Baru-baru ini, industri K-Pop sekali lagi dimeriahkan dengan kemunculan boy group rookie, LNGSHOT, yang rasmi debut pada 13 Januari lalu menerusi album ‘EP SHOT CALLERS’ bersama lagu utama berjudul ‘Moonwalkin’.
Kehadiran mereka dengan pantas mencuri perhatian peminat K-Pop secara global, apatah lagi apabila kumpulan ini menjadi boy group pertama yang diterbitkan secara langsung oleh bintang terkenal hip hop Korea, Jay Park, di bawah label More Vision.
Sejak debut, nama LNGSHOT kerap menjadi bualan dalam kalangan peminat K-Pop di media sosial. Lagu ‘Moonwalkin’ bukan sahaja menonjolkan identiti muzik keempat anak muda itu, malah berjaya mencatatkan rekod debut minggu pertama terbesar di Spotify bagi boy group generasi ke-5 dengan 4.9 juta streaming dalam tempoh tujuh hari.
Pada masa yang sama, mereka yang turut digelar sebagai ‘anak Jay Park’, LNGSHOT tampil dengan gabungan genre hip hop, R&B dan pop yang segar serta mudah diterima. Kali ini, jom Remaja bawa korang kenali lima fakta menarik mengenai LNGSHOT!
Ads
‘SELF-PRODUCE’ GROUP
LNGSHOT dikenali sebagai salah satu kumpulan self-produce apabila setiap anggotanya terlibat secara aktif dalam proses penciptaan lagu. Pendekatan ini bukan sahaja menonjolkan bakat muzik mereka, malah membuktikan LNGSHOT serius dalam membina identiti dan jenama sendiri sejak awal debut.
4 JEJAKA GEN-Z BERBAKAT
Kumpulan ini terdiri daripada empat orang ahli iaitu Ohyul (20), Ryul (20), Woojin (18) dan Louis yang kini berusia 16 tahun. Mereka dikenali memiliki karakter serta kekuatan vokal dan rap yang berbeza, menjadikan dinamika kumpulan ini seimbang dan memang menarik untuk diikuti.
Sebelum debut rasmi, LNGSHOT sudah pun memperkenalkan diri melalui beberapa projek pre-debut seperti ‘4SHOBOIZ Mixtape’ dan single Saucin’ yang dilancarkan pada Disember 2025. Difahamkan, setiap projek ini dianggap sebagai ‘warm-up’ yang berjaya menarik perhatian peminat lagu bergenre K-hip hop dan R&B.
KEAKRABAN BERSAMA JAY PARK
Lebih menarik lagi, setiap ahli LNGSHOT sudah terlibat sebagai co-writer dalam beberapa lagu Jay Park sejak sebelum debut. Antaranya Ohyul yang terlibat dalam penulisan lagu berjudul ‘Remedy’, sekaligus memperlihatkan kepercayaan Jay Park terhadap bakat mereka.
Ads
Gambar Jay Park bersama LNGSHOT sebelum debut yang pernah mencetus kritikan di media sosial.
JUSTIN BIEBER OF K-POP
Comel tapi berbisa! Kalau korang nak tahu, maknae atau anggota termuda LNGSHOT, Louis juga sering menjadi sorotan di media sosial sejak kebelakangan ini kerana tona vokal beliau yang dikatakan sangat mirip dengan penyanyi kesayangan ramai iaitu Justin Bieber. Disebabkan hal itu, Louis turut mendapat gelaran ‘Justin Bieber of K-Pop’ dalam kalangan peminat.
Louis atau nama sebenarnya Louis Elliot Jourdain Lim merupakan seorang maknae dan mempunyai darah kacukan Korea-Perancis.
Nah itu dia! Secara keseluruhan, LNGSHOT tampil sebagai boy group rookie yang berani membina identiti sendiri tanpa terlalu bergantung pada nama besar di belakang mereka. Apa pun, dengan sokongan Jay Park serta hala tuju muzik yang jelas, kumpulan ini dilihat mempunyai potensi besar untuk pergi lebih jauh dalam industri K-Pop.
Jadi memang tidak mustahil juga jika satu hari nanti, LNGSHOT bakal menjadi antara nama yang terus mendapat perhatian peminat global dalam masa terdekat. Sekarang, cuba komen sikit siapa yang paling menarik perhatian korang untuk dijadikan sebagai next bias!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hujung minggu lalu, aktres K-pop dan ahli variety show popular berbahasa Korea ‘Running Man’ iaitu Song Ji Hyo telah memuat naik foto terbarunya yang menampilkan potongran rambut berlainan.
Song Jihyo. FOTO Via Korea Celeb
Menerusi foto yang menampakkan Ji Hyo seakan baru saja selesai memotong rambutnya yang kelihatan masih basah (atau dia sedang mengenakan produk rambut), aktres berusia 40 tahun itu menulis kapsyen berbunyi, “Ini adalah rambut yang dipotong pendek”.
Menerusi satu lagi muat naik, dia memberikan komen, “Ini adalah… hehehehehe, sangat kacak hehehehehe.” Tidak lama selepas itu, ahli Running Man dan rakan baiknya, Haha memberikan reaksi terkejut dan spontan dengan berkata, “Apakah ini??!!!”
Selama ini, Ji Hyo selesa dengan pelbagai stail rambut yang lebih panjang sedikit daripada paras bahu atau dikenali sebagai ‘lob’ (long bob). Dengan potongan terbaru ini, tidak mustahil dia mampu mempengaruhi ramai wanita dan remaja perempuan di luar sana untuk turut sama menggayakan rambut sependek ini lantas menjadi trend rambut 2022.
Buat masa ini, peminat Ji Hyo masih belum boleh mengesahkan sama ada potongan rambut baharu ini adalah demi karakter terbaru yang akan dilakonkan oleh Ji Hyo ataupun dia sememangnya ingin menukar angin dengan stail berlainan.
Untuk pengetahuan, terkini Ji Hyo sedang muncul dengan drama berjudul The Witch’s Diner di samping Nam Ji Hyun dan Chae Jong Hyeop .
Bagi korang yang setia mengikuti Arfan Rashid dan Mawar Rashid sejak zaman KeeK lagi, mesti korang tahu betapa ‘gila’-nya perangai adik-beradik ini.
Walaupun kini Mawar sudah kelihatan tone down sedikit seiring dengan statusnya yang telah berkahwin, penulis masih akan ketawa sekiranya mereka berdua ini duduk bersama dan membuka cerita lama.
“Masa kami gila-gila di KeeK dulu, ramai terhibur tapi tak kurang juga ada yang mengecam. Iyalah, waktu itu trend merekod perbuatan seharian masih baru, mana ada Insta Story semua ni.
“Ramai cerca Mawar kenapa nak pura-pura jatuhkan diri, tak tahu nak sopan macam perempuan lain ke? But, disebabkan video kami Mawar menjadi selebriti Keek kedua dengan pengikut paling tinggi,” kongsi Arfan yang merupakan abang kepada pelakon itu.
Foto: Akmar Azimi
Ibu kepada Arfan dan Mawar pula menyifatkan hubungan keluarganya lebih erat dek kerana vibe ‘aktif semacam’ yang ada pada mereka.
“Mawar lahir masa Arfan masih menyusu, jadi mereka memang selalu berebut sejak zaman menyusu lagi! Kesian Mummy kena layan perangai dua budak kecil ni.
“Mungkin sebab itu mereka tak boleh berenggang. Jika ada perkara buruk berlaku kepada Arfan atau Mawar, dua-dua AKAN KENA dengan Mummy. Contoh masa insiden dahi Mawar cedera sampai perlu dijahit semasa mereka rancak melompat di atas katil.
“Mummy susun semua adik-beradik dalam satu barisan dan rotan seorang-seorang! Bagi Mummy, tanggungjawab untuk jaga adik-beradik adalah tanggungjawab bersama.
* * * * *
Foto: Nana@Azman
Selain perangai gila-gila, pastinya faktor masakan sedap Mummy pun ‘digilai’ Arfan dan Mawar.
“Mummy suka masak untuk semua orang tapi cara masak dia macam ada seratus orang di dalam rumah itu! Setiap hari dan macam open house.” kongsi Mawar.
“Jadi waktu zaman sekolah, mudah untuk kami bawa pulang kawan dan makan masakan mummy. Mawar hanya perlu announce, ‘Hari ni ada nasi ayam! Siapa nak?’ dan berkerumunlah rumah kami.
Menurut Mummy, mereka juga sukakan Ayam India masakan beliau. Setiap kali mengidam masakan itu, hampir tiga ke empat ekor ayam terpaksa Mummy korbankan. Wow!
Sebagai ibu, tentulah Mummy inginkan yang terbaik untuk anaknya sendiri. “Mummy betul-betul gembira bila Arfan dan Mawar tahu ke mana nak tuju walaupun pada usia muda.
“Apa yang Mummy selalu pesan adalah untuk tidak mudah lalai dengan kata pujian atau cercaan kerana sebetulnya, kita lebih kenal diri kita sendiri. Bukan perlu menyombong, tetapi selalu berwaspada di luar sana.”
InyaAllah Mummy, Happy Mother’s Day!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Baru-baru ini, seorang bintang TikTok yang berusia 16 tahun di India dilaporkan telah membunuh diri dan dipercayai berpunca daripada masalah tekanan mental.
Sehubungan dengan itu, kerajaan India mengharamkan aplikasi TikTok dan berpuluh lagi aplikasi lain buatan China dengan alasan ia mendatangkan bahaya kepada negara itu.
Menurut Astro Awani, pengharaman dibuat selepas Kementerian Teknologi Maklumat India menerima aduan daripada pelbagai pihak mengenai aplikasi yang didakwa mengambil data secara tidak sah.
Aplikasi seperti TikTok dikatakan memudaratkan kedaulatan dan integriti India, keselamatan dalam negeri dan ketenteraman awam.
Menurut kementerian tersebut dalam satu kenyataan, Pengumpulan, perlombongannya dan pemprofilan data itu mempunyai elemen yang boleh menjejaskan keselamatan dan pertahanan negara India. Dan akhirnya boleh mengugat kedaulatan dan integriti India dan hal ini memerlukan langkah kecemasan segera.
Secara keseluruhannya, 59 aplikasi China telah pun diharamkan, termasuk aplikasi permesejan popular WeChat.
India merupakan pasaran asing terbesar TikTok dengan anggaran lebih daripada 120 juta pengguna.
Aplikasi tersebut berhadapan dengan tuduhan mengambil data pengguna yang dikongsi bersama kerajaan China. Walau bagaimanapun, TikTok yang dibangunkan syarikat ByteDance berpangkalan di Beijing menafikan dakwaan tersebut.
Sebenarnya tidak salah untuk berhibur tetapi semua yang dilakukan haruslah ada batasnya. Pokok pangkalnya terpulang pada diri kita sendiri untuk menerima baik buruk serta padah setiap kelakuan.
K.O.I mencipta kejutan gemilang apabila lagu Tiwikarma dinobatkan sebagai juara AJL 40, sekali gus membawa pulang trofi dan hadiah wang tunai RM100,000.