Sumber Foto : Daily Star

Sekiranya korang menonton siaran langsung perlawanan akhir UEFA EURO 2020 pada pagi tadi melibatkan England dan Itali (yang berakhir dengan kemenangan pasukan Azzurri menerusi pusingan sepakan penalti), mungkin korang tidak perasaan dengan kehadiran seorang yang menceroboh masuk padang.

Ini kerana kamera yang merakam siaran langsung itu telah pantas mengubah sudut pandang sehinggalah penceroboh tersebut berjaya ditangkap dan diiring keluar.

Bagaimanapun untuk penonton di Stadium Wembley, kelibat lelaki tersebut sedikit sebanyak mencacatkan debaran final mereka.

Siapa Identiti Lelaki Yang Menceroboh Padang Final EURO 2020 Pagi Tadi?
Sumber Foto : Daily Star

Lelaki tidak berbaju, berseluar kargo dan berkasut hitam itu  berjaya melepasi tiga orang petugas semasa perlawanan memasuki minit ke-88. Kira-kira seminit diperlukan oleh petugas untuk menangkapnya walaupun mereka berpakaian lengkap dan menyarungkan kasut but Nike bermutu tinggi.

Warganet melihat momen tersebut sebagai adegan melucukan disebabkan kegagalan petugas menangkapnya dengan pantas.

IKLAN

Ada yang menyindir bentuk badan petugas yang sedikit gempal. Haipp! Ada yang menyamakannya persis penyanyi, Justin Bieber yang sedikit boroi. Tidak kurang juga penonton di rumah yang kecewa kerana siaran televisyen tidak menunjukkan detik lucu tersebut.

Siapa Identiti Lelaki Yang Menceroboh Padang Final EURO 2020 Pagi Tadi?
Sumber Foto : Daily Star

Nasib baik, para pemain Itali dan England hanya berdiri di atas padang dan membiarkan saja lelaki itu ditangkap oleh pegawai.

Iyalah, perlawanan sudah memasuki detik getir di mana masing-masing masih terikat 1-1. Adrenalin mereka juga sedang berkobar-kobar. Silap hari bulan jika pemain tidak bersabar, mahu ‘kena’ lelaki tersebut.

IKLAN

Malangnya, identiti penceroboh itu tidak dibongkarkan oleh pihak polis.

IKLAN

Begitupun, polis mengakui ada sebilangan kecil penyokong yang berjaya memasuki stadium tanpa tiket akibat aspek keselamatan yang sedikit longgar. Mereka yang didapati memasuki secara haram telah segera diarahkan keluar.

*

Bukan kelibat penceroboh misteri ini saja yang menarik tumpuan warganet. Kelibat pelakon Mission Impossible, Tom Cruise yang duduk bersebelahan David Beckham di kawasan penonton juga menjadi topik trending di Twitter semasa perlawanan berlangsung.

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI