Tidak semua orang berpeluang untuk meneruskan hubungan cinta bersama ‘highschool sweetheart’ mereka hingga ke alam dewasa.
Bagi pelakon dan juara Dewi Remaja 2014/2015 Raysha Rizrose, biarpun dirinya sudah sepuluh tahun menjalin hubungan cinta bersama kekasihnya Nabil Jeffri yang juga merupakan seorang pelumba kereta Formula 3, itu tidak bermakna mereka tidak mengalami naik turun dalam perhubungan.
Ketika ditemui pada majlis pratonton koleksi busana perkahwinan RR Bridal RTW 2022 oleh pereka fesyen duo, Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil; Raysha, 26 yang dipilih sebagai ‘muse’ rekaan mereka berkata dirinya selesa untuk go with the flow dan tidak terlalu meletakkan tekanan baik pada bahunya atau bahu kekasih.
Raysha Rizrose manis ditata rias oleh jurusolek Sheila Mohamad dan jurudandan Yusof Ruzaimi pada acara pratonton semalam.
“Kami saling mengenali sejak di bangku persekolahan. Kemudian kami lalui hubungan jarak jauh (LDR) kerana masing-masing ada komitmen sendiri. Sedar-sedar sudah sepuluh tahun, cepat masa berlalu,” kata pemilik nama Farza Naquraisha Mohd Fariz ini.
Tambah Raysha, mereka juga pernah putus cinta selama empat bulan sebelum Nabil, 29 berjaya memujuknya semula. Dan kini setelah melihat kakak-kakaknya seperti Nelydia Senrose dan Uqasha Senrose selesai mendirikan rumah tangga, Raysha tidak menolak jika perasaan untuk bergelar isteri hadir dengan sendirinya.
Ads
Salah satu rekaan dalam koleksi RR Bridal RTW 2022. Sumber Foto : Rizman Ruzaini.
“Nabil sudah bersedia (untuk berkahwin) dan dia ada bertanya saya bila masa yang sesuai. Jadi semuanya terpulang kepada saya.”
“Pada umur sekarang, semestinya kami sudah fikir ke arah perkahwinan. Maklumlah, umur setiap tahun meningkat dan buat ini, masih dalam perancangan lagi.
“Sebelum ini bila ada yang bertanya mengenai perkara itu, ia tidak pernah membuat saya tertekan. Sebab saya percaya bila diri sendiri sudah bersedia, fasa itu akan tiba juga.
“Kini saya rasakan detik itu sudah sampai. Alhamdulillah pada usia 26 tahun saya sudah capai apa yang dimahukan. Kakak semua pun sudah berkahwin. Jadi inilah masanya untuk saya move on dengan hidup,” katanya mengakui belum dirisik oleh buah hatinya itu.
Apabila diajukan pula soalan mengenai tip kekal setia dengan kekasih, Raysha secara ringkas berkata dia dan Jeffri akan segera berbincang dan selesaikan masalah yang timbul.
Lagi pula apabila perlu berdepan LDR atau perhubungan jarak jauh, Raysha sejak usia remaja lagi sudah mematangkan diri dalam perihal hubungan dan memahami tuntutan kerjaya Jeffri sebagai seorang pelumba kereta Formula 3 di luar negara.
Ads
Mengenai perkahwinan impiannya pula, dia sekadar inginkan sebuah majlis yang sederhana dan tidaklah terlalu mewah. Yang penting, ia meriah dihadiri keluarga, saudara-mara dan kenalan rapat yang akan meraikan hari bahagiannya bersama-sama.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bila sebut sahaja perkataan ‘merajuk’ pastinya ia lebih terjurus kepada wanita dan hatinya cukup sensitif dan lembut. Dan perkara ini bukanlah perkara asing dalam percintaan kerana hampir semua orang akan hadapinya.
Tapi ramai yang lupa bahawa orang lelaki juga boleh merajuk. Malah kadangkala tahap merajuknya itu boleh mengalahkan orang perempuan!
Jadi bagaimana untuk korang kenali petanda-petanda bahawa boyfriend korang sedang merajuk? Mungkin 7 petanda di bawah ini jawapannya.
1. Tiba-tiba jadi pendiam
Lelaki kalau tiba-tiba jadi pendiam ni ada tiga maksudnya. Pertama sebab stres dengan kerja atau kuliah. Kedua sebab dia memang saja je nak ‘space out‘ macam tu atau ketiga sebab korang dah buat dia merajuk. Macam mana nak kenal pasti sebabnya. Itu korang kena pergi jumpa dan cuba bercakap. Kalau korang tanya sepatah dijawabnya setengah patah… haa merajuklah tu.
2. Masam muka
Bila pergi berjumpa dengan dia dari jauh lagi sudah nampak betapa ‘mencuka’-nya wajahnya. Kalau biasa asyik senyum dan buat lawak namun kali ini semacam je masamnya. Girls, inilah tandanya dia sedang merajuk!
3. Keluar melulu
Sebenarnya ramai lelaki yang buat begini. Sebab mereka malas nak menghadap perkara remeh seperti bergaduh dengan korang. Jadi mereka memilih untuk beredar dari situ tanpa beritahu apa-apa. So, pandai-pandailah korang pergi pujuk. Ingat, bukan perempuan sahaja tahu yang boleh merajuk ya.
Ini kes klasik macam mana seorang lelaki merajuk. Jika dia mula menunjukkan petanda ini memang sah dia merajuk. Apabila dia mula buat-buat tak tahu dan tak endah sebenarnya dia mahukan perhatian daripada korang. Dna korang janganlah jadi pembaris sangat memikirkan dia tak sayang kepada korang. Ingat ya, hubungan bukan berlegar dalam galaksi fantasi korang sahaja.
5. Berlakon sibuk dengan kerja
Petanda klasik bagaimana lelaki mahu mengelak daripada konfrontasi dan memilih untuk sibuk dengan kerja. Jika korang ajak keluar, ada saja alasannya. Walaupun waktu itu adalah waktu rehat dia lebih memilih untuk sibukkan diri dengan kerja atau paling teruk keluar dengan rakan-rakannya. Kalau ini berlaku cepat-cepatlah berbincang kerana hubungan korang mungkin bahaya.
6. Tutup telefon
Kalau sampai tahap seperti ini dia memang merajuk tahap paling tertinggi. Tindakan begini dilakukan kerana dia tak mahu diganggu dan mahu diberikan ruang. Korang perlu relaks dan jangan menggelabah. Berikan dia ruang dan masa untuk seketika. Selepas itu carilah jalan bagaimana untuk pujuknya semula. Bawa berbincang apa yang buat dia merajuk.
7. Sanggup berlapar
Ada juga lelaki yang sanggup berlapar sebagai tanda menunjukkan diri mereka sedang merajuk. Actually ini sikap paling mengada-ngada dan kebudak-budakan. Namun tak semestinya ia tak akan berlaku dalam hubungan korang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon romantik kegemaran ramai, Lee Seung Gi dilaporkan kini sedang hangat bercinta dengan pelakon berbakat, Lee Da In.
Tambah menarik apabila cinta mereka berdua dikatakan sudah pun bertaut untuk setahun lamanya sebelum ia dapat ‘dihidu’ oleh portal gosip dan warnaget di Korea.
Lee Seung-Gi, 35 dan Lee Da In, 30 pada mulanya hanya berkenalan sebagai rakan biasa saja. Namun dek kerana minat mendalam pasangan tersebut dalam sukan golf, mereka mula mengenali hati budi masing-masing.
Baik Seung-Gi mahupun Da In nampaknya tidak cuba untuk merahsiakan perhubungan ini. Agensi pelakon Alice itu iaitu 9ato Entertainment telah mengesahkan bahawa artis mereka itu kini masih dalam fasa perkenalan dengan Seung-Gi dengan lebih mendalam sejak enam bulan lalu.
Dengan populariti yang dimiliki oleh Seung-Gi sekarang menerusi drama Mouse yang sedang ditayangkan, respon yang diterima daripada warganet nyata berbeza jika dibandingkan dengan selebriti Korea lain sekiranya mereka ‘ditangkap’ sedang bercinta.
Rata-rata gembira dengan berita ini. Tambahan pula, Seung-Gi sudah agak lama tidak menaruhkan hatinya kepada mana-mana wanita lain selepas kali terakhir dia bercinta dengan pelakon dan penyanyi Girl’s Generation, Im YoonA dari tahun 2013 hingga 2015.
Lee Seung-Gi dan Im YoonA.Lee Seung-Gi dan Bae Suzy.
Seung-Gi juga pernah digosipkan dengan rakan pelakon, Bae disebabkan kemesraan dan chemistry yang tercetus di antara mereka menerusi drama Gu Family Book (2013) dan Vagabond (2019).
Bagaimanapun, semua itu ditepis dan mereka hanyalah rakan selebriti biasa saja.
Apapun, kami amat gembira bila mendengar kisah percintaan Lee Seung Gi pada kali ini adalah bersama Lee Da In. *Cue for tissues*
Tiada angin, tiada ribut, pelakon Emma Maembong mendedahkan dia dan bekas suami, Muhammad Shazli Azhar bercerai secara baik.
Rahsia yang disimpan oleh Emma, 32 hingga tamat tempoh idah sekarang adalah agar episod perpisahan ini tidak diperbesarkan. Dirinya juga enggan mengeruhkan keadaan demi kebaikan keluarganya terutama anak-anak.
Memetik kenyataan Emma kepada Harian Metro, tujuannya terus memuat naik bersama bekas suaminya itu di laman media sosial pula adalah demi kebaikan anak-anak mereka agar emosi kekal stabil dan tidak terkesan dengan perpisahan mereka.
Kata Emma lagi, dirinya kini hanya ingin memastikan dua orang anaknya iaitu Shariq Gabriel, 4 dan Shakil Aryan Shah, 1 melihat keluarganya masih bahagia biarpun ibu bapa mereka tidak tinggal sebumbung.
“Saya sebolehnya cuba menutup kisah peribadi saya walaupun saya menerima banyak panggilan telefon daripada rakan-rakan media sebelum ini.
“Bagi saya, perpisahan ini bukan satu berita yang patut dibanggakan dan sebab itu, saya mengambil langkah berdiam diri dan tidak bercerita kepada orang luar atau buat sebarang pengumuman,” ulasnya.
Bagi pemilik nama sebenar Fatimah Rohani Ismail berkenaan, perkahwinan diakui bukanlah satu perjalanan yang mudah. Apatah lagi pelbagai dugaan perlu ditempuhi sebagai suami isteri dan ibu bapa setelah pasangan menerima cahaya mata.
Bagaimanapun, Emma bersyukur hubungannya kini dengan bekas suami baik-baik sahaja dan masing-masing menerima perpisahan yang berlaku dalam keredhaan dan penuh kematangan.
Buat masa ini, fokus mereka berdua hanyalah untuk membesarkan kedua-dua anak mereka dengan melibatkan kedua-dua pihak serta ahli keluarga yang lain buarpun sudah tidak bersama.
Sebagai rekod, Emma dan Shazli mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020.
Menjelang penganjuran konsert solo berskala mega tidak lama lagi, Ratu Rock Negara, Ella menegaskan dirinya tidak berasa tertekan walaupun konsert Majlis Tertinggi Rockqueen yang...