Tidak sah sekiranya Anugerah Akademi (Oscars) yang meraikan filem-filem terbaik Hollywood sepanjang tahun lalu tidak terpalit dengan kontroversi di sebalik pemilihan pemenangnya.
Dalam acara Oscars ke-97 yang bersiaran dari Dolby Theater di Los Angeles sebentar tadi, kemenangan bagi kategori Pelakon Wanita Terbaik telah berpihak kepada pelakon muda, Mikey Madison menerusi lakonan memberangsangkan dalam filem Anora.
Mikey, 25 mengenepikan saingan sengit terutamanya daripada Hollywood darling, Demi Moore (The Substance); Cynthia Erivo (Wicked), Fernanda Torres (I’m Still Here) dan Karla Sofía Gascón (Emilia Pérez).
Mikey Madison.Demi Moore.
Sebelum ini, Mikey membawa pulang trofi Pelakon Wanita Terbaik di anugerah BAFTA (anugerah perfileman di Great Britain yang sama tarafnya dengan Oscars) setelah para juri terpikat dengan watak lakonannya sebagai seorang pekerja seks bernama Ani yang mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Ivan, jejaka dari Rusia yang berkuasa.
Biarpun pengkritik filem rata-rata memuji kredibiliti lakonan Mikey dalam filem Anora, masih ramai yang tidak begitu mengenali dengan lebih dekat siapakah gerangan pelakon berkulit cerah ini.
Ads
Jom lihat 5 fakta menarik mengenai Mikey Madison.
01
Biarpun Mikey berasal dari San Fernando Valley di Los Angelas, ibu bapanya merupakan pakar psikologi dan tidak terlibat dalam industri perfileman seperti majoriti pendatang baharu Hollywood yang lain pada masa kini.
02
Mikey disekolahkan di rumah bersama empat lagi adik-beradik lain. Oleh itu ketika membesar, Mikey mempunyai masa untuk bergiat dalam pertandingan menunggang kuda sama seperti yang pernah dilakukan oleh ibunya dan neneknya.
03
Tidak lama kemudian, Mikey memilih untuk meninggalkan bidang sukan tersebut kerana ingin menceburi dunia lakonan yang boleh memakan masa yang lama. Ibunya menyokong sepenuhnya minat Mikey itu dan mendaftarkannya ke dalam kelas lakonan.
Ads
“Saya tertarik dengan intimasi dan connection yang hadir dalam dunia lakonan. Bagi saya, ia amatlah berani, mendalam dan beremosi. Kesemua itu adalah perasaan yang saya tidak terokai sebagai seorang penunggang kuda dahulu,” katanya dalam satu temubual bersama Vogue.
04
Sebelum Anora dan Scream V, Mikey terlebih dahulu melakonankan watak utama pertamanya pada tahun 2017 menerusi sebuah filem indie berjudul Liza, Liza, Skies Are Grey.
Mikey juga pernah menjayakan watak berskala kecil dalam filem Once Upon A Time… In Hollywood arahan Quentin Tarantino. Scream V merupakan filem yang benar-benar menjulang populariti Mikey apabila gandingannya bersama Jenna Ortega berjaya mencuri tumpuan penonton. Terbaru, Mikey juga muncul dalam filem Lady In The Lake.
05
Watak Ani dalam filem Anora ditulis khas oleh pengarahnya, Sean Baker setelah beliau menonton lakonan Mikey dalam filem seram, Scream V. Namun menurut Sean sewaktu menerima trofi Pengarah Terbaik Oscars ke-97 sebentar tadi, beliau benar-benar merasakan Mikey sesuai membawakan watak Ani itu setelah menontonnya dalam filem Once Upon A Time… In Hollywood.
Sebaik dilamar oleh Sean untuk melakonkan watak Ani, Mikey tidak menunggu lama menyatakan persetujuannya dan merasakan dirinya adalah pelakon wanita paling bertuah di dunia apabila menerima pelawaan tersebut.
Dalam ucapan kemenangannya di Oscars, Mikey sekali lagi mendedikasikan kemenangannya itu kepada komuniti pekerja seks seperti yang pernah dilakukannya di anugerah BAFTA.
“Saya juga ingin sekali lagi mengiktiraf dan memberikan penghormatan kepada komuniti pekerja seks. Saya akan terus menyokong dan menjadi sekutu wanita-wanita luar biasa ini.
“Peluang bertemu dengan wanita-wanita daripada komuniti tersebut adalah salah satu sorotan terbaik saya sepanjang pengalaman (membintangi Anora).”
Tahniah Mikey Madison setelah menjadi salah seorang pelakon wanita termuda pernah menjulang trofi keramat tersebut di pentas berprestij Oscars.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup?
Ikuti Telegram, Instagram & TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Konflik hubungan antara pengarah filem dan pelakon terkenal, Syamsul Yusof dan isterinya, Ira Kazar terlerai apabila mereka disahkan bercerai talak satu oleh Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor, sebentar tadi.
Keputusan itu dibuat Hakim Syarie Mohd. Faizal Habib kira-kira pukul 10.30 pagi, 5 September 2024 dan mahkamah memutuskan demikian selepas mendapati wujud pelanggaran taklik oleh Ira Kazar atau nama sebenarnya, Faghirah Fatini Kazaruddin, 29.
Kredit: KosmoKredit: Kosmo
Peguam syarie mewakili Syamsul Yusof (40), Azmi Mohd. Rais sebelum ini mengesahkan pelakon berkenaan sudah memfailkan cerai terhadap Ira pada 19 Ogos lalu atas sebab mereka tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan yang dibina lebih setahun.
Sekadar info, pasangan itu berkahwin pada 6 Januari 2023 di Selatan Thailand. Susulan itu, pelakon Puteri Sarah Liyana pada ketika itu sebagai isteri Syamsul nekad memfailkan perceraian sebelum berpisah secara rasmi pada 14 Jun tahun lalu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Usahawan dan selebriti sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri, menegaskan bahawa beliau tidak akan menerima sebarang tawaran menyanyi bagi mana-mana acara sekiranya bayaran yang ditawarkan tidak setimpal.
Menurut penyanyi lagu popular Abang Nak Tegur itu, penolakan tersebut bukan kerana dirinya sombong, tetapi untuk menjaga reputasi sebagai seorang penyanyi yang bermutu.
Selain itu, Aliff turut mendedahkan bahawa harga minimum untuk setiap persembahannya adalah RM15,000.
“Saya baru-baru ini mendapat tawaran untuk menyanyi di sebuah konsert. Namun, saya terpaksa menolak kerana suara saya terlalu sedap tetapi bayaran yang diberikan tidak setimpal.
“Ini saya nak beritahu, ‘rate’ atau harga saya minimum RM15,000. Ini serius, jangan ketawa. Kalau saya terima, macam tak berbaloi.
“Kita sudah bersiap cantik-cantik, bayaran pula sekadar RM2,000 atau RM3,000 memang tak berbaloi. Kalau macam itu tawarannya, lebih baik saya buat live di media sosial sahaja,” katanya.
Pada masa sama, pelantun lagu popular Bobo Dimana itu turut menegaskan bahawa beliau tidak akan membiarkan pendedahan tersebut dipandang ringan atau dipertikai.
“Dengan nama Allah, awak semua ingat hina sangatkah saya tak boleh menyanyi? Ini cerita betul.
“Saya tolak tawaran itu bukan kerana menyombong. Sudahlah lokasi pun jauh, di Pulau Pinang, kemudian bayarannya sedikit. Tak bolehlah macam itu. Saya kena jaga reputasi saya,” ujarnya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER: Utusan Online
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas kejayaan Mael Totey The Movie, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) bakal mengangkat Muhammad Syahmi Sazli sebagai Ikon Pengarah Muda. Pengiktirafan ini diberi kerana melihat usaha anak muda ini dengan arahan karya pertama filemnya yang berjaya mengutip lebih RM7 juta di Astro First.
Menurut Pengerusi FINAS, Zakaria Abdul Hamid, sebuah majlis apresiasi bagi menghargai individu yang berjaya dalam bidang perfileman negara akan diadakan pada awal tahun hadapan.
Syahmi Sazli dilihat bukan sahaja berjaya dalam usahanya tetapi juga telah mengangkat golongan Orang Kurang Upaya (OKU) untuk turut sama menjayakan filem tersebut. Pemuda ini telah membuktikan bahawa dia mampu berjaya tanpa meminta bantuan pihak lain, termasuklah FINAS.
Zakaria turut menegaskan bahawa pengarah muda yang lain juga perlu menghasilkan karya yang dikehendaki golongan muda yang bukan hanya tertumpu kepada kisah stereotaip sebaliknya lebih kepada membawa anak muda untuk membina bangsa dan negara menerusi karya mereka.
“Kita tidak mahu berterusan kisah cinta seperti orang kaya berkahwin dengan orang miskin tetapi mesti mempunyai idea bagaimana dapat memberi semangat kepada golongan muda dalam membina negara,” jelasnya lagi.
Syahmi juga memberitahu bahawa dia merancang untuk menghasilkan sebuah lagi filem baru pada hujung tahun hadapan dan akan memulakan penggambaran dijangka pada Mac 2021.
“Kejayaan Mael Totey akan menjadi perangsang kepada saya untuk menghasilkan karya yang lebih baik dan akan menggunakan pelakon yang sama untuk filem berlatarbelakangkan kehidupan rakyat Kelantan,” katanya.
Orang kuat Mael Totey The Movie
Syabas kami ucapkan buat Syahmi Sazli dan team produksinya kerana berjaya membuka mata masyarakat Malaysia dengan menghasilkan karya-karya asli yang pastinya mampu menarik perhatian penonton.
Diharap kejayaan anak Kelantan ini dapat memberikan inspirasi kepada ramai lagi anak muda untuk mereka terus berjuang dan tidak berputus asa.