Pelakon jelita, Mimi Lana mengakui putus cinta merupakan fasa paling menyakitkan dalam hidup.

Bekas peserta Dewi Remaja 2014/2015 itu bagaimanapun tidak gemar menunjukkan keperitan yang sedang ditanggung kepada khalayak.

BACA LAGI: Tanda Solidariti Bersama Palestin, Mimi Lana & Nur Fazura Antara Selebriti Yang ‘Turun’ Axiata Arena

“Putus Cinta Itu Rasa Sakitnya Seakan Waktu Terhenti..” -Luahan Hati Mimi Lana

“Putus cinta itu rasa sakitnya seakan waktu terhenti. Hidup antara ingatan yang lumpuh dan rindu membunuh.

“Di sebalik senyuman dibalas dalam setiap situasi dan pertanyaan itu memiliki luka di balik kamar yang sunyi,” luahnya menerusi entri Instagram miliknya.

Lontaran kata-kata penuh puitis dikongsikan itu turut membayangkan kesunyian dilalui apabila belum bertemu cinta sejati sebagai penawar luka.

IKLAN

“Putus Cinta Itu Rasa Sakitnya Seakan Waktu Terhenti..” -Luahan Hati Mimi Lana

Begitupun, pelakon naskhah hit Perempuan Itu juga tidak ketinggalan menzahirkan doa supaya mereka yang sedang melalui fasa kehilangan lekas segera bangkit.

“Untuk kesekian kali, magis cinta itu belum dapat dirasa tetapi kasih dan sayang itu sentiasa ada. Mungkin kerana yang maha cinta itu tidak ada, yang ada cuma maha pengasih dan penyayang.

“Penderitaan manusia bermula ketika manusia merasa memiliki. Sakit itu datangnya dari rasa kita pemilik segala-galanya.

“Terus-terusan refleksi diri daripada terus hanyut tanpa arah. Semoga hati yang terluka tidak pernah berhenti berkasih sayang walaupun cintanya telah pergi,” coretnya lagi.

IKLAN

“Putus Cinta Itu Rasa Sakitnya Seakan Waktu Terhenti..” -Luahan Hati Mimi Lana

Biarpun tidak menyebut mana-mana individu, ruangan komen dibanjiri andaian warganet yang mengaitkan luahan tersebut berkaitan cinta tidak kesampaian dengan aktor yang juga naib juara Hero Remaja 2011/12, Syafiq Kyle.

Menerusi ruangan yang sama juga dilihat rakan-rakan selebriti menitipkan kata-kata semangat selain memintanya terus kuat menjalani kehidupan.

Terdahulu hubungan Mimi dan Syafiq itu berakhir seminggu sebelum tarikh mereka mendirikan rumah tangga yang sepatutnya berlangsung pada 18 Ogos lalu.

IKLAN

“Putus Cinta Itu Rasa Sakitnya Seakan Waktu Terhenti..” -Luahan Hati Mimi Lana

Pengumuman pembatalan pernikahan dan resepsi itu pada saat akhir membuatkan ramai tertanya-tanya situasi sebenar yang masih tersimpan rapi.

Update terkini tentang isu semasa, dunia hiburan, kecantikan, fesyen dan gaya hidup? Ikuti Telegram, Instagram dan TikTok rasmi Remaja untuk lebih banyak info dan juga peraduan menarik.

SUMBER FOTO: Instagram Mimi Lana

Ini baru lah gaya hidup remaja. REMAJA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI