bahawa kumpulan pemain kelab di India merupakan aset besar kerana mereka berani mencuba dan mempunyai tahap komitmen yang tinggi, selain disokong oleh jurulatih tempatan yang juga terdiri daripada bekas pemain.
Misbun menegaskan kehadirannya bukan sekadar untuk melatih pemain, sebaliknya turut membuka ruang untuk beliau menimba pengalaman baharu dengan mengadaptasi budaya luar serta menggabungkan ideologi kejurulatihannya sendiri.
“Saya mempunyai budaya saya sendiri untuk Malaysia, namun saya mahu melihat bagaimana ideologi yang saya ada boleh digabungkan dan dikongsi bersama mereka kerana mereka juga mahu pemain berada di tahap dunia,” ujarnya.

Misi Melahirkan Pemain Nombor Satu Dunia Keempat
Dalam projek kejurulatihan ini, Misbun bergandingan dengan jurulatih tempatan, Rajinikanth, di Pusat Badminton Hatsun di Sivakasi, Tamil Nadu, dengan misi besar melahirkan pemain nombor satu dunia buat kali keempat.
Sebelum ini, Misbun mencipta sejarah apabila berjaya membimbing Datuk Rashid Sidek, Roslin Hashim dan Datuk Seri Lee Chong Wei untuk menduduki ranking nombor satu dunia, dan beliau percaya misinya masih belum berakhir.
“Saya sudah melahirkan tiga pemain nombor satu dunia dan kini masih mencari yang keempat. Mungkin pemain itu berada di India,” katanya.
Salah satu nama yang mencuri perhatian Misbun Sidek di India ialah pemain ranking ke-88 dunia, S Rithvik Sanjeevi, juara Masters Odisha 2024, yang dilihat memiliki potensi besar untuk berkembang di bawah bimbingan legenda kejurulatihan Malaysia itu.
Sumber : Berita Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!


