37 tahun lalu Desiree Verdadero telah mengharumkan nama Filipina setelah berjaya meraih tempat keempat dalam pertandingan Miss Universe edisi 1984. Dia yang ketika itu merupakan satu-satunya wakil dari Asia yang berjaya berada di kedudukan lima terbaik telah membuka mata penonton dan penggemar fesyen antarabangsa menerusi rekaan gaun yang digayakan.
Disifatkan sebagai rekaan yang melangkaui masa, ia bukanlah gaun yang kebanyakan wanita gayakan pada tahun 1980an sebaliknya gaun tersebut lebih santai dan tidak terlalu mengikut bentuk tubuh.
Aya dalam balutan buasana milik ibunya, Desiree Verdadero. Sumber gambar: Facebook Binibining PilipinasDesiree Verdadero di samping Miss Universe 1984 sebagai pemenang tempat keempat. Sumber gambar: normannorman.com
Direka oleh pereka fesyen, Renee salud, rekaan gaun dengan corak abstrak multiwarna ini dikatakan mencedok inspirasi dari fabrik orang Merano yang merupakan komuniti yang mendiami wilayah Mindanao di selatan Filipina.
Ads
Kini setelah 37 tahun, gaun ini diberikan nafas kembali oleh Miss Grand International Philippines 2019, Aya Abesamis. Sebagai anak kepada Desiree, semestinya tiada wanita lain yang lebih layak untuk menggayakannya semula selain dirinya.
Aya yang kini berusia 29 tahun menggayakan busana tersebut ketika menghadiri majlis I Am Binibini yang mengumpulkan pemenang-pemenang terdahulu pertandingan kecantikan terbesar di negaranya.
Ads
Dalam hantaran di laman Instagram, wanita aggun ini berkata, “Ini semestinya lebih dari sekadar gaun, ia merupakan seni yang dihasilkan oleh Renee Salud. Nak dipendeikkan cerita, gaun ini merupakan gaun ibu saya yang dipakainya ketika malam kemuncak Miss Universe 1984. Saya sangat gembira kerana dapat menggayakannya khusus untuk majlis istimewa I am Binibini.”
+++ Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dalam pada semua orang memuji busana gaun putih Alia Bastamam yang disarung Atisha Khan, tak kurang juga yang memuji teknik dandanan rambut dan solekannya.
Sama cantik, sama padan – ramai yang tertarik dengan solekan yang dirias pada wajah pelakon tersebut serta memuji sentuhan jurusolek.
Wajah cantik milik Athisha hanya memerlukan solekan natural bagi membangkit seri. Lantas, jurusolek melaksanakannya dengan penuh jaya. Solekannya dihasilkan oleh award winning makeup artist, Khir Khalid manakala dandanannya disempurnakan oleh Juno Ko.
Tapi ada rahsia disebalik look memukau Atisha ini. Dipetik daripada Eh!, Khir Khalid mendedahkan dia hanya menggunakan solekan yang ringkas kerana Athisha memiliki raut wajah yang sempurna dan bersih.
Akui Khir, Athisha memiliki raut wajah seperti orang Timur. Disebabkan oleh itu dia telah menjadikan pelakon Bollywood iaitu Deepika Padukone sebagai inspirasinya.
“Rujukan saya sewaktu melakukan homework sebelum merias Athisha ialah Deepika Padukone. Saya sangat sukakan solekan dan penampilan sewaktu dia berkahwin. Bagi saya dia punya raut wajah timur yang moden. Saya dapat bayangkan Athisha dalam solekan yang serupa.”
Clean dan polos, ia bukan hanya sesuai untuk majlis resepsi dan akad nikah. Malah ia juga sesuai untuk everyday look korang.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Yes, penulis mengaku. Kadangkala bila sebut sahaja tentang kentut perasaan geli hati itu akan otomatik muncul dalam otak. Entah mengapa dan sejak bila, ia menjadi sumber ketawa buat kita semua terutama sekali bagi kaum lelaki.
Sebenarya semua orang kentut. Bagaimana ia dilaksanakan, itu perkara nombor dua. Ada yang kentutu secara senyap, ada yang kentut sambil menahan nafas dan ada yang kentut dengan bangga di depan kawan-kawan rapat.
Namun sejauh manakah dan apakah yang korang tahu tentang kentut? Percayalah ia bukan hanya sekadar ‘kejadian alam’ yang mengeluarkan bau busuk semata. Ia mempunyai fungsi lebih daripada itu.
1. Secara purata setiap orang akan membuang angin sebanyak 14 kali dalam sehari.
2. Jika jumlah ‘angin’ dikumpul ia mampu mengisi ruang sebiji belon saiz sederhana.
3. Makanan yang jadikan kentut ‘berkaliber’ ialah brokoli, telur, daging, produk tenusu, bawang putih dan makanan beryis.
4. Sesetengah makanan juga boleh menyumbang kepada bau kentut lebih busuk seperti telur dan daging kerana ia kaya dengan sulfur.
5. Secara purata kelajuan angin kentut adalah 10 kaki per saat atau kira-kira 9.5 km/j.
6. Tiada beza antara bau kentut lelaki dan wanita. Both are equally aweful! LOL
7. Percaya atau tak gas yang dikeluarkan boleh terbakar jika terdedah secara dekat dengan api.
8. Pada era Roman dan purba Jepun, buang angin di tempat awam merupakan amalan normal dan biasa.
9. Cara terbaik mengurangkan ‘industri pengeluaran angin’ ialah bersenam, makan kuantiti sedikit dan seimbang.
10. Menahan kentut tak membahayakan kesihatan tetapi boleh buat korang memberikan reaksi muka yang menjengkelkan. Hehe!
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Adakala ketika bangun dari tidur, akan ada rasa tidak selesa terutama di bahagian leher. Ada mengaitkannya dengan “salah bantal”dan sebagainya. Walau sedikit urutan sudah dilakukan termasuk menyapu minyak panas tetapi rasa sakit itu menjalar ke belakang badan hingga menimbulkan rasa tidak selesa.
Apa rawatan terbaik untuk atasi masalah ini?
Dalam satu perkongsian artikel ditulis oleh Doktor Mohd Ramzdhan bin Mohd Madsar di page DoktorOnCall mengenai sakit tengkuk selepas bangun dari tidur, bagi individu yang alami masalah yang sama, ini keadah rawatannya.
Jelas Dr Mohd Ramzdhan, berdasarkan gejala sakit tengkuk selepas bangun dari tidur, ia berkaitan dengan otot leher yang terseliuh yang disebabkan oleh posisi tidur yang tidak betul memandangkan anda menjelaskan bahawa ia berasa sakit selepas bangun daripada tidur. Ia adalah sesuatu yang dianggap tidak serius tetapi anda boleh berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan nasihat yang lebih berguna untuk mengurangkan kesakitan tersebut.
Kesakitan tengkuk boleh berlaku di mana sahaja di bahagian leher anda, dari bahagian bawah kepala sehingga ke bahagian bahu. Ia boleh merebak ke bahagian belakang atau lengan. Ia mungkin mengehadkan pergerakan kepala dan leher anda. Kesakitan tengkuk kebiasaannya berlaku pada warga tua, berumur lebih daripada 50 tahun.
Leher mempunyai banyak pergerakan dan menyokong berat kepala. Walaubagaimanapun, kerana ia kurang dilindungi berbanding daripada bahagian tulang belakang yang lain, leher boleh terdedah kepada kecederaan dan gangguan lain yang boleh menyebabkan rasa sakit dan menyekat pergerakan. Bagi kebanyakan orang, sakit leher adalah keadaan yang sementara dan ia akan hilang beransur-ansur. Untuk lain-lain penyebab, ia memerlukan diagnosis dan rawatan perubatan untuk melegakan gejala tersebut.
Apakah penyebab sakit tengkuk?
Kecederaan dan Kemalangan:
Kebanyakan kesakitan tengkuk disebabkan oleh aktiviti-aktiviti yang membuatkan leher terseliuh. Posisi duduk yang tidak betul, melukis di siling, atau tidur dengan leher yang terpusing adalah beberapa penyebab yang boleh mengakibatkan sakit leher. Aktiviti-aktiviti seperti ini boleh menyebabkan ketegangan leher, atau kekejangan otot leher.
Whiplash adalah kecederaan yang biasa berlaku semasa kemalangan. Ini biasanya dipanggil hyperextensi atau kecederaan hyperfleksi kerana kepala dipaksa bergerak ke belakang atau ke hadapan dengan pantas melampaui gerakan normal leher. Pergerakan yang tidak normal ini mempengaruhi otot dan ligamen di leher. Otot bertindak balas dengan mengetat dan mengecut. Ini menyebabkan keletihan otot yang membawa kepada rasa sakit dan kekejangan.
Umur yang meningkat:
Gangguan degeneratif seperti osteoartritis, stenosis tulang belakang, dan penyakit cakera degeneratif boleh mempengaruhi tulang belakang.
Osteoarthritis adalah gangguan sendi menyebabkan kemerosotan tulang rawan secara progresif. Tubuh bertindak balas dengan membentuk tulang baru yang disebut ‘osteophytes’ (taji tulang) yang mempengaruhi pergerakan sendi.
Stenosis tulang belakang menyebabkan foramen, laluan neural kecil, menjadi semakin sempit yang mungkin boleh memampatkan dan memerangkap akar-akar saraf. Stenosis boleh menyebabkan sakit leher, bahu, dan lengan dan rasa kebas apabila saraf ini tidak boleh berfungsi dengan normal.
Penyakit degenerative disc disease (DDD) boleh menyebabkan cakera intervertebral menjadi kurang terhidrat, menyebabkan cakera menjadi kurang keanjalan dan ketinggian . Dari masa ke masa, cakera boleh membesar atau menembusi menyebabkan kesakitan bahagian anggota tangan, kesemutan, dan kebas.
Kehidupan Seharian:
Postur yang lemah, obesiti, dan otot abdomen yang lemah mengganggu keseimbangan tulang belakang yang sering menyebabkan leher membengkok ke hadapan untuk mengimbangi semula. Tekanan dan ketegangan emosional boleh menyebabkan otot mengecut menyebabkan rasa sakit dan kejang.
Penyakit Lain:
Walaupun sakit leher biasanya disebabkan oleh ketegangan, kesakitan yang berpanjangan atau defisit neurologi mungkin merupakan petanda kepada sesuatu yang lebih serius. Gejala-gejala ini tidak boleh diabaikan. Jangkitan tulang belakang, tekanan yang berat terhadap tulang belakang, tumor, patah tulang, dan gangguan lain boleh berlaku. Jika kecederaan kepala berlaku, kemungkinan besar leher juga boleh terjejas, jadi, adalah penting untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.
Apakah gejala sakit tengkuk
Kesakitan tengkuk biasanya dikaitkan dengan sakit yang lenguh-lenguh . Kadang-kadang rasa sakit di leher bertambah buruk dengan pergerakan leher atau apabila kepala berpusing.
Gejala lain yang berkaitan termasuklah:
Rasa kebas, kesemutan
Rasa sakit yang tajam
Kesukaran untuk menelan
Rasa berdenyut-denyut
Bunyi yang menggelegak di kepala
Pening
Keletihan
Bengkak kelenjar
Sakit kepala
Kesakitan di bahagian muka dan bahu
Gejala-gejala ini berlaku disebabkan oleh saraf-saraf yang terlekat dan terhimpit di leher. Bergantung kepada keadaan, kadang-kadang kesakitan leher diikuti dengan sakit belakang di bahagian atas atau lebih rendah, seperti yang biasa berlaku bagi keradangan tulang belakang yang disebabkan oleh ‘ankylosing spondylitis’.
Apakah rawatan sakit tengkuk
Jenis rawatan yang anda perlukan bergantung kepada sama ada sakit leher anda disebabkan oleh aktiviti, kecederaan, atau penyakit yang lain. Kebanyakan sakit tengkuk yang disebabkan oleh aktiviti yang berat boleh dirawat di rumah.
Untuk sakit leher yang berlaku secara tiba-tiba:
Gunakan pad pemanas pada tetapan rendah atau sederhana selama 15 hingga 20 minit setiap 2 atau 3 jam. Cuba untuk mandi dengan air suam untuk satu sesi tertentu dengan pad pemanas. Anda juga boleh membeli tuaman suam yang boleh digunakan sehingga 8 jam. Atau anda boleh cuba pek ais selama 10 hingga 15 minit setiap 2 hingga 3 jam. Tidak ada bukti kukuh yang menyatakan bahawa haba atau ais boleh membantu. Tetapi anda boleh cuba untuk melihat jika ia boleh membantu.
Ambil acetaminophen (seperti Tylenol). Ibuprofen atau ubat anti-keradangan yang lain juga boleh membantu melegakan kesakitan.
Elakkan kecederaan pada leher anda dengan menukar aktiviti dan tabiat, seperti bagaimana anda duduk atau tidur dengan lebih selesa dan sempurna.
Cuba melakukan senaman atau terapi manual untuk membantu anda menggerakkan kepala dan leher anda dengan lebih mudah. Berjumpalah dengan ahli terapi fizikal, pakar Chiropractor, atau doktor osteopati untuk jenis rawatan ini.
Untuk merawat sakit leher yang kronik, doktor mungkin akan memberikan ubat untuk melegakan otot leher anda. Atau anda boleh mendapatkan ubat-ubatan untuk melegakan kesakitan dan membantu anda tidur. Di samping itu, anda juga boleh cuba untuk pergi mengurut atau melakukan yoga untuk melegakan tekanan di bahagian leher.
Pembedahan jarang dilakukan untuk merawat sakit tengkuk. Tetapi ia boleh dilakukan jika sakit anda disebabkan oleh masalah perubatan, seperti tekanan pada akar saraf tulang belakang, tumor, atau penyempitan saluran tulang belakang.
Jika terdapat apa-apa kemusykilan, sila rujuk nasihat doktor yang boleh dijumpai di klinik atau hospital. Jika ia bukan kecemasan, anda juga boleh mendapatkan nasihat daripada doktor di laman web www.doctoroncall.com.my.Terima kasih.
Rujukan
1. Neck Pain, Mayo Clinic
2. Neck Pain: Possible Causes and How to Treat It, Healthline
3. Why Does My Neck Hurt?, WebMD
Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bukan calang-calang! Baru-baru ini, seorang graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Siti Fairuz Rohaliza Ejahar berjaya mencipta detik bersejarah apabila diumumkan sebagai penerima Anugerah...