Kalau sudah namanya Michelle Yeoh, tiada apa yang mustahil buat lagenda kontemporari ini.
Pada usia 58 tahun, pelakon dan aktivis Tan Sri Michelle Yeoh masih membuktikan bahawa dirinya masih berbisa dan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda akan memperlahankan karier lakonannya pada usia ini.
Semua tahu mengenai penglibatan pelakon Crazy Rich Asians ini di dalam filem terbitan Marvel Studios terbaru, Shang Chi and the Legend of the Ten Rings sejak ia diumumkan pada acara Disney Plus, penghujung tahun lalu.
Ia merupakan perkhabaran yang disambut dengan baik bukan saja oleh rakyat Malaysia yang berbangga dengan pencapaian beliau. Malahan, peminat filem martial arts di seluruh dunia juga sudah lama merindui kemunculan semula Michelle dengan buah tangan aksi baharu.
Ads
Begitupun, karakter Michelle sebagai Jiang Nan masih ‘kelabu’ pada pandangan peminat dan tidak banyak info yang diketahui mengenai Jiang Nan.
Lantas, setelah satu lagi trailer filem Shang Chi dilancarkan pada minggu ini, barulah kita disajikan dengan the very first taste of Michelle Yeoh’s powerful moves dalam filem tersebut.
Jiang Nan digambarkan sebagai seorang mentor kepada Shang Chi dan memiliki skil serta keupayaan yang luar biasa.
Ads
“Kamu adalah hasil daripada pejuang yang pernah muncul sebelum kamu – legasi keluarga kamu.”
“Kamu ada cerminan ibu kamu. Dan sama ada suka atau tidak, kamu juga cerminan ayah kamu,” tutur Jiang Nan dalam trailer berdurasi hampir 2.00 minit itu.
Jelas, Shang Chi sebenarnya enggan terus dibelengu masalah disebabkan oleh legasi yang terpaksa dipikulnya ini. Namun dia tetap tabahkan diri untuk menempuhi sebarang cabaran dan musuh yang mengekorinya.
Tak sabar rasanya untuk menantikan filem Shang Chi and the Legend of the Ten Rings yang dijadualkan berada di pawagam pada 3 September 2021. Harapnya, kita dapatlah menontonnya di skrin pawagam pada waktu itu.
Selain Michelle Yeoh, filem ini turut dibintangi oleh Simu Liu (Shang Chi), Awkwafina (Katy), Tony Leung (Wenwu), Fala Chen, Meng’er Zhang, Florian Munteanu dan Ronny Chieng.
Kemunculan personaliti media sosial kontroversi, Iqbal Zulkefli pada minggu pertama Big Stage 2022 semalam masih tidak mencukupkan bilangan 12 pesertanya apabila kelibat Megat Rahim tidak dapat dilihat.
Ini susulan pendedahan Megat bahawa dirinya positif Covid-19 sejak 31 Januari lalu dan terpaksa menjalani kuarantin di rumah.
Menerusi hantaran di Instagram Story, Megat memberikan penjelasan lanjut mengenai keadaannya dan berharap agar peminat dapat mendoakan kesejahteraannya bagi menyertai peserta lain di Big Stage 2022, Ahad ini.
“Assalamualaikum semua. Saya hanya nak katakan bahawa saya memohon maaf kerana tidak muncul pada minggu pertama (Big Stage 2022). InsyaAllah kita jumpa minggu hadapan. Sebab mengapa Megat tak muncul untuk minggu pertama ini adalah kerana saya disahkan positif Covid-19,” kata penyanyi berusia 20 tahun itu sebelum menyambung, “Apapun, Megat tiada kena-mengena dengan (penyertaan) Iqbal.”
Megat yang dijadualkan untuk memotong gelangnya pada hari ini bukan satu-satunya yang dijangkiti wabak tersebut. Ibunya, Shahidah Mohd Hashim, 60 juga disahkan positif kesan kontak rapat dengannya pada 2 Februari lalu.
Ketiadaan Megat semalam juga membuatkan juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Ajai sebulat suara untuk tidak menggunakan ‘immunity unlock’ demi bertindak adil kepada Megat yang tidak dapat membuktikan kemampunan nyanyiannya lagi.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Tahap tekanan perasaan ini boleh dibahagikan kepada rendah dan tinggi. Mereka yang menghadapi low function depression kebiasaannya boleh kita lihat secara jelas yang mereka terkesan dek tekanan perasaan.
Namun berbeza dengan mereka yang terkesan dek high function depression, mereka tidak menunjukkan ciri-ciri menghadapi tekanan persaan namun sebenarnya sedikit-demi sedikit simptom tersebut mampu memakan diri.
Menurut laporan Public Health Malaysia, bukan mudah untuk seseorang individu melalui tekanan jenis ini kerana mereka masih mampu bekerja dan melakukan aktiviti harian seperti biasa. Namun itu tidak bermakna mereka tidak menderita.
Kebiasaanya mereka masih mampu tersenyum dan berjenaka bersama teman namun itu sebenarnya adalah topeng kerana mereka sukar berkongsi rasa sedih dan murung.
Mereka juga mengalami imposter syndrome yang mana bagi mereka apa kejayaan yang dicapai tidak pernah cukup biarpun dimata orang lain mereka sudah mencapai sesuatu kejayaan yang membanggakan. Sikap rasa tidak layak dan selalu rasa tidak cukup bagus antara ciri-ciri imposter syndrome.
Antara ciri mereka yang menghidapi high function depression lagi adalah sikap bekerja tanpa henti. Sebenarnya sikap ini seolah-olah mahu melupakan penderitaan dengan sentiasa membuat diri mereka sibuk. Hakikat sebenar, individu tersebut sedang bergelut dengan emosi sendiri.
Selain itu, orang yang menghidapi masalah ini selalunya nampak tenang walaupun dalam situasi yang sibuk, sebenarnya ini adalah indikasi yang mereka sudah lali, mematikan perasaan dan tiada emosi.
Jadi pesanan penulis untuk anda yang mengalami situasi seperti ini anda boleh berbincang tentang masalah yang dihadapi dengan orang yang dipercayai dan segera dapatkan bantuan. Kerana lama-kelamaan tekanan perasaan ini jika sudah sampai ke kemuncak akan memberi kesan yang tidak baik untuk diri.
***P/S – Guys, bila ada rakan-rakan yang mengalami masalah ini, jangan pernah cakap kepada mereka tentang soal ingat tuhan, solat dan berdoa kepada tuhan. Masalah tekanan perasaan tidak boleh disembuhkan dengan cara begitu. Dan jangan ingat orang yang hadapi tekanan perasaan ini tidak solat dan tidak ingat tuhan. Ini adalah masalah di dalam diri dan minda mereka.
Sumber: Public Health Malaysia.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Benar caption yang dimuat naik oleh pemandu ‘World Endurance Championship’ (WEC) negara, Jazeman Jaafar yang dimuat naik di Instagram semalam.
Pada majlis Anugerah PETRONAS SIC Motorsports Association of Malaysia (MAM) semalam, Jazeman bersama dua orang ahli pasukannya iaitu Nabil Jeffri dan Weiron Tan telah diberikan penghargaan anugerah ‘Hall of Fame’ ataupun anugerah ‘Pilihan Ramai’. Ia merupakan kategori yang berdasarkan undian online oleh peminat dunia permotoran.
Mereka bertiga dijulang selaku wira negara terutamanya setelah mencipta sejarah MENANG di litar Fuji International Speedway (14 Oktober 2018) dan di litar Silverstone (20 Ogos 2018) sebagai pasukan trio negara.
Mereka juga berjaya tamat di kedudukan keempat perlumbaan ‘Le Mans 24 Hours’ dalam kategori LMP2. Hebat okay!
Menurut Nabil, “Ia adalah antara momen terhebat dalam hidup saya semasa kami berada di litar SEPANG pada Jun tahun lalu.
“Kami dicabar dari segi mental dan fizikal kerana hanya sempat tidur untuk 1-2 jam saja sebelum berlumba 24 jam tanpa henti. Saya tidak akan berada di sini tanpa rakan pasukan, Jaz dan Ron.
“Diharap, anugerah ini boleh dijadikan inspirasi kepada remaja di luar sana untuk TIDAK sesekali melupakan cita-cita mereka walaupun ia memakan masa yang lama dan kudrat yang besar. “Saya sendiri memulakan impian sebagai pelumba pada usia 7 tahun dan saya tidak menoleh ke belakang sejak itu,” kata Nabil lagi.
Semalam, Jazeman turut menempah kejayaan berganda apabila memenangi anugerah Pemandu Antarabangsa Terbaik PETRONAS yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir.
TAHNIAH korang!
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!