Tular sebuah video berdurasi 1 minit 45 saat menunjukkan seorang profesor yang dilaporkan berkhidmat di Universiti Teknologi MARA menempelak kasar seorang pelajar hanya kerana tidak memiliki sebuah komputer riba.
Menerusi video itu, profesor yang dilihat sedang mengajar secara atas talian bertanyakan soalan kepada pelajar dan seorang pelajar kemudiannya menjawab.
Namun jawapan yang diberikan itu tidak tepat sehinggakan pensyarah bertanya apakah peranti yang digunakan oleh pelajar terbabit.
Jawab pelajar yang berasal dari Seremban itu, dia tidak memiliki komputer riba dan hanya menggunakan telefon pintar bagi mengikuti kelas itu. Berdasarkan klip itu, pelajar terbabit difahamkan sudah berada di semester lima, namun tidak memiliki laptop.
Lalu, ia mengundang pertanyaan kasar daripada profesor berkenaan latar belakang pekerjaan ibu, ayah dan juga adik-beradik pelajar tersebut.
Satu-persatu jawapan diberikan olehnya; dia menyatakan ibunya sudah tiada manakala ayahnya pula tidak bekerja serta dia memiliki adik-beradik lain.
Tak semua orang lahir dalam keadaan yg terus senang. Bila ada sorang prof dari uitm perak kampus seri iskandar cakap mcm ni dekat kami ex-stud, kami semua masih rasa terhina dan terkesan dari setiap kata kata dia. Korang nilai lah sendiri… #kpt#uitmpic.twitter.com/Cd3tXEnjMC
“Kau cakap dengan kakak kau, kalau dia ada gelang emas pergi jual gelang emas, pergi beli komputer. Sebab itu kau tidak boleh belajar dengan baik sebab engkau tidak ada komputer.
“Lepas ni akan ajar engkau excel, pasal itu engkau akan jadi drop out student. Semester lima engkau tak ada komputer. Aku sanggup aku tak ada pakaian, aku ada lima helai sahaja pakaian, the most important.. the computer is very, very important for me.
“Hanya RM800 sahaja beli komputer, apa masalah kau. Pasal itu aku tak boleh duduk orang dengan B40. Dia lebih memikirkan pasal lain daripada pelajaran,” ucap pensyarah tersebut sebelum menyuruh seluruh kelas menutup fungsi kamera.
Insiden tersebut telah mengundang reaksi amarah warganet mengenai cara pensyarah menyoal dan mengherdik pelajar dengan kasar sehingga menimbulkan ketidakselesaan.
Lebih menghangatkan isu apabila beliau merupakan seorang pensyarah di sebuah institusi pendidikan yang diwujudkan bagi membantu pelajar Bumiputera yang datang dari latar belakang kurang berkemampuan.
Setakat artikel ini ditulis, siaran video tersebut yang dimuat naik pengguna Twitter @toraokun_ telah diulangkicau lebih 37 ribu kali.
Berikutan tularnya video ini, bekas Menteri Belia dan Sukan dan ahli parlimen Muar, Syed Saddiq memberikan reaksi.
Dalam satu ciapan, Syed Saddiq berkata, “Kajian kementerian pendidikan menunjukkan 1/3 pelajar di Malaysia tiada Laptop atau tablet. Kadar keciciran pelajar sangat menakutkan. Mereka tidak pilih untuk terus miskin sampai tidak mampu untuk beli laptop. Dari menghina, lebih baik bantu mereka dapatkan laptop.”
Ads
Kajian kementerian pendidikan menunjukkan 1/3 pelajar di Malaysia tiada Laptop atau tablet.
Kadar keciciran pelajar sangat menakutkan
Mereka tidak pilih untuk terus miskin sampai tidak mampu untuk beli laptop.
Selain itu, terdapat juga petisyen yang disuarakan oleh Mahasiswa KEADILAN Malaysia yang menuntut Universiti Teknologi MARA dan juga Majlis Perwakilan Pelajar UiTM menjalankan siasatan serta mengenakan tindakan tatatertib terhadap penyarah berkenaan.
Sehingga kini, tiada lagi kenyaataan yang dikeluarkan oleh pihak pensyarah mahupun UiTM. Semoga perkara ini dijadi diselesaikan dengan baik dan menemui penyelesaian yang positif.
Masalah pelajar yang tidak memiliki kemudahan seperti laptop atau tablet bukanlah satu isu baharu. Sejak berlakunya proses pembelajaran atas talian, isu keciciran dalam memiliki dua alat elektronik ini terkuak luas.
Memiliki laptop bagi golongan pelajar sangat penting bagi menjalani proses pembelajaran dengan lebih baik.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Semalam, masyarakat dikejutkan dengan berita satu mayat yang dipotong enam bahagian ditemui di tepi jalan Kilometer 447, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran persimpangan Rawang Selatan.
Paling menyedihkan, ada sebahagian keratan tubuh mangsa disumbatkan ke dalam beg bagasi manakala separuh bahagian badan ditemui di tepi jalan.
Menurut laporan Malaysia Gazzete, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa’aton Abu Bakar berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung penemuan mayat lelaki dewasa itu daripada orang awam pada jam 11.25 pagi.
Katanya, siasatan awal mendapati tiada pengenalan diri ditemui bersama mayat tersebut. Berdasarkan maklumat sumber juga, mayat berkenaan tidak mempunyai tanda suntikan BCG yang berkemungkinan adalah warga asing.
“Bertindak atas maklumat itu, sepasukan polis daripada IPD Sungai Buloh telah bergegas ke tempat kejadian itu.
“Siasatan awal di tempat kejadian menjumpai bagasi pakaian sebelum pemeriksaan lanjut di dalam bagasi berkenaan telah menemui serpinan potongan badan dalam enam bahagian iaitu mayat tapa kepala dan kedua-dua belah tangan serta kaki.
“Identiti mayat dan jantina mayat berkenaan belum dikenal pasti berikutan keadaan mayat dipotong dari bahagian pinggang ke atas dan tiada dokumen pengenalan diri,” katanya dalam kenyataan.
Sementara itu, satu sumber berkata, bahagian badan mangsa ditemui dalam keadaan tertiarap di lereng bukit di lokasi tersebut. Kata sumber, polis kemudian menemui sebuah bagasi berhampiran mayat mangsa yang diisi dengan bahagian kepala manusia, kaki, tangan dan dua lagi anggota badan lain.
“Anggota badan dalam bagasi itu disyaki milik mayat lelaki yang dijumpai tanpa kepala dan beberapa bahagian badan lain di tepi bagasi itu,” kata sumber.
Dalam pada itu, Shafa’aton memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Siasatan lanjut di lokasi kejadian juga turut dijalankan oleh Unit Forensik Polis Kontinjen Selangor dan Unit Anjing Pengesan (K9).
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Inilah rumusan yang akan dibincangkan dalam satu mesyuarat khas selepas tiga kluster di tempat kerja di kesan di Lembah Klang. Selepas berlaku peningkatan mendadak di Lembah Klang melibatkan Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Terbaru, Kementerian Perdaangan Antarabangsa dan Industri (MITI) menerusi menterinya, Dato; Seri Mohamed Azmin Ali telah mengeluarkan butiran terperinci mengenai sektor ekonomi yang disaran untuk mempertingkatkan amalan bekerja dari rumah bagi pengurusan dan penyeliaan.
Seperti yang dimaklumkan Majlis Keselamatan Negara, dasar Bekerja Dari Rumah (BDR) atau Work From Home (WFH) adalah…
25% (776,135) daripada pekerja dalam bidang pengurusan dan penyeliaan di kawasan Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah diwajibkan untuk bekerja dari rumah (work from home) bermula 22 Oktober, namun:
maksimum 10% pekerja merangkumi antaranya tugasan yang melibatkan perakuanan, kewangan, pentadbiran, perundangan, perancangan dan ICT untuk berada di pejabat
masa di pejabat dihadkan selama empat jam sahaja bermula 10 pagi hingga dua petang untuk tiga hari seminggu
syarikat tak perlu kemukakan permohonan
majikan hanya perlu keluarkan surat pelepasan bagi setiap kakaitangan yang dibenarkan bekerja sepanjang tempoh PKPB
majikan perlu tetapkan garis panduan yang bersesuaian mengikut keperluan syarikat
Jabatan Perkhidmatan Awam
.
.
Semoga korang semua jelas dengan info ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Saban tahun, ada saja resepi baru yang diperkenalkan oleh Kentucky Fried Chicken (KFC) agar pelanggan tak mudah bosan.
Ternyata pandemic COVID-19 memberikan kesan yang bukan sedikit ke atas dunia perniagaan baik kepada syarikat yang sudah berjenama besar dan dikenali ramai.
Terkini, Kentucky Fried Chicken (KFC) yang cukup familiar dengan slogan finger lickin’ good atau sedap sehingga menjilat jari terpaksa menukar slogannya gaga-gara pandemik COVID-19.
Walau bagaimanapun, KFC mungkin terpaksa melupakan penggunaan slogan yang terpahat dalam minda orang ramai ini buat sementara waktu.
Hal ini demikian kerana slogan tersebut dilaporkan telah menimbulkan kebimbangan kepada segelintir pelanggan KFC terutamanya dengan penularan pandemik COVID-19.
Atas sebab itu, KFC telah membuat keputusan untuk menghentikan penggunaan slogan mereka buat sementara waktu untuk menjaga sensitiviti pelanggan.
Walau bagaimanapun, sebahagian besar daripada pelanggan juga tidak mempunyai masalah dengan slogan yang telah digunakan KFC buat satu tempoh yang lama.
Dalam pada itu, Harland Sanders mengasaskan KFC pada tahun 1930-an. Walau bagaimanapun, KFC membuka francais pertama pada tahun 1950-an dan menggunakan slogan berkenaan sejak waktu itu.
Walau bagaimanapun, ia tidak lagi menggunakan slogan pada akhir tahun 1990-an. Slogan itu bagaimanapun dibawa semula pada tahun 2008.
Buat anda yang merindui slogan ini, KFC memaklumkan pihak mereka pasti akan menggunakan slogan ini apabila tiba masanya. Setakat ini, KFC mempunyai sekitar 22,500 cawangan di seluruh dunia.
Penulis berharap agar pandemik maut ini cepat la hilang dari bumi. So tak perlu nak tukar slogan KFC yang dah tersemat dekat jiwa kita ni. Tapi kalau KFC ni tukar slogan apa yang korang rasa sesuai?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!