Setelah berbulan lamanya kehadiran jemaah di surau mahu pun masjid dihadkan kerana wabak pandemik COVID-19, kini jemaah bagi solat Jumaat, fardu dan lain-lain di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan adalah mengikut kapasiti sebenar masjid serta surau dengan penjarakan fizika 1.5meter berkuat kuasa hari ini.
Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (JAWI) berkata, ketetapan baharu itu dilaksanakan selepas mendapat perkenan Timbalan Yang di-Pertuan Agong Sultan Nazrin Shah dan selaras dengan Peralihan Fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Tambahnya lagi, semua masjid dan surau juga dibenarkan untuk melaksanakan aktiviti pengimarahan antaranya seperti kuliah Maghrib, tazkirah sebelum solat Jumaat, tadarus al-Quran, bacaan Yasin dan doa, tertakluk kepada SOP dikeluarkan.
Dengan pelaksanaan ini, diharap seluruh umat Islam khususnya di Wilayah Perseketuan (WP) terus mematuhi SOP yang telah ditetapkan dan memanfaatkan peluang tersebut untuk mengimarahkan masjid dan surau serta bermunajat dan berdoa agar penularan wabak COVID-19 ini segera berakhir.
Sebentar tadi, Menteri Kanan, Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media khas Majlis Keselamatan Negara telah membuat satu pengumuman penting yang mana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat akan dikuatkuasakan di seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa jam 12.01 tengah malam 14 Oktober hingga 27 Oktober 2020.
Menurut beliau, PKPB itu dilakukan setelah mendapat nasihat dari Kementerian Kesihatan Malaysia dan mengambil kira kes peningkatan dan penularan yang berlaku seperti di Klang dan Petaling dan kes dilihat meningkat di Gombak dan daerah-daerah lain.
Bagi menyekat penularan wabak ini dari terus meningkat dari terus merebak, semua aktiviti ini adalah dilarang.
Aktiviti-aktiviti yang dilarang adalah seperti berikut:
• Pergerakan keluar masuk/merentas daerah adalah tidak dibenarkan. Bagaimanapun bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat
kebenaran daripada majikan.
• Hanya 2 orang sahaja dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.
• Semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika, taska, pusat tahfiz, taman-taman awam dan pusat rekreasi adalah ditutup.
Masjid dan rumah ibadah bukan Islam adalah ditutup.
Semua aktiviti sukan, reakrasi, sosial dan budaya termasuk majlis perkahwinan adalah tidak dibenarkan.
Pusat hiburan dan kelab malam juga tidak dibenarkan.
Walau bagaimana pun semua kegiatan ekonomi di Selangor, KL dan Putrakaya masih dibenarkan beroperasi seperti biasa. Foto : BERNAMA
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Dalam kes pagi ini, when there is an Apple product on sale, there are 400 people queuing up!
Peminat jenama Apple di seluruh dunia pastinya serba tahu mengenai kewujudan jualan gudang Switch Warehourse Clearance Sale. Penulis juga pernah menyertai jualan sebegini yang diadakan oleh mereka.
Namun, kami tidak sangka pula apabila jualan pada hari ini mampu menarik pengunjung seramai ini sehinggakan mereka terpaksa beratur panjang.
Antara produk yang ditawarkan oleh Switch Malaysia untuk jualan diskaun bermula hari ini sehingga Ahad.
Berlangsung di kompleks membeli-belah MyTown, orang ramai telah mula beratur seawal jam 4 pagi lagi dari luar pintu masuk bangunan, koridor pejalan kaki sehinggalah ke jalan raya terdekat.
Pada waktu tersebut, rakan media dari Soya Cincau menganggarkan kira-kira 300 sehingga 400 orang sudahpun mula beratur untuk mendapatkan produk Apple. Mereka terbahagi kepada dua barisan memandangkan terdapat dua pintu masuk berbeza ke dalam bangunan tersebut.
Ada barisan yang nampak teratur, seperti barisan di sebelah stor H&M. Namun ada juga barisan yang memang tak nampak macam barisan pun bersebelahan dengan kafe Starbucks. Mungkin kerana mereka sedar perlu menunggu beberapa jam lagi sebelum dibenarkan masuk. Jadi, semua orang pun seperti tidak endahkan etika perlu beratur mengikut giliran.
Pada waktu kejadian (sebelum subuh), memang sudah ada lebih 400 orang. Namun, ada yang melaporkan sudah ada pengunjung yang mula beratur sejak tengah malam tadi. Turut kelihatan adalah beberapa katil boleh lipat yang dibawa pengunjung.
Foto: Soya CincauFoto: Soya Cincau.
Seperti biasa, dalam jualan sekencang ini, pasti akan ada pengunjung yang tak menghormati orang lain dan selamba je memotong barisan. Keadaan ini memaksa pengawal bangunan untuk bertindak tegas dan beratur secara betul.
Good luck lah korang yang pergi hari ni, tak tahulah stok cukup tak untuk semua pengunjung.
Apa yang boleh korang buat adalah untuk sentiasa check LIVE update terbaru jumlah stok di laman web Switch Malaysia.
Pengumuman LIVE update yang dilakukan oleh Switch Malaysia di laman web mereka.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sila hati-hati dan amalkan disiplin penjarakan fizikal, gunakan pelitup muka dan guna hand sanitizer setiap masa.
Jangan ambil remeh hal ini kerana Kementerian Kesihatan Malaysia dalam hantaran di fb semalam memaklumkan, mutasi jenis D614G telah dikesan daripada ujian pengasingan dan kultur virus COVID-19 untuk tiga (3) kes daripada Kluster PUI Sivagangga (kontak rapat kepada kes indeks) dan juga satu kes daripada Kluster Ulu Tiram (iaitu individu daripada Filipina).
Penyelidikan yang dilakukan oleh ) yang oleh Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) mendapati sah wujudnya mutasi D614G yang mampu menyebarkan jangkitan 10 kali ganda lebih cepat “super spreader”.
Bagaimana pun KKM menjelaskan buat masa kini, kedua-dua kluster ini didapati agak terkawal hasil pelbagai tindakan kawalan kesihatan awam yang pantas di lapangan. Ujian awal dan beberapa ujian susulan sedang dijalankan bagi menguji beberapa kes lain, termasuk bagi kes indeks bagi kedua-dua kluster ini.
Walau bagaimana pun, masyarakat harus berwaspada dan lebih berhati-hati kerana virus COVID-19 dengan mutasi D614G ini telah terbukti 10 kali lebih mudah menjangkiti individu lain dan mudah merebak sekiranya disebar oleh individu ‘super spreader’.
Mutasi D614G ini ditemui oleh saintis pada Julai 2020 dan berkemungkinan akan menyebabkan kajian vaksin sedia ada tidak merangkumi atau tidak berkesan terhadap mutasi ini.
Apa yang perlu kita lakukan pada masa kini adalah dengan berdisiplin mengamalkan SOP yang telah disarankan seperti penjarakan fizikal, kebersihan kendiri yang tinggi terutama mencuci tangan dengan air dan sabun, serta memakai pelitup muka terutama di tempat awam, tempat sesak, tempat tertutup dan ketika sembang jarak dekat.
Situasi terkini COVID-19 didapati masih terkawal dan KKM serta agensi-agensi lain masih berusaha membendung penularan COVID-19. Kerjasama masyarakat amat diperlukan agar dapat kita sama-sama memutuskan penularan jangkitan COVID-19.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!