Sing 2 merupakan sekuel kepada filem animasi pertamanya dengan judul yang sama ditayangkan pada 2016. Selepas lebih kurang lima tahun, filem ini tampil dengan naskhah baharu yang pastinya bakal menarik penonton ke pawagam.
Remaja berpeluang menonton tayangan perdana Sing 2 bersama media yang bertempat di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur. Sejujurnya, sekuel ini lebih menarik berbanding filem pertama mereka kerana banyak babak-babak yang mencuit hati dan menghiburkan.
Sing 2 mengisahkan tentang Buster Moon dan rakan-rakannya yang mempunyai tekad untuk beraksi di pentas besar Crystal Tower Theater di Kota Redshore. Namun, bakat kebolehan mereka dipertikaikan, sehingga kumpulan ini bertekad untuk menyertai sesi uji bakat secara ‘membabi buta’.
Tidak disangka-sangka, idea persembahan mereka yang ingin menampilkan penyanyi Clay Calloway disukai oleh seekor serigala angkuh yang bernama Jimmy Crystal, pemilik teater tersebut. Namun begitu, masalah muncul apabila penyanyi Calloway itu sudah 15 tahun tidak membuat kemunculan gara-gara sedih kehilangan isterinya.
Buster Moon dan rakan-rakannya rungsing memikirkan cara bagaimana untuk mencari Clay Calloway dan bermulanya konflik ketika ini.
Tidak banyak yang kami harapkan sewaktu menonton filem ini, namun semuanya berubah apabila boleh dikatakan hampir setiap babak ada sahaja adegan yang bakal buat korang tertawa. Ya, selain daripada karakter animasi haiwan yang sememangnya lucu dan comel, Sing 2 tetap menyajikan penonton dengan mesej dan nilai-nilai murni yang boleh diterapkan dalam kehidupan harian.
Ads
Foto: United International Pictures
Buster Moon, seekor koala telah membuktikan bahawa segala impian yang diinginkan tidak akan menjadi sia-sia sekiranya mereka berusaha keras untuk mencapainya. Semangat setia kawan yang ditonjolkan juga menjadikan filem ini bukanlah cerita ‘kosong’, tetapi sarat dengan mesej yang ingin disampaikan kepada penonton.
Foto: United International Pictures
Satu lagi yang menarik perhatian kami, pilihan lagu yang tepat bagi filem bergenre muzikal ini juga menambah keasyikan penonton yang senantiasa rasa terhibur sepanjang menonton filem yang berdurasi 1 jam 50 minit ini.
Ads
Nah, tak perlu kami nak cerita panjang lagi, bagi peminat filem animasi, jangan lepaskan peluang untuk menonton Sing 2 di pawagam mulai 30 Disember 2021 kerana ia pastinya menjanjikan keseronokan sepanjang menonton filem ini.
**
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kalau teringat zaman sekolah dulu-dulu, setiap kali masuk tahun baru mesti nak kena ada sekurang-kurangnya sepasang kasut baru. Kalau tak dapat, memang rasa tak ada mood nak pergi sekolah.
Betul tak?
Kadang-kadang tu, bukan la nak kasut yang mahal pun, cukup sekadar dapat yang baru dah rasa puas hati.
Tapi tak dapat nafikan budak-budak sekolah ni ada jenama kasut favorite mereka sendiri. Berikut kami senaraikan antara jenama kasut sekolah yang
1. North Star
Kredit foto: iamthesepet.blogspot.my
Kasut standard budak sekolah menengah, North Star. Harganya dulu kalau tak silap, RM29.90
2. All America
Tak mampu beli Converse, asal dapat kasut yang ada ‘star’ pun dah cukup bangga wey. Hiks!
3. Warrior
Walaupun kasut sekolah Warrior ni antara jenama yang murah, tapi ia sangat tahan lasak dan tak mudah koyak.
4. Pallas Jazz
Antara jenama kasut lain yang dipakai oleh kebanyakan pelajar sekolah.
5. All Star (Converse)
Siapa yang pakai kasut Converse time sekolah dulu memang dikira sebagai golongan orang berada la. Hehe!
6. Penguin @ kasut kung fu
Simple dan comel je. Harganya pun memang tak mahal. Katanya, dulu boleh dapat dalam harga RM10. Betul ke gais?
7. Sparx
Dulu masa sekolah rendah, mak ayah selalu belikan kasut Sparx ni. Untuk kita yang baru-baru nak kenal dunia, ok je uolls. Tak memilih pun. Haha!
8. Bata
Kalau tak Sparx, mak mesti belikan kasut Bata sebab dua jenis kasut ni memang macam adik beradik, satu kedai je pun.
9. Carlton
Ada sesiapa yang pernah pakai kasut sekolah jenama Carlton tak?
10. Line 7
Kasut Line 7 pun boleh tahan smart wey. Selain tu, jenama kasut ni pun mengeluarkan design untuk kasut bola.
Okay dalam banyak-banyak jenama kasut sekolah yang kami senaraikan, mana satu jadi favorite korang? Jom share dengan kami.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak tahun lepas, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menaik taraf kawasan lorong sisi dan lorong belakang di sekitar Bukit Bintang di bawah projek pengindahan bandar.
Rasanya masih belum ramai yang tahu kawasan ini boleh dijadikan port bergambar dan spot terbaik untuk pelancong datang ke negara kita.
Kalau dahulunya lorong-lorong ini kelihatan suram dan tidak menarik, sekarang makin ceria dan terdapat juga tiga hotel butik yang cantik, antaranya adalah Hotel Melange, The Yard Boutique Hotel dan Summer House Bed & Café.
Menurut perkongsian Suraya Muhamad, dulu nak lalu area Jalan Alor, Bukit Bintang ni punya ngeri sebab kotor dengan sampah dan bau yang tidak menyenangkan.
Namun begitu, pada bulan lepas kebetulan dia ada di area Sungei Wang Plaza, Suraya sempat singgah ke lorong tersebut memandangkan kawasan di situ pun tidak sesak.
Lukisan mural yang dilukis pada bangunan lama sememangnya satu inisiatif yang perlu dipuji kerana dapat menaikkan semula tempat ini untuk tarikan orang ramai.
Dengan peruntukan RM1.5 juta oleh DBKL seperti yang dilaporkan oleh Utusan Online, lorong-lorong ini telah dinaik taraf dan diberi imej baru memandangkan ia merupakan pusat tarikan pelancong.
Lepas ni tak perlulah nak pergi jauh-jauh, Cuti-Cuti Malaysia pun onz je. Lebih dekat, lebih jimat. Paling penting gambar OOTD menarik. Hiks!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Kumpulan penyanyi wanita terkenal dunia ini mencipta fenomena menerusi muzik mereka yang mengasyikkan. Dengan lagu-lagu menjadi juara carta dan muzik video mencecah bilion tontonan, tidak dapat disangkal lagi pengaruh mereka kepada masyarakat.
Terbaru, kumpulan Blackpink yang dianggotai oleh empat gadis menawan, Lisa, Rose, Jennie dan Jisoo telah dilantik sebagai penyokong rasmi bagi Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Menerima surat dari Duta Britain. Sumber gambar: Soompi
Perlantikan itu telah berlangsung kelmarin, 25 Februari 2021 bertempat di kediaman rasmi Duta British ke Korea Selatan, yang mana mereka menerima surat peribadi yang ditulis sendiri oleh Perdana Menteri Britain, Borris Johnson.
Dalam surat itu, Boris mengucapkan tahnniah kepada kumpulan tersebut kerana berjaya menaikkan kesedaran terhadap isu perubahan iklim menerusi video yang dilakukan mereka berkenaan isu tersebut. Ditonton lebih 10 juta kali di pelbagai platform sosial media, ia ternyata berjaya menyampaikan mesej dan menyedarkan ramai pihak betapa seriusnya isu ini.
“Perkara pertama yang perlu dilakukan adalah dengan mendidik diri sendiri tentang perubahan iklim. Kita haris tahu apa yang terjadi, kerana ia memberi kesan kepada kita semua. Kami mahu belajar lebih lagi tentang perkara ini dan kami berharap agar peminat kami pun akan turut serta bersama,” ujar ahli kumpulan BLACKPINK.
Jadi apa lagi BLINKS! Mainkan peranan anda sekarang. Turut serta dalam kempen cakna terhadap perubahan Iklim. Menjadi tanggungjawab kita untuk menjaga kelestarian planet ini.