Uji bakat Pencarian Dewi Remaja 2019 sudah pun melabuhkan tirainya. Sambutan yang diterima tahun ini lebih hangat dengan kehadiran lebih daripada 500 penyertaan dari calon di seluruh negeri.
Bermula pada sesi pertama uji bakat pada 7 September lepas, seawal jam 8 pagi peserta sudah pun memenuhi ruang legar di Kumpulan Media Karangkraf, Seksyen 15 Shah Alam. Pelbagai aksi dan gelagat peserta yang dapat dilihat, serta pujian juga harus diberi kepada keluarga mereka yang sanggup menunggu giliran bakal finalis untuk ditemuduga sehingga lewat malam.
Kelihatan beberapa wajah yang dikenali turut hadir memeriahkan sesi uji bakat kali ini. Antaranya pelakon drama Isteri Untuk Disewa, Nynaa Harizal dan Nelissa Nizam. Selain itu, ramai juga instafamous yang turut mencuba nasib, termasuklah Eyta Juwita, Syasya Rushdiena dan ramai lagi.
Menampilkan barisan juri seperti Datuk Aznil Nawawi, Anzalna, Dynas Mokhtar, Yusry Abdul Halim, Ramona Zam Zam dan Rozita Che Wan, sudah pasti calon peserta uji bakat kali ini berpeluang untuk menimba lebih banyak pengalaman daripada selebriti jemputan yang hadir.
Ads
Jom kita lihat antara warna-warni sepanjang 4 hari berlangsungnya sesi uji bakat Pencarian Dewi Remaja 2019.
Jutaan terima kasih kami ucapkan buat semua peserta uji bakat yang hadir pada tahun ini. Kepada yang berjaya disenarai pendek, tahniah kami ucapkan. Dan pada yang tidak berjaya, ini bukan pengakhiran perjalanan korang untuk mencapai impian. Teruskan usaha dan insyaAllah kita jumpa lagi pada edisi Pencarian Dewi Remaja yang akan datang.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Adakalanya, pelakon jelita dan popular, Izara Aishah pernah memuat naik foto atau videonya dengan mengenakan hijab sempena tarikh-tarikh istimewa dalam kalendar Islam.
Namun kali ini, ia sedikit berbeza.
Pemenang tempat kedua pencarian Dewi Remaja 2009/2010 itu bukan saja memuat naik empat keping foto baharu yang menyaksikannya berjubah dan mengenakan hijab labuh dalam tona bumi.
Izara juga didapati telah memadamkan kesemua foto lamanya kecuali yang melibatkan suaminya, Muhammad Adib Khalid dan anaknya, Irisa Alaia serta beberapa posting lain yang tidak memperlihatkan ‘mahkotanya’ itu.
Tanpa sebarang kenyataan rasmi, peminat mula memperkatakan mengenai imej terbaru Izara ini yang kelihatan seperti baru saja berhijrah ke fasa baharu. Seperti biasa, Izara menutup ruangan komen pada muat naik terbarunya itu.
Di media sosial, foto terbaru Izara ini mula bertebaran dan ramai yang tampil memberikan sokongan terhadap keputusannya untuk berhijrah sekiranya benar.
Ada yang bersyukur apabila melihat semakin ramai golongan selebriti wanita tempatan yang mula berhijrah imej kebelakangan ini. Tentunya, ramai memuji keayuan Izara apabila mengenakan hijab dan berdoa agar pelakon J Revolusi itu terus istiqomah dengan imej tersebut.
Apapun keputusan Izara, REMAJA gembira dengan perubahan positif yang berlaku kepada Dewi kami ini selama bergelar seorang selebriti. Satu-persatu perkara yang berlaku dalam hidupnya cantik teratur dari dahulu hingga kini.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Mengenali figura si tinggi lampai ini, sememangnya sama sekali tidak mengenali erti penat lelah untuk mengukir nama dalam industri seni.
Mimi Lana, pelakon anggun dan berbakat besar ini yang juga terkenal dengan watak air mata, setiap lakonan yang diberikan pasti dilunaskan dengan sempurna.
Tidak hairanlah, dari hari ke hari pelakon ini acap kali menjadi perhatian pengarah tempatan dan mendapat tempat di hati para penonton dengan lakonan yang ditampilkan di layar skrin.
Bagaikan berbakti semula di tempat lahirnya seorang ‘Mimi Lana’ sebagai anak seni, terbaharu bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015 itu diberi peluang sebagai juri jemputan bagi episod ketujuh Hero Dewi Remaja 2023 iaitu cabaran lakonan.
Berkata kepada Remaja, Mimi menyifatkan kesemua finalis memiliki masa depan yang sangat cerah dalam industri seni tanah air.
“Bagi saya, mereka semua ada masa depan yang sangat cerah. Bukan sahaja datang dengan ‘look’, tetapi mereka datang sekali dengan bakat.
“Paling penting mereka semua ada kesungguhan dan tahu apa yang mereka lakukan dalam program ini. Saya berharap mereka akan terus fokus kerana ini baru sahaja permulaan dan jangan berputus asa.
“Hero Remaja ini bukan semata-mata untuk lakonan sahaja, jadi jika tidak dapat nak teruskan dalam bidang lakonan, ada banyak lagi bidang lain di luar sana. Jadi, pilihlah dengan baik apa yang anda mahu,” katanya.
Dalam pada itu, pelakon drama hit Perempuan Itu turut menitipkan pesanan kasih sayang buat peserta yang berjaya ke pentas akhir Hero Dewi Remaja 2023 sebelum melangkah ke dunia seni yang sebenar.
“Kita semua bermula daripada bawah, jadi kelemahan itu akan diperbaiki apabila mereka fokus, disiplin dan kesungguhan dalam industri ini.
“Seperti yang saya katakan, program ini adalah satu permulaan. Kita memang mula daripada kosong tetapi apa yang paling penting adalah pengetahuan dan tahu apa yang anda nak dalam industri ini.
“Bukan untuk kejar glamor semata-mata, kerana tanggungjawab anda sebagai seorang pelakon adalah lebih daripada itu. Buatlah perkara yang betul dan ke jalan yang betul.
Sempat mengimbas kembali momen di saat dirinya berada di pentas Dewi Remaja, aktres berusia 28 tahun ini mengakui bakat baharu yang berada dalam Hero Dewi ini lebih baik daripada batch yang terdahulu, selain berbangga dengan prestasi mereka.
“Kalau saya boleh imbas semula semula, batch mereka ini adalah lebih baik daripada kami yang dulu. Mungkin mereka sudah tahu platform Hero Dewi Remaja ini untuk apa, jadi mereka sudah lakukan persediaan. Saya sangat berbangga dengan mereka.
“Perkara itu kita tidak boleh elakkan, tetapi finalis dalam ini perlu buktikanlah yang anda berada di sini untuk apa.
“Ambil juga peluang untuk belajar dengan senior yang ada dalam industri ini, itu adalah penting juga. Sentiasa hormat orang sekeliling dan rendah diri,” tuturnya lagi.
Siapakah yang bakal meneruskan legasi HERO REMAJA dan DEWI REMAJA yang disandang oleh juara-juara terdahulu? Sama-sama kita nantikan pada Jumaat hadapan!
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Dia dikatakan mengada-ngada. Kuat menangis serta serba tidak tahu. Paling teruk dituduh mempergunakan keluarga terutama kekuarangan adiknya, Adam yang mengidap autisme untuk meraih simpati.
Ermm, tak baik dakwaan begitukan.
Bagi yang kurang rapat atau kurang memahaminya serta hanya melihat dari permukaan, itulah gambaran yang korang akan nampak dengan mata kasar.
Hakikatnya, Arena Imaan Wan bukan sebegitu seperti yang korang sangkakan.
“Lebih baik orang datang tanya Arena depan-depan dari cakap dekat belakang. Sedih bila orang cakap macam-macam terutama tentang family. Arena akui Arena memang banyak habiskan masa dengan keluarga sebaik habis sekolah.
” Lagipun sebagai anak sulung Arena adalah harapan keluarga untuk bersama-sama menjaga Adam. Ada adik begini membuatkan kami semua lebih erat kerana Adam perlukan pemerhatian yang teliti. Sebagai remaja yang tidak biasa bergaul bebas, Arena akui kena banyak belajar bermula dari bawah. Ya pendedahan dalam Dewi Remaja buat Arena banyak belajar erti kehidupan sebenar,” katanya ketika ditemui di rehearsal finale Dewi Remaja.
Masa yang sama, Arena menolak isu dirinya mempergunakan keluarga untuk meraih simpati sebaliknya Arena berkata orang harus mengenali dirinya dengan lebih rapat.
Betullah tu, tak kenal maka tak cinta. Tapi kalau terlebih kenal takut jatuh cinta pula padanya yang cantikkan. Hikz.
Jelas Arena, mama dan papanya sentiasa memberi galakan kepadanya untuk.meneroka dunia luar dan pertandingan Dewi Remaja adalah platformnya.
“Masih banyak yang Arena kena belajar dan pelajari,” katanya mengharapkan peminatnya bertanya terus kepadanya andai ada sebarang kemusykilan yang peminat mahu tahu mengenai dirinya.
Hokay, betul jugakan. Kita tak boleh menilai orang dengan melihat kepada luarannya sahaja. Kenalah kenal lebih rapat dan dekat supaya tak timbul persepsi.
Jom tanya Arena lagi apa dia nak buat selepas habis Dewi Remaja ni ya.
Disebabkan darah seni mengalir dalam dirinya di mana papanya adalah komposer terkenal suatu ketika dahulu, kata Arena dia mahu mengembangkan lagi bakatnya dalam industri seni.
“Kalau boleh Arena nak buat album. Arena nak jadi penyanyi. Masa yang sama semasa episod 6 iaitu task lakonan pengarah Micheal Ang cakap bakat Arena perlu diasah lagi.
” Arena memang suka menyanyi dan berlakon. Habis pertandingan ini bukan penamat sebaliknya adalah permulaan bagi Arena.
” Ia mungkin mengambil masa tapi Arena mahu buktikan,”katanya mengukir senyuman.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas mengesahkan tarikh pernikahan mereka, pasangan Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kini berkongsi pula perancangan untuk beberapa majlis...