Aduhhh, rasa lapar pulak. Pekena nasi kandar dengan teh ais buih lebih macam padu je! Haa, jangan tipu lah kalau korang tak pernah makan nasi kandar langsung dalam hidup korang.
Come on, nasi kandar antara makanan paling popular di Malaysia kot. Bayangkan nasi putih, kuah bermacam-macam jenis, ayam goreng yang crunchy ditambah pula dengan papadom. Fuhh padu beb!

Tapi kalau korang nak rasa nasi kandar utara yang ‘pure’ kena la pergi Pulau Pinang.
Tapi korang tahu tak, baru-baru ini Restoran Hameediyah telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBR) sebagai “restoran nasi kandar tertua” di negara ini!
Wow hebatnya,

Menurut Bernama, Ketua Pegawai Operasi MBR, Christopher Wong berkata restoran nasi kandar itu yang sememangnya sangat terkenal dalam kalangan pelancong tempatan dan antarabangsa telah berusia lebih 100 tahun dan mula menjalankan perniagaan sejak tahun 1907.
Meskipun dah mencecah lebih 1 abad namun restoran itu masih kekal popular sehingga ke hari ini.
Malah restoran nasi kandar ini kini telah diwarisi generasi ketujuh keluarga berkenaan!

Sijil pengiktirafan MBR itu diserahkan kepada pemilik restoran Hameediyah, Ahamed Seeni Pakir Abdul Shukor.
Dalam pada itu, Ahamed melahirkan kesyukuran atas pengiktirafan MBR itu dan berjanji akan terus menghidangkan makanan dan perkhidmatan terbaik untuk pelanggan restoran berkenaan.
“Kami sangat gembira atas pengiktirafan ini dan kami berasa sangat istimewa dan dihormati,” katanya.
Menurutnya, restoran Hameediyah menerima ramai tetamu terhormat, seperti pelakon, menteri bahkan Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong.

“Seri Paduka Baginda berkenan berkunjung ke sini (Restoran Hameediyah) tahun ini, tetapi seperti kebanyakan pelanggan, kedatangan baginda tidak dijadualkan tetapi sekadar untuk menikmati makanan di sini,” katanya.
Anda mungkin berminat dengan
Sementara itu, Ahamed berkata restoran itu akan mewarisi resipi restoran keluarga itu kepada generasi seterusnya dan bercadang mengembangkan perniagaan ke seluruh negara.
Kini cawangan Restoran Nasi Kandar Hameediyah terdapat di Butterworth dan Kota Damansara, Petaling Jaya dan dijangka bulan hadapan satu lagi cawangan baharu dibuka di Sungai Ara, Georgetown.
Wow, hebatnya restoran nasi kandar Hameediyah ni mampu bertahan lebih 100 tahun ye. Tapi no wonder la sebab nasi kandar ni boleh buat kira termimp-mimpi kan…hehe
Sumber: Bernama
∞
Instagram kini dalam proses untuk mengharamkan sebarang konten iklan yang ditaja oleh syarikat vape.

Trend yang merisaukan instagram adalah sasaran syarikat vape ini adalah golongan muda yang tidak merokok.
Instagram turut memantau promosi produk menguruskan badan dan alkohol yang boleh memberikan kemudaratan.

Ia termaktub melalui ciri Branded Content, iaitu platform yang memudahkan sesuatu perkongsian dilabelkan sebagai berbayar. Perubahan baharu dalam corak pengiklanan ini akan diperkenalkan tidak lama lagi.
Instagram Halang Vape Dan Rokok
Ada syarikat yang menggunakan selebriti terkemukan seperti Lily Allen.

Instagram sudah mengeluarkan amaran bahawa vape kini disenarai sebagai barang yang dilarang untuk dipromosi menerusi platform mereka selain daripada produk tembakau dan senjata api.
Polisi baharu itu telah membuatkan Instagram mulai mengesan dan memadam konten yang mempromosi vape bermula minggu depan.

Syarikat vape banyak yang menggunakan platform instagram untuk mempromosikan produk mereka.
Dasar terbaru IG ini pasti memberikan kesan kepada beberapa syarikat vaping besar termasuk
Jadi selepas ini, para influencers di IG hati-hati okay kalau nak promosi produk-produk seperti ini.
Sumber : CNBC
∞
Cuaca panas sedang melanda semua negeri di Malaysia dan apa yang selalu membuatkan kita marah?
Gigitan nyamuk pada waktu malam.
Okay, peluh, dahaga DAN gigitan nyamuk.

Nyamuk lebih pantas untuk membiak dan bertindak mengigit ketika cuaca sepanas sekarang kerana ketiadaan hujan lebat yang mengganggu aktivitinya. Sudah tentu, semua orang perlu melakukan langkah pencegahan seperti menjaga kebersihan di sekeliling rumah agar ia tidak membiak.
But we can just do so much. Pada waktu malam semasa kita sedang lena tidur, nyamuklah yang akan menemani di katil.
Selain menyapu krim bagi melegakan gigitan nyamuk, ini dia 4 lagi cara terbaik untuk korang cuba.
Air Sejuk / Ais

Rendamkan kain bersih di dalam air sejuk dan letak pada bahagian gatal.
Korang pun boleh bungkuskan ketulan ais di dalam kain dan letakkan pada permukaan kulit sehingga rasa gatal hilang.
Cuka Epal

Ia sesuai untuk kurangkan kegatalan kerana sifatnya yang berasid. Sama seperti antiseptik, celupkan bebola kapas sedikit ke dalam cuka epal yang dilurutkan dengan air suam. Then, sapu!
Bawang

Yes, ada juga gunanya membawang. Bawang mempunyai sifat anti bakteri yang sangat efektif untuk mengubati luka termasuklah kesan merah gigitan nyamuk.
Caranya, belah bawah merah atau putih dan olehkan pada kulit untuk beberapa saat.
Hanya jika ia tidak menimbulkan reaksi atau alergi, teruskan mengoles untuk beberapa minit. Kemudian, cuci dengan air.
Kulit Pisang

Pishang bukan sebarang pishang.
Sambil makan buah pisang, ambil bahagian dalam kulitnya dan potong ia menjadi kecil. Kemudian, lekat pada kawasan yang digigit nyamuk.
Kulit pisang mempunyai sifat anti radang lalu melembapkan kulit yang gatal.
Haa, jangan garu. Cuba 4 tip pada malam ni kalau digigit nyamuk okay.
∞
Aktres jelita, Intan Najuwa sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memuat naik gambar terbaharu di Instagram, kelihatan cantik dan ramping berbaju hitam sambil memegang air kopi dan matcha, walaupun kini sudah mempunyai seorang bayi perempuan.
Dalam kapsyennya, Intan hanya menulis, “Matcha run.”

Rata-rata netizen teruja dengan penampilan pelakon itu dan meninggalkan komen pujian.
“Macam mana boleh maintain kurus lepas pregnancy ini,” komen seorang pengguna.
“I is jealous. I dah gemuk… Hm cantiknya Intan,” komen seorang lagi.

Selain itu, ada juga yang memuji penampilan Intan secara keseluruhan, “Cantiknya body…”
Tidak kurang juga komen yang berseloroh mengenai rutin minum kopi Intan.
“Aduh, dia hari-hari minum coffee body letopan, aku ini seminggu sekali saja.. hauk. Jadi nak kene minum coffee hari-hari ke macam mana ini,” tulis netizen yang lain.

Namun, ada juga netizen yang memberi pandangan lebih berhati-hati.
“Dia memang cantik dan minat sangat dengan dia ni tapi posting yg ni kurang sikit la macam terlalu seksi kita doakan untuk dia ya,” komen netizen lain.
Sekadar info, Intan sah bergelar isteri kepada ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman pada 18 Ogos 2023.

Pasangan ini kemudian dikurniakan cahaya mata perempuan yang diberi nama Imane Lunara pada 15 Disember tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
∞