Portal The Artist Museum telah meletakkan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai salah seorang penerima trofi anugerah terbanyak sepanjang zaman.
100 orang penyanyi atau kumpulan telahpun dikenal pasti oleh portal tersebut dan mereka telahpun disusun mengikut jumlah trofi pengiktirafan yang pernah mereka perolehi pembabitan penyanyi atau kumpulan tersebut dalam industri seni muzik.
Rakyat Malaysia tentunya sedar mengenai kehebatan Siti untuk menggondol anugerah sebaik sahaja beliau menerima pencalonan ataupun diletakkan dalam sebuah pertandingan nyanyian. Namun disebabkan terlalu banyak trofi yang diterima olehnya, REMAJA pasti para Sitizoners (gelaran kepada peminat Siti) juga kadangkala keliru berapa banyak sebenarnya trofi yang dimiliki olehnya.
Haa, nasib baik ada portal The Artist Museum.
Datuk Seri Siti Nuhaliza
Mengikut pengiraan mereka, Siti pernah memiliki 329 anugerah lalu melayakkannya menduduki tangga ke-27 daripada 100 orang penyanyi tersebut.
Ads
Ini sekaligus meletakkan Siti di hadapan penyanyi wanita lagenda antarabangsa seperti Nicky Minaj di tangga ke-30 dengan 314 anugerah, Celine Dion (33, 296 anugerah), Gloria Estefan (34, 295 anugerah), Alicia Keys (38, 271 anugerah), Shania Twain (43, 241 anugerah), Christina Aguilera (44, 236 anugerah) dan Jennifer Lopez (47, 232 anugerah).
Paling unggul di kedudukan pertama ialah Michael Jackson dengan 1003 anugerah diikuti oleh Beyonce, Taylor Swift, BTS dan Justin Bieber yang melengkapkan kedudukan Top 5.
Turut tersenarai ialah Whitney Houston, Lady Gaga, Ed Sheeran, Elvis Presley dan Rihanna dari kedudukan keenam hingga kesepuluh.
Tinjauan REMAJA mendapati senarai The Artist Museum yang dimuat naik ke Twitter ini telahpun dibanjiri oleh peminat Siti yang telah berkongsi fakta kejayaannya selama ini. Antaranya termasuklah anugerah Penyanyi Wanita Paling Popular dari tahun 1996 hingga 2009 di Anugerah Bintang Popular BH, peluang melakukan persembahan di Anugerah MTV Asia dan klip daripada dokumentari saluran History mengenainya.
Terdahulu, Siti pernah tercatat dalam Malaysia Book of Records pada tahun 2002 sebagai penerima anugerah paling banyak di Malaysia dan sehingga sekarang, beliau masih memegang rekod tersebut.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Terbaru, penyanyi dan chef selebriti terkenal, Datuk Fazley Yaakob mendedahkan bahawa mahligai perkahwinannya yang dibina selama 18 tahun sudah runtuh sejak beberapa bulan lalu.
Dalam pada itu, Fazley dalam satu kenyataan menjelaskan beliau dan Azrena Soraya Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Azrene Ahmad telah sah bercerai dan bekas isterinya itu sudah selesai menjalani tempoh iddah beberapa bulan lalu.
“Keputusan untuk bercerai telah diambil atas persetujuan bersama selepas 18 tahun bergelar suami isteri dan saya sendiri telah memfailkan penceraian.”
Kredit: Instagram Fazley Yaakob
“Semoga dengan adanya pengumuman ini, tidak akan ada lagi kekeliruan tentang hubungan kami berdua selepas ini.”
Walau bagaimanapun, menurut Fazley (46) keduanya masih mengekalkan hubungan baik sesama mereka mereka seperti waktu mula-mula berkenalan dahulu.
Kredit: Instagram Fazley Yaakob
Selain dari itu, keempat-empat anak mereka juga difahamkan kini berada dalam penjagaan bersama.
Sekadar info, Fazley dan Azrene telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2006 dan dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu iaitu Ahmad Fariedz Shah (15), Ahmad Fieradz Shah (14), Ahmad Fierudz Shah (13) dan Alayna Selma (7).
Sumber: Sinar Harian
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hal ini selepas laman Instagram peribadi milik Laudya dilaporkan sudah berubah menjadi platform promosi produk keluarannya.
Laudya antara selebriti Indonesia yang aktif berkongsi perkembangan karier, fesyen dan kecantikan menerusi laman Instagram miliknya.
Malah, pelakon itu dilihat memadam hampir kesemua foto dan video lama memaparkan dirinya di laman berkenaan.
Laudy bagaimanapun masih menyimpan beberapa keping gambar yang memperlihatkan dirinya memakai pelitup muka.
Sebelum ini Laudya memaklumkan akaun yang mempunyai lebih 37 juta pengikut itu kini dikendalikan oleh pihak pengurusannya.
“Diuruskan oleh admin,” tulisnya menerusi ruangan bio.
Untuk info sebelum ini, pelakon berusia 34 tahun ini pernah mendirikan rumah tangga bersama jejaka Malaysia, Ungku Imran namun kedua-duanya nekad untuk berpisah dengan cara yang baik setelah gagal memelihara rumah tangga yang hanya bertahan dua tahun.
Dalam manifesto yang dibentang Pakatan Harapan Mei lalu, memang kerajaan menjanjikan pemansuhan bayaran tol seluruh negara.
Namun nampaknya, proses dan pelaksanaan manifesto ini lebih merumitkan banyak pihak daripada jangkaan mereka.
Walaupun jika ia dilaksanakan secara berperingkat, bukan murah dan mudah ya untuk ia dihapuskan. Dalam kenyataan terbaru Menteri Kerja Raya, Baru Bian berkata kerajaan sedang mengkaji proses ini untuk semua operasi tol di seluruh Malaysia.
Hasil kajian itu nanti akan diumumkan sekitar hujung tahun ini. Jadi, besar kemungkinan ia tidak akan terlaksana dalam masa terdekat.
Tol Batu Tiga yang dimansuhkan awal tahun ini.
Menteri Kerja Raya, Baru Bian.
Menurut Baru Bian, isu ini menjadi rumit kerana ia melibatkan ramai pihak, termasuklah rakyat Malaysia sendiri yang merupakan pengguna lebuh raya. Kos pemansuhan tol ini akan memakan kos yang besar iaitu setinggi RM400 bilion jika kita ingin memansuhkan KESEMUA TOL dalam satu masa.
Malah, kerajaan juga perlu mengambil kira kepentingan KWSP sebagai salah satu pemegang saham PLUS Malaysia Berhad. Tak kan lah nak buat KWSP rugi pula kan.
Obviously, proses ini akan memakan masa. Jangan korang ‘membawang’ pula menuduh kerajaan sudah terlupa dengan manifesto mereka sendiri. Biar mereka lakukan kajian terperinci dulu okay.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!