Tidak keterlaluan sekiranya REMAJA gambarkan tahun 2022 menjadi milik grup sensasi Korea Selatan, Blackpink dalam konteks dunia hiburan antarabangsa.
Mereka muncul di pentas Video Music Awards (VMAs) untuk kali pertama pada bulan Ogos dan telahpun memulakan jelajah dunia ‘sold out’ di 27 buah bandaraya sejak Oktober lalu; berbaki tujuh bulan lagi termasuklah persembahan di Kuala Lumpur.
Pengaruh Blackpink bukan sekadar dalam kalangan peminat K-pop sahaja, malahan grup yang dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose ini juga menjadi salah satu penghibur kegemaran ramai selebriti antarabangsa seperti Selena Gomez, Usher dan Taylor Swift yang telah meluahkan rasa sayang mereka terhadap Blackpink secara terbuka sebelum ini.
Kehadiran album studio kedua berjudul Born Pink pada September lalu memperkukuhkan kedudukan Blackpink setelah ia mencatatkan jualan sehingga 2 juta unit.
Ads
Berbekalkan pelbagai kejayaan sepanjang tahun 2022, tidak hairanlah penerbitan antarabangsa Majalah Time telah menamakan Blackpink sebagai ‘Entertainer of the Year’ atau ‘Penghibur Tahunan’ untuk edisi Disember mereka.
Blackpink sekaligus menjadi artis dari Korea Selatan kedua yang diberikan gelaran ‘Entertainer of the Year’ selepas kumpulan BTS pada tahun 2020.
Menerusi temubual bersama Time yang telahpun dimuat naik di laman sesawangnya, Jennie memberitahu bahawa banyak tenaga dan usaha telah mereka berempat pertaruhkan agar boleh menjadi ‘superwomen’. Begitupun katanya, mereka hanyalah empat orang gadis biasa dalam kehidupan seharian.
Penglibatan setiap ahli Blackpink dalam kerjaya solo masing-masing juga dilihat sebagai resepi kejayaan kumpulan tersebut di mana setiap ahli mempunyai ruang untuk meneroka potensi serta identiti sendiri dalam dunia muzik, fesyen dan lakonan.
Ads
“Mereka berempat adalah bintang dari sudut masing-masing.”
Tambah Jennie lagi, kesemua kejayaan ini lahir daripada hati yang ikhlas dan bukan bersandarkan kepada wang serta perniagaan semata-mata. Justeru, kini mereka lebih mementingkan aspek kesihatan mental dan fizikal bagi mencapai lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Sekali lagi pengasas kosmetik, Nur Sajat mencuri perhatian netizen apabila dia menari lagu Solo yang dinyanyikan oleh Jennie Blackpink. Terkejut juga kami bila terjumpa video tersebut. Hiks!
Lebih mencuit hati lagi bila melihat tarian dan pakaian Sajat memang sebijik macam Jennie. Ha korang mampu tak menari setanding artis Kpop ni? Sajat dah pun buktikan tau. Hehe!
Walaupun mulutnya terkumat kamit sebab tak hafal lirik, kami kagum melihat keyakinannya yang cukup selamba menarikan lagu tersebut.
Hari ini menandakan satu lagi hujung minggu yang dipenuhi dengan kemunculan ramai selebriti dari Korea Selatan di Malaysia.
Sebentar tadi, kumpulan K-Pop GFriend baru saja menamatkan persembahan konsert sulung mereka di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam. Sementara itu, baks ahli Sistars iaitu Hyolyn juga berada di Kuala Lumpur semalam untuk showcase tertutup.
Terlebih dahulu, pelakon dan ahli grup Super Junior iaitu Choi Siwon telah menemui peminatnya di Sunway Pyramid sempena jelajah Kiehl’s memperkenalkan produk kosmetik terbaru mereka.
Sejak semalam, dia telah sibuk berjumpa dengan para peminatnya di sini. Kemunculan istimewa Siwon bersama pelakon Lisa Surihani di SMK Tinggi Kajang, Selangor menjadi topik perbualan hangat netizen di media sosial.
Mereka dibawakan khas oleh UNICEF untuk kempen #StandTogether dan mengingatkan penulis kepada sebuah lagi kempen UNICEF yang menyatukan Siwon dan Lisa pada tahun lalu, juga di Malaysia.
Mereka berdua yang dilantik sebagai duta UNICEF negara masing-masing meluanhkan lebih 2 jam di sekolah berkenaan untuk bercakap tentang isu buli di kalangan remaja.
Ia merupakan inisiatif untuk menamatkan trend membuli dan dipimpin sendiri oleh pelajar sekolah melalui tagline #StandTogether.
Menurut Siwon, dia sudah melawat beberapa negara di bawah program UNICEF dan setiap kali ke negara berasingan, dia tak kekok melayan pelajar dan menghiburkan mereka walaupun mungkin terbatas dari segi bahasa.
Semasa melayan peminat di kalangan pelajar semalam, sebuah video yang kini viral di media sosial menunjukkan seorang pelajar perempuan menolak pelawaan Siwon untuk bersalam tangan atas alasan bukan muhrim.
Pada awalnya, riak wajah Siwon jelas sedikit bingung dan seorang lelaki di sebelahnya berbisik seperti ingin menjelaskan keadaan tersebut. Pelakon itu pantas memahami situasi itu dan tidak mengambil hati.
Pada hari ini pula semasa di Sunway Pyramid, Siwon dilihat bertanya terlebih dahulu kepada peminatnya di atas pentas jika mereka okay untuk bersamalan dan mengambil selfie bersama. OMG, considerate sangat!
Patutlah kehadiran Siwon ke Malaysia dinanti-nantikan pada setiap tahun walaupun dia kerap ‘terbang’ ke sini atas tujuan kerja ataupun bercuti.
Peminat menghargai budi bahasanya yang sentiasa menghormati kepercayaan budaya serta agama berlainan
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ura-ura kumpulan K-Pop popular, Blackpink akan mengeluarkan comeback single mereka pada akhir bulan Mac telah berterbangan sejak akhir Februari lagi. Tetapi tiada siapa yang dapat menjangkakan yang ia (1) diumumkan sebegitu pantas dan (2) poster teaser pertama mereka adalah hot seperti ini!
Single berjudul Kill This Love itu telah diumumkan pada jam 8 pagi tadi (waktu Malaysia) dan ia merupakan single terbaru anggota Blackpink selepas ‘Solo’ nyanyian Jennie berjaya menjuarai kedudukan pertama carta tahun lalu.
Netizen rata-rata tidak mampu membendung rasa teruja mereka dengan poster pertama yang menampilkan Lisa. Buktinya, tiga topik trending teratas diungguli oleh Blackpink di Twitter. Ramai yang menyatakan keterujaan mereka melalui hashtag #KillThisLove, #Lisa dan #Blackpink.
Kill This Love akan diputarkan secara rasmi pada 5 April kelak. Nantikan!
Dalam pada itu, terdapat 2 lagi perkhabaran baik untuk Blackpink, pagi ini.
Setelah poster Kill This Love dimuat naik, syarikat naungannya YG Entertainment melaporkan saham mereka serta-merta melonjak naik.
Ia adalah satu perkembangan baik setelah kes skandal anggota Big Bang, Seungri membantutkan stok saham mereka. Skandal itu juga ‘berjaya’ mengheret stok saham syarikat lain seperti JYP dan SM Entertainment untuk turut sama jatuh.
Selain itu, akaun YouTube Blackpink juga dilihat sudah melepasi 20 juta subscribers. Hanya pada bulan Ogos tahun lalu, ia mencecah angka 10 juta. Dalam masa 8 bulan saja, ia telah melipat sekali ganda kerana sokongan Blinks seluruh dunia.
Apapun REMAJA tak sabar untuk mendengar Kill This Love, April ini.
Blackpink daebak!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagai mimpi jadi kenyataan, penyanyi dan pelakon sensasi, Kilafairy baru-baru ini meluahkan rasa teruja apabila bakal berkongsi pentas dengan ikon muzik Bollywood terkenal, Udit...