Rata-rata peminat drama bersiri Stranger Things tidak sabar lagi untuk menantikan musim keempatnya menemui semua orang mulai Jumaat ini. Setelah penantian tiga tahun dan ditambah pula dengan iklan teaser yang diserap dengan genre lebih ‘dark’ serta bermisteri, rasa teruja itu nyata dirasai oleh para peminatnya.
REMAJA juga pasti korang semua telah menonton klip lapan minit yang dipetik daripada episod pertama musim ini setelah ia dimuat naik oleh Netflix sendiri.
Jika penonton tidak sabar menantikan jalan ceritanya, lain pula ceritanya dalam kalangan para pelakonnya yang merasakan teruja setiap kali dapat melihat set baharu bagi musim ini,
Kongsi Gaten Matarazzo yang membawakan watak Dustin Henderson kepada REMAJA sewaktu kami berpeluang menemuramah sekumpulan pelakon Stranger Things baru-baru ini, dia sentiasa tertunggu-tunggu untuk melihat set baharu setiap kali memasuki musim terbaru Stranger Things.
Ads
“Saya suka berjalan dari satu ke bilik tidur ke satu bilik tidur di dalam set yang secara tidak langsung menggambarkan personaliti setiap watak yang ada. Apabila melihat usaha kru produksi yang mengerahkan idea, kreativiti serta masa untuk menjadikan Stranger Things 4 satu realiti dalam bentuk fizikal, itu amat mengujakan saya,” kata remaja berusia 19 tahun itu.
Sentimen sama turut dirasai Maya Hawke yang membawakan watak Robin Buckley.
“Momen menarik bagi saya juga adalah apabila dapat melihat kerja-kerja keras yang telah dilakukan bahagian seni kreatif produksi Stranger Things. Apabila tiba di set baharu, saya terus dapat merasa ‘wow’ dengan hasil kerja mereka. Kami amat bertuah kerana pengalaman berada di set seperti Stranger Things mungkin tidak lagi dapat kami rasakan selepas ini,” katanya.
Ads
REMAJA juga bertanyakan mengenai interaksi sesama pelakon di set. Adakah mereka sememangnya akrab seperti yang digambarkan pada skrin?
“Berada di set Stranger Things tidak pernah melesukan. Ada sahaja momen menarik berlaku pada setiap hari, sama ada sewaktu penggambaran atau di sebalik tabir. Jujurnya sebagai pelakon, kami tidak diberitahu keseluruhan jalan cerita musim ini sewaktu awal-awal mendapat skrip.
“Jadi, kami juga tidak sabar menantikan jalan ceritanya dari satu episod ke episod seterusnya. Kadangkala, mereka ‘pemurah’ memberikan spoiler kepada kami dan kami terus berteriak, ‘What?’. Percayalah, elemen kejutan pada musim ini akan berterusan hingga ke akhir,” kata salah seorang pelakon utamanya, Sadie Sink.
Ads
Adakah korang telah bersedia untuk Stranger Things musim keempat? Sama-sama kita nantikan Volum 1 yang akan ditayangkan di Netflix lusa ini merangkami tujuh buah episod. Volum 2 pula akan menemui penonton pada bulan Julai nanti bagi dua episod berbaki.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Gwyneth Paltrow dilaporkan telah memenangi kes mahkamahnya berhubung perlanggaran ski tahun 2016 di pusat peranginan ski Utah selepas juri memutuskan Khamis lalu bahawa bintang filem itu tidak bersalah atas kemalangan itu.
Gwyneth Paltrow dan peguamnya Steve Owens tersenyum selepas keputusan dalam perbicaraan tuntutannya dibaca.
Selain itu, juri turut menolak aduan Terry Sanderson, seorang pesara optometris yang menyaman pelakon terkenal itu atas kecederaan yang dialaminya apabila kedua-duanya terbabas semasa ski di trak pemula.
Juri memihak kepada Paltrow selepas lapan hari kes berjalan di bilik mahkamah yang disiarkan secara langsung bagi tontonan awam.
Sesi mahkamah itu bersiaran secara langsung selama lapan hari.
“Saya merasakan bahawa dakwaan dari Sanderson akan menjejaskan integriti saya,” kata pelakon filem Iron Man itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh wakilnya. Dia juga berterima kasih kepada hakim dan juri atas usaha mereka.
Gwyneth Paltrow terkenal dengan watak Pepper Potts yang merupakan isteri kepada karakter Iron Man.
Peguamnya, Steve Owens, menambah dalam satu kenyataan yang dibacanya di luar mahkamah bahawa “Gwyneth merupakan seorang yang percaya akan konsep ‘berani kerana benar’ dan situasi ini membuktikan bahawa dia seorang yang akan menegakkan keadilan dan kejujuran.”
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
SUMBER FOTO: NPR, The Sun, Forbes
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Pelakon dan personaliti media sosial, Norreen Iman telah mencuri perhatian warganet apabila dirinya memutuskan untuk berhijab.
Menerusi muat naik dalam Igstory, pelakon drama popular Rindu Awak Separuh Nyawa itu berkongsi, walaupun berat untuk dirinya meninggalkan penampilan lama, namun itu semua tidak lagi menjadi keutamaannya kini.
“Daripada lebih 2000++ hantaran kepada 300++ (post) sahaja. Itu semua terlalu banyak sangat memori.
“Gambar saya, suami, anak-anak dan rakan-rakan. Tidak mengapalah, simpan dalam hati sahajalah,” ujarnya
Dalam masa sama, Norreen turut mendedahkan dia menangis kerana terpaksa memadam gambar-gambar lama yang tidak bertudung.
Pempengaruh terkenal itu bagaimanapun percaya semua kesedihan tersebut akan berlalu pergi.
“Saya dah padam dan arkibkan kesemuanya. Semua memori, konten dan pekerjaan (job).
“Saya menangis semasa melakukan semua itu sebab saya rindu tetapi, tiada secebis rasa menyesal,” coretnya lagi.
Terdahulu, Norreen telah menarik perhatian ramai apabila muncul dengan imej berhijab, baru-baru ini.
Menjengah ke ruangan komen menerusi perkongsiannya, pengikut dan kenalan rapat mendoakan ibu kepada dua cahaya mata itu supaya kekal istiqamah dengan penampilan baharunya.
+++Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Hanya pada harga tiket masuk RM31 untuk dewasa dan RM21 bagu kanak-kanak, korang boleh melawat taman tema bernama Segar City.
Haa, ini mesti merupakan kali pertama korang pernah dengar mengenai sebuah taman rekreasi di Port Dickson. Bukan je yang pertama tetapi juga terbesar di Dataran Segar, Lukut di sana.
Antara tarikan yang ada ialah Wild West Cowboy yang mempunyai permainan taman tema indoor bersesuaian dengan korang dan adik-adik kecil.
Bagi kami, yang menarik ialah Drift Cart dan Flying Fox bagi yang inginkan sesuatu yang ekstrem. Pergi juga ke muzium 5D yang mirip dengan efek 4DX yang mungkin pernah korang lihat.
KKM memberi amaran keras tentang trend tidur enam saat yang tular di media sosial kerana ia boleh menyebabkan pengsan, strok, kerosakan otak dan berpotensi membawa maut.