Dia dikatakan mengada-ngada. Kuat menangis serta serba tidak tahu. Paling teruk dituduh mempergunakan keluarga terutama kekuarangan adiknya, Adam yang mengidap autisme untuk meraih simpati.
Ermm, tak baik dakwaan begitukan.
Bagi yang kurang rapat atau kurang memahaminya serta hanya melihat dari permukaan, itulah gambaran yang korang akan nampak dengan mata kasar.
Hakikatnya, Arena Imaan Wan bukan sebegitu seperti yang korang sangkakan.
“Lebih baik orang datang tanya Arena depan-depan dari cakap dekat belakang. Ā Sedih bila orang cakap macam-macam terutama tentang family. Arena akui Arena memang banyak habiskan masa dengan keluarga sebaik habis sekolah.
” Lagipun sebagai anak sulung Arena adalah harapan keluarga untuk bersama-sama menjaga Adam. Ada adik begini membuatkan kami semua lebih erat kerana Adam perlukan pemerhatian yang teliti. Sebagai remaja yang tidak biasa bergaul bebas, Arena akui kena banyak belajar bermula dari bawah. Ya pendedahan dalam Dewi Remaja buat Arena banyak belajar erti kehidupan sebenar,” katanya ketika ditemui di rehearsal finale Dewi Remaja.
Ads
Masa yang sama, Arena menolak isu dirinya mempergunakan keluarga untuk meraih simpati sebaliknya Arena berkata orang harus mengenali dirinya dengan lebih rapat.
Betullah tu, tak kenal maka tak cinta. Tapi kalau terlebih kenal takut jatuh cinta pula padanya yang cantikkan. Hikz.
Jelas Arena, mama dan papanya sentiasa memberi galakan kepadanya untuk.meneroka dunia luar dan pertandingan Dewi Remaja adalah platformnya.
Ads
“Masih banyak yang Arena kena belajar dan pelajari,” katanya mengharapkan peminatnya bertanya terus kepadanya andai ada sebarang kemusykilan yang peminat mahu tahu mengenai dirinya.
Hokay, betul jugakan. Kita tak boleh menilai orang dengan melihat kepada luarannya sahaja. Kenalah kenal lebih rapat dan dekat supaya tak timbul persepsi.
Jom tanya Arena lagi apa dia nak buat selepas habis Dewi Remaja ni ya.
Ads
Disebabkan darah seni mengalir dalam dirinya di mana papanya adalah komposer terkenal suatu ketika dahulu, kata Arena dia mahu mengembangkan lagi bakatnya dalam industri seni.
“Kalau boleh Arena nak buat album. Arena nak jadi penyanyi. Masa yang sama semasa episod 6 iaitu task lakonan pengarah Micheal Ang cakap bakat Arena perlu diasah lagi.
” Arena memang suka menyanyi dan berlakon. Habis pertandingan ini bukan penamat sebaliknya adalah permulaan bagi Arena.
” Ia mungkin mengambil masa tapi Arena mahu buktikan,”katanya mengukir senyuman.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Selepas kontroversi yang melanda filem Sonic The Hedgehog awal tahun lalu apabila trailer pertamanya mendapat reaksi negatif dan mmenyebabkan tarikh tayangannya ditunda, kini filem yang dinant-nanti ini bakal menemui penonton di pawagam tidak lama lagi.
Filem yang diarahkan oleh Jeff Fowler ini berkisarkan tentang seekor landak kecil antropomorfik biru yang juga merupakan mahkhluk asing. Dia sedang cuba meloloskan diri dari penjahat Dr. Robotnik yang merancang untuk menakluk dunia menggunakan kuasanya.
Sonic kemudiannya bekerjasama dengan Tom Wachowski, seorang bekas polis San Francisco yang baru sahaja dilantik sebagai syerif Green Hills, Montana untuk menentang Dr. Robotnik.
Berita baik untuk korang yang ingin menyaksikan filem adaptasi daripada permainan video Sonic ini, Remaja nak berikan dua tiket percuma ke tayangan perdana Sonic The Hedgehog.
Tarikh: 12 Februari 2020
Masa: 8.30 malam
Lokasi: MBO Atria Big Screen
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Bermula sebagai salah seorang personaliti ‘OG’ di saluran TV3, beliau kemudiannya meninggalkan dunia penyiaran bagi mengejar cita-cita untuk bergelar seorang usahawanita, pakar motivasi, perunding imej, penulis dan masih membabitkan diri sebagai pengacara di majlis-majlis korporatt.
Apabila melihat pelbagai ‘pintu’ telahpun berjaya dibuka olehnya, tentu ramai beranggapan Sharifah Shawati akan mula memperlahankan rentak dan menikmati kehidupan seadanya.
Tidak ya guys! Pemilik syarikat Adamaya Consultancy & Services ini memaklumkan bahawa beliau baru sahaja memiliki gelaran doktor dalam jurusan Pentadbiran Perniagaan.
Kelayakan yang diterima oleh Sharifah Shawati pada 1 November lalu itu adalah menerusi institusi European-American University bagi kelas 2022.
Kata finalis pencarian Dewi Remaja 1987/88 ini, tiada ucapan atau catatan yang boleh menggambarkan perasaannya kecuali ungkapan, “Alhamdulillah”.
Kejayaan beliau ini juga telah meraih ucapan tahniah daripada rakan-rakan bekas penyampai TV3 seperti Zakiah Anas, Haliza Hashim Doyle serta rakan selebriti seperti Juliza Adzlizan dan Edika Yusof.
Tinjauan REMAJA ke laman sesawang universiti tersebut menunjukkan senarai graduan berdaftarnya termasuklah nama Sharifah Shawati yang menerima sijil ‘Doctorate of Business Administration’ atau DBA beliau dalam bidang Imej Peribadi dan Korporat bertarikh 1 November lalu.
Menurut laman sesawang European-American University lagi, institusi tersebut mempunyai kerjasama sistem akreditasi swasta secara sukarela dan perjanjian pengiktirafan dengan institusi lain seperti Yayasan Pendidikan MARA di Malaysia; walaupun ia tidak mempunyai akreditasi daripada kerajaan Amerika Syarikat.
Keinginan Sharifah Shawati untuk mencari ilmu dan memperkukuhkan kelayakan pendidikan beliau seharusnya dipuji.
Benarlah, pembelajaran tidak mengenal erti usia dan waktu.
Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti telegram rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.
Ini baru lah gaya hidup remaja.
REMAJA kini di
Download sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali akhirnya mengesahkan desas-desus yang diperkatakan oleh peminatnya dan memaklumkan dirinya kini sedang hamil dengan cahaya mata sulung bersama suami, Nik Iruwan Nik Izani.
Nabila dijadualkan untuk melahirkan bayi mereka pada Januari 2025 dan sebagai bakal ibu buat kali pertama, selebriti berusia 32 tahun itu menzahirkan rasa syukurnya di atas anugerah ini.
Nabila Razali.
“Alhamdulillah, saya dan suami sangat bersyukur dengan rezeki ini. Terima kasih atas doa dan sokongan semua.
“Ini adalah saat yang sangat membahagiakan buat kami dan kami tidak sabar untuk berkongsi perjalanan ini dengan semua yang sudah menyokong kerjaya dan kehidupan saya,” ujarnya.
Menarik untuk dikongsikan, Nabila mengaku kini lebih mudah penat berbanding dirinya yang lincah sebelum berbadan dua. Pengalaman baharu ini memerlukan Nabila untuk lebih banyak berehat demi menjaga kesihatan diri serta bayi yang dikandung.
“Sekarang adalah waktu yang kita rasa nak tidur saja. Tapi saya masih komited dalam bidang seni terutamanya beberapa kerja yang sudah dirancang lebih awal. Saya cuba untuk buat dengan sehabis baik.
“Fasa ini sebagai titik permulaan dengan kesyukuran dan kegembiraan, di mana setiap detiknya menjadi satu pengalaman berharga yang pasti akan diabadikan dalam memori kehidupan sebagai satu bab yang penuh keindahan dan pengisian makna,” kongsinya.
Sambil itu, Nabila juga berharap agar semua pihak terutama peminatnya untuk mendoakan agar perjalanan kehamilannya akan dipermudahkan sehingga tarikh bersalin kelak.
Sebagai info, Nabila dan Nik Iruwan bergelar suami isteri pada 19 November 2023.