Berangan itu tak salah kan? Lagi best kalau angan-angan itu menjadi kenyataan. Bayangkan korang dapat sesuatu yang korang impikan dengan titik peluh sendiri. bestnya!!
Itu yang berlaku kepada pemuda berusia 34 tahun ini, Imran Ariff Mohamed @ Razlan, kisahnya memberi inspirasi kepada anak muda lain apabila menjadi antara pengusaha stesen minyak bumiputera termuda di Perlis.
Macam mana Imran Ariff berjaya memiliki stesen minyak seawal usia ini?
Semuanya bermula apabila beliau membuat keputusan untuk menceburi bidang peruncitan petroleum setelah terbaca iklan di laman sesawang Petronas kira-kira lima tahun lalu.
Bermula dari saat itulah bekas jurutera elektronik komputer itu nekad meninggalkan kerjaya ‘makan gaji’ dan beralih ke bidang peruncitan petroleum selepas diterima menjadi wakil niaga Petronas secara ‘Company Owned, Dealer Operate’ (CODO) pada awal 2019.
Ads
Imran Ariff menganggap dirinya bernasib baik kerana telah menyimpan modal sejak dari bangku sekolah lagi hasil dari pampasan yang diterimanya kerana terlibat dalam satu kemalangan pada usia 13 tahun dan menyimpan wang tersebut di dalam Amanah Saham Bumiputera (ASB).
Beliau turut menceritakan kisahnya ketika masih belajar di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang mana beliau terpaksa mendisiplinkan diri agar tidak menggunakan wang simpanan ASB tersebut biarpun pada masa itu hampir semua rakan-rakanya memiliki telefon pintar mewah kerana menunggu peluang membuat pelaburan yang menguntungkan dan dapat menjamin masa depannya.
Katanya, hanya mengeluarkan duit simpanan sebagai modal permulaan sebanyak RM250,000 pada 2019 apabila menerima tawaran menjadi wakil niaga Petronas.
Ads
Menceritakan pengalamannya, Imran Ariff berkata bukan mudah baginya untuk mendapat kepercayaan daripada Petronas dan beliau berusaha keras tanpa rasa putus asa dengan membuat pemohonan sebanyak dua kali bermula pada 2010.
“Pemohonan pertama saya ditolak kerana dianggap terlalu muda untuk menceburi bidang ini, kurang pengalaman dalam pengurusan perniagaan dan latar belakang kerjaya yang kurang sesuai.
“Usaha saya tidak terhenti setakat itu apabila pemohonan kali kedua saya diterima dan berjaya meyakinkan pihak Petronas dengan kertas kerja bertajuk ‘Bagaimana Seorang Jurutera Boleh Menguruskan Stesen Minyak dan Menaikkan Sales‘,” katanya.
Ads
Walaupun turut terkesan dengan keadaan ketika ini yang mana kerajaan melaksanakan PKP pada awal operasinya (Mei 2020), namun keadaan makin bertambah baik hasil daripada penggunaan media sosial untuk menarik minat orang ramai datang ke stesen minyak Petronas Jejawi.
Imran Ariff berkata tidak pernah menyesal meninggalkan kerjaya makan gaji kerana percaya bahawa usaha dengan berasaskan kesabaran pasti ada kejayaan.
“Ramai orang muda hari ini cepat mengalah apabila berdepan ujian gentir namun bagi saya perlu ada kesabaran untuk maju dalam perniagaan selain modal dan perancangan kewangan yang mantap,” katanya.
Moga kisah Imran Ariff ini menjadi inspirasi kepada remaja di luar sana untuk berjaya di masa hadapan.
Sumber: Bernama
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Apa sahaja yang dilakukan oleh selebriti popular, Noor Neelofa Mohd Nor pastinya mendapat perhatian netizen di media sosial.
Baru-baru ini, Neelofa telah pun memuat naik sebuah video posting di laman instagramnya dan mengumumkan bahawa dia turut serta dalam kempen yang dilancarkan oleh pereka fesyen Inggeris, Stella McCartney, iaitu #ThereSheGrows.
Kempen ini bertujuan untuk membantu menyelamatkan ekosistem Leuser di Indonesia dan peserta diminta untuk mendedkasikan mesej kepada seseorang sebelum meminta orang lain melakukan perkara yang sama.
Juara Pencarian Dewi Remaja 2009/10 ini mendedikasikan penghormatan ini buat anak saudaranya, Jebat Jayden.
“I would love for him to experience the greeneries when he grows up. I think it’s very important for us to leave a better and greener world for our future”
Neelofa ingin anak saudaranya merasai sendiri pengalaman kehidupan yang lebih segar dengan kehidupan hijau ketika dia membesar.
Ramai yang memuji tindakan selebriti ini kerana menyokong kempen tersebut dan memberi kesedaran kepada masyarakat dunia.
Bukan hanya Neelofa, selebriti antarabangsa yang lain juga turut menunjukkan tanda sokongan untuk menyertai inisiatif ini bagi mewujudkan kesedaran di sekitar ekosistem Leuser. Antara selebriti Hollywood yang turut serta adalah seperti Gwyneth Paltrow, Drew Barrymore, Jimmy Fallon dan Justin Timberlake.
Congrats Lofa. Diharap ramai lagi anak muda yang menyokong dan tanamkan dalam diri untuk mencintai kehidupan hijau serta memastikan alam sekitar sentiasa terjaga demi masa hadapan generasi yang akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Namun, baru-baru ini satu kedai popular dan viral di Pulau Mutiara ini tercalit kontroversi apabila kedai roti canai popular ini menggunakan telur yang terdapat najis ayam untuk menyediakan makanan pelanggan, kedai tersebut turut dikompaun RM500 kerana tidak menghantar pekerja untuk mengambil kursus pengendalian makanan.
Sumber Gambar: Sinar Harian
Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan gerai terbabit ditutup selama 14 hari kerana tidak menepati piawaian kebersihan, lapor Sinar Harian.
Penutupan itu dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 bagi membolehkan pengusaha pemilik gerai melakukan kerja-kerja pembersihan. Sementara itu, pemilik gerai terbabit, Shahjahan Abdul Hamid berkata, pihaknya akur dengan arahan berkenaan dan memohon maaf kepada pelanggan.
“Tempoh yang diberi itu akan digunakan sebaiknya bagi membersihkan gerai ini,” katanya ringkas.
Difahamkan pemeriksaan itu dilakukan susulan tular satu rakaman video berdurasi 53 saat menunjukkan pekerja gerai meletakkan telur yang akan digunakan bagi penyediaan perniagaan mereka ke dalam bakul secara kasar hingga menyebabkan beberapa telur pecah namun tidak dipedulikan sebelum sambung menebar roti.
Hmm….Bab makanan ini tak boleh dibuat main kerana setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging kepada seseorang.
Apa kata kita buat je sendiri dari rumah, sebenarnya roti sarang burung ini boleh dilakukan sendiri di rumah menggunakan paratha segera sahaja. Lebih mudah kan?
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pernah membintangi drama dan siri di televisyen, antaranya Idola Kecil Cindarella Stories, Idola Kecil The Series, Dunia Eicak, Elly & Epit dan Miss Kapten Cikgu Waiz.
Afieq Shazwan kini sudah tidak lagi dibayangi dengan imej kanak-kanak apabila kita melihat transformasi dirinya sekarang.
Menginjak usia 22 tahun, boleh dilihat perubahan ketara dirinya khususnya fizikal apabila sudah mula bergiat aktif di gym dan mula membina badan.
Afieq tayang six pax…
Baru-baru ini, pelakon itu telah memuat naik beberapa foto transformasi tubuh sasa membuatkan ramai mula teruja, dengan perubahan fizikal pemenang tempat ketiga Big Stage musim pertama.
Menurut Afieq menerusi kapsyen dia hanyalah mahu memiliki tubuh badan yang sihat dan fit.
Rata-rata pengikut Instagram memuji bentuk badan sado yang dimiliki Afieq, menyifatkan tubuhnya sempurna dan kelihatan seksi.
Apa pun Good Job Afieq, semoga dengan transformasi tubuh ini dapat mengembangkan lagi karier beliau. Mana tahu lepas ni Afieq dapat pegang watak hero pula kan.
Sumber : Afieq Shazwan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!