Sejak tahun 1998, acara Rainforest World Music Festival (RWMF) pastinya akan berjaya menarik ribuan penonton yang terdiri daripada pelancong dalam negara dan antarabangsa ke bumi Sarawak pada setiap tahun
Malangnya pada tahun lalu, ia tersekat dek kerana pandemik COVID-19 yang menghalang mana-mana konsert serta festival muzik dilangsungkan di seluruh dunia. Namun pada tahun ini, RWMF akan dapat ditonton secara live apabila ia akan dibawakan khas di platform e-Dagang rasminya, Shopee!
Rainforest World Music Festival 2021 Virtual Experience di Shopee Live dari 18-20 Jun pada 6 petang..
Selama tiga hari berturut-turut dari 18 hingga 20 Jun 2021, RWMF akan disiarkan secara langgsung menerusi Shopee Live dari jam 6.00 petang dan ia adalah percuma. Lalu, berjuta-juta penonton akan mendapat akses untuk menontonnya dari keselesaan rumah sendiri.
Untuk pengetahuan korang, RWMF menjadi salah sebuah festival yang dinanti-nantikan oleh ramai peminat muzik kerana ia meraikan budaya dan warisan melalui gubahan muzik indah.
Setiap tahun, pengunjung akan berkumpul di kaki Gunung Santubong di Sarawak untuk menikmati pengalaman baharu di pentas konsert, pameran budaya, bengkel dan mendapatkan kraftangan dan makanan yang jarang diperolehi di mana-mana tempat lain.
Ads
Walaupun RWMF tahun ini hanya disiarkan secara virtual, namun ia masih menjanjikan rasa puas kepada penonton.
Antara barisan penghibur yang ditampilkan kali ini ialah Alena Murang yang baru saja melancarkan album berjudul Sky Songs. KEMADA, Sang Rawi, Matthew Ngau, At Adau, Suk Binie’, Nading Rhapsody dan juara Kejohanan Seni Persembahan Dunia (WCOPA) Tuku’ Kame’.
And guess what, sesudah berakhirnya RWMF 2021 pada minggy ini, sebuah lagi acara yang turut akan disiarkan menerusi Shopee Live dari 26 hingga 27 Jun hadapan. Siapa tidak pernah dengar tentang Borneo Jazz Festival (BJF).
Persembahan jazz unggul ini akan disiarkan bermula jam 6 petang dan ia menampilkan barisan pemuzik seperti Clinton Jerome Chua, O-Ha Soul Band, Nisa Addina, Ta’Dan dan Pete Kallang.
Sempena penganjuran dua acara ini, Shopee selaku rakan e-Dagang rasmi bersama-sama Lembaga Pelancongan Sarawak kini membuka kedai rasminya di Shopee. Korang boleh memilikimerchandise menarik RWMF dan BJF seperti baju T, pelitup muka batik Linut, pelitup muka batik dan produk istimewa lain dari Bumi Kenyalang.
Memandangkan ia berlangsung seiring dengan 7.7 Jualan Tengah Tahun Shopee, korang juga tidak harus melepaskan peluang mendapatkan Laksa Sarawak, Mee Kolo dan Teh 3 Lapis sedap. Hanya masukkan saja kata kunci ‘Sarawak’ di bar carian Shopee dan korang akan menemui lebih banyak produk berkaitan.
So guys, mark your dates okay! 18 hingga 20 Jun untuk Rainforest World Music Festival dan 26 hingga 27 Jun untuk Borneo Jazz Festival. Tontonnya DI SINI.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi terkenal Malaysia, Siti Sarah Raissuddin, 36, telah disahkan meninggal dunia sebentar tadi akibat jangkitan Covid-19.
Allahyarhamah yang dikejarkan ke hospital, Rabu lalu telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 9 Ogos 2021 (Isnin) jam 5.13 pagi di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia.
Isteri kepada pelawak, pelakon dan usahawan, Shuib itu terlebih dahulu selamat melahirkan bayi lelaki pra-matang yang diberikan nama Ayash Affan pada petang Jumaat lalu menerusi pembedahan tanpa sedar.
Bagaimanapun, paras oksigennya menunjukkan ketidak stabilan. Ia jatuh hingga 40 peratus pada malam tersebut dan kemudiannya meningkat 77 peratus pada jam 2 pagi hinggakan ke 85 peratus semalam.
Pada majlis bacaan yasin yang dilakukan secara maya pada Ahad malam pula, Shuib memberitahu bahawa paras oksigen isterinya itu kembali jatuh hingga ke tahap 30 peratus.
Terdahulu pada 27 Julai 2021 menerusi hantaran di Instagram, arwah ada memberitahu kepada umum bahawa pembantu rumahnya terlebih dahulu telah disahkan positif.
Justeru, seluruh ahli keluarganya termasuklah tiga orang anak mereka melakukan ujian calitan sebelum disahkan positif. Shuib dan anak-anaknya kemudian disahkan negatif selepas menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari.
Takziah Remaja ucapkan kepada seluruh keluarga Siti Sarah atas pemergiannya. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan segala amal kebaikan diterima oleh-Nya.
Sumber: Media Hiburan
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Sejak perbahasan di Dewan Rakyat bermula Isnin lalu sesudah pembentangan Belanjawan 2021, banyak perkara yang dipetik daripada pembentangan itu telah menjadi poin utama ahli parlimen Malaysia untuk diajukan kepada menteri serta pihak berkenaan.
Ada yang membahasnya secara produktif, ada juga yang menuduh tidak tentu fasal. Biasalah, itu sudah umpama adat ahli parlimen negara kita yang sudah sebati dengan kebanyakan daripada mereka.
Apapun, ahli parlimen Muar, Yang Berhormat Syed Saddiq Syed Abdul Rahman hari ini mengumumkan bahawa gilirannya untuk membentangkan perbahasan bagi Belanjawan 2021 telah dijadualkan untuk berlangsung Khamis minggu hadapan.
Sumber Foto: Instagram Syed Saddiq.
Menerusi posting di Instagram beliau, sebanyak 6 perkara utama akan menjadi kupasan dalam pembentangan tersebut.
Antaranya termasuklah pelanjutan moratorium bagi membantu rakyat yang kini sedikit ‘sesak’ untuk membayar semula pinjaman secara ansuran bulanan, pengeluaran KWSP oleh rakyat yang memerlukan sumber kewangan bagi menjalani kehidupan pada musim pandemik ini dan bantuan kepada golongan M40.
Selain itu, beliau juga ingin membahaskan bantuan internet kepada lebih ramai rakyat yang memerlukannya demi kelestarian hidup untuk bekerja & belajar serta memohon pihak kerajaan agar menyemak semula peruntukan RM85.5 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) di bawah Kementerian Komunikasi & Multimedia.
Ramai bersetuju bahawa dana itu sewajarnya disalurkan untuk tujuan yang lebih prominen dalam musim pandemik di Malaysia seperti bantuan bajet kesihatan dan ekonomi rakyat.
Akhir sekali, Syed Saddiq juga ingin mengupas mengenai Bantuan Mahasiswa melalui potongan yuran universiti memandangkan kebanyakan institusi sekarang menggunakan pendekatan Open & Distance Learning (ODL) dari rumah masing-masing.
Penulis secara peribadi bersetuju dengan poin terakhir itu kerana para pelajar IPT terutamanya pelajar IPT swasta yang kurang menerima bantuan sewajarnya seperti yang diterima oleh pelajar IPT awam oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Korang setuju tak dengan 6 perkara ini? Atau ada poin-poin lain yang perlu dibahaskan juga?
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Jika korang merupakan pelari tegar yang selalu menyertai acara larian, pastinya korang tahu apakah yang akan terjadi sekiranya korang tak melakukan persediaan rapi sebelum berlari.
Dengan jarak larian jauh, bahagian tulang dan sendi pada badan yang terasa lenguh sekiranya korang tak menjaga tubuh badan sebelum menyertainya.
Oleh sebab itu, menerusi acara larian Shine Health Run 2019 oleh syarikat farmaseutikal Y.S.P Industries (M) Sdn Bhd pada hari Ahad lalu, pihak penganjur membawakan mesej kepentingan kesihatan tulang, sendi dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Antara rutin yang digalakkan Ahad lalu adalah untuk mengambil rangkaian susu Shine seperti soya, oat dan susu kambing. Selain itu, peserta juga telah melakukan pemeriksaan kesihatan jisim tulang untuk mereka melihat tahap kesihatan tulang masing-masing.
Satu lagi acara menarik yang dilakukan permainan tradisi kanak-kanak seperti Teng Teng dan gelung rotan. Bukan saja ia seronok dan mengimbau zaman kanak-kanak kita, permainan ini juga menggalakkan peserta menggunakan otot serta sendi. Nampak mudah tapi berkesan!
Larian yang berlangsung di Taman Botani Perdana Kuala Lumpur ini berjaya meraih dana sebanyak RM20,000. Ia disampaikan oleh Ketua Pengurus Pemasaran YSPI, Ananda Prakash kepada Pertubuhan Kebajikan Kanak-Kanak Selangor dan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Kuala Lumpur dan Selangor.
*
Jadi jika korang merasakan sakit sendi dan tulang selepas larian, korang tahu apa yang perlu diambil serta dilakukan selepas ini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Johan Ghazali tetap menyokong Kahf walaupun jenama itu dikecam susulan kontroversi “Hati-Hati Beda Level”, selepas Kahf mengakui kesilapan dan memohon maaf.