Pulau Pinang sememangnya dikenali sebagai syurga makanan di Malaysia.

Tak kira warong jalanan menjual hidangan Malaysia hingga ke char kuey teow, nasi Kandar, Pulau Pinang ada semuanya!

ARTIKEL BERKAITAN : Nasi Kandar ‘Hameediyah’ Diiktiraf Malaysia Book of Records, Cecah 1 Abad Di Malaysia. Wow!

Namun, baru-baru ini satu kedai popular dan viral di Pulau Mutiara ini tercalit kontroversi apabila kedai roti canai popular ini menggunakan telur yang terdapat najis ayam untuk menyediakan makanan pelanggan, kedai tersebut turut dikompaun RM500 kerana tidak menghantar pekerja untuk mengambil kursus pengendalian makanan.

Telur Ada Najis Ayam, KKM Arah Gerai Roti Canai Terkenal Pulau Pinang Ditutup 14 Hari
Sumber Gambar: Sinar Harian

Terbaharu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengarahkan gerai terbabit ditutup selama 14 hari kerana tidak menepati piawaian kebersihan, lapor Sinar Harian.

Penutupan itu dikeluarkan mengikut Seksyen 11 Akta Makanan 1983 bagi membolehkan pengusaha pemilik gerai melakukan kerja-kerja pembersihan. Sementara itu, pemilik gerai terbabit, Shahjahan Abdul Hamid berkata, pihaknya akur dengan arahan berkenaan dan memohon maaf kepada pelanggan.

IKLAN

“Tempoh yang diberi itu akan digunakan sebaiknya bagi membersihkan gerai ini,” katanya ringkas.

Difahamkan pemeriksaan itu dilakukan susulan tular satu rakaman video berdurasi 53 saat menunjukkan pekerja gerai meletakkan telur yang akan digunakan bagi penyediaan perniagaan mereka ke dalam bakul secara kasar hingga menyebabkan beberapa telur pecah namun tidak dipedulikan sebelum sambung menebar roti.

 

IKLAN
@naimullah.johari Pusat operasi Roti Canai Transfer Road. #roticanaitransferoad #penang #pulaupinang #malaysia #makan #malaysiatiktok🇲🇾 ♬ bunyi asal – Naim Johari

Hmm….Bab makanan ini tak boleh dibuat main kerana setiap makanan yang dimakan akan menjadi darah daging kepada seseorang.

Apa kata kita buat je sendiri dari rumah, sebenarnya roti sarang burung ini boleh dilakukan sendiri di rumah menggunakan paratha segera sahaja. Lebih mudah kan?

IKLAN

BACA : Resipi Roti Canai Sarang Burung Guna Paratha Segera, Lebih Jimat & Confirm Sedap

SUMBER : Sinar Harian

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI