Jika sebelum ini Masjid Nur As-Sa’adah, Kampung Pengkalan Batu menawarkan hadiah basikal kepada kanak-kanak yang hadir solat Subuh berjemaah 40 hari berturut di masjid, kini masjid itu sekali lagi mencuri perhatian apabila menawarkan motosikal pula kepada jemaah.
Menurut pengerusi masjid berkenaan, sebanyak empat buah Modenas Kriss MR3 berharga RM16,000 akan menjadi milik jemaah yang layak. Syaratnya, jemaah perlu memenangi empat kategori dipertandingkan pada Program Istiqamah Subuh dan Isyak berjemaan 40 hari bermula 1 Mac hingga 9 April 2022.
Kategori pertama bagi program masjid ini adalah khusus untuk anak kariah, kedua kategori terbuka kepada penduduk luar manakala kategori tiga dan empat adalah untuk pegawai syarak, jawatankuasa dan pekerja masjid serta jemaah wanita.
Ads
Walaupun program belum dimulakan, namun pihak masjid sudah menerima lebih 30 penyertaan bagi kesemua kategori yang terbuka kepada semua umat Islam berumur 16 tahun ke atas dan memiliki lesen motosikal.
Menerusi program itu peserta diwajibkan berjemaah Subuh dan Isyak di masjid selama 40 hari berturut-turut. Selain itu mereka juga boleh mendapatkan mata tambahan jika berjemaah untuk semua waktu atau program lain anjuran masjid yang akan meningkatkan peluang kemenangan.
Jelas pengerusi masjid lagi, semakin hari semakin ramai orang kampung yang berjemaah di masjid. Mereka datang bukan sebab motosikal kerana bukan semua akan dapat dan program juga baru sahaja diuar-uarkan. Keempat-empat motosikal itu berharga RM4,000 setiap satu dan disumbangkan oleh individu dermawan serta tidak menggunakan sebarang dana tabung masjid.
Semoga dengan cara ini sedikit sebanyak dapat menyuntik semangat masyarakat untuk mengimarahkan masjid dan jika ada rezeki, bolehlah mereka bawa pulang sebuah motosikal nanti.
Ads
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sebelum ini pernah melakukan inisiatif bagi mengumpul dana untuk membeli tablet bagi memudahkan pelajar kurang berkemampuan di Muar. Inisiatif #ThunerBOLD itu dilancarkan pada 2 Februari lalu dan menerima sumbangan berjumlah RM196,668.
Inisiatif ini dijalankan bagi membantu pelajar kurang berkemampuan di Muar untuk mengikuti kelas dalam talian.
Terbaharu, Syed Saddiq telah memuat naik sebuah video di laman Twitternya dengan menjelaskan bahawa lebih 1,000 laptop dan tablet berkualiti telah diserahkan kepada masyarakat Muar yang tidak berkemampuan.
Rumah ke rumah untuk sampaikan tablet. Setakat ni dah 1000~ tablet sudah diedar.
Kadang-kadang sampai sesat cari rumah. Mujur ramai tolong tunjuk jalan. 😅
Ahli Parlimen Muar ini sendiri turun padang untuk menyerahkan tablet tersebut dari rumah ke rumah dan menjelaskan ramai lagi yang memohon tetapi stok masih terhad.
Usaha YB ini mendapat perhatian warganet dan menyifatkan beliau tidak memerlukan satu pasukan yang besar sewaktu melakukan aktiviti penyerahan sumbangan tersebut.
Diharap lebih ramai lagi wakil rakyat yang turun padang bagi memberi bantuan kepada rakyat yang terjeas teruk akibat pandemik COVID-19.
Kami percaya masih ramai lagi yang memerlukan bantuan, sekiranya korang berkemampuan bolehlah menyalurkan sumbangan kepada badan-badan sah yang dilantik bagi tujuan tersebut.
Terbaru, anak pencuci bangunan merupakan salah seorang daripada 70 pelajar cemerlang di Pulau Pinang yang memperoleh 4A dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.00 dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2023, yang diumumkan pada 23 Julai, hari ini.
Bekas pelajar Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin, Amsyar Muawiyah Mohd. Sofi (20) berkata, selepas melihat kegigihan ibunya, Mardiah Ismail (47) yang memperoleh pendapatan RM1,500 sebulan menjadi perangsang untuknya mengubah nasib keluarga.
Menurutnya, dia bergelar anak yatim pada usia 16 tahun selepas ayahnya, Mohd. Sofi Salleh (48) yang merupakan seorang pekerja kilang meninggal dunia secara mengejut sejak empat tahun lalu.
“Selepas ayah meninggal dunia (tahun 2020), barulah mak saya bekerja sebagai pencuci bangunan di Mahkamah Pulau Pinang dan saya melihat mak bekerja keras untuk menyara saya dan adik berusia 18 tahun”
“Mak juga selalu berpesan yang saya adalah harapan keluarga, jadi saya perlu berusaha memperbaiki nasib keluarga dengan belajar bersungguh-sungguh. Jadi saya mahu hadiahkan keputusan cemerlang STPM hari ini kepada mak yang banyak memberi dorongan dan tidak putus berdoa untuk kejayaan saya”
Tambahnya, “Saya meluangkan masa setiap dua atau tiga jam sehari untuk mengulangkaji pelajaran dan sering mengingati pesanan mak bahawa pelajaran mampu mengubah nasib kami”.
Amsyar juga berkata, dia bercita-cita untuk menjadi seorang guru, dan tidak mengikuti mana-mana kelas tuisyen dan hanya menumpukan perhatian di dalam kelas.
Sementara itu, tujuh (7) lagi pelajar Kolej Tingkatan Enam Haji Zainul Abidin mencatat keputusan cemerlang dengan memperoleh 4A dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 4.00 dalam keputusan STPM 2023.
Sumber: Kosmo
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak kebelakangan ni, banyak betul berita tentang kes penipuan agensi pelancongan yang tak bertanggungjawab songlap duit pengguna.
Tak kisah la sama ada pakej percutian di dalam atau luar negara, lebih teruk lagi bila pakej ibadah umrah haji juga sanggup yang menipu hanya kerana semata-mata gilakan wang.
Tak mahu lebih ramai pengguna tertipu dengan agensi pelancongan tak bertauliah, Sham Simon telah berkongsi tip di laman Facebooknya tentang bagaimana untuk mengelakkan diri daripada ditipu insan tak bertanggungjawab.
1. Jangan mudah percaya
JANGAN SESEKALI cuba mengambil pakej ditawarkan oleh individu sama ada mereka tu adik beradik, kawan baik, kawan atas kawan, kenalan mengembara, ustaz/ustazah menjual pakej umrah. Ramai yang menjadi mangsa disebabkan perwatakan mereka berkelakuan baik dan profesional. Selidik dahulu latar belakang kerja mereka dan pasti kan mereka adalah dari staff atau golongan yang bekerja di syarikat pelancongan yang SAH oleh Kementerian Pelancongan Malaysia.
Biasanya, setiap syarikat akan mengeluarkan surat pelantikan untuk menjual pakej dan tarikh tamat tempoh surat lantikan. Strategi diguna pakai ialah kumpulan pelepasan berkumpulan yang terawal biasa menjadi dengan tujuan menarik pelanggan. Masuk kumpulan pelepasan seterusnya biasa ramai tertipu.
Mereka yang biasanya menjalankan aktiviti seperti ini akan mengiklankan pakej mereka di laman sosial peribadi dan persendirian. Ada juga yang pernah bekerja dengan syarikat pelancongan terdahulu dan terus berhubung dengan pelanggan tetap syarikat, ser ta menawarkan pakej dan perkhidmatan yang konon jauh lebih bagus daripada syarikat sebelumnya.
2. Periksa nama agensi
Anda boleh semak nama agensi tersebut di website Kementerian Pelancongan. Jika tiada sebarang hasil daripada carian, sila batalkan terus untuk membeli pakej.
Contoh hasil carian:
Nama Syarikat : SHAM DISCOVER TRAVEL & TOURS SDN BHD
I (Inbound) – Agensi hanya dibolehkan menjual pakej atau perkhidmatan di dalam negara sahaja.
O (Outbound) -Agensi hanya dibolehkan menjual pakej dan perkhidmatan di luar negara sahaja.
T (Ticketing) – Agensi hanya dibolehkan menjual ‘Ticketing ‘ seperti Flight , Bus , taman tema sahaja .
U (Umrah) – Agensi hanya dibolehkan menjual pakej dan perkhidmatan berkaitan umrah dan Haji sahaja .IOTU- Agensi boleh menjual mana-mana satu seperti di atas.
*Pastikan ejen-ejen menawarkan pakej yang sama seperti telah ditetapkan oleh Kementerian Pelancongan.
Sekiranya agensi menawarkan pakej ke luar negara tetapi tiada dalam bidang ditawarkan (outbound) anda harus hentikan niat kerana agensi tiada kebenaran untuk menjual pakej ke luar negara.
3. Lihat status
Pasti kan agensi pelancongan yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan berstatus perkongsian (SDN BHD) dan bukan enterprise.
4. Nama penuh
Syarikat biasa mempunyai nama penuh yang ada akhiran…. Travel & Tours Sdn Bhd.
5. Lesen
Syarikat berdaftar pengendalian pakej pelancongan dalam dan luar negara mempunyai lesen seperti KPK/LN:7723 dan Lesen LKU : 184
6. Hubungi pihak terbabit
Jika individu agensi pelancongan mendakwa sedang bekerja dan mempromosikan pakej pelancongan sebaiknya hubungi Syarikat berkenaan untuk mengesahkan individu tersebut dan pakej telah ditawarkan.
7. Pasti kan akaun pembayaran yang betul
Segala pembayaran deposit dan bayaran seterusnya mestilah di bawah atas nama syarikat yang menawarkan pakej dan bukan ke akaun bank peribadi atau persatuan.
8. Semak dengan teliti
Periksa dengan melawat sama ada di alam maya seperti Facebook/instagram/website ataupun juga actual pejabat syarikat agensi menawarkan pakej.
9. Lihat review pengguna
Melihat feedback pelanggan /review pelanggan lepas di alam maya Syarikat bagi memastikan adanya wujud interaksi pelanggan dengan syarikat.
10. Harga masuk akal
Harga pakej pelancongan adalah logik akal. Jangan kejarkan pakej murah yang belum tentu kesahihannya . Banyak kes mangsa terkandas di airport disebabkan terpedaya dengan harga pakej tidak masuk akal.
Sebagai contoh, harga pasaran minimum untuk menunaikan umrah bermula dari RM4900 seorang . Jangan ambil risiko dengan memilih pakej bawah harga pasaran.
Semoga info ini berguna untuk anda dan tidak ada lagi kes tersadai di airport.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Universiti elit Seoul mengambil tindakan tegas terhadap pemohon dengan rekod keganasan sekolah apabila hampir semua permohonan mereka ditolak dalam saringan awal.